New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 Mac 2010

Allah Menguji Kita... Sayang!

Assalamualaikum.....

Sesungguhnya apabila kita mengaku hambaNya yang beriman, kita tidak akan lepas dari menghadapi ujiannya. Jika kita berjaya melaluinya pasti ketika itulah kita akan merasa hikmah&kemanisan disebalik semua yang terjadi.

Melalui segala rintangan suka duka pahit manis dalam alam rumahtangga, kadang2 satu masa kita akan diuji dengan pelbagai dugaan. Semakin kuat kasih sayang & cinta yang dipertahankan dengan penuh kebahagiaan maka semakin kuat dugaan & ujian yang Allah berikan pada kita, hambaNya yang lemah.

Ujian dariNya datang dalam pelbagai bentuk. Kita diuji dengan anak2, isteri atau suami. Kita diuji dengan kesenangan&kesusahan hidup. Kita diuji dengan rakan taulan&saudara mara. Kita diuji dengan diri kita sendiri malah kita juga diuji dengan orang ketiga yang hadir tanpa diundang dalam rumahtangga kita ketika kita sedikit alpa.....

Kehilangan kasih sayang&cinta seorang insan bernama suami benar2 menguji kekuatan hati kita. Ianya bagaikan mimpi ngeri yang berlaku dalam sekelip mata. Tanpa kita duga ianya akan terjadi, walaupun rias2... basa basinya sudah kelihatan sejak lama tapi kita menidakkan ia lantaran dihati kita masih utuh kasih sayang & kecintaan padanya. Mungkin tidak dipihak satu lagi.

Sebagai isteri kita selalu mengharapkan menjadi isterinya didunia&akhirat. Tiada akan ada suami lain dalam hidup kita selainnya. Jika ditakdirkan terpaksa berkongsi kasih pun biarlah kita masih sebagai isterinya, dunia&akhirat.

Namun langit tidak selalu cerah. Disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Bila hati sudah berubah, cinta yang bertahun dipertahankan boleh punah sekelip mata. Diri terasa mati walau masih bernadi bila mendengar sendiri luahan hati suami bahawa cinta dihatinya sudah tiada lagi. Sudah tiada lagi rasa bahagia bersama. Yang ada hanya rasa derita lantaran sebuah kealpaan. Apa yang ada hanya kasih sayang lantaran sudah bertahun bersama menyulam kasih dalam suka duka sebagai suami isteri.

Hatinya telah dimiliki oleh seseorang yang bisa membahagiakannya. Hatinya sudah terisi dengan kasih sayang insan lain. Insan yang boleh memberi apa yang dimahukan, yang tidak dapat seorang isteri berikan sebelum ini. Sebagai seorang isteri, hanya pasrah yang boleh dilakukan. Menerimanya sebagai satu takdir&hukuman yang harus diterima kerana tidak berupaya menjadi isteri yang baik selama ini. Jalan yang terbaik yang ada, hanyalah mengundur diri. Memberi peluang&ruang untuk insan yang dicintai ini memulakan hidup baru dengan caranya sendiri. Terus menggunakan hak sebagai isteri untuk menakluki hatinya adalah tidak adil. Jika sudah tahu dirinya tidak bahagia bersama seperti kita merasa bahagia selama ini, buat apa dikekang lagi kemahuannya.

Andai luahan hati memiliki cinta baru tetapi diri ini tetap dicintai seperti dulu pasti tiada jalan perpisahan yang diambil. Tetapi lantaran tiada lagi cinta dihatinya, biarlah kaki melangkah pergi. Memang ini bukan keputusan mudah. Tetapi keputusan mencari jalan perpisahan dengan cara baik adalah satu langkah yang amat bijak. Perjanjian untuk terus menjadi sahabat yang baik demi anak2, menghabiskan sisa2 hari yang ada bersama dengan lebih baik, saling mengingati kisah2&kenangan2 manis satu masa dulu benar2 membuatkan diri merasa akan kehilangan.

Namun setelah hampir keputusan yang diambil akan dilaksanakan, bagai ada satu keajaiban berlaku. Inilah yang dikatakan berkat memohon doa&petunjuk dari Allah. Kekuatan doa padaNya adalah senjata mustajab untuk segala perkara. Ketika hati telah redho melepaskannya kepada orang lain, sudah sedia rasa kehilangannya dari pelukan&kasih sayang, Allah membukakan pintu hati&matanya bahawa mutiara yang selama ini dicari berada didepan mata.

