31 Oktober 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan, Anak2ku...

Assalamualaikum.....

Bermula esok, anak2 saya akan menghadapi peperiksaan mereka di Universiti & sekolah masing2.

Tata akan mula exam pada 2, 6, 9, 12 & 18 november 2009 di Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Angah bermula esok 1, 2, 4, 8, 10, 12 & 15 november 2009 di Universiti Islam Darul Iman.

Kak Uda telahpun bermula 27, 29, 30 oktober hingga 2, 3, 4, 5, 6, 9,10, 11, 12 & 13 november 2009.

Kak Tih bermula 5 hingga 12 november 2009 di SMKA(P) Al Mashoor.

Kak Cik dah selesai minggu lepas, seronoklah dia habis exam melancong pulak ke Kelantan & Terengganu. 

Selamat menghadapi exam pada anak2 saya ni. Semoga mereka memperolehi ketenangan dalam menjawab kertas soalan. Setelah mereka berusaha dengan menelaah pelajaran selebihnya hanya doa & tawakal sahaja semoga beroleh kejayaan yang diidamkan. Amin.....

"Tak Di Pelawa....."

Assalamualaikum.....

Masih ingat dialog pada tajuk post saya ni? Cerita Allahyarham P.Ramlee lakonan Allahyarham A.R Tompel dalam cerita Do Re Mi. Ketika Do Re Mi lari dari dikejar penduduk kerana menjual ubat tipu. Mereka tiba disebuah kampung dan merasa lapar. Re berniat nak mempermainkan seorang lebai untuk makan free. Ketika berbual2 lebai bertanya "sorang je ke". Re jawab "bertiga". Lebai kata lagi "kenapa tak dipanggil". Re kata " Tak dipelawa".....

Hah itulah yang berlaku pada saya. Sejak kelmarin, jumaat... suami tercinta saya telah membawa kumpulan sepak takraw Pulau Pinang ke Institiut Kemahiran Belia Negara, Pagoh Muar JOHOR. Mereka pergi hingga esok rasanya. Pergi dengan van kami. Kakak diajak pergi sama.

Dan ketika catatan ini saya tulis, suami saya & babanya berada di Kampung saya, Jementah. Mereka bersama keluarga saya. Mungkin menziarahi mereka sebentar, kebetulan seorang cikgu pengiring yang turut serta tu Cikgu Hadi orang Bukit Tunggal, berhampiran kampung saya. Jadi mungkin kesempatan ini mereka ambil untuk singgah ke kampung saya.

Apa perasaan saya? Alhamdulillah. Sekurang2nya terubat rindu mak, abah & keluarga yang lain dengan kepulangan mereka walau sebentar cuma.

Dari semalam ketika bersembang dengan anak bujang saya dan beberapa rakan chating, ketika mereka tahu suami saya ada program disana ramai yang bertanya kenapa tak ikut? Boleh balik kampung!

Dan sejak jam 8 malam tadi seorang demi seorang dari kampung menelefon saya menggunakan hp suami saya.

Atam menelefon jam 8.40 malam. Abah menelefon jam 10 lebih kurang manakala jam 10.26 tadi Ateh pula menelefon. Sebak rasanya perasaan ketika itu. Airmata bergenang mengenangkan situasi mereka disana. Mereka juga menanya soalan yang sama, kenapa tak ikut? Kenapa tak balik sama? 

Apa perasaan saya? Ketika ditanya kenapa tak ikut! Saya pinjam dialog Re...

"Tak dipelawa....."

p/s: To Abang, apapun terima kasihlah sebab singgah juga dikampung ayang.. 

Terima Kasih Anakku.....

Assalamualaikum.....

Lewat dinihari sebentar tadi saya bertanya khabar pada anak bujang saya Angah, nun jauh di Pantai Timur. Universiti Darul Iman menjadi tempatnya menyambung pengajian selama 3 tahun mendatang.

Dari sms yang ringkas, sekadar bertanya khabar, berdoa & berharap juga memberi sedikit semangat agar Angah akan sukses menghadapi exam yang akan dilaluinya bermula 1 nov ini. 

Entah bagaimana akhirnya mesej kami meleret2 dari cerita2 semasa saya & Angah hingga kisah  di masa silam. Kisah2 yang membuatkan mata saya bergenang. Angah yang mulakan bicara nostalgia lama itu. Dan saya anggap imbauan itu sebagai satu muhasabah pada diri saya agar apa yang telah berlaku tidak akan sesekali berlaku lagi.

Sejak dari kecil sememangnya Angah agak rapat dengan saya. Tambahan lagi menjelang dia semakin besar ini. Agak banyak perkara boleh saya tumpang luahkan pada Angah. Bukan saja menjadi pendengar yang setia, malah Angah juga boleh memberi penawar menyejukkan hati saya.

Bersembang dengan Angah samada melalui alam maya atau berdepan, saya dapat merasakan saya dihargai. Ada rasa memberi & menerima dalam perbualan kami. Hati yang panas menjadi sejuk, jiwa yang gundah gulana menjadi tenang, fikiran yang kusut akhirnya terlerai.

Angah, mama berdoa semoga Angah akan menjadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Menjadi hamba Allah yang beriman, menjadi anak yang soleh pada mama & baba, menjadi suami & ayah yang mithali pada anak isteri kelak.

Terima Kasih Sayang....

perjumpaan Kak Uda & Angah sewaktu lawatan Kak Uda ke Terengganu baru ni, menghilangkan sedikit rasa rindu seisi rumah pada Angah

Sekadar Muhasabah Diri Di Malam Hari.....

Assalamualaikum.....

Mulianya seorang isteri disisi Allah, dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak... si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak..

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dengan suami itu pahala..jangan buat deekkk jeee, jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid,  Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan! Semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Mulianya Seorang Wanita Bergelar Isteri di Sisi Allah.....
YaAllah, Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang, satukanlah hati kami agar redho dengan apa saja yang Kau tentukan untuk kami. Kuat & semailah kasih sayang antara kami sehingga keakhir nyawa kami. Jadikanlah kami suami soleh & isteri solehah yang hidup untuk mendapat keredhoaan dari Mu. Amin.....


30 Oktober 2009

Mari Intip Jiwa Pasangan

Assalamualaikum.....

Benarkah jiwa lelaki sukar difahami? Lelaki pula berkata jiwa wanita yang payah dimengertikan! Sebenarnya jiwa manusia tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai keunikan tersendiri. Sesiapa yang suka mengkaji dan menilai dirinya maka dia akan menemui jalan untuk menguasai dirinya itu dan mengawalnya ke arah yang diredai Allah SWT.

Selain disuruh mengenal kelemahan dan kekuatan diri sendiri, kita juga dianjurkan untuk membantu pasangan untuk berbuat yang sama supaya keimanan rumahtangga dapat dikecap bersama. Tak hairan jika ada isteri yang cuba menyelongkar rahsia suami, fail-fail cinta semasa bujangnya dan sejarah hidupnya daripada mertua. Tetapi ramai yang mengambil pendekatan ‘past is past, life must go on’. Jangan usik yang lama, sekarang tiba masa lebaran baru dibuka.

