Assalamualaikum.....
Hari ini Angah genap berusia 18 tahun. Sebagai anak lelaki sulung adalah diharapkan Angah dapat menjadi antara tulang belakang keluarga. Semoga Angah dapat menjadi pelindung Mama & Baba juga Kakak & Adik2nya.
Tidak saya nafikan Angah agak rapat dengan saya. Mungkin kerana ketika lahirnya Angah kedunia , saya sudah agak pandai menjaga & merawat anak kecil berbanding ketika kelahiran pertama dulu.
Anak sulung saya lebih rapat dengan Babanya sejak kecil hingga sekarang ( jangan sesekali ada suara2 seakan2 mempertikaikan Babanya, pasti akan dibela samada betul atau tidak ). Berbanding dengan Angah masanya sejak dari kecil agak banyak dengan saya. Kebetulan pula Angah menyusu badan hingga saya mengandungkan anak ke 3.
Jika ada apa2 yang dirasanya, saya rasa Angah akan lebih dahulu memaklumkan saya berbanding dengan Babanya. Betullah orang2 tua berkata, anak lelaki akan lebih rapat dengan mak manakala anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah.
Sejak kecil, menjaga Angah sama juga seperti menjaga anak2 yang lain. Dari kecil Angah menghisap puting. Jika lapar Angah akan menghisap puting sebentar barulah Angah akan menyusu. Jika saya keluar sebentar kekedai, saya letakkan puting disebelah bantalnya. Nescaya apabila saya balik puting tersebut akan berada dimulutnya.
Ketika Angah dilahirkan, suami saya baru memulakan kerjaya perguruannya selepas tamat pengajian di Maktab. bagi membantu menjimatkan belanja keluarga, saya buatkan kain lapik plastik lampin Angah daripada plastik sampah yang berwarna hitam tu. Bila Angah berjalan dari jauh lagi dah dengar plastik tu berbunyi.
Zaman kanak2 Angah, membesar dikalangan adik beradik perempuan. Angah dikelilingi seorang Kakak & 3 adik perempuan. Mungkin kerana itu Angah tidak selasak budak2 lelaki yang lain. Tapi tidak pula menjadikan Angah tergolong dalam lelaki lembut. Disekolah juga Angah berkawan dengan lebih ramai budak2 perempuan berbanding lelaki.
Ada kawan2 perempuannya yang sanggup menunggu Angah didepan rumah untuk pergi sekolah bersama2.
Satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan ketika berlaku sedikit krisis semasa kami tinggal di Selangor dahulu. Ketika memberi pilihan pada anak2 lebih sayangkan siapa, semua anak2 perempuan saya mengatakan mereka sayangkan saya. Tetapi Angah hanya mendiamkan diri ketika itu. Kerana tidak fikir panjang & berdarah muda saya kononnya menghalau Angah yang ketika itu baru berusia 5 tahun. Ketika melihat Angah mahu keluar dari rumah saya cepat2 menghalangnya.
Sesudah Angah besar baru saya tahu rupanya Angah tidak memberi jawapan pada saya ketika itu kerana Angah sayangkan Baba & Mama. Angah kata dia tak mahu buat pilihan kerana sayangkan kami berdua. Angah kata ketika itu dia tidak mahu jadi hipokrit, sedangkan anak2 saya yang lain pula ketika itu memberi jawapan lain ketika ditanya Baba mereka.
Saya cukup mengambil iktibar dari krisis itu. Sejak itu saya menjadi semakin kuat. Saya tidak akan biarkan anak saya berada dalam dilema lagi. Saya akan cuba menjadi setabah yang boleh walaupun terpaksa menjadi lilin membakar diri. Demi anak2 saya akan buat apa saja.
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat saya lupakan mengenai Angah adalah ketika basikal kesayangannya musnah ditangan Babanya. Semasa sekolah rendah Angah amat suka memakup basikal. Angah akan kumpul satu persatu rangka2 basikal dan dicantumkan menjadi sebuah basikal yang agak pelik bentuknya. Saya antara yang turut sama menyaksikan Angah menyiapkan basikal itu. Kadang2 dia minta duit dari saya jika ada apa2 barang2 basikal yang dia hendak beli.
Hinggalah basikal itu siap menjadi basikal yang unik & cantik hasil dari kerja tangannya. Basikal itulah yang dia naik kesana sini. Hinggalah satu hari Angah balik agak lewat kerumah, sehingga azan maghrib. Babanya yang tengah marah terus mencapai basikal ciptaan Angah & dihempaskan dikaki tangga rumah hingga menjadi bengkok. Sambil itu Baba suruh Angah p buang basikal itu ke tempat buangan sampah.
Saya yang melihat kejadian itu memang amat sedih hingga tak terkata apa. Angah pula patuh & taat pada Babanya terus membawa basikal kesayangannya ketempat buangan sampah. Saya yang bukanlah sangat memproses basikal itu pun terasa sedih, tambahanlah lagi Angah ketika itu. Kerana saya tahu betapa susah payahnya Angah mencipta & mengusahakan basikal itu. Sampai sekarang saya masih merasa betapa kecewanya mungkin Angah ketika itu.
Pernah juga ketika Angah berusia sekitar 5 tahun, dia teringin pada kereta remote. Olah kerana belum ada duit, Babanya berjanji akan beli bila dah gaji. Babanya pula tunaikan janji & beli kereta itu sebaik dapat gaji. Sejak itu bila nak apa2, mesti Angah akan tanya dulu, Baba dah gaji ke belum.
Angah juga agak keberatan nak minta apa2 dari kami. Lebih2 lagi pada Baba. Angah akan tersenyum simpul, serba tak kena dalam keadaan berdiri atau duduk bila mahukan apa2. Selalunya kepada sayalah dahulu akan diberitahu & saya akan sampaikan pada Baba.
Harapan saya semoga Angah akan menjadi anak lelaki kami yang tahu dimana asal usulnya. Saya mengharapkan sebagai anak lelaki, Angah tidak akan lupa pada keluarga, pada saya bila sudah beristeri nanti. Walaupun saya tidak mengharapkan Angah melebihkan keluarga dari anak isterinya tetapi sebagai anak lelaki sulung saya mengharapkan dia tahu tanggungjawabnya pada saya, pada babanya & pada adik beradiknya.
Saya mungkin antara bakal ibu mertua moden. Saya juga berharap dapat menjalin hubungan yang mesra & erat dengan menantu2 saya dengan harapan saya akan disayangi, dihormati dengan baik oleh anak menantu.
Kepada Angah, selamat panjang umur mama ucapkan. Jadilah anak, abang, adik, suami, ayah & menantu yang soleh. Berjaya dunia & akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan