New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 November 2009

Fakta Bahaya Yang Perlu Suami Isteri Kongsi

Assalamualaikum.....

UNTUK BACAAN SUAMI ISTERI SAHAJA!....

Demi Suami,  Isteri Sanggup Pura-Pura Puas 
 
Setiap hubungan intim yang dilakukan bersama pasangan semestinya diharapkan memberi kepuasan. Tapi hakikatnya tidak semua berakhir dengan kenikmatan kerana seks itu sendiri ada pasang surutnya.

Dalam hal ini tidak dinafikan ada isteri di luar sana yang tidak mencapai kepuasan tapi berpura-pura menikmatinya. Orgasma ataupun pura-pura orgasma, suami selalu tidak dapat membezakannya. Berikut ada punca isteri sanggup melakukannya;

1. Anggap satu kewajipan

Ada anggapan bahawa setiap wanita seharusnya mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan intim. Akibatnya, wanita percaya bahawa bila orgasma tidak berlaku, aktiviti seksual yang dilakukan akan menjadi kurang sempurna. Apabila tidak mampu mendapatkan orgasma mereka mula bertindak untuk memalsukannya.

2. Tidak mahu kecewakan suami

Ini mungkin alasan yang kerap diberikan oleh kaum wanita jika ditanya kepada mereka kenapa sanggup memalsukan orgasma. Wanita memahami bahawa lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan. Oleh itu biasanya, setiap kali selesai melakukan hubungan intim, lelaki akan bertanya adakah pasangannya puas dan mencapai orgasma. Tidak mahu mengecewakan suami, selalunya akan berpura-pura orgasma.

3. Tidak pasti apa itu orgasma

Ada juga wanita yang walaupun sudah bertahun-tahun berumah tangga tapi tidak mengetahui apa sebenarnya orgasma. Dia tidak memahami apa yang dialami wanita ketika mencapai kenikmatan tersebut. Akibatnya dia juga tidak sama ada dia sudah mencapai orgasma ataupun belum dan apakah yang dialami itu orgasma atau bukan.

4. Ingin cepat selesai

Ketika mood tidak berapa baik, keletihan atau mengantuk, wanita biasanya mahu aktiviti seks dengan suami cepat selesai supaya mereka boleh berehat dan tidak diganggu. Hendak menolak pastinya sukar apatah lagi jika suami sedang dalam keadaan terangsang. Akibat keadaan-keadaan tersebut, ada yang melakukannya tidak sepenuh hati dan secepat yang boleh. Oleh itu hubungan intim terasa sakit dan isteri pasti mahu ia lebih cepat berakhir. Daripada berlama-lamaan kesakitan lebih baik pura-pura orgasma!

5. Malu jika tak mampu

Sebagaimana lelaki, wanita juga akan merasa gagal jika tidak mampu mencapai puncak kenikmatan. Walaupun ada sebab kukuh mengapa wanita tidak mampu mencapainya seperti stres, trauma seks masa lalu dan sebagainya. Akan tetapi kerana takut dianggap tak mampu, wanita mula memalsukan orgasma.

Jangan anggap sebagai beban

Sekiranya seseorang wanita itu kerap memalsukan orgasme, seeloknya mereka bertemu dengan kaunselor seksiologi. Tidak ada salahnya jika anda mengamati diri sendiri dan mencari punca mengapa anda memalsukan kenikmatan tersebut. Jika masalahnya lebih kepada aspek psikologi, ada baiknya anda bertemu dengan pakar psikologi terlebih dahulu.

Jika anda sering stres, kepenatan dan tidak segar maka hubungan intim yang berkualiti juga sukar untuk dilakukan. Namun apa yang jelas bagi seseorang wanita adalah, janganlah menganggap bahawa orgasma adalah satu beban berat hingga anda sanggup menipu ingin mendapatkannya. Anda akan menjadi lebih stres dan kesannya anda akan tak mampu menikmati aktiviti yang seharusnya mengasyikkan.

Nikmatilah setiap tahap kegiatan seks itu. Orgasma memang penting namun ia akan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap tahap seks itu.

artikel dari Laman Seri Maya Persada

Wah! Gawat banget ni. Parah yer jika dalam hubungan suami isteri berlaku perkara demikian. Sampai bila mahu berpura2? Ingat langit tidak selalu cerah. Seeloknya jika perkara begini terjadi, kedua2 pihak harus saling berbincang. Isteri perlu lebih bersikap terbuka & suami pula harus kurangkan EGO demi kebahagian rumahtangga. 

5 ulasan:

hentian berkata...

uffsss.... byk benda lain lagi nak fikir dari memikirkan isu yang entah dimana hujung pangkal ini...

Unknown berkata...

fakta tambahan... sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan...

lalala... aku pegi Cameron Highland 3 hari...

MaMa MoDeN berkata...

Salam Insan Marhaen,
selalunya fakta2 ni hasil dari kajian pakar2...
sambil2 pikir benda lain, fakta ni boleh juga diambil sdikit iktibar&pengajaran bagi yg bermasalah camni..yang tak ada masalah boleh teruskan kehidupan, kan!

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu shifu,
wah! p CH, jelousnya.
teringat aniversary ke 19 aritu kami p honeymoon kat sana bawa anak2 sekali...

p/s: cikgu, stok teh strawbery mama dah habislah.... heheheh
"mai sekotak"...

armouris berkata...

lagi info tentang orgasma kat sini - Orgasma Pengukur Kepuasan Seks