New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

15 Mac 2011

Masih Adakah Lagi?....



Assalamualaikum..

Sedang membelek2 blog tadi terlihat gambar benda alah ni. Dulu2 masa baru memulakan hidup berumahtangga di Ipoh saya menggunakan dapur seperti ini untuk memasak. Masa tu kena sediakan stok minyak tanah. Bila nak mula memasak kena nyalakan dulu api seketika biar apinya menjadi biru.

Agak lama juga saya menggunakan perkhidmatan dapur minyak tanah ni sehingga suami habis pengajian di Maktab Perguruan. Bila mula berkerja baru menggunakan dapur gas pemberian dari Mak Mertua...

Masih adakah yang menggunakan dapur minyak tanah ni?...




8 ulasan:

Hafizatul Asyrah berkata...

alahai .. saya generasi baru nih jarang tengok dapur camnih ..

=( sedih betul ..

Insan Marhaen berkata...

kah..kah..kah.. MM buat IM ketawa mengenang zaman silam yang sukar di ulangtayang...

bila nak isi semula minyak tanah dalam botol tu, dengan IM sekali berbau minyak tanah...

kakngah berkata...

dah pupus la mama dapu minyk tanah camni... hihihi!

masa kecik2 dulu ngasa la tgk arwah mak guna dapu minyk tanah ni..

ckLah berkata...

Salam...
Masa budak, bila tengok jiran pakai dapur ni ckLah rasa wahhhhhh, kayanya orang tu!


...sebab kami guna dapur kayu.

'Dunia ddah maju, zaman dah berubah' ya MM.
:D

Tanpa Nama berkata...

guna dapur ni masa umur sekolah rendah , memang leceh kalau tak pandai isi tempat minyak tanah tu. silap2 mkanan yang dimasak berbau minyak.. tapi memang rasa bangga bila pandai guna , eksyen kat adik2 yang tak tau buat.

Tanpa Nama berkata...

ini yang jenis 2 tungku, ada juga yang 1 saja. kalau tak silap jenama "butterfly" yang keluarga kami guna.

MaMa MoDeN berkata...

Salam IM,
yer kenangan lama yg takkan mungkin boleh diulangtayang...
knangan lama ttp kenangan

MaMa MoDeN berkata...

salam CkLah...
samalah ngan MM cklah, dulu pakai dapur kayu je, kdg2 guna dapur arang... bila tgk org guna dapur myk ni mmg anggap org tu kaya...
masih tringat lagi suami gelakkan MM masa dah pakai dapur gas, bila nak msak p hidupkan dulu dapur gas mcm dapur myk...