New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 Oktober 2010

Pengalaman Baru....Mencabar & Teruja


Assalamualaikum.....

Hari ini sudah 12 hari saya menempuhi suasana baru yang amat mencabar. Satu perkara yang tidak pernah saya terjangkau akan melakukannya sekarang. Apapun ianya pengalaman yang amat menyeronokkan.

Semakin hari saya semakin selesa dengan bidang tugas & rutin baru yang saya lalui ini. Alhamdulillah walaupun mungkin ada suara2 yang mempertikaikan kemampuan saya dalam melakukan kerja ini agaknya tapi saya akan cub untuk terus membuktikan saya mampu melakukannya.

Semoga suasana baru, rakan2 kerja baru yang pelbagai bangsa ini akan memberi semangat baru pada saya dalam meneruskan langkah kehidupan. Saya mahu kehidupan yang lebih baik buat diri saya & juga buat anak2. Walau tidak banyak yang dapat saya sumbangkan buat mereka sekurang2nya saya akan ada nanti bila mereka memerlukan.

Terasa sedih hati bila ketika mereka memerlukan saya tidak mampu membantu lantaran kekurangan yang ada. Selebihnya juga sedikit buat keperluan saya, melangsaikan apa yg tertangguh & tertunggak.

Tanpa kelulusan tinggi & pengalaman kerja sebegini saya masih mampu menghadapi kerenah pelanggan yang membeli belah disini. Tiada lagi masalah kekurangan duit yang banyak sepanjang saya diberi kaunter. Bimbang juga semasa traning 3 hari bila melihat gadis2 muda lepasan sekolah menghadapi masalah ketika akuan ditutup. Ada yang kantoi beratus ringgit.

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. Mendapat tunjuk ajar yang baik, sokongan yang baik dari supervisor & chasier2 senior yang walaupun berbagai bangsa & agama tetapi mereka amat baik & bertimbang rasa. Mereka meluahkan kebimbangan memberi tunjuk ajar bimbang sayaberkecil hati kerana kata mereka, mereka tu sebaya anak2 saya... tapi saya katakan, ajarlah, suruhlah apapun saya akan ikut jika itu memberi kebaikan pada bidang tugas saya.

Semoga Allah terus sudi memberi kekuatan pada saya....







econsave bandar puteri jaya, tempat saya memulakan langkah memperbaiki taraf ekonomi diri


8 ulasan:

abu muaz berkata...

salam. lamanya saya tak singgah sini.

Insan Marhaen berkata...

salam MM. macam mana IM boleh terlepas membaca n3 MM sebelum ni...

gembira dapat membaca tulisan MM.

agaknya bila IM pencen nanti IM pun kerja kat supermarket la jugak.

jadi promoter he..he..he..

Atika Natasha berkata...

salam..mama keje ke skarang?ec0nsave mana?kat sp ker..

Encik Luthfi berkata...

good luck mama..

MaMa MoDeN berkata...

salam luth..
ya mama keje di sp, walaupun tak sebanyak mana hasil yg mama dapat skurang2nya ada juga sedikit sbnyk utk sara hidup mama mbantu baba mengatasi masalah kwangan yg semakin mhimpit...

MaMa MoDeN berkata...

salam ika, econsave bandar putri jaya, kalau shoping nanti cari kaunter mama yer...

MaMa MoDeN berkata...

salam IM,
thanks masih sudi menatapi bait2 catatan MM... mailah keje sini, masih byk kkosongan... :)

MaMa MoDeN berkata...

salam abu muaz,
thanks masih sudi singgah..