New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

10 Ogos 2009

Tanda2 Anda Bayi 70 an.... Dibaca : Tanda2 Kita Semakin Tua!

Assalamualaikum.....
 

Kita membesar dengan menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks dan Mickey Mouse. Tidak lupa juga Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Casper dan Voltron. Hero Night Rider, Airwolf, Mcgyver, Mission Imposible menjadi idola ketika itu.

#########################

Masa saya kecil setiap malam minggu kami sekeluarga ke rumah jiran yang paling kaya di kampung tu untuk menonton drama minggu ini. Bila saya berpindah ke pekan, baru ada tv dirumah.

Saya & rakan sekelas bertukar2 keratan gambar2 Hero2 diatas. Saya memberinya keratan2 gambar Francisca Peter manakala rakan saya tu memberi keratan2 hero2 diatas untuk saya. Sekarang RTM 2 siar semula cerita2 tu, saya kadang2 jer dapat ikuti sebab anak2 tak minat dah cerita2 tu. Mereka lebih suka tengok cerita2 disaluran Astro. Bila tengok asyik tanya citer apa ni mama!

 *************************

Berus gigi masa waktu rehat kat sekolah rendah??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dengan kawan sekelas semua kat sebelah... Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dengan senarai dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

#########################


Sejak sekolah rendah gigi saya tak pernah diapa2kan oleh misi. Setiap kali dentist ke sekolah cikgu mesti cakap Junaidah tak payah pergilah, gigi kamu elok dah! Tapi pengalaman gigi saya dicabut kerana berlubang tahun 2007 agak menakutkan saya. Masa gigi dicabut memang tak rasa apa2, tapi sakitnya hanya datang sejam selepas itu... adoi! masih terasa lagi bila disebut.

*************************

Ni mesti korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tu minum susu. Sekotak 30 sen je ...

#########################

Saya memang tergolong dalam kategori ni... keluarga saya susah, tapi susu tu jarang saya minum disekolah, saya akan bawa balik minum dirumah kongsi dengan adik2 saya .

*************************

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan???

#########################

Saya pernah terpukul kepala kawan saya dengan pembaris tu sampai berdarah semasa saya jadi penolong ketua darjah masa darjah 3. Nasib baiklah ibu bapa dulu tak macam sekarang, main serang jer kat sekolah. 

*************************

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

#########################

Saya jarang , mungkin kadang2 jer bawa duit kesekolah. Selalunya acik saya akan masak untuk saya bawa bekal kesekolah. Bekal saya siap saya bawa dalam mangkuk tingkat sebab saya bersekolah agama di sebelah petang maka kerana sekolah & rumah jauh, saya tak balik selepas sekolah sessi pagi. Maka bekal tulah saya akan makan.

*************************
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular untuk meluangkan masa dgn family. Ni untuk yang duduk KL laa....

#########################

Fuh! KL? Kuala Lumpur? Masa saya belum berpindah ke pekan dahulu, sebulan sekali dapat ikut mak abah saya ke pekan belanja barang dapur pun dah kira hebat sangat. Siap pakai baju raya....

Naik kereta apek yang ada kebun di dalam kampung saya. Masa tu rasanya macam dunia kita yang punya. Kepala tercangak2, terjengok2 sepanjang perjalanan ke pekan. Rasanya macam jauh sangat, walhal pekan Jementah jer,  pekan yang kemudiannya saya sekeluarga berpindah ketika saya di darjah 3.

*************************

Masa sekolah menengah, korang mesti beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

#########################

Saya cuma berpeluang pakai kasut getah jer... Kasut tu tak payah basuh, lap jer dengan kain basah. Masa saya darjah 5 atau 6 baru dapat pakai kasut kain, perlu dibasuh & dikapur.

*************************

Internet??? Email??? Apa benda lah tu??? CD???  Ape tu???? Kaset tape pernah la dengar. Tiket wayang pun 3 hingga 5 ringgit je. Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang, Chocolate Balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

#########################

 
Saya mula kenal komputer tahun 98 bila suami saya membeli sebuah masa kami tinggal di Telok Bahang. Tidak lama lepas tu rumah kami ada internet. Saya belajar sikit2 menggunakan komputer & internet. Tapi anak2 saya khususnya yang peringkat bawah2 ni memang cekap menggunakan komputer & serve internet. klik sini .

