Assalamualaikum.....
Sejak sebulan ni hampir setiap minggu kami sekeluarga ke rumah baru kami di Sungai Petani. Walaupun masih tiada apa lagi dirumah tu selain air & api tetapi kami sekeluarga atau mungkin saya begitu ternanti2 hari untuk kesana. Hari sabtu & ahad kalau boleh memang nak kesana, melihat & meninjau rumah.
Kami sudah bermalam disana selama dua malam pada aidilfitri yang lepas. Selain itu kami hanya datang pagi & pulang ke Penang menjelang malam. Suami saya dah pasang lampu2 yang sudah agak lama dibeli sebelum rumah siap sepenuhnya. Beli sikit2. Kipas pun dah pasang.
Malam pertama disana sampai kepagi saya tak dapat melelapkan mata, kerana tempat saya tidur ( kami semua kecuali Tata & Angah yang tidak dapat bersama, tidur beramai2 diruang tamu kerana dalam bilik masih belum pasang lantai & kipas ) betul2 bertentangan dengan lampu gantung yang suami pasang. Masa belum digantung dulu, saya lihat lampu tu biasa je, tapi bila dah dipasang, alahai... cantiknya dimata saya. Terasa seperti lampu tu menggamit2 saya sambil berkata " cepatlah... cepatlah... cepatlah pindah! hehehehe.
Laman depan pun suami & anak2 saya dah cabut rumput2 yang meliar untuk ditanam dengan rumput karpet. Serai yang Kak Wa tanam aritu pun tumbuh dengan elok. Saya ingat nak tanam pokok kedondong atau amra.
Sekarang ni kami sedang dok servey2 serata Penang & Sungai Petani jubin untuk dipasang di 3 bilik. Dulu pernah terniat nak pasang jenis kayu tu, apatah nama dia susah nak sebut. Tapi fikir2 balik takut anai2. Tapi masa dok p tengok2 kedai jubin tu kami tengok jenis jubin tapi corak kayu tu, cantik juga.
Sebab kami seboleh mungkin nak save bajet seberapa yang boleh, maka kami bercadang nak beli sendiri jubin tu dan upah orang pasang. Begitu juga siling di ruang tamu, dah sembang2 dengan beberapa orang, kalau beli sendiri & upah orang pasang, kami dapat save banyak juga. Kami pun dah dapat orang yang nak kami upah, warga Indon. Selain buat kerja kontrak mereka juga ambil upah sambilan macamni. Kerja mereka pun saya tengok boleh tahan. Teliti, cantik & kemas.
Selain nak pasang jubin bilik & siling diruang tamu, kami juga bercadang nak buat kebinet dapur. Nak buat simple yang boleh. Dapur & hob pun dah beli. Entah bila nak pindahnya tapi kalau boleh sebelum pindah masuk kami nak rumah ni dapat disiapkan seperti yang kami rancangkan.
Kami juga bercadang nak tambah siap2 bahagian dapur tu. Tak besar mana bahagian belakang tu, dapat tambah dulu tanpa buat kabinet apa2pun ok juga. Tapi yang ni suami kata bergantung pada peruntukan. Tapi saya berdoa siang malam beberapa hari ni agar dapat juga buat bahagian belakang tu. Senang, lepas ni tak payah fikir pasal nak renovate rumah dah. Tapi kalau dapat buat lantai bilik, siling ruang tamu & kabinet dapur pun saya dah bersyukur.
Selama saya merantau ni, rumah saya tak ada perabot. Rumah saya cuma ada peti ais & mesin basuh tupun pada awalnya ihsan dari mak mertua saya. Kemudian baru kami mampu beli sebuah almari baju & dapur gas 4 penunu tu. Masa pindah ke kuartes ni dari Telok Bahang, barang2 kecil kami angkut sikit2 dengan kereta. Barang2 besar cuma peti ais, mesin basuh, dapur & almari baju cuma diangkat menggunakan lori aiskrim oleh kawan dari Telok Bahang.
Maka itu bila dapat berpindah ke kuartes ni rasa syukur, seronok sangat sebab rumah ni dilengkapi dengan katil, kusyen, meja makan, almari buku & baju yang penuh diruang tamu & ketiga2 bilik. Dapur juga lengkap dengan kabinet.