Ketika hati sudah sedia kehilangan dirinya, tiba2 tanpa diduga insan bernama suami itu datang berlutut memegang sekuntum bunga meminta maaf sambil mengucapkan rasa cinta yang selama ini telah dikatakan hilang. Memohon dirinya jangan ditinggalkan lantaran tidak mahu kehilangan sebutir mutiara. Mutiarakah aku? Mutiarakah aku ketika aku telah dikatakan tidak mampu memberi bahagia pada dirinya. Mutiarakah aku ketika aku dikatakan hanya membawa derita pada dirinya......

Tetapi benarlah, hati seorang wanita akan lemah kerana airmata lelaki bernama suami. Dia kudakap dengan kami sama2 berlinangan airmata. Airmata yang bercucuran mungkin kerana sedih atau gembira. Katanya dia tidak mahu kehilangan mutiara yang dia sendiri gilap hanya kerana seseorang yang tidak patuh pada perintah Allah. Sesungguhnya kecintaannya pada Allah mengatasi kasih sayang & cintanya pada sidia yang hanya baru beberapa detik dikenali. Rasa cintanya pada anak2 juga mengatasi rasa cintanya selama ini apabila hak anak2 mula dipertikai walau masih belum ada hak, nyatalah dia lebih memilih anak2.

Mana mungkin jika diri ini selama ini dididik & diasuh hingga menjadi begini oleh dia insan bernama suami sebaik, dia akan memilih orang yang tidak bersolat sebagai suri hatinya. Orang yang akan menjaga makan minumnya&anak2. Memang aku dahulu juga jahil. Suami inilah yang memberi didikan pada ku seusia aku 14 tahun. Tetapi dalam usianya sekarang, ini masa untuk dia berehat dari memulakan semuanya dari awal. Mendidik orang baru yang seusianya bukan mudah lagi untuk dibentuk. 

Aku? Bersediakah menerimanya kembali lebih2 lagi dengan segala pendedahan dari kedua2 pihak! Selagi aku bernama aku, selagi aku bernama isteri.... selagi aku belum dilafazkan dengan lafaz keramat yang dibenarkan tetapi dibenci Allah itu... aku tetap isterinya, isterinya dunia akhirat. Menerima & memaafkan dirinya seadanya adalah perkara yang aku lakukan sejak dahulu. Melihat airmatanya tumpah sambil teresak2, tidak akan aku lukai hatinya dengan berkata tidak. Melihat pula wajah ceria anak2 lantaran mama & baba mereka akan tetap bersama mereka, aku akan maafkan dia... walau apapun yang telah dilakukannya.

Jika kesekejapan cuma ini, dia tersesat dijalan yang terang, menjadi tanggungjawabku untuk membawa dia kembali kepada dirinya yang sebenar. Jika dahulu dia membantu aku keluar dari kejahilan, kini menjadi tanggungjawabku membantu dia memulihkan kesilapan yang dilakukan. Kami sama2 akan mengubati hati masing2 dari kealpaan kami.

Hakikatnya kasih sayang & cinta kami masih utuh. Cuma kami lalai dari memberi baja & menyiraminya setiap hari. Kami biarkan cinta suci kami tumbuh dengan sendiri. Kami hanya mebiarkan matahari yang panas terik sahaja menyinari hingga menjadi terlalu panas dan akhirnya layu hingga hampir2 mati.

Dan kini bila cintanya itu dikembalikan semula, akan kami pertahankan hingga kehujung nyawa. Kami sulami cinta yang kami mula bajai&sirami itu dengan segala kenangan pahit manis selama puluhan tahun ini. Rasa cinta dihati kami membuak2 hingga hati sentiasa menjadi rindu bila berjauhan. Ada rasa getar bila berdekatan.

Semoga ujian&dugaan yang amat hebat yang Allah berikan pada kami kali ini akan ada hikmah disebaliknya. Pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Jika kami berjaya hadapinya, kami mohon agar Allah kuatkan sungguh2 hati kami. Teruskan rasa bahagia ini hingga kehujung nyawa......

 

1 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum June..

di sebalik sepi yang lama, kiranya ada cerita duka. Alhamdulillah, kalian telah diuji dan berjaya melepasi ujian tersebut.