New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

14 September 2009

Tunai Tanggungjawab..... Memberi & Menerima

Assalamualaikum.....

Zakat Fitrah pada tahun ini bagi Negeri Pulau Pinang adalah RM7 seorang. Kami sekeluarga 9 orang berjumlah RM63.

Seperti selalu kami menyerahkan sendiri zakat fitrah kepada fakir miskin yang selayaknya dapat. Rasa puas hati jika dapat memberi terus kepada mereka yang benar2 memerlukan.

Walaupun jumlahnya kecil, tetapi bagi mereka yang memerlukan jumlah tersebut amat bermakna untuk membuat persiapan aidilfitri.

Sedikit info tentang zakat fitrah :

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"

- Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu yang paling afdhal Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu sunat Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu haram Selepas terbenam matahari satu Syawal

4 ulasan:

Maiyah berkata...

salam mama.. mmg rasa puashati kalo bagi sendiri ye tak!, camne ye pusat zakat kata kalo nak bagi zakat kalo bleh ngan duit jgn beras nanti penuh plak beras kat pejabat mrk, kalo sy selambos jer bg beras nak tgk ape kate mrk nak bik atau nak tolak

Murni Alfathunnisa berkata...

salam, mama..:-)
sy belum bayar zakat fitrah lg. Insyaallah..sehari dua lg kot.
hurm..kedai snack yg mama tanya tu kat Kaw. Perindustrian Mak Mandin..cuba la.

MaMa MoDeN berkata...

salam pn maiyah,
walaupun zakat fitrah kita tu tak sbyk mana tapi kita dah tentu tau kemana duit tu di gunakan.

kalau dgn pihak yg bknaan tentu lambat nak dapat, kena isi borang bagai hanya untuk skupang dua.

bagi terus bolehlah mereka yg mmerlukan buat blanja.

pernah skali dulu kami bagi jer, la2 tu juga mereka p beli makanan utk psdiaan raya...

memang puas hati!

MaMa MoDeN berkata...

Salam siti
I'ALLAH masih ada masa lagi nak tunaikan zakat fitrah tu...

amboi! jauhnya, bila la ada masa nak p...

nantilah bila2 klu ada pluang p kot tu mama try cari...