New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

17 Oktober 2009

Lemparkan Senyuman

Assalamualaikum.....

Hari ini andai hidup kita umpama sebuah tong sampah yang penuh dengan sampah yang sangat busuk, ketahuilah walaupun dihina ia tetap ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan.

Bukan mudah untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Banyak halangan dan cabaran yang menimpa. Dan ianya lagi tidak mudah untuk manusia biasa macam kita, anda dan saya. 

Namun itulah yang dinamakan sebuah kehidupan. Seumpama roda yang sentiasa berpusing. Suatu masa ia berada diatas, ia berbangga dengan penuh keagungan, satu masa ia pasti akan mengalami proses kitaran sebuah kehidupan. 

Ia masam, mata penuh linangan air mata mengenangkan betapa azab dan sengsaranya namun, ia tidak pernah merasa sesekali akan putus asa dan hina. Kerana ia ada seseorang disisi yang sentiasa memberi semangat padanya. 

DIA ada Allah yang sentiasa bersamanya walau hidupnya penuh dengan lilitan tahi tahi yang terpijak. Dia tahu dia tetap perlu teruskan sebuah kehidupan . Mengapa mesti biarkan roda itu berhenti sedangkan hari esok penuh dengan tanda tanya.  

Biarkan roda itu terus berpusing mengalami proses kitaran semulajadi. I'ALLAH, penuh dengan berkat kesabaran, hari ini yang malap pasti akan bersinar. Yang jelas kuasa terletak ditangan Dia. 

Carilah sebuah kesabaran dengan penuh redha dalam meniti kehidupan. Tiada dalam diari kamus seorang muslim akan perasaan berputus asa. Jadikanlah kenangan semalam pembakar semangat untuk hari esok yang pasti akan menjelma. Jangan sesekali menidakkan diri sendiri. Semuanya telah ada dalam takdir yang Maha Kuasa. 

Yang penting senyumlah kerana selepas segala masalah yang timbul, pasti sinar akan kembali menjelma bersama satu kepuasan hidup. 



6 ulasan:

hentian berkata...

terimalah seadanya diri kita sendiri. apa yg kita ada sekarang ini adalah yang terbaik. Ada lain orang yang lebih derita dari kita...

muga MM dirahmati Ilahi!

MaMa MoDeN berkata...

salam insan marhaen,
Amin...

I'ALLAH Mama sntiasa bsabar, terima, I'ALLAH dgn ikhlas apa yg telah ditakdirkan pd mama... apa yg tluah disini kdg2 hanya skadar keluhan bg mbgubat rasa hati... wlupun ada yg mpertikaikan...

tak siapa boleh mnafikan, hakikatnya mama mmg bahagia dgn khidupan yg ada skrg, bsyukur sgt2 dgn keadaan diri bbanding takdir utk org lain yg nasibnya kdg2 lbh buruk dr mama..

terima kasih atas doa

Guru berkata...

assalammualaikum

mencari kekuatan diri memang perlu ..

Omar M. Hashim (Omara) berkata...

Salam Mama Moden,
Saya pernah naik meninggi dan pernah jatuh hingga ke bawah. Tapi Alhamdullilah, saya kuatkan semangat (walaupun pada mulanya saya gagal)akhirnya saya dapat naik kembali.
Terus terang saya beritahu, baru empat tahun saya bangun kembali... tapi bila saya dapat terima yang ini adalah takdir Allah Yang Maha Esa, lalu saya berserah kepadaNya, InsyaAllah saya mulai menerima keberkatan daripadaNya...

MaMa MoDeN berkata...

Salam cikgu,
yer mcari kkuatan dlm garis2 khidupan yg penuh liku bduri mg byk cabarannya.

kdg2 kkuatan yg kita dpt xmmpu mntupi smua kdukaan...

MaMa MoDeN berkata...

salam saudara omara,
Aduh! pasti sakitkan jiwa raga jatuh dr tmpat yg bgitu tinggi, tanbahan lagi jika tiada sokongan...

Apapun tahniah pd saudara omara krn bjaya bgn kembali wlu saya pcaya pasti bangunnya dgn tgak bdiri bkn pkara yg mudah utk dilakukan...

salam buat keluarga..