OK, tetapi sejarah mesti diambil kira juga, untuk mengenal pasti keburukan tidak berulang lagi dan tetap komited dengan harapan yang dibina bersama. Jadi, bagaimanakah kita mengenal diri secara lebih dalam dan juga intip jiwa suami untuk kebahagiaan rumahtangga? Lima petua mengenal jiwa anda dan pasangan telah diajarkan oleh al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 30-39 yang berkisar kisah hidup manusia lelaki dan wanita pertama. Lelaki dan wanita ini tidak akan berubah.

1. Jiwa yang unik

Suami dan isteri merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang unik, mereka bukan malaikat dan bukan juga haiwan. Jadi tidak mungkin suami dan isteri memiliki sifat seperti malaikat yang suci daripada dosa dan mereka sepatutnya tidak berperangai seperti binatang yang hanya mengutamakan kepuasan nafsu semata.

Mereka adalah manusia yang dimuliakan berbanding makhluk lain kerana karakter unik yang dibekalkan Allah sehingga malaikat dan iblis pun diperintah untuk sujud tanda penghormatan. Karakter pemimpin mesti dijiwai dalam diri suami dan isteri sesuai dengan matlamat penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di bumi. Jika anda berdiri sebagai seorang pemimpin, sudahkah anda tunaikan segala tanggungjawab sebagai suami dan isteri?

2. Jiwa yang berilmu

Ketinggian ilmu melahirkan karakter bersih. Suami yang suka mengkaji al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan mengamalkan apa yang dipelajari tidak akan melakukan kezaliman kepada anak dan isteri. Begitu juga isteri, fahamilah suami dengan ilmu, bukan emosi.

Agama hendaklah menjadi sandaran dalam berkasih sayang. Jika suami boleh merancang percutian keluarga sekali setiap tahun, maka bolehkah mereka merancang mengkhatamkan al-Quran dan tafsirnya sekali setahun bersama anak-anak? Ilmu mampu menghidupkan jiwa, melahirkan peribadi yang bersih dan menumbuhkan kasih sayang.

3. Jiwa rindu hidayah

Suami dan isteri memiliki jiwa yang rindukan hidayah Allah. Mereka berasa tidak tenang, sedih, dukacita, dihimpit masalah jika kehilangan hidayah. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Jiwa suami akan tenang jika isteri menjaga agamanya, begitu juga sebaliknya. Jika anda dan suami menghadapi konflik, sebenarnya punca utama adalah jiwa yang kering dari hidayah Allah SWT. Di manakah hidayah?

Hidayah perlu dicari di dalam majlis-majlis ilmu, ketika bersama para ulama yang boleh membimbing dan mengasuh jiwa. Ketika membaca al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW serta memfokuskan hati kepada-Nya, ketika solat dengan kenikmatan khusyuk, ketika bergaul dengan orang-orang soleh dan ketika rela mengorbankan apa saja kerana mengharapkah redha Allah SWT. Apakah hidayah boleh bertambah dan berkurang? Ya, jangan biarkan hidayah itu hilang kerana maksiat dan kelalaian anda.

4. Jiwa diliputi nafsu

Kekuatan manusia terletak pada ilmu dan hidayah yang dimiliki sedangkan kelemahan yang paling besar adalah mereka dapat dikalahkan oleh hawa nafsu. Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh manusia berbuat kejahatan.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Jika suami rasa tergoda dengan wanita lain, ingatlah itu angkara hawa nafsu, kalau isteri suka sangat berleter, marah-marah, merajuk tak mahu dipujuk, ingatlah itu angkara hawa nafsu. Apabila ibu bapa membiarkan anak tanpa jagaan dan didikan disebabkan tamak harta, ingatlah, itu juga angkara hawa nafsu. Jika hawa nafsu dapat dipatahkan, maka Bahagialah keluarga yang dibina.

5. Jiwa suka bertaubat

Tiada manusia yang sempurna, mereka semua pernah berdosa. Hanya manusia yang cepat bertaubat yang paling baik di sisi Allah. Taubat seakan-akan khabar gembira yang disampaikan kepada Allah SWT, ia tentang kembalinya seorang hamba, pulang setelah lama tersesat dan dia akan disambut dengan tangan terbuka dan dakapan hangat mengalu-alukan kedatangannya.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali untanya yang hilang di padang pasir yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seandainya dosa itu dapat dihidu, nescaya manusia akan lari disebabkan terlalu buruknya bau dosa tersebut, tetapi Allah SWT Maha Pengampun, ditutupi segala aurat kita dan diberi peluang untuk kita bertaubat. Bahkan Dia melafazkan kata cinta kepada hamba-hamba yang suka bertaubat dalam firman-Nya yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan suka membersihkan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Ajaklah pasangan anda bermuhasabah dan kemudian bertaubat atas segala kejahatan diri. Fahamilah jiwa pasangan anda, kelemahan dan kekuatannya supaya tercapai matlamat kehidupan anda yang sebenar iaitu mencapai kebahagiaan di sisinya, di dunia dan di akhirat dengan redha Allah SWT.

Sehati Berdansa... Hendak Seribu Daya..Hargai & Yakini Diri Sendiri

Assalamualaikum.....

Saja nak sembang pasal hiburan sikit. Saya ikuti Program Sehati Berdansa sejak dari musim pertama lagi. Mula2 dulu memang nak mengundi, selain seronok lihat pasangan suami isteri yang seakan sehati sejiwa dalam program tu, niat dihati boleh juga menderma pada persatuan yang mereka wakili. Tapi entah kenapa tiba2 niat nak mengundi tu tak menjadi sebab ada orang kata kalau kita dah mula mengundi2 macamtu, nanti tak henti2 ada mesej kat telefon kita. 

Boleh dikatakan, saya tak pernah miss ikuti Detik Sehati Berdansa, Malam Sehati Berdansa hinggalah Debaran Sehati Berdansa musim 1 & musim 2. Malah ulangtayang pun saya tengok berualangkali sampai kena warning oleh suami & anak sulung saya.

Saya rasa tak salah pun saya tengok, bukan saya tengok cerita2 lucah pun. Saya taklah tengok sampai melalaikan saya dari tanggungjawab pada Allah, pada suami & anak2. Saya tengok sekadar seronok tengok pasangan2 tu Sehati Berdansa. Terpulanglah pada pandangan orang lain.

Tetapi sejak musim ke 3 ni, saya tak berpeluang langsung nak ikuti. Dari episod pengenalan hinggalah bermulanya program minggu lepas. Bukan tak nak tengok, tapi tv & remote Astro saya bermasalah. Membuatkan saya hilang mood nak alih2 siaran atau tengok info.

Tapi siang tadi, jam 12 tengahari saya dapat tengok Malam Sehati Berdansa 3 minggu pertama. Saya tak heran sangat kebolehan pasangan lain di malam tu. Dengan badan yang lansing, kecil molek rasanya tiada masalah mereka mengikuti latihan yang diberikan koreografer. 

