New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

24 November 2009

Wanita Menjadi Punca Kaum Lelaki ke Neraka?!

Assalamualaikum.....

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

* Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam. 

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

* Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana . 

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

* Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat. 

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

* Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya. 

 
.
.
.
.
.
.
.
.

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ." 

4 ulasan:

Unknown berkata...

tu tandanya... seorang lelaki lebih memerlukan seorang wanita berbanding wanita memerlukan lelaki

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu,
ya mama setuju dgn kata2 tu..
seorang wanita yg kehilangan suami amat jarang yg mencari lain untuk meneruskan kehidupan berbanding seorang suami yg kehilangan isteri.

seorang wanita mampu menjadi ayah & ibu pada anak2 dalam masa yg sama berbanding amat kurang lelaki yg mampu menjadi ayah & ibu pada masa yg sama.

seorang lelaki memang memerlukan seorang wanita dalam hidupnya dlm susah mahupun senang. Semoga seorang wanita dlm hidup seorang lelaki tidak menjadikan lelaki yg kita sayang menjadi bahan bakar api neraka... Amin..

ZOOL@TOD berkata...

Lelaki memikul tanggungjawab yang berat. Jika gagal memmimpin keluarga , maka tunggulah azab di akhirat nanti.

MaMa MoDeN berkata...

Salam Zool,
yer sebab itu diciptakan isteri untuk membantu mengurangkan beban tanggungan seorang lelaki...

semoga kita saling bantu membantu samaada didunia & akhirat...