New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

07 Mei 2010

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum.....

Buat semua wanita bergelar ibu diseluruh dunia amnya & Malaysia khasnya...


Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

1 ulasan:

Insan Marhaen berkata...

Ya.. Ucapan selamat buat yang bergelar ibu. Teringat ibuku di kampung. Lama tak ziarah...