Tapi saya memang terpegun dengan keupayaan Enot & pasangannya Zainul Abidin. Dengan mempunyai badan montel macam saya, tentulah bukan mudah Enot nak menggayakan tarian yang diberi. Melihat beliau melakukannya dipentas pun kita dapat merasakan bersungguh2nya Enot melakukan tugasan.

Yang kagumnya tentulah semangat Enot, dia tentu dah fikirkan risiko keterlibatannya dalam program realiti tarian seperti itu dengan badannya yang begitu.

Saya tak langsung melepaskan pandangan saya sepanjang Enot & suaminya menari. Nampaknya musim ni pasangan Enot adalah pasangan pilihan saya. Tak kisahlah samada mereka akan menang atau tidak, tetapi sebagai mewakili orang2 berbadan tembam bagi saya Enot sudahpun menjadi Juara Sehati Berdansa.

Tahniah & syabas Enot, kita memang kena hargai diri kita sendiri. Terima diri kita sendiri seadanya. Jangan pedulikan pandangan orang lain tentang kita. Hanya kita yang memahami diri kita sendiri.

Hari Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum.....

Wah! Cuti hujung minggu ni saya benar2 dapat cuti rehat! Berehat dari segala tanggungjawab yang membelenggu. Masa & hari untuk saya benar2 bebas, relax, bersantai & buat apa yang saya suka.....

Saya bebas tengok tv, bebas nak tidur, bebas nak mandi, bebas nak kemas rumah, bebas masak  cepat atau lambat dan bebas nak guna internet... memblog dah tentunya!

hahahahahaha

arghhhhh bestnya jadi macam baby nikan!

LUAHAN ISTERI

Assalamualaikum.....

1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami 

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. 

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing- berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor taugeh. Frust, tau tak! 

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga) 

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan yee, masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? 

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dsbnya. 

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau awak kawin dengan perempuan kedekut, itu bodoh awak sendirilah). 

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 

16. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 

17. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. You all memang dengki! 

18. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 

19. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? 

20. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan. 

21. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. 

22. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. ! Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. 

23. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (kalau isteri tak nak balas, salah awaklah kawin dengan perempuan kepala batu). 

24. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, awak juga yang rugi!


p/s: artikel ni tak ada kena mengena dengan yang hidup apatah lagi yang telah mati, jika ada hanyalah kebetulan... kalau kebetulan ada kena mengena... lu pikirlah sendiri....

29 Oktober 2009

Lelaki Berdiam Diri Tanda Protes?.....

Assalamualaikum....

Saya suka berkongsi artikel dari blog cina islam ini untuk difikir2kan dan dimanafaatkan untuk kebaikan bersama.


Pasangan perlu tahu apa masalah yang membelenggu suami termasuk mungkin bosan dengan kerenah isteri

SEORANG wanita yang secara kebetulan bertemu dengan teman lama dan mengetahui rakannya itu sepejabat dengan suami secara spontan bertanya, bagaimanakah sikap suaminya ketika di tempat kerja.

Kata wanita itu, di rumah suaminya seorang yang agak pendiam dan sukar diajak berbual. Malah, sepatah ditanya maka sepatah yang lazimnya akan dijawab oleh suami. Wanita itu mengeluh lagi, katanya, keadaan itu membuatkannya berasa bosan dan ada kala tertekan dengan sikap suami.

Peliknya ketika bercinta dulu, suami rancak bercakap dan pelbagai topik dibangkitkan hinggakan kadangkala dirinya sendiri tidak berpeluang bercakap.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui suaminya seorang lelaki yang baik, dan tidak pernah mengabaikan keperluan rumah tangga termasuk tanggung jawab terhadap anak. Cuma yang tidak menyenangkan hati, suami terlalu pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri seperti membaca surat khabar, lebih gemar tidur walaupun waktu siang hari atau rajin membasuh kereta selepas berkahwin.

Mendengar segala luahan itu, teman lamanya agak sedikit terkejut. Setahunya, di pejabat suami kepada rakannya itu tidak berhenti bercakap dan ada saja topik yang hendak dibincangkan. Kadangkala, bergurau dan mengusik rakan lain serta rajin juga bergosip sesama teman. Kenapa pula jadi begitu?

Kaunselor berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Malah, sepanjang mengendalikan kaunseling perkahwinan, masalah seumpama itu adalah antara isu atau konflik rumah tangga yang kerap diluahkan oleh isteri.

Beliau berkata, ada isteri yang mengadu mereka putus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.

“Berdasarkan kajian kes banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.

“Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan. Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, lelaki memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata, sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.

Bagaimanapun, Hushim, berkata tidak semua lelaki bersikap seperti itu sebaliknya, ada yang boleh bersoal jawab dan tidak kisah jika pasangannya bertanya apa saja dilakukannya serta mengetahui segala tindak tanduknya.

Begitu pun, beliau berkata, lazimnya antara lelaki dan wanita, pihak isteri sememangnya paling banyak mengajukan pertanyaan. Wanita menganggap dengan bertanya dan bersoal jawab ia sebagai suatu cara untuk mencari jalan penyelesaian. Malah, ada isteri begitu agresif bertanya itu dan ini sehingga terkeluar kata-kata yang tidak elok didengar.

“Selain kedua-dua faktor itu, suami bertukar menjadi pendiam mungkin juga disebabkan ada orang ketiga dalam rumah tangga. Suami bukan takut dengan isteri tetapi mengambil jalan selesa dengan hanya berdiam diri dan membiarkan isteri saja bercakap atau bertanya.

“Suami seperti itu bijak bermain psikologi dan dia tahu, apabila tiba masa isteri akhirnya akan berhenti bertanya apabila soalan diajukan tidak dijawab. Selain itu, ada suami yang bimbang jika dia menjawab maka akan lebih banyak lagi pembohongan yang dibuatnya kepada isteri,” katanya.

Hushim berkata, memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja.

Katanya, suami yang bersikap sedemikian boleh dianggap berada dalam dua dunia berbeza atau bertopeng apabila berada dalam situasi berbeza. Antara alasan diberikan, tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri. Ada juga yang selamba berkata, ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.

“Kata-kata seperti itu silap sama sekali. Selepas berkahwin sepatutnya, lebih banyak yang perlu diperbincangkan dan dirunding bersama kerana tanggungjawab semakin bertambah. Ini termasuklah, cara menguruskan kewangan atau hal pelajaran anak.

“Berbanding ketika bercinta, isu yang dibincangkan tentulah lebih banyak mengenai soal kasih sayang, kesetiaan dan perasaan cinta,” katanya.

Beliau berkata, selain berbincang mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi.

Sebagai contoh, apabila suami bercakap mengenai sesuatu hal seperti masalah di pejabat, isteri sepatutnya cuba menyesuaikan topik itu dan perlu memberi sokongan kepada pasangan. Sebagai wanita, tidak rugi jika sekali-sekala mengalah dan mendengar apa yang dicakapkan suami daripada anda bercakap hal lain.

Pada masa sama, isteri perlu menjadi pendengar yang baik kepada suami dan cuba elakkan banyak menyampuk supaya suami tidak berasa bosan.

Hakikatnya, kata Hushim, sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian.

