New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

21 November 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 7

Assalamualaikum...

Hari ni genap usia anakku Nurul Adilah Farihah yang ke 7.... Bertambah sayu meraikan harijadinya dikejauhan ni... Ingat lagi masa birthday Adnin september lepas kami raikan bertiga di KFC. Oder dinner plate kami makan bertiga. Bajet takada. Tapi sekarang Kakak jauh dari ku. Semoga dia bahagia & lebih gembira disana, Disamping Baba, Kakak2, Adik & ibu baru mereka.

Selamat Ulangtahun Kakak, semoga panjang umur, belajar pandai2 bila dah duduk dengan Baba... Maafkan Mama sebab tak jadi Mama yang baik, yang lebih sempurna buat Kakak. Maafkan Mama sebab tak pandai nak ajar Kakak dengan baik.


Mama sayang Kakak & Adik.... Rindu selalu

7 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Bila anak dah besar,kita pun turut...BERUBAN...hahaaa

hentian berkata...

kehidupan ini bukan milik kita. Jadi, terima sahaja apa yang diberiNya dengan ada terbuka. pasti tenang.. macam IM!

kurangkan kontrovesi. tingkatkan prestasi... pesan pengacara Melodi!

Tanpa Nama berkata...

asl'kum MM...

kasihani anak2 tu...eloklah secepat mungkin dihentikan perasaan beremosi itu, redhailah suami tu memujuk hati MM tu...selagi suami ingin berlaku adil dan kebaikan, sang isteri harus membantu suami. Sekarang ni hanyalah berkongsi nikmat, jika Allah tarik balik nikmat-bagaimana pula. Bersyukur apa yg ada, insyaAllah Allah akan tambah nikmatnya...fikir2kanlah bagaimana pengakhiran kita nanti...

Salwa berkata...

Salam MM.. Saya percaya MM seorang wanita yang berjiwa kuat.Memang tiada seorang wanita pun yang mahu hidup berkongsi. Waima si perempuan yang mencuba merampas. Tapi ini semua adalah ketentuan Allah.

walau apa pun yang telah terjadi, haram seorang isteri menceritakan keburukkan @ ketidak puasan hati terhadap seorang suami.

Wajib seorang isteri itu berada dirumah suaminya. Patuh kepada suaminya selagi tidak melanggar syarak.

Carilah redha suami selagi suami masih bernyawa. Cuba lupakan segala kepahitan dan mula fikirkan strategi kemanisan untuk meneruskan sisa-sisa hidup bersama suami & anak-anak. Insya Allah rahmat Allah akan mengiringi.

Cari jalan yang di redhai Allah, agar di mata suami MM seorang isteri yang sempurna & terbaik. Sebelum segala-galanya menjadi terlambat.

Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian dah tak berguna lagi.

Tanpa Nama berkata...

Asl'kum MM, Puan Salma...

Berhati2lah menggunakan perkataan 'merampas' yg boleh menjadi fitnah dan akan dipertanggungjawapkan di akhirat nanti. Adakah benar wanita itu berniat dan berkelakuan begitu ? Apakah dimaknakan merampas ? Bagaimana pula isteri2 Rasulullah, ummu mukminin, adakah mereka juga merampas dan perampas ? Kan Allah maha mengetahui, mustahil Allah menganiaya hambanya. Bermuhasaba lah, periksa hati itu, dan jgn biarkan nafsu menjadi raja. Fikir2kanlah untuk apa kita dilahirkan, jgn jadi hamba yg rugi dunia dan akhirat...

Tanpa Nama berkata...

Asl'kum MM...

Nak terima ujian dalam hidup ini kena pilih samada nak bahagia atau nak derita,kalau nak bahagia bersyukurlah apa yang Allah kurniakan pada kita, nescaya Allah tambah lagi nikmat yang lebih indah...

Tapi kalau nak derita boleh juga,dalam kes suami kawen lain ini, nak derita,murungkan diri, tertanya2 kesilapan diri sendiri,serang suami,serang madu,buat onar sana sini, InsyaAllah, gerenti xbahagia dan xtenang...

Jadi untuk puan ni dinasihatkan buat dek saja, tenang2kan jiwa dan perbaiki diri. Xperlu merebut suami, kata pun berkongsi suami ye tak...

hrusli61 berkata...

Hidup sementara. Semuanya pinjaman hatta nyawa atau diri ini. Jangan lokek apatah lagi yang bukan kita punya.

Hukum tetap hukum walaupun penerimaannya berbeza. Ilmu dan kefahaman kita serupa penghayatan

Mementing diri sendiri tiada kesudahan. Dahulu kita tidak tidur dan tidak makan kerana anak-anak dan itu satu pengurnan.

Maka sekarang juga kita boleh menerima dan beralah kerana anak-anak.

Yang utama dalam hidup ialah mardhatillah. Percayalah ianya akan merubah keindahan dan kelangsungan hidup ini.