New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 November 2009

PERINGATAN Buat Perokok!

Assalamualaikum.....

Ketika membelek blog sahabat muslimat dari Perak, saya terlihat iklan ini yang dipaparkan dalam blog mereka. Jadi, saya kongsikan disini untuk PERINGATAN !


Tak kisahlah banyak mana anda ingin merokok tetapi jika anda mengaku sebagai Muslim yang berakhlak & bertamaddun cuba elakkan merokok di tempat awam. Di Israel, lelaki yang merokok di majlis awam akan diheret dan dicampak keluar. Jika nak sangat berhenti merokok berjanjilah dengan Allah & Rasul
.
1. Perokok ni sahabat jin..

2. Perokok takkan merasa tua sebab mati muda

3. Perokok merupakan penyokong tegar Israel dan US

4. Perokok perosak Alam

5. Perokok membunuh ahli keluarga secara senyap

6. Perokok musuh Rasullullah kerana Rasullullah suka wangian sedangkan perokok seorang yang busuk

7. Perokok musuh masyarakat kerana sebar racun ke udara

8. Perokok rakan syaitan kerana sifat membazir

9. Perokok pengotor kerana buang puntung rokok merata2

10. Perokok penyebab kesesakan jalanraya.


9 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Salam June..

kakcik memang alah dengan bau rokok.. tak suka..tak suka..tak suka.. Alhamdulillah, suami bukan seorang perokok.. :)

MaMa MoDeN berkata...

Salam Kak Cik,
saya pun antara yg tak suka dgn rokok & baunya...

Saya kalau terserempak ngan orang merokok ditempat awam saya tegur direct je...

nak mati, matilah sendiri jgn babitkan org mati sekali ngan depa!

saya pun mujurlah suami bukan perokok. tapi rasanya kalau dari dulu tahu dia merokok saya tak kahwin ngan dia kot!

masa suami frust bercinta cinta ptama dia dulu, saya tengok dia merokok dgn teruk di bilik guru, Alhamdulillah saya nasihat dia masa tu jgn merokok lagi...

walaupun mungkin sampai sekarang dia masih ingat cinta pertama tu, syukulah dia tak merokok lagi sejak kami kahwin...

abu muaz berkata...

Salam. Perokok adalah pembunuh upahan ..... jangan marahlah wahai para perokok.

ONE ZABA berkata...

tuka hisap paip pulak la....

MaMa MoDeN berkata...

Salam abu muaz,
tapi para perokok ni takkan mengaku punya mereka pembunuh upahan...

kadang2 yang bdegar2 bcakap ttg Islam tu, tapi dimulut & tangan terselit rokok.

marahkan Israel membunuh orang Islam tapi hakikatnya mereka mereka juga turut membantu dana Israel membeli bom & peluru, betul tak abu muaz...

MaMa MoDeN berkata...

salam one zaba,
hisap paip kalau tembakaunya diusahakan anak2 tempatan, xper ker?

yg penting tak payahlah merokok atau mempaip....

p/s: one zaba dok comeron highland yer? asal sana ke? bertugas disana? bestlah kan dok tempat sejuk. sayur murah. yg best teh strawberry senang dapat kat sana...

kuina berkata...

sy tak merosok tp org sebelah sy merokok... nak kena rotan no...

xiiinam berkata...

Suami ckLah dulu merokok juga...Pernah tegur dia...tapi....





7 tahun lalu beliau menunaikan Umrah. Alhamdulillah, semasa menunggu bas nak ke Makkah di Madinah, ada seuatu Allah tunjukkan pada beliau.....sampai sekarang dia tak sentuh rokok . Doa seorang isteri yang tak mampu menegur telah dikabulkan....Syukur!

MaMa MoDeN berkata...

salam kuina,
hehehe rotan je!

salam cikgu lah,
Alhamdulillah, selalunya doa seorang isteri yg tak kenal putus asa pasti Allah makbulkan...

apalah agaknya yer, pengalaman Encik Zahan yg boleh buat sampai dia lupakan terus rokok...