Dulu2 memang saya dikira kaki wayang. Saya bersama atam saya, kadang2 cerita cina pun tengok. Ada RM5 dah cukup. Beli tiket, beli keropok & air dah boleh masuk tengok wayang. Sekarang, dah 20 tahun saya tak masuk panggung wayang.

Kalau pasal jajan2 ni masa dah pindah kepekan memang pantang ada duit, saya akan ke kedai Apek beli jajan. Apek ni sampai sekarang dia ingat lagi saya. Sesekali balik kampung saya mesti pergi kedai dia, dia masih ingat saya. Dia panggil saya "Jum". Kalau adik beradik saya yang lain bertandang pun dia akan tanya saya.

*************************

Bila dah habis exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dalam kelas. ... Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada banyak2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia! Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu.

#########################

Saya dulu ditugaskan untuk menjaga barang2 mainan ni. Saya dulu terror main lompat getah, batu seremban, penutup botol @ ceper & congkak. Ramai kawan2 yang nak geng dengan saya. Kadang2 habis periksa boleh terus balik rumah tak payah tunggu tamat waktu sekolah.

*************************

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

#########################

Masa zaman saya sekolah rendah, RMT diberi secara buffet. Ketua & Penolong bawa bekas p ambik kat kantin. Rasanya masa tu semua budak dapat RMT tu. Murid2 bawa pinggan & cawan sendiri. Selalunya siapa yang ambik last akan dapat lebih....

  
*************************

Lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.

#########################

Saya jarang main lastik, tapi selalu ikut kawan2 lelaki masuk kebun orang lastik burung. Pastu bila penat selamba jer makan buah koko, tebu dalam kebun orang tu. ( anak2 jangan diikut perangai mama ni!).  

+

+

+

+

+

+

+


Hmm... budak2 kat Universiti sekarang, kebanyakannya lahir tahun 1987/88 atau 90an. Sekarang digelar 'remaja'.

Bagi dia orang, mana penah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia org tau, yg Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...

Dulu2 lagu2 penyanyi tempatan yang menjadi kegilaan kita lagu2 Ramlah Ram, Siti Fairuz, Azlina Aziz, Raziz Ismail, Syed Sobri, Ben Nathan, Shidee, Nasir Wahab, Salwa Abd Rahman dan ramai lagi. Ramai juga kumpulan2 rock yang lagu2 rock mereka lagu2 jiwang yang kita alunkan ketika mandi diperigi & sungai. 

Bagi dia orang, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak dia orang lahir. 

CD pun wujud time dia org lahir. 

Michael Jackson dah putih dah masa tu. 

Dia orang percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.

Dia orang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

Dia orang tak penah tau pun 'Atari' dengan 'Game & Watch'.

Dia orang tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia orang sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control. 

Dan dia org tak paham macam mana bayi2 70an boleh survive dekat Universiti tanpa handphone... 

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... : 

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang pasti tersenyum....


2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin


3. Korang sure pelik bile tengok budak2 kecik main komputer, selamba je


4. Kita geleng kepala bila tengok budak2 sekolah rendah & menengah guna handphone


5. Kita dah tak banyak sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari


6. Bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lama, cerita2 kelakar yang kite alami masa dulu, masa kecik2, nakal2 dulu...


7. Last sekali, bila dah baca catatan ni, korang akan terpikir untuk linkkan pada member2 lama korang. Pasti dia orang suka punya laa... hehehe 

Yaa, kita pun dah semakin tua!! Teringat zaman2 dulu kan?


Selamat untuk bayi2 70an... Sesungguhnya saya rindukan zaman2 itu. Yang pasti ianya takkan kembali semula, hanya kenangan2 mengusik jiwa yang pasti kekal dalam ingatan.



Tiada ulasan: