Assalamualaikum.....
" ayang, cepat bawa van mai sini, nak p hospital"
"hah! p spital? saper xcident"
"bawa van mai kat kedai gas ni, nak p hospital"
"yer lah, saper xcident?"
"kak cik, kak cik"
YaAllah, saya masih fobia lagi rupanya bila mendengar berita macam ni. Sudah lebih 6 bulan kes kemalangan Angah aritu, tapi bila menerima berita Kak Cik petang tadi saya masih seram sejuk satu badan. Saya masih jadi tak tentu arah, sampai pegang apapun serba tak kena, walhal saya belum tahupun kisah sebenarnya.
Sebaik telefon saya matikan sebelum sempat bertanya apa2, saya bergegas siap ketempat yang dikatakan. Sampai disana agak ramai orang berkerumun mengelilingi seseorang yang hanya saya nampak kakinya diatas kerusi. Camna pulak budak ni boleh xcident, tadi tengahari dia telefon bagitau balik lambat sikit katanya ada study group ngan kawan, esok nak exam.
Setelah saya dekati, saya lihat Kak Cik sedang menangis. Babanya terus bawa Kak Cik kedalam van untuk ke hospital. Saya lihat seluruh tubuh badan Kak Cik, tiada apa2 luka pun. Tapi Kak Cik asyik menangis sambil memegang pinggangnya.
Tanpa bertanya pula kali ini, suami saya terus bercerita...
Rupanya Kak Cik dilanggar oleh sebuah motorsikal ketika mahu melintas jalan. Mujurlah itu kawasan kampung, selalunya mereka tidak memandu dalam keadaan laju. Mungkin Kak Cik melintas tanpa melihat kekiri & kekanan. Handle motor bertembung dengan pinggang Kak Cik. Dan Kak Cik turut jatuh.
Suami saya kata penunggang motor tu tak habis2 meminta maaf. Suami saya kata kat dia, dah takdir nak buat camna. Wah! lepas ni lagi famous ler 'Ustaz Baba' ni di Tanjong Tokong. Yelah, anak dilanggar sampai jatuh, sampai kena bawa ke hospital boleh senyum2, gelak2 lagi kat budak tu. Kalau kena kat anak orang lain lah tadi, dah teruk budak tu kena maki hamun dengan mak bapak budak yang dilanggar tu. Silap2 kena pukul. Maklumlah di Tanjong Tokong ni, kebanyakannya mak bapak memang begitu. Suka menyalahkan orang lain demi membela anak sendiri.
Mujurlah hasil pemeriksaan doktor, x-ray, Kak Cik tak apa2. Sakit tu mungkin berpunca dari kesan kena handle motor & jatuh tu.
Esok kena p sekolah juga, sebab esok exam... Mujurlah.. Kalau tak, kempunanlah Kak Cik nak join lawatan ke Kelantan - Terengganu hujung minggu ni.
Pesanan Untuk Kak Cik:
Lihat Kanan, Lihat Kiri, Lihat Kanan...
Bila Tak Ada Kenderaan Baru Melintas!
masa ni Kak Cik menginap lebih seminggu di GH akibat diserang denggi
salam mama..
BalasPadamteringat plak kisah lalu masa zaman skolah dulu..penah jugak jadi camni..dok balik pulau, ayahnya keja mara negeri..nak antar adi pi smk abdullah munshi..2-3 kali eksiden sebab orang lain, tapi ayahnya memang buat tak paham..lepas eksiden, check2 luka, check2 moto, terus blah je..
apa-apa pun, semoga dia cepat sembuh ;)
p/s: dengar "Tanjong Tokong" pun dah gerun..
Salam June..
BalasPadamkdg2 kita berhati-hati, tapi org lain pulak yang cuai. :(