New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

06 September 2009

Nasi Goreng Tulang.... Punya Cerita

Assalamualaikum.....

Malam tadi meja makan rumah hanya di isi dengan Nasi Goreng Ikan Goreng & Teh O. Kakak sehingga tiba waktu berbuka asyik merungut bertanya " mama tak p bazar ramadhan ke?". "Mama tak masak lauk ke?" "Laa... makan nasi goreng je ke?"

Alahai! Anakku, maaflah... mama malas nak ke pasar pagi tadi. Petang pun mama malas nak ke bazar ramadhan, jadi mama masak je apa yang ada kat dapur. Lagipun dah lama tak masak Nasi Goreng ni. Tata & adik2nya yang dah pandai mengusik saya namakan resepi ni,  Nasi Goreng Tulang...

Macamana ya cara nak masak nasi goreng ni? Memang senang, mudah & cepat. Goreng ikan yang nak dimasukkan, kemudian asingkan isi dari tulang, perencah samada cili padi atau cili kering diblend bersama bawang merah&bawang putih. Malam tadi saya guna cili padi. So jadilah lebih kurang macam nasi goreng kampung. Kalau guna cili kering, elok masukkan kicap sikit.

Kenapa dinamakan nasi goreng tulang oleh anak2 saya??? Begini ceritanya......

20 tahun yang lalu, ketika saya masih bergelar pengantin baru, ketika balik ke rumah Mak Mertua di Kedah, saya disuruh Mak menggoreng nasi lebihan malam untuk dibuat sarapan pagi. Mak kata tumbuk ikan goreng yang dok ada tu campoq sekali dalam nasi goreng. 

Saya yang begitu naif, jujur sangat, malu & takut nak bertanya walau tak tahu, terus kedapur untuk memasak seperti yang diarahkan. Sambil meramas nasi, membuat rencah, saya membelek2 ikan goreng 3,4 ekor tu sambil tertanya2 dalam hati... camna nak tumbuk, campur ikan ni dalam nasi goreng?

Tapi sebab patuh arahan Mak, saya ambil ikan tu sekor2 (ikan kembung, kata orang utara ikan termenung) masukkan dalam lesung&tumbuk sekor2. Sambil dok tumbuk, hati berkata2, camnalah orang Kedah ni makan nasi goreng campur dengan ikan tumbuk sekor2 camni! Camna nak makan dengan tulang2 bercampur camni! Tapi saya usahakan juga tumbuk ikan tu dari kepala hingga ekor dengan sehancur yang boleh. 

Akhirnya walaupun ikan dah ditumbuk hancur, bila dah siap tersembol2 juga tulang2 ikan tu dalam nasi goreng buatan saya. Apalagi, bila tiba waktu makan, teruk saya kena marah dengan Mak. Antara yang saya tak boleh lupa pagi tu, Mak kata " Mak dok kuat lagi dok bagi Mak makan tulang, esok2 kalau dah tak larat, tak tau lah lagu mana!"

YaAlah, tak terniat pun saya nak buat macam tu sebenarnya. Alhamdulillah sehingga keakhir hayat Mak, saya tak pernah bagi Mak makan tulang. Malah saya yang sediakan ikan terubuk bakar untuk Mak masa dia sakit & teringin nak  makan, tapi anak2 dia yang lain tak bagi makan. Banyak tulanglah & sebagainya. Saya, suami & anak2 tolong Mak asingkan tulang ikan terubuk yang bukan sedikit tu untuk Mak makan sepuas2nya.

Apa yang terjadi pagi tu adalah diluar kemampuan saya. Kenapalah masa tu saya tak boleh fikir untuk asingkan dulu isi ikan dari tulangnya. Perkara yang mungkin begitu senang&mudah bagi orang lain, tapi bagi saya pada masa itu satu perkara yang amat susah untuk difikir&lakukan.

Selain saya yang lahir&dibesarkan di Johor yang tak pernah keluarga saya masak nasi goreng bercampur ikan goreng macam tu, juga saya yang menjadi suri diusia yang amat muda. Saya tak cekap hal2 rumahtangga. Tambahan lagi semasa sebelum kahwin kami adik beradik tak berapa dibenarkan masuk dapur tolong Mak saya. Abah saya cukup cerewet bab2 makan ni. Ada saja komplen Abah kalau kami anak2 yang masak, jadi.. Mak saya lah yang kena masak supaya Abah tak komplen. 