“Lelaki perlu bersikap terbuka dan membuka ruang untuk berkomunikasi selalu dengan isteri. Sikap suami yang terus membisu boleh memberikan tekanan kepada isteri. Malah, konflik yang timbul boleh memberi kesan kepada anak.

“Paling dikhuatirkan, isteri yang dalam keadaan tertekan akan bertindak melampaui batas sehingga bersikap ‘pindah gantian’ kepada anak dan melakukan perkara negatif seperti yang berlaku dalam beberapa tragedi sedih antara ibu dan anak sebelum ini,” katanya.

27 Oktober 2009

Tok Guru Yang Di Sayangi : Dia Murabbi Ku

Assalamualaikum.....


TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir : 1931
Tempat Lahir : Pulau Melaka, Kelantan
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak
Anak : 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang.... Memori Tsunami 2004


Assalamualaikum.....

Jambatan yang baru dibina 2 minggu lalu runtuh ketika sekumpulan pelajar2 sekolah sedang mengadakan program disitu. 

Mangsa tragedi tersebut ialah murid-murid sekolah yang mengikuti Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang.

Perkhemahan itu bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut. Lebih kurang 20 orang murid masih belum dapat dikesan. Sebahagian dari murid-murid tersebut ada yang selamat.

Diberitakan jambatan tersebut baru sahaja siap dibina dalam beberapa minggu lepas. Malangnya jambatan tersebut runtuh di mana tiangnya terbongkar dan runtuh.
TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1 Malaysia itu ditemui. 

Kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.
Macam2 yang didengar melalui perkhabaran2 di laman2 web. Ada pihak mengatakan kejadian berlaku kerana beberapa orang kanak2 melompat2 diatas jambatan menyebabkan jambatan runtuh. Ada juga yang mengatakan tiada senarai lengkap nama2 pelajar yang mengikuti kem 1 Malaysia tersebut.

Hakikatnya pelajar2 itu tidak boleh dipersalahkan, dah nama pun kanak2. Sepatutnya pihak penganjur harus mengambil langkah2 keselamatan yang ketat semasa kem. Urusetia2 kem perlu cukup untuk mengawal peserta2 yang telah diketahui, kanak2 memang agak agresif, susah dikawal.

Selain kejadian yang berlaku dianggap satu takdir, tetapi pihak2 berwajib perlu menyiasat mengapa jambatan yang baru 2 minggu siap dibina boelh runtuh dengan begitu mudah. Tak cukup dengan makmal runtuh, stadium runtuh, jejambat runtuh sekarang jambatan pula runtuh. Malah melibatkan nyawa kanak2 yang agak ramai.

Bila mendengar berita ini saya teringat semasa mengadakan Jambori Nisa' Pulau Pinang pada 25 & 26 Disember 2004. Ketika itu berlakunya kejadian tsunami yang melibatkan Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Ketika tsunami berlaku saya sedang menganjurkan Jambori bersama Nisa Pulau Pinang di Sungai Tukun Telok Bahang dengan membawa 100 perserta & lebih kurang 50 orang urusetia. 

jambori tsunami klik sini

Kepada keluarga2 mangsa diharapkan dapat bersabar menghadapi musibah yang berlaku. Salam takziah saya ucapkan.
keadaan sekitar tempat kejadian ihsan dari encik google



26 Oktober 2009

Masih Fobia.....

Assalamualaikum.....

" ayang, cepat bawa van mai sini, nak p hospital"

"hah! p spital? saper xcident"

"bawa van mai kat kedai gas ni, nak p hospital"

"yer lah, saper xcident?"

"kak cik, kak cik"

YaAllah, saya masih fobia lagi rupanya bila mendengar berita macam ni. Sudah lebih 6 bulan kes kemalangan Angah aritu, tapi bila menerima berita Kak Cik petang tadi saya masih seram sejuk satu badan. Saya masih jadi tak tentu arah, sampai pegang apapun serba tak kena, walhal saya belum tahupun kisah sebenarnya.

Sebaik telefon saya matikan sebelum sempat bertanya apa2, saya bergegas siap ketempat yang dikatakan. Sampai disana agak ramai orang berkerumun mengelilingi seseorang yang hanya saya nampak kakinya diatas kerusi. Camna pulak budak ni boleh xcident, tadi tengahari dia telefon bagitau balik lambat sikit katanya ada study group ngan kawan, esok nak exam.

Setelah saya dekati, saya lihat Kak Cik sedang menangis. Babanya terus bawa Kak Cik kedalam van untuk ke hospital. Saya lihat seluruh tubuh badan Kak Cik, tiada apa2 luka pun. Tapi Kak Cik asyik menangis sambil memegang pinggangnya.

Tanpa bertanya pula kali ini, suami saya terus bercerita...

Rupanya Kak Cik dilanggar oleh sebuah motorsikal ketika mahu melintas jalan. Mujurlah itu kawasan kampung, selalunya mereka tidak memandu dalam keadaan laju. Mungkin Kak Cik melintas tanpa melihat kekiri & kekanan. Handle motor bertembung dengan pinggang Kak Cik. Dan Kak Cik turut jatuh.

Suami saya kata penunggang motor tu tak habis2 meminta maaf. Suami saya kata kat dia, dah takdir nak buat camna. Wah! lepas ni lagi famous ler 'Ustaz Baba' ni di Tanjong Tokong. Yelah, anak dilanggar sampai jatuh, sampai kena bawa ke hospital boleh senyum2, gelak2 lagi kat budak tu. Kalau kena kat anak orang lain lah tadi, dah teruk budak tu kena maki hamun dengan mak bapak budak yang dilanggar tu. Silap2 kena pukul. Maklumlah di Tanjong Tokong ni, kebanyakannya mak bapak memang begitu. Suka menyalahkan orang lain demi membela anak sendiri. 

Mujurlah hasil pemeriksaan doktor, x-ray, Kak Cik tak apa2. Sakit tu mungkin berpunca dari kesan kena handle motor & jatuh tu.

Esok kena p sekolah juga, sebab esok exam... Mujurlah.. Kalau tak, kempunanlah Kak Cik nak join lawatan ke Kelantan - Terengganu hujung minggu ni.

Pesanan Untuk Kak Cik:

Lihat Kanan, Lihat Kiri, Lihat Kanan...

Bila Tak Ada Kenderaan Baru Melintas!

masa ni Kak Cik menginap lebih seminggu di GH akibat diserang denggi

Apa Khabar Dik Un?

Assalamualaikum.....


Ada sahabat2 yang bertanya saya, apa khabar Dik Un yang saya kisahkan ceritanya di catatan saya sebelum ini?


Sudah sihatkah Dik Un? Masih di hospitalkah Dik Un? Sudah bolehkah Dik Un menyesuaikan diri, menerima nasihat keluarganya?


Entah, saya tidak pun berhubung dengan sesiapa di kampung untuk mengetahui kisah Dik Un, kesihatan Dik Un.


Baru ni semasa berjumpa Pak Tam Wat ketika beliau datang berkunjung ke rumah baru kami di Sungai Petani pun, saya tidak bertanya seperti selalu.


Saya hilang semangat, hilang minat untuk ambil tahu. Bukan sudah tidak sayang pada Dik Un, bukan sudah hilang kerisauan akan keadaannya tapi entahlah.


Masih terngiang2, terbayang2 dimata, dikotak fikiran saya yang mengatakan saya ini bukan siapa2 dalam keluarga besar suami saya. Masih terasa ungkapan ' ORANG ASING".....

Adakah saya pentingkan diri dengan merasa, menghasilkan perasaan demikian? Entah, mungkin saya semakin tua agaknya. Jadi cepat sensitif dengan perkara2 begini walhal sejak sekian lama saya tak kisah apapun pandangan mereka pada saya. Ataupun mungkin saya semakin tamak & leka dengan kasih sayang mereka. Saya menyangka saya disayangi dengan sepenuh hati selama ini. Rupanya saya syok sendiri. 

YaAllah, tabahkan hati hambaMu yang kerdil ini untuk meneruskan liku2 perjalanan yang mendatang. Tebalkan iman kesabaran hambaMu ini lagi hingga ketahap yang lebih kental dari sekarang & yang sebelum2 ini.... Amin


kisah dik un 1

kisah dik un 2




25 Oktober 2009

Selamat Ulangtahun ke 16


Assalamualaikum....


birthday girl : Nurul Amirah Fatin

Pada hari ini, 16 tahun yang lalu DIA saya lahirkan... tanggal 25 oktober 1993, pada jam 8.30 malam. DIA dilahirkan sebagai anak ke 3 dalam keluarga di Negeri Johor Darul Takzim, negeri kelahiran saya.


DIA membesar sebagai anak yang senang dijaga, tanpa banyak kerenah & ragamnya. Tidurnya dalam bedungan sehingga usianya 8 bulan.


Sehinggalah sekarang, tidak saya nafikan DIA anak yang paling mendengar kata. Hanya diam bila dimarah, paling tidak pun hanya menangis. Jarang sekali DIA melawan.


Harapan & doa, semoga anak ke 3 saya ini akan terus membesar menjadi anak yang berguna pada Agama, bangsa & negara. Semoga menjadi anak yang solehah.


Selamat Ulangtahun Sayang.....


24 Oktober 2009

HATI WANITA........

 
Assalamualaikum


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.    

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.  
4. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian... 

5. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

6. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

7. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. 

8. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

9. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

10. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
      
11. Semua wanita mahukan seorang lelaki , suami yang cintakan mereka sepenuh hati  
12. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya khususnya si suami mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.  
   
13. Ambil berat tentang mereka & baik terhadapnya.... 

14. Sekali harapan dan kepercayaan dikhianati...selamanya sukar untuk menerima kembali......... 

15. Kenangi pengorbanan ..susah senang bersama..  setia mengharungi..segala apa dugaan dan cabarannya...tanpa  menggugat segala kesetiaan yang dibina...sesekali tidak berpaling  tadah kasihnya... 

16. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


23 Oktober 2009

Rumahtangga Sudah Hilang Perencah Kata??

Assalamualaikum.....

Dalam menyelusuri blog sahabat2 dialam maya sebentar tadi, saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh Saudara Saiful Islam atau Abu Saif. Disamping ingin menjadikan topik artikelnya sebagai tajuk komentar saya pada catatan ini saya akan petik serba sedikit catatannya. Jika ingin membaca lebih lanjut artikel beliau klik sini.

Dialog Satu :-

Isteri     : "Bang, betul ker cikgu A nak ditukarkan ke sekolah lain lepas cuti hujung tahun ni?"

Suami   : Ermmm. Ya kot!

Dialog Dua :-

Suami    : "Mana Abang letak surat khabar yang abang baca tadi?"

Isteri     : "Entah, abang yang baca".

SEMUSIM TELAH BERLALU.....

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.

Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.

Kadang2 keadaan seperti diatas berlaku tanpa kita suami isteri sedar. Maklumlah masing2 sibuk dengan tugas & peranan masing. Sebab saya perempuan dah tentulah kawan2 saya kebanyakannya perempuan. Lebih selamat mencurah rasa pada kawan sama jenis dari berlainan jenis. 

Kawan2 saya kadang2 bercerita, suami mereka akan menjadi sangat pendiam bila bersama anak isteri dirumah. Berjela2 si isteri bercerita itu ini, dari A-Z tapi jawapan respon dari mulut suami... aaaaa, ermmm, ok, oooo...

Tetapi menjadi sebaliknya apabila bercerita dengan kawan2 mereka samada lelaki atau perempuan. Suami mereka boleh bercerita dengan panjang lebar perkara yang si isteri sepatutnya nak tahu tadi kepada mereka berbanding sepatutnya bercerita dengan isteri sendiri.

Kadang2 suami2 mereka ni siap melanjutkan perbualan dengan bertanya... bertanya... dan bertanya lagi dengan kawan2 mereka seolah2 merekalah juara pertandingan bercerita.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?

Arahan?

Suruhan?

Permintaan?

Larangan?

Kritikan?

Ermm tutur kata dalam perbualan suami isteri juga memain peranan. Tapi biasalah hati manusia ni, serapat mana pun kita, seerat mana pun kita waima dengan suami atau isteri sendiri yang tidur sekatil, berkongsi selimut & bantal, manalah kita tahu sepenuhnya kehendak mereka. Tambahan lagi ketika berlaku perang dingin, benda yang kita dah tahu pun kita buat tak tahu...

MINIT-MINIT PENENTU.....

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

Kadang2 bertahun setelah bersama pasangan yang kononnya telah kita kenal luar & dalamnya pun kita akan menghadapi masalah begini. Perbualan suram, perbualan hanya berada disebelah pihak. Tapi bila pihak yang selama ini beria2 bercerita itu ini mendiamkan diri tahu pula mereka berasa hati. Tahu pula menimbulkan masalah keboringan. Yang selama ini pasangan anda boring, siapa nak jawab!

Kepada yang berhadapan dengan masalah pasangan lebih suka, lebih pandai berborak dengan orang lain lebih dari bersembang dengan kita ni, saya rasa biarkan jer. Sesekali kita pun boleh bersikap macamtu. Buat tak tahu jer, kalau ada apa2 yang kita tahu. Sesekali jangan bercerita dengan pasangan, bila dia tanya kenapa tak bagitau, jawab je, laaa tak tanya. Baru dia pula tahu perasaan kita yang dibuat umpama melukut ditepi gantang!




Teruja Dan Teruji

Assalamualaikum.....

Sejak sebulan ni hampir setiap minggu kami sekeluarga ke rumah baru kami di Sungai Petani. Walaupun masih tiada apa lagi dirumah tu selain air & api tetapi kami sekeluarga atau mungkin saya begitu ternanti2 hari untuk kesana. Hari sabtu & ahad kalau boleh memang nak kesana, melihat & meninjau rumah.

Kami sudah bermalam disana selama dua malam pada aidilfitri yang lepas. Selain itu kami hanya datang pagi & pulang ke Penang menjelang malam. Suami saya dah pasang lampu2 yang sudah agak lama dibeli sebelum rumah siap sepenuhnya. Beli sikit2. Kipas pun dah pasang. 

