New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

06 Disember 2009

Cemburu Tandanya Sayang?...

Assalamualaikum.....

Benarkah cemburu itu tandanya sayang? Mengapa kita harus merasa cemburu pada pasangan? Perlukah rasa cemburu itu dizahirkan atau patut dipendamkan sahaja....

Hmm... tidak tahu mengapa saya menulis tentang cemburu saat ini. Mungkin saya sedang merasainya.  

Cemburu... apa itu cemburu? Pada pandangan saya, cemburu itu adalah rasa ketidakselesaan apabila melihat orang yang kita sayangi rapat dengan orang lain. Hati ini bagai dicucuk-cucuk bila melihat kekasih hati begitu gembira berbicara dengan orang lain. Rasa macam hendak sahaja menghilangkan orang yang menyibuk itu dari muka bumi kala itu juga. Hehehe...

Apatah lagi bila kekasih hati itu tidak mengerti yang kita sedang dilanda cemburu. Hai, memang menyakitkan hati! Ada juga yang tahu kita sedang cemburu, tapi buat-buat tak tahu. Lagi haru!

Jadi, bagaimana untuk mengawal rasa cemburu ini? Entahlah, saya juga kurang pasti. Untuk pengetahuan, saya ni kuat cemburu orangnya. Hehehe... Namun saya dapat mengawalnya agar tidak ketara sangat. Yalah, siapa yang mahu orang tahu dia sedang dilanda cemburu?

Bila cemburu menerpa, hati ni rasa pedih sangat. Rasa macam kita ni tidak lagi disayangi. Rasa terpinggir. Dan apa yang saya lakukan untuk mengatasinya? Saya akan fikirkan saat-saat saya gembira bersama dengannya. Saya akan katakan pada diri saya agar percaya padanya. Yakin bahawa dia menyayangi saya setulusnya. Bukankah kepercayaan itu penting dalam setiap perhubungan?

Sewajarnya, kita harus bijak mengawal rasa cemburu itu agar tidak bertindak di luar batasan. Jangan jadi cemburu buta. Itu cemburu dari sudut cinta. Cemburu ni banyak cabangnya. Cemburu pada kekayaan seseorang, cemburu pada kepandaian seseorang, cemburu pada kebahagiaan seseorang dan banyak lagi. Pendek kata, cemburu pasti akan terbit tidak kira masanya. Cemburu itu satu perasaan yang indah sebenarnya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?

Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim? Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang.

Tapi ingat, hubungan seksual yang terasa lebih bergelora akibat dorongan rasa cemburu itu satu bonus. Sememangnya ia boleh memberi kelainan daripada kejenuhan rutin dalam hubungan intim antara pasangan. Walapun begitu, pada akhirnya, sanggama yang dilakukan atas dasar cinta dan melibatkan hati yang suci adalah yang paling memuaskan dan bernikmat.

Keupayaan mengolah rasa cemburu supaya menjadi tenaga positif bergantung pada diri seseorang. Kalau dia bersikap positif, maka cemburu boleh meningkatkan keghairahan. Kalau dia cenderung negatif melulu, tentu saja sikap itu akan menurunkan kegairahan.Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati.
Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.

Tiada ulasan: