New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

19 November 2010

Suka Duka Sebulan di Econsave BPJ.....

Assalamualaikum.....


16 November tempohari genap sebulan Mama Moden memulakan kerjaya sebagai chasier di econsave BPJ. Satu pengalaman baru yang amat mencabar juga pada peringkat awal. Memang tiada apapun yang istimewa kerja saya ini, sekadar satu kerjaya buat orang yang tiada pelajaran tinggi macam Mama Moden. (sebab itulah tiada satupun ucapan selamat dari insan2 terdekat dengan saya, seperti ucapan selamat yang diberikan pada orang lain yang hanya bertukar bidang kerja )... tak mengapalah, Mama Moden faham bidang tugas yang saya buat ini tidak harus ada apa2 yang boleh dibanggakan.


Apapun, Alhamdulillah sebulan 3 hari disini saya sudah mula serasi. Keadaan kerja, majikan, rakan2, customer sudah mula dekat dengan diri saya. Menghadapi jadual kerja pagi, petang & sepenuh hari dari pagi hingga malam memang amat memenatkan. Sementara bersendirian ini ( mungkin buat selamanya ) saya minta supervisor masukkan waktu kerja full setiap hari.


Bermula jam 8.45 pagi - 10.45 malam setiap jumaat hingga ahad & 9.45 pagi - 10.45 malam setiap isnin hingga khamis saya akan penuhkan masa senggang saya dengan bekerja & menyibukkan diri ditempat kerja. Jika balik kerumah hanya membuat airmata saya mengalir bagaikan hujan yang turun hampir setiap waktu di sini, fikiran saya akan tertumpu pada masalah2, dugaan2 yang datang, telinga saya asyik terngiang2 suara Kakak & Adnin lebih baiklah saya bekerja. Balik kerumah dalam keadaan yang amat letih, maka saya akan tidur lena hingga pagi.


Menghadapi kerenah, hilai tawa rakan2 sekerja dapat membuatkan saya turut sama menumpang kegembiraan mereka. Namun senyum tawa saya masih tidak dapat menutup kelukaan, kedukaan diwajah saya. Pasti akan ada yang bertanya... " Kak Jun, kenapa... senyumlah, rianglah semula macam masa Kak Jun baru2 masuk kerja dulu..."


" Kak Jun, kenapa.... muka nampak pucat, mata bengkak pagi ni.. kenapa?..."


Wahai teman2, andainya saya ada pilihan, memang tak mau berkeadaan begini. Sudah puas menutup segala rasa yang melanda, namun nampak juga dimata kalian..


Menghadapi kerenah customer juga satu macam. Geram, lucu, macam2 yang ada. Ada customer yang boleh buat mood kita baik, ada juga yang boleh buat mood kita sebaliknya. Tapi apapun etika kerja begini, customer adalah selalu betul.


Ada customer yang terlebih ramah, ada juga yang terlebih menyombong. Yang terlebih ramah sampai orang sebelah jelous pun ada. Ada yang bergaduh hanya kerana tak naikkan barang2 belian atas kaunter sama2 suami isteri. Ada yang bergaduh berebut atau mengelak siapa nak bayar barang2 belian. Ada yang letak barang bercampur aduk atas kaunter tetapi bila dimasukkan dalam plastik mahu diasing2kan barang2 makanan, sayuran, ikan, ayam.


Ada yang suka naikkan semua barang2 berat atas kaunter seperti beras, bawang guni, kentang guni, kentang kotak dalam kuantiti yg banyak. Sampai tak bergerak kaunter tempat letak barang tu. Dah diberitahu masih nak naikkan juga. Bayangkan kalau sehari ada 200 customer yang kekaunter kita, yang beli beras 10kg ada 100 customer... ermmm 100kg saya angkat turun naik beras tu. Lama2 kurus keringlah nanti. Hehehehe...


Setakat ni tiada short atau over yang banyak yang saya buat. Sekali saja dengan jumlah RM4 pada hari pertama saya diberi kaunter sendiri selepas 3 hari traning. Risau juga pada mulanya bila saya lihat ada 2,3 orang yang agak berpendidikan anak2 muda belia yang short RM100, RM300 pada hari pertama buka kaunter. Ada yang bayar jumlah tersebut kemudian terus berhenti. Sampai hari ini masih ada adik2 chasier yang short atau over dalam jumlah yang banyak, jenuhlah nak kena potong elaun chasier nanti. Harap2 nasib saya terus baik. Kalau berlaku juga anggaplah mungkin tiada rezeki.


Apapun kerenah, dugaan yang dihadapi saya akan cuba meneruskan kerjaya ini. Saya tidak akan berpaling kebelakang lagi. Walaupun jumlah yang saya dapat ini tidak sebanyak mana pada pandangan orang, namun saya akan hargai kerja hasil titik peluh saya ini sepertimana saya melakukan kerja2 sendiri selama ini. Bezanya selama ini saya bekerja sendiri, berniaga & mengasuh anak2 orang tetapi kali ini kerja saya bermajikan. Ada handpunch masuk, keluar, rehat & sebagainya.


Terima kasih pada rakan2 sekerja, supervisor2 econsave BPJ kerana memberi peluang saya menjadi salah seorang tenaga kerja disini...


Terima kasih juga pada pelanggan2 setia yang sanggup beratur dikaunter kita hanya kerana mahu kita juga yang melayan mereka walaupun ada kauter lain yang kosong. Walau siapapun kalian, saya akan selalu senyum pada kalian & ingat pelanggan selalunya betul....






9 ulasan:

wajah rahsia hati berkata...

kak.. bukan mudah nak hadapi situasi akak ni. Satu jangka waktu yang tak pasti. Tapi sampai bila kak? 7 anak akak buah hati akak milik mutlak akak. Takkan putus sampai bila2. Bangkitlah kak raih semula kesemua permata hati akak. Raih semula kasih sayang akak terhadap suami. Merdekakan diri akak dari kesedihan. Keluar dari kepompong. Jgn biarkan diri terus tersungkur.

wajah rahsia hati berkata...

kak.. bukan mudah nak hadapi situasi akak ni. Satu jangka waktu yang tak pasti. Tapi sampai bila kak? 7 anak akak buah hati akak milik mutlak akak. Takkan putus sampai bila2. Bangkitlah kak raih semula kesemua permata hati akak. Raih semula kasih sayang akak terhadap suami. Merdekakan diri akak dari kesedihan. Keluar dari kepompong. Jgn biarkan diri terus tersungkur.

Tanpa Nama berkata...

kak.. bukan mudah nak hadapi situasi akak ni. Satu jangka waktu yang tak pasti. Tapi sampai bila kak? 7 anak akak buah hati akak milik mutlak akak. Takkan putus sampai bila2. Bangkitlah kak raih semula kesemua permata hati akak. Raih semula kasih sayang akak terhadap suami. Merdekakan diri akak dari kesedihan. Keluar dari kepompong. Jgn biarkan diri terus tersungkur.

mokhsin berkata...

slamat bekeja mama moden.sibuk keja jangan lupa jaga sembahyang 5 waktu.nasihat diri mokhsin jugak.selamat maju jaya bersama reda Allah

MaMa MoDeN berkata...

salam mokhsin
thanks atas ingatan, I'Allah stakat ni tak terabai lagi waktu solat. Pihak majikan sediakan tempat & waktu utk staff mengerjakan solat...

cuba jd isteri mithali berkata...

suami akak belum singkirkan kak. jangan terus siksa diri. umpama kak menzalimi diri sendiri. Allah marah kak. hidup kita nak redha Allah bukn nk undang marah Allah.

MaMa MoDeN berkata...

salam cuba jadi isteri mithali,
suka hatilah kalian nak kata apa, nak pikir apa... berat mata memandang berat bahu memikul... dah malas nak pikir apa lagi... SABAR mmg mudah diucap tp bukan mudah nak buat... tak tau nak sabar camna lagi... pilihan yg ada teruskan kehidupan...dah malas nak pikir sgala macam yg serabut... suka hatilah kalau anda nak cuba jd isteri solehah & mithali... semoga berjaya...

( p/s : dah carikan ke isteri baru & madu buat anda seperti akak yg tak solehah, yg tak mithali ni carikan isteri baru, paksa suami akak menikah lain 5 bulan lepas??....)

Leenoh berkata...

...
Semoga kejayaan anda meningkat sepanjang masa.

Tanpa Nama berkata...

( p/s : dah carikan ke isteri baru & madu buat anda seperti akak yg tak solehah, yg tak mithali ni carikan isteri baru, paksa suami akak menikah lain 5 bulan lepas??....)

bongkaknya k.jun ni. patut suami tak bagi jaga anak2. makin lama makin perasan bagus.