Malam pertama disana sampai kepagi saya tak dapat melelapkan mata, kerana tempat saya tidur ( kami semua kecuali Tata & Angah yang tidak dapat bersama, tidur beramai2 diruang tamu kerana dalam bilik masih belum pasang lantai & kipas ) betul2 bertentangan dengan lampu gantung yang suami pasang. Masa belum digantung dulu, saya lihat lampu tu biasa je, tapi bila dah dipasang, alahai... cantiknya dimata saya. Terasa seperti lampu tu menggamit2 saya sambil berkata " cepatlah... cepatlah... cepatlah pindah! hehehehe.

Laman depan pun suami & anak2 saya dah cabut rumput2 yang meliar untuk ditanam dengan rumput karpet. Serai yang Kak Wa tanam aritu pun tumbuh dengan elok. Saya ingat nak tanam pokok kedondong atau amra. 

Sekarang ni kami sedang dok servey2 serata Penang & Sungai Petani jubin untuk dipasang di 3 bilik. Dulu pernah terniat nak pasang jenis kayu tu, apatah nama dia susah nak sebut. Tapi fikir2 balik takut anai2. Tapi masa dok p tengok2 kedai jubin tu kami tengok jenis jubin tapi corak kayu tu, cantik juga.

Sebab kami seboleh mungkin nak save bajet seberapa yang boleh, maka kami bercadang nak beli sendiri jubin tu dan upah orang pasang. Begitu juga siling di ruang tamu, dah sembang2 dengan beberapa orang, kalau beli sendiri & upah orang pasang, kami dapat save banyak juga. Kami pun dah dapat orang yang nak kami upah, warga Indon. Selain buat kerja kontrak mereka juga ambil upah sambilan macamni. Kerja mereka pun saya tengok boleh tahan. Teliti, cantik & kemas.

Selain nak pasang jubin bilik & siling diruang tamu, kami juga bercadang nak buat kebinet dapur. Nak buat simple yang boleh. Dapur & hob pun dah beli. Entah bila nak pindahnya tapi kalau boleh sebelum pindah masuk kami nak rumah ni dapat disiapkan seperti yang kami rancangkan.

Kami juga bercadang nak tambah siap2 bahagian dapur tu. Tak besar mana bahagian belakang tu, dapat tambah dulu tanpa buat kabinet apa2pun ok juga. Tapi yang ni suami kata bergantung pada peruntukan. Tapi saya berdoa siang malam beberapa hari ni agar dapat juga buat bahagian belakang tu. Senang, lepas ni tak payah fikir pasal nak renovate rumah dah. Tapi kalau dapat buat lantai bilik, siling ruang tamu & kabinet dapur pun saya dah bersyukur.

Selama saya merantau ni, rumah saya tak ada perabot. Rumah saya cuma ada peti ais & mesin basuh tupun pada awalnya ihsan dari mak mertua saya. Kemudian baru kami mampu beli sebuah almari baju & dapur gas 4 penunu tu. Masa pindah ke kuartes ni dari Telok Bahang, barang2 kecil kami angkut sikit2 dengan kereta. Barang2 besar cuma peti ais, mesin basuh, dapur & almari baju cuma diangkat menggunakan lori aiskrim oleh kawan dari Telok Bahang.

Maka itu bila dapat berpindah ke kuartes ni rasa syukur, seronok sangat sebab rumah ni dilengkapi dengan katil, kusyen, meja makan, almari buku & baju yang penuh diruang tamu & ketiga2 bilik. Dapur juga lengkap dengan kabinet.

Rumah saya ni entah kenapa walau tak banyak perabot tapi hanya dipenuhkan dengan buku2. Samada buku2 ilmiah atau bahan bacaan santai. Tupun masa raya baru ni dah banyak juga yang saya jual untuk kitar semula. Baki yang ada ni masih banyak, sayang nak diapa2kan.

Selain buku2, kain baju juga penuh almari. Walaupun tak selalu membeli tetapi anak2 saya sejak kecil murah rezeki dengan pakaian. Ada saja yang memberi, malah kain baju yang diberi masih baru. Maka itu semakin banyak baju2 lama yang dah tak muat saya sedekahkan pada orang, tapi sebanyak itulah juga baju2 yang disedekahkan pada kami. Masa aktif dalam jemaah dulu, selalu juga join kumpul baju2 terpakai untuk dihantar pada orang susah, selalunya ke Baling, Kedah. Tapi sekarang baju berlambak, tak sempat saya nak ambil tahu bila mereka kumpul & hantar kesana.

Jadi bila dah ada rumah sendiri yang kosong tak ada apa2 perabot ni, pening juga. Pening mana nak simpan buku2 & kain baju ni. Masa suami saya bawa balik risalah2 dari kedai perabot, sambil membelek2.. Kakak kata nak buat apa beli baru Mama, bawa jerlah yang ada ni p rumah baru... Alahai anakku, yang dok ada, yang kita dok guna bertahun2 ni 'HAK MILIK KERAJAAN' daaa...

I'ALLAH, saya tak pernah impikan perabot mewah untuk menghiasi rumah saya. Yang penting kami dah ada rumah sendiri untuk berteduh bersama anak2. Kalau ada lebih kemampuan kami penuhkan impian kami, jika tidak cukuplah apa yang seadanya ini. Jika nak dibandingkan dengan beberapa buah rumah yang sudah direnovate sekitar rumah kami ni, alahai... memang cantik tapi siap jelah RM10+++.00. Bagi kami cukuplah seadanya....

Ermmm masalahnya sekarang, BILA NAK PINDAH!!!

Anak2 masih tak mahu pindah kalau boleh. Masing2 sayang nak tinggalkan Pulau Pinang, tempat mereka membesar malah 4 anak saya lahir di sini.

Yang sudah besar2 yang telah termimpi2 dipatuk ular berkata " tak mahu pindah lagi ba, ma.. nak kahwin disini, di Penang"... masalahnya bila nak kahwin? Belajar pun tak habis lagi!

Yang masih belum mimpi dipatuk ular, yang baru berjinak2 dengan 'cinta monyet' " ba, ma, tak mahu pindah lagi.. bagi ler habis PMR ke. SPM ke dulu baru pindah".

Hah! yang mungkin mengikut sahaja tanpa bantahan tentulah hanya Kakak & Nin yang masih belum tahu apa2 tentang kenangan & memori. Tupun masa dua malam bermalam di rumah baru, pagi2 bila bangun Nin kata " ma jom bayik, nak men tenet, nak men jame, nak tenyok tv".

Nampaknya sekarang yang betul2 rasa teruja nak pindah kami berdua jelah kot. Walaupun saya sendiri memang terlalu banyak memori indah, suka duka di Pulau Mutiara ni tapi saya lebih teruja, seronok nak mendiami rumah sendiri. Walaupun rasa sedih akan meninggalkan ramai teman2, sahabat2 di sini tetapi rumah baru lebih menggamit2.