Rumah saya ni entah kenapa walau tak banyak perabot tapi hanya dipenuhkan dengan buku2. Samada buku2 ilmiah atau bahan bacaan santai. Tupun masa raya baru ni dah banyak juga yang saya jual untuk kitar semula. Baki yang ada ni masih banyak, sayang nak diapa2kan.
Selain buku2, kain baju juga penuh almari. Walaupun tak selalu membeli tetapi anak2 saya sejak kecil murah rezeki dengan pakaian. Ada saja yang memberi, malah kain baju yang diberi masih baru. Maka itu semakin banyak baju2 lama yang dah tak muat saya sedekahkan pada orang, tapi sebanyak itulah juga baju2 yang disedekahkan pada kami. Masa aktif dalam jemaah dulu, selalu juga join kumpul baju2 terpakai untuk dihantar pada orang susah, selalunya ke Baling, Kedah. Tapi sekarang baju berlambak, tak sempat saya nak ambil tahu bila mereka kumpul & hantar kesana.
Jadi bila dah ada rumah sendiri yang kosong tak ada apa2 perabot ni, pening juga. Pening mana nak simpan buku2 & kain baju ni. Masa suami saya bawa balik risalah2 dari kedai perabot, sambil membelek2.. Kakak kata nak buat apa beli baru Mama, bawa jerlah yang ada ni p rumah baru... Alahai anakku, yang dok ada, yang kita dok guna bertahun2 ni 'HAK MILIK KERAJAAN' daaa...
I'ALLAH, saya tak pernah impikan perabot mewah untuk menghiasi rumah saya. Yang penting kami dah ada rumah sendiri untuk berteduh bersama anak2. Kalau ada lebih kemampuan kami penuhkan impian kami, jika tidak cukuplah apa yang seadanya ini. Jika nak dibandingkan dengan beberapa buah rumah yang sudah direnovate sekitar rumah kami ni, alahai... memang cantik tapi siap jelah RM10+++.00. Bagi kami cukuplah seadanya....
Ermmm masalahnya sekarang, BILA NAK PINDAH!!!
Anak2 masih tak mahu pindah kalau boleh. Masing2 sayang nak tinggalkan Pulau Pinang, tempat mereka membesar malah 4 anak saya lahir di sini.
Yang sudah besar2 yang telah termimpi2 dipatuk ular berkata " tak mahu pindah lagi ba, ma.. nak kahwin disini, di Penang"... masalahnya bila nak kahwin? Belajar pun tak habis lagi!
Yang masih belum mimpi dipatuk ular, yang baru berjinak2 dengan 'cinta monyet' " ba, ma, tak mahu pindah lagi.. bagi ler habis PMR ke. SPM ke dulu baru pindah".
Hah! yang mungkin mengikut sahaja tanpa bantahan tentulah hanya Kakak & Nin yang masih belum tahu apa2 tentang kenangan & memori. Tupun masa dua malam bermalam di rumah baru, pagi2 bila bangun Nin kata " ma jom bayik, nak men tenet, nak men jame, nak tenyok tv".
Nampaknya sekarang yang betul2 rasa teruja nak pindah kami berdua jelah kot. Walaupun saya sendiri memang terlalu banyak memori indah, suka duka di Pulau Mutiara ni tapi saya lebih teruja, seronok nak mendiami rumah sendiri. Walaupun rasa sedih akan meninggalkan ramai teman2, sahabat2 di sini tetapi rumah baru lebih menggamit2.
Sekarang terpulang pada yang paling berhak menentukan bila kami akan berpindah. Walaupun dulu masa menunggu rumah ni disiapkan, rumah ni dibeli untuk didiami dihari tua, hari selepas bersara tetapi saya merasakan kami akan mendiami rumah baru ni sebelum hari bersara. Lebih2 lagilah jika cadangan kami untuk merenovate rumah baru ini berjaya nanti. Takkan buat rumah cantik2, nak ditinggalkan! Hanya ziarah dihujung minggu saja!
Entahlah... Sama2 tunggu dan lihat, biar keadaan yang menentukan.
Apapun, sahabat2... tolong doakan impian & harapan saya, suami & anak2 pada rumah baru kami ini, tercapai & dimakbulkan Allah yer... Amin.
Salam June..
BalasPadamapapun perancangan June.. semoga dipermudahkan oleh Nya...