New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

19 November 2009

Tahniah Anakku.....

Assalamualaikum.....

Anakku, Tahniah atas kejayaanmu hingga ketahap ini. Tiada apa yang mama harapkan, semoga kau terus berjaya dalam setiap lapangan yang diceburi dimasa kini atau dimasa akan datang.

Alhamdulillah, akhirnya segala hasil usaha & penat lelah Kak Cik berbaloi2 dengan keputusan yang dia perolehi hari ini. Mendapat A bagi BM Pemahaman & Penulisan & juga Matematik dan B bagi subjek Sains & Bahasa Inggeris, adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi saya untuk anak ke 5 saya ini. 

Ternyata tangisan Kak Cik dibahu saya pagi tadi, adalah tangisan dia puas hati dengan keputusan yang dia perolehi. Ternyata sudah tertulis ini sahaja rezeki dia.

Bagi saya, debarnya saya ke sekolah bagi memberi sokongan untuk melihat keputusan dia tadi adalah sama debarnya semasa saya meneman Kak Uda 4 tahun yang lepas.

Secara peribadi saya juga tidak menjangka keputusan Kak Cik begini. Saya menjangkakan dia mungkin akan mendapat keputusan yang kurang elok dari sekarang memandangkan Kak Cik memang agak lambat sikit menangkap pelajaran yang diajar.

Ternyatalah setiap anak tidak sama tahap pencapaiannya. Bila Babanya mesej lebih awal bagitau keputusan Kak Cik, YaALlah saya mengucap syukur pada Allah. 

Tahniah juga pada rakan2 Kak Cik di SKTT. Sesungguhnya ini hanyalah permulaan untuk ketahap yang selanjutnya.

Kemana Kak Cik selepas ini?..... 

Tungguuuuu................................................

13 ulasan:

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) berkata...

tahniah mama moden..

titipkan salam dan ucapan tahniah buat kak cik yer...

Miss Bieb berkata...

Tahniah utk kak cik dan utk mama jugak..

Mesti best bila dapat melihat anak2 berjaya..Dan setiap kejayaan adalah kerana orang2 di belakangnya..termasuklah mama..

Tahniah sebab berjaya mendidik anak2 dengan baik..beruntung anak2 mama..hehe~

Semoga berjaya dunia dan akhirat.. :)

MaMa MoDeN berkata...

Salam Bieb & Hafiz,
I'ALLAH nanti mama sampaikan salam tahniah dari kakak & abang yang boleh dia jadikan contoh untuk berjaya ni...

Kalau sudi boleh juga lawati blog dia...

Unknown berkata...

tahniahh..... sejuk perut ibu mengandung

abu muaz berkata...

tahniah kakcik.jumpa lagi diPMR nanti.

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Tahniah Mama!

Nampak bijak anak mama tu. Insya-Allah usaha lagi untuk PMR dan SPM. Yang paling penting ialah SPM. Banyak yang saya kenal cemerlang di peringkat UPSR dan PMR tapi "habis gas" ketika peringkat SPM.

Insya-Allah semua anak mama saya doakan berjaya ke IPT. Kerajaan 1Malaysia dah buka peluang seluas-luasnya kepada anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran.

Tahniah sekali lagi.

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu shifu,
Amboi! pernah ngandung ker? mcm tahu2 jer sejuk perut ibu ngandung!

Alhamdulillah, smoga kejayaan mjadi milik anak2 kita.

MaMa MoDeN berkata...

Salam Abu Muaz,
Terima kasih, smoga lebih cmerlang di PMR nanti.. Doakan dia dapat masuk asrama KAA

MaMa MoDeN berkata...

Salam PUPP,
Terima kasih, Alhamdulillah. Ada juga anak mama yg sek rendah memang slow sikit termasuklah kak cik ni, tapi Alhamdulillah.. mama puas hati dgn pencpaian mereka.

Alhamdulillah bila p sek men mereka lebih aktif & mudah mnerima pelajaran, aktif diasrama masuk debatlah apalah.. syukur.

tak ada apa yg kita ibu bapa harapkan selain anak2 bjaya dlm pelajran, dunia & akhirat. tu je harta yg kita ada utk ditinggalkan pd mereka.

p/s: PUPP ni boleh tolong ke kalau mama nak mohon biasiswa ke, apa2 bantuan utk anak2 p study? :)

Nurul Amal berkata...

salam
wah hbtnya
tlg ckp tahniah kat tiqah
huhu
xsangka kan
nt harap dpt skola mngah yg baik =)

MaMa MoDeN berkata...

Salam Amal,
terima kasih..
walaupun mama selalu berdoa anak2 mama lulus cemerlang dalam exam, tapi mama pun tak menjangkakan result kak cik baik camni.

berbaloilah dengan tahap usaha dia... Alhamdulillah

harap dia dapat buat lebih baik dr sekarang..

PUPP berkata...

Salam Mama,

Kalau ada anak-anak yang ambil bidang sains atau fizik di IPTA nanti bagitaulah saya.

MaMa MoDeN berkata...

Salam PUPP,
hah! eloklah tu. Anak sulung mama lani ada di UPSI ambik sains bio. Kalau ada apa2 peluang bantuan pendidikan bagitaulah ya. Boleh buat tambah2 belanja study dia.. :)
thanks