Sekarang terpulang pada yang paling berhak menentukan bila kami akan berpindah. Walaupun dulu masa menunggu rumah ni disiapkan, rumah ni dibeli untuk didiami dihari tua, hari selepas bersara tetapi saya merasakan kami akan mendiami rumah baru ni sebelum hari bersara. Lebih2 lagilah jika cadangan kami untuk merenovate rumah baru ini berjaya nanti. Takkan buat rumah cantik2, nak ditinggalkan! Hanya ziarah dihujung minggu saja!

Entahlah... Sama2 tunggu dan lihat, biar keadaan yang menentukan.

Apapun, sahabat2... tolong doakan impian & harapan saya, suami & anak2 pada rumah baru kami ini,  tercapai & dimakbulkan Allah yer... Amin.

22 Oktober 2009

Mereka Tak Peduli!



Assalamualaikum.....


Sudah agak lama saya tidak kekedai runcit, 7 E , Happy Mart atau kedai2 yang mempamerkan tempat letak rokok dikaunter. Ialah, sejak tidak membuat kuih jualan ni, suami yang banyak kekedai atau ke pasar.


Tetapi baru2 ini saya masuk ke 7 E, saya agak terkejut melihat kotak rokok yang mempamerkan gambar2 bahaya merokok. Semua jenis rokok menggunakan kotak yang ada gambar begitu.


Memang ada dengar, sempena kempen anti merokok, katakan 'Tak Nak' pada rokok Kerajaan akan mempemerkan gambar bahaya merokok dikotak2 rokok. Tapi saya tak pernah berkesempatan nak tengok, baru2 ni aja saya dapat lihat.


Kita yang tak hisap rokok pun naik ngeri tengok, tapi pelik... orang yang hisap selamba jer beli rokok tu tanpa rasa takut!


Mereka ni kalau membahayakan nyawa sendiri, bagi saya lantak ler. Tapi sebenarnya kita yang berada disekeliling mereka ni, yang menyedut asap rokok mereka yang kesannya lagi teruk.


Saya kalau ada sesiapa yang merokok berdekatan saya, tambahan lagi ditempat awam, saya sound je. Pernah semasa membawa anak saya ke Hospital sebab demam baru2 ni, dahlah kena buat saringan H1N1, ada pula peneman pesakit lain berdekatan saya selamba je hisap rokok kat kawasan Hospital tu.


" Janganlah hisap rokok kat sini, kat Hospital pun nak hisap rokok ker? Dahlah orang sakit kat sini! '.


Macamtulah lebih kurang saya warning. Budak2 muda lebih kurang anak2 saya jer umur mereka. Nasib baik mereka padamkan rokok tu, tak melawan.. kalau tak kena penampar dengan saya.


Sebenarnya Abah saya, Adik2 lelaki saya & sebilangan saudara mara berdekatan saya ramai yang merokok ni. Kalau merokok depan saya, saya cakap juga merokok tempat lain. Macam2lah juga nasihat saya bagi tentang bahaya merokok ni, tapi mereka ni lagi pandai menjawab. " orang tak hisap rokok pun mati!' kata mereka.


Abah saya kalau saya balik, dia dok batuk2 bila saya kata abah janganlah hisap rokok batuk. Abah akan kata pula, kalau dia tak hisap rokok lagi batuk!


Berada disekeliling perokok ni memang merimaskan bagi kita yang tak biasa. Bila berdekatan mereka, selepas dari itu kita juga akan berbau rokok. Jiran saya merokok, bila pintu rumahnya terbuka bau rokok akan masuk kerumah saya. Agaknya anak isteri mereka dah lali dengan bau begitu. Mujurlah suami kesayangan saya bukan perokok.. (walaupun pernah merokok bagai nak gila masa frust cinta pertama dulu... ).




gambar2 sebegini tidak langsung mendatang kesan takut pada perokok2, tambahan lagi kepada perokok tegar....

Sedikit fakta tentang bahaya merokok :


Asap rokok mengandung lebih dari 4,000 jenis bahan kimia, yang 43 diantaranya diketahui sebagai bahan kimia penyebab kanser. Beberapa bahan kimia tersebut terdapat pula pada racun serangga DDT, arsen, racun tikus, pelitur kayu dan pembersih cat kuku.

Environmental Protection Agency (EPA) atau badan perlidungan lingkungan Amerika mengkelompokkan asap rokok sebagai bahan kimia yang bersifat karsinogen (penyebab kanker) kelas A, yang di dalamnya terdapat pula asbes, arsen, benzene dan gas radon.

Asap rokok juga menjadi penyebab timbulnya penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, penyakit hati, hipertensi, stroke, kanser mulut, kanser pankreas, kanser kantung kemih, penyakit ginjal dan infeksi telinga.

Secara rata-rata merokok dapat mengurangi angka harapan hidup selama 15 tahun dan jumlah kematian akibat kanser 2-4 kali lebih tinggi dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.


Keburukan Merokok :
· Rambut Bau dan Kotor
· Penurunan indera penciuman, Flu
· Merosak dan mengotori gigi, kanser mulut, tenggorok, & bau mulut
· Kanser Paru, asthma, Penyakit paru obstruktif Kronik
· Kanser Hati
· Kanser Darah dan Ginjal
· Infertilitas dan Impotensi
· Penyumbatan arteri jantung, serangan jantung
· Kanser Oseofagus
· Radang usus, Kanser usus dan Pankreas
· Osteoporosis, Patah tulang pungung, patah tulang pinggul
· Laukemia, penurunan sistem kekebalan tubuh


Fakta-fakta yang telah dipaparkan tersebut, merupakan alasan-alasan kuat untuk segera berhenti merokok bagi yang telah terperangkap di dalamnya, dan menghindari terkena pengaruh negatif rokok bagi yang belum terjerumus dalam lingkaran maut rokok.
Pasti selepas membaca fakta2 menakutkan ini perokok tegar akan berkata " Ada Kami Peduli!"...

20 Oktober 2009

Doa Buat Seorang Teman

Assalamualaikum.....

Beberapa hari lalu saya menerima panggilan dari seorang 'teman'. Sudah agak lama kami tidak berhubung samada dialam nyata atau dialam maya. Mungkin kerana urusan & kesibukan masing2, tambahan lagi beliau berada diluar negara.

Ketika saya bertanya bila nak tamatkan zaman bujang, sebab usia dah lanjut dia mengusik dengan menyatakan tak jumpa lagi orang macam saya.....

Saya tahu itu sekadar usikan. Sudah beribu kali saya nyatakan pada dia, jangan jadikan saya sebagai contoh untuk mencari calon isteri. Saya katakan pada dia, apalah yang ada pada saya ni untuk dijadikan contoh. Rupa tak ada, pelajaran jauh sekali, harta? Sekupang dua adalah. Agama? Sekadar melakukan perkara wajib, I'ALLAH.... Selain semua keistimewaan seorang wanita yang tiada langsung pada saya, saya hanyalah hidup selain sebagai hamba Allah, saya hanya punya harta yang paling saya sayang iaitu rumahtangga saya. Suami & anak2, itulah saja yang berharga yang saya punyai.

