Assalamualaikum.....
Masih ingat dialog pada tajuk post saya ni? Cerita Allahyarham P.Ramlee lakonan Allahyarham A.R Tompel dalam cerita Do Re Mi. Ketika Do Re Mi lari dari dikejar penduduk kerana menjual ubat tipu. Mereka tiba disebuah kampung dan merasa lapar. Re berniat nak mempermainkan seorang lebai untuk makan free. Ketika berbual2 lebai bertanya "sorang je ke". Re jawab "bertiga". Lebai kata lagi "kenapa tak dipanggil". Re kata " Tak dipelawa".....
Hah itulah yang berlaku pada saya. Sejak kelmarin, jumaat... suami tercinta saya telah membawa kumpulan sepak takraw Pulau Pinang ke Institiut Kemahiran Belia Negara, Pagoh Muar JOHOR. Mereka pergi hingga esok rasanya. Pergi dengan van kami. Kakak diajak pergi sama.
Dan ketika catatan ini saya tulis, suami saya & babanya berada di Kampung saya, Jementah. Mereka bersama keluarga saya. Mungkin menziarahi mereka sebentar, kebetulan seorang cikgu pengiring yang turut serta tu Cikgu Hadi orang Bukit Tunggal, berhampiran kampung saya. Jadi mungkin kesempatan ini mereka ambil untuk singgah ke kampung saya.
Apa perasaan saya? Alhamdulillah. Sekurang2nya terubat rindu mak, abah & keluarga yang lain dengan kepulangan mereka walau sebentar cuma.
Dari semalam ketika bersembang dengan anak bujang saya dan beberapa rakan chating, ketika mereka tahu suami saya ada program disana ramai yang bertanya kenapa tak ikut? Boleh balik kampung!
Dan sejak jam 8 malam tadi seorang demi seorang dari kampung menelefon saya menggunakan hp suami saya.
Atam menelefon jam 8.40 malam. Abah menelefon jam 10 lebih kurang manakala jam 10.26 tadi Ateh pula menelefon. Sebak rasanya perasaan ketika itu. Airmata bergenang mengenangkan situasi mereka disana. Mereka juga menanya soalan yang sama, kenapa tak ikut? Kenapa tak balik sama?
Apa perasaan saya? Ketika ditanya kenapa tak ikut! Saya pinjam dialog Re...
"Tak dipelawa....."
p/s: To Abang, apapun terima kasihlah sebab singgah juga dikampung ayang..
2 ulasan:
Salam Mama..
Jangan berjauh hati yer..
Kadang2 kaum adam mmg camtu..mereka bila pergi berkumpulan lebih selesa utk pergi bersama geng2 lelaki jer..mungkin ada kaum perempuan ni nanti hilang tumpuan agaknya..
Harap2 Ustaz Baba catatan mama ni dan beringat2 tentang perkara ni dimasa depan..
salam zai,
I'ALLAH mama tak berjauh hati pun, mungkin hati mama dah keras agaknya bab nak balik kampung sendiri ni... sebab tu sepatah pun mama tak berkata2 apa2 bila diberitahu ada games di sana...
tapi takapalah mama tak xcited langsung pun nak ikut balik kg.
kat mereka dikampung pun mama dah kata kalau ada apa2 terjadi dikampung, segerakanlah apa yg patut, mama tak payah ditunggu kehadirannya.
cuma apalah salahnya sekadar pelawa wlupun ajak2 ayam kan!
Catat Ulasan