Assalamualaikum.....
Lewat dinihari sebentar tadi saya bertanya khabar pada anak bujang saya Angah, nun jauh di Pantai Timur. Universiti Darul Iman menjadi tempatnya menyambung pengajian selama 3 tahun mendatang.
Dari sms yang ringkas, sekadar bertanya khabar, berdoa & berharap juga memberi sedikit semangat agar Angah akan sukses menghadapi exam yang akan dilaluinya bermula 1 nov ini.
Entah bagaimana akhirnya mesej kami meleret2 dari cerita2 semasa saya & Angah hingga kisah di masa silam. Kisah2 yang membuatkan mata saya bergenang. Angah yang mulakan bicara nostalgia lama itu. Dan saya anggap imbauan itu sebagai satu muhasabah pada diri saya agar apa yang telah berlaku tidak akan sesekali berlaku lagi.
Sejak dari kecil sememangnya Angah agak rapat dengan saya. Tambahan lagi menjelang dia semakin besar ini. Agak banyak perkara boleh saya tumpang luahkan pada Angah. Bukan saja menjadi pendengar yang setia, malah Angah juga boleh memberi penawar menyejukkan hati saya.
Bersembang dengan Angah samada melalui alam maya atau berdepan, saya dapat merasakan saya dihargai. Ada rasa memberi & menerima dalam perbualan kami. Hati yang panas menjadi sejuk, jiwa yang gundah gulana menjadi tenang, fikiran yang kusut akhirnya terlerai.
Angah, mama berdoa semoga Angah akan menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Menjadi hamba Allah yang beriman, menjadi anak yang soleh pada mama & baba, menjadi suami & ayah yang mithali pada anak isteri kelak.
Terima Kasih Sayang....
perjumpaan Kak Uda & Angah sewaktu lawatan Kak Uda ke Terengganu baru ni, menghilangkan sedikit rasa rindu seisi rumah pada Angah
12 ulasan:
Salam. Kita bukan mahukan wang ringgit dari mereka. Cuma betullah kata puan cukuplah kita dihargai oleh anak-anak. Hilang rasa perit membesarkan mereka.
salam..
kita yang bergelar ibu,
dakap kehangatan untuk anak-anak tidak pernah akan akan padam..
kita jadi terharu, walaupun anak mendoakan kita hanya dengan satu ayat..
Alhamdulillah!!!
Salamun'alaik kpd Mama skeluarga. Harap sihat sll hendaknya :)
Mama, Nan dh beli laptop ke? Baru2 ni Nan ada msj tanya psl laptop. Pas2 senyap xtau apa crita dh la ni ;)
Lega bila dpt guna internet balik. Internet d kampus agak teruk kebelakangan ni. Slalunya ada line internet smpai ke bilik..boleh gak sX-skala chat dgn Mama Baba klu tserempak d YM :)
salam padil,
patutlah dah lama tak jumpa padil, rindu juga...
Nan belum beli lagi laptop, baba tgh servey2 & rmnya tak mai2 lagi..
owh, dia tanya padil eh, kesian juga nak guna buat keje.. I'ALLAH doakan ok...
salam abu muaz,
yer memang kita tak harapkan duit ringgit mereka, jika mereka dah bjaya, mereka ingat nak bantu kita pulak itu hanya satu bonus pd ibu bapa. Yg penting mereka akan hidup senang, bhgia bsama keluarga masing2 kelak..
Saya beriktizam, seboleh mungkin takkan bebankan anak2 krana kita. saya tak mahu anak2 kita baik lelaki atau perempuan berada dalam dilema. biar mereka tentukan sendiri tanggungjawab mereka pada mak bapa, keluarga sendiri... dan seboleh mungkin tak mahu ada rasa kecil hati pd anak2, takut jika terlintas dihati sampai melabelkan anak2 kita anak derhaka atau apa saja... bukan apa takut kata2, niat kita jadi doa pd mereka hingga mendatangkan beban pd mereka...
salam mamamin,
yer walaupun mereka sudah besar2 belaka masih terasa rasa yg mereka tu anak2 kecil kita...
sntiasa berdoa agar kita berada dalam doa selepas solat mereka sntiasa samada kita masih hidup atau kita telah tiada nanti...
Salam Mama Moden..
Zai pun bersetuju dengan abu muaz...sebagai ibubapa, harapan setiap dari kita terhadap anak2 sangatlah tinggi dan tetap berharap mereka akan membesar menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan mudah2an akan tetap menyayangi kita dan mengambil berat tntg kita sehingga kehujung nyawa.
Mudah2an angah akan membesar menjadi anak yang soleh.
salam zai,
yer zai, mama pun setuju ngan zai. bila kita sntiasa redho dgn anak2, I'ALLAH takkan ada rasa kita disisihkan. tjawab kita mbesarkan mereka dgn baik, buruk baiknya biar mereka yg tentukan.
bila kita mbesarkan mereka tanpa mharapkan tjawab kita menjadi budi yg perlu mereka balas I'ALLAH hati kita akan tenang tanpa mharapkan apa2 dr anak2. andai mereka mjalankan tjawab pd kita dgn keikhlasan hati mereka itu satu bonus pd kita sbagai ibu bapa...
Salam,
Anak mama ambil course apa di UDI? Jangan lupa pesan pada dia untuk study soalan-soalan past year bila semester exam. Insya-allah soalan-soalan tersebut akan keluar sedikit sebanyak dan membantu meningkatkan CGPA. Pesan juga pada dia kekalkan CGPA sekurang-kurangnya 3.0 supaya dapat sambung Master dan apply jadi pensyarah. Kerajaan melalui MOSTI dan KPT biasanya akan bagi scholarship kalau dapat pointer 3.0 ke atas.
salam PUPP,
angah ambil diploma pengajian islam syariah..
thanks, ok nanti mama sampaikan pesan PUPP ni kat dia...
salam...yg mana 1 angah nak kna bca n amik berat ni?byk sgt lar komennya..
Catat Ulasan