Kepada teman ini saya selalu katakan, jangan pula memilih sangat. Wanita telah dinisbahkan lebih ramai dari lelaki. Pilihlah saja yang berkenan dihati. Saya katakan pada dia, lelaki bersuami punya ramai yang berkeinginan nak tambah isteri oleh kerana ramainya kaum wanita takkan dia yang bujang terlalu susah membuat pilihan.

Kalau dia berkahwin sekurang2nya kuranglah wanita bujang yang mungkin sedang mengintai2 suami orang ataupun suami2 yang sedang mengintai2 wanita lain kononnya dengan alasan membantu wanita lewat usia dari jadi andartu.

Kepada teman saya itu, sudah ramai juga kenalan wanita yang saya rekomenkan. Semuanya tak menjadi. Hai teman! Dengarlah nasihat popular ini.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA....KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA.

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS..... ANDAI DIRI TAK SEHEBAT SULAIMAN,

MENGAPA MENGHARAPKAN TEMAN SETAMPAN YUSOFF.....JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA.

TAK PERLU MENGHARAPKAN TEMAN SETEGUH IBRAHIM..... ANDAI DIRI TAK SEKUAT SITI HAJAR

DAN MENGAPA DI DAMBAKAN TEMAN HIDUP BAK SITI KHADIJAH KALAU DIRI TAK SESEMPURNA RASULULLAH SAW.

BIMBINGLAH DIRINYA DAN TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN,

CARILAH KEBAIKAN PADA DIRINYA, DAN BERSYUKURLAH

KERANA DIPERTEMUKAN DENGANNYA.

TETAPLAH BERDOA PADA TUHAN AGAR DIA AKAN TERUS

MENJADI MILIKMU........

AWAS! AMARAN....

Assalamualaikum.....

Nasihat Buat Suami Dan Isteri Poligami 

Sejak saya mengupas mengenai hukum hakam poligami, ramai para isteri yang bermadu menghubungi saya menyatakan mereka tidak tahu menahu tetang hukum itu. Masing-masing menyatakan terjerat dik nafsu sendiri. Tidak kurang juga yang mengakui sering tertipu kerana kepentingan tertentu.

Ramai juga mengakui tiga bulan pertama atau setahun pertama mereka hidup bahagia. Hal ini kerana Isteri pertama suaminya tidak tahu dia ada isteri lain. Setelah semua rahsia terbongkar, suaminya terpaksa lebih banyak di rumah isteri pertama. Ada yang menyedihkan, isteri baru hanya boleh bertemu suaminya di pejabat dalam kadar sejam sahaja.

Suami tak kala berada di rumah isteri pertama, tidak bahagia kerana terpaksa bermain perasaan. Walaupun ada dua isteri tetapi hidupnya seperti tiada isteri. Masa untuk berseronoh suka sebagai suami isteri sudah tidak ada. Suami tidak boleh keluar ke rumah isteri lain kerana dikawal keinginannya.

Ada isteri yang mengadu kepada saya, sudah lama dia tidak bersama suaminya, nafkah tidak diberi kerana dia ada pendapatan sendiri. Isteri ini reda dalam keadaan terpaksa. Apalah indahnya poligami sebegini. Saya bersimpati kepada mereka walaupun kalau mereka reda diberi pahala oleh Allah. Saya juga bersimpati kepada suami walaupun mereka terpaksa menempah neraka di dunia dan neraka akhirat.

Saya tidak mampu menasihati para isteri ini kecuali bersabar dengan keadaan itu. Tapi yang paling penting seharusnya saya menasihati suami namun kerana suami tidak pernah meminta nasihat apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya kalau mengikut ilmu perkahwinan, seharusnya isteri berani memohon taklik atau fasah daripada suaminya. Tetapi apa yang saya dapat maklum balas daripada mereka, mereka masih mahu bersabar. Mungkin mereka tidak sanggup menjadi janda. Saya hormati kehendak mereka, tetapi kalau keadaan itu berterusan, nasihat saya, segeralah mohon taklik atau fasakh.

Sebenarnya tidak hina seseorang itu menjadi janda atas sikap suami yang begitu. Cuma yang saya bimbangkan kalau status perkahwinan mereka tidak sah kerana tidak didaftarkan di Malaysia. Kalau ini yang terjadi, dia tidak boleh dilindungi oleh undang-undang Islam di sini. Inilah yang tidak seharusnya berlaku.

Belajar daripada pengalaman ini, saya menyeru kepada semua wanita Islam di negara ini berhati-hati dengan tawaran poligami. Bukan saya menghalang anda berpoligami tetapi pilihan suami yang benar-benar beriman dan bertakwa amat sukar pada zaman ini. Ketahuilah mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang boleh menyelamatkan isterinya walaupun seramai empat orang.

Pada masa yang sama, saya menyeru kepada para suami yang ada niat untuk berkahwin lagi, belajarlah dahulu ilmu fiqah terutama dalam soal poligami. Setelah itu tanyalah kepada diri, untuk apa berpoligami, adakah untuk mendapat nikmat berkeluarga atau apa? Kalau untuk dapat nikmatnya, jangan belajar menipu isteri pertama untuk membolehkah berkahwin. Juga jangan tipu isteri kedua kerana takut isteri pertama. Tapi takutlah kepada Allah, kerana dosa yang anda lakukan akan dihukum di dunia lagi sebelum di humbankan ke dalam neraka.

ihsan dari blog  Fikrah Islamiah



MaMa MoDeN.. Dikunjungi Peminat&Pembaca Misteri

Assalamualaikum.....

Sejak akhir2 ini blog kerdil kesayangan saya ini dikunjungi 'peminat & pembaca misteri'. Pembaca yang bersembunyi disebalik bayang2 sendiri.

Terima kasih saya ucapkan diatas kesudian mengunjungi. Bacalah, hayatilah jika sudi. Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik jadikan sempadan.

Cuma saya berharap baca, hayatilah sehingga habis. Bacalah dengan mata hati, bukan membaca dengan membuta tuli.

Bacalah dengan penghayatan, bukan dibaca dengan pengkhianatan.

Bacalah sehingga keakar umbi, bukan dengan penuh rasa dengki.

Bacalah dengan penuh teliti.. dari rasa kekesalan sehingga rasa kasih sayang dalam setiap catatan.

Jangan disemai rasa benci sebaik habis catatan dihayati.

Jangan dilahir rasa kesal dihati sebaik catatan habis ditatapi.

Jangan diragui kasih sayang dihati sebaik mengetahui apa yang lahir dari hati.

Jika semua itu terjadi, saya juga tak peduli...

Nak datang, datanglah lagi...

Kalau tidak silalah pergi...

Ada saya peduli!

18 Oktober 2009

Catatan Yang Tak Bertajuk....

Assalamualaikum.....

.

.

.

.

.

Hai Manusia, Mengapa Ego Setinggi Awan Di Langit?

.

.

.

.

Mengapa Sering Melihat Kuman Di Seberang Lautan....

.

.

.

.

.

Sebaliknya Gajah Di Depan Mata Sering Di Butakan....

.

.

.

.

.

Mengapa Suka Melihat Keburukan Yang Sedikit....

.

.

.

.

.

Berbanding Melihat Kebaikan Yang Melimpah....

.

.

.

.

.