Jadi kerana peristiwa pagi itu, yang dialami oleh pengantin baru macam saya, sampai sekarang setiap kali saya menyediakan menu ini, suami&anak2 akan mengusik2 saya sambil ketawa mengingatkan nostalgia itu. Walaupun masa tu, hati saya sedihnya Allah je yang tahu, saya menangis dalam bilik air lepas sarapan pagi tu....

Tapi setelah 20 tahun berlalu, peristiwa sedih bagi saya itu menjadi satu jenaka pula dalam keluarga saya sekarang. Walau dah berpuluh kali cerita itu diulang2, namun kami tak pernah jemu menceritakannya semula setiap kali menu ini saya sediakan.

Alfatihah buat Mak Mertua saya, Hajah Jamaliah bt Ishak. Semoga Mak aman, sejahtera disana, dibawah Lindungan Allah S.W.T. Banyak kenangan pahit manis saya selama 14 tahun bersama Mak. Selain rasa tak suka Mak pada saya diawal perkahwinan dulu, tapi hakikatnya banyak ilmu2 rumahtangga yang saya belajar dari Mak. 

Alfatihah....


 

10 ulasan:

Hafiz Hamid berkata...

sy pn blum pernah mkn kak..xtahu cmne rasenye..

Maiyah berkata...

salam mama.. ikan terubuk mmg sodap :D

MaMa MoDeN berkata...

salam hafiz,
thanks lawati blog kerdil mama ni.
salam pkenalan
sedap atau tidak bgantung pd masakan yg seseorang tu buat.

tapi macam nasi goreng lain juga, cuma kita masukkan ikan jer.. ikan goreng tapi pastikan asingkan dulu isi dari tulang yer.... heheheh

MaMa MoDeN berkata...

salam puan maiyah,
ikan terubuk memang sedap. rumah saya kalau semua ada 4 ekor terubuk sederhana tu dibakar cecah ngan air asam atau bwg&cili perah limau dicurah kicap hermmm sekali hadap jer...

ZOOL@TOD berkata...

Saya percaya dengan puluhan tahun pengalaman Mama telah menjadi seorang super ibu dan super isteri.

MaMa MoDeN berkata...

salam zool,
I'ALLAH akan tetap mempertahankan kbahagiaan yg dibina dgn keringat&airmata ini.

Tetapi bukanlah power sgt pun, mama masih insan biasa yg serba kkurangan.

cuma bsyukur dgn apa yg ada skrg, wlu hidup serba sderhana ttpi syukulah, ada org lain yg lbih buruk nasibnya bbanding kita...

hrusli61 berkata...

Salam.
MaMa MoDen, saya pula memanag suka juga nasi goreng ini. Tapi saya akan masukan ikan goreng yang di hancurkan dengan cubitan tangan dan tabur di atas nasi goreng tadi.

Arwah Ibu Mertua tukang masak di sebuah kilang besar. Selama kami berkahwin beliau tinggal bersama kami. Alhamdulillah beliau tidak pernah menimbulkan masalah kepada kami dan kami sangat sayang kepadanya.

Semoga beliau Salbiah Bt Hj Darus dirahmati Allah SWT dan aman di sana amiin.

MaMa MoDeN berkata...

salam saudara rusli,
Alhamdulillah...
nasib setiap kita ditakdirkan Allah tak sama.

tapi syukurlah akhirnya saya diterima dgn baik oleh keluarga mertua. malah akhir hayat kedua mertua juga saya turut sama merawat mereka yg mungkin ibu bapa saya sendiri takkan dapat saya jaga hingga begitu.

Alhamdulillah juga, hingga sekarang ipar duai, anak2 saudara suami juga amat menyayangi saya. kemesraan antara kami mungkin lebih dari saudara mereka sendiri, khadiran saya dalam kenduri kendara, kematian, sakit pening dinanti2kan...

Alhamdulillah, syukur. ksabaran banyak hikmahnya..

ain fathihah fhm berkata...

hahahaha

MaMa MoDeN berkata...

salam ain fathihah,
hah! gelak..gelak...

sebab tu mama suruh blajar masak..

smoga kalian nanti akan jadi menantu2 yg disayangi&diterima baik oleh keluarga mertua.

mama berdoa kalian tidak mhadapi pengalaman pahit macam mama...

amin....