New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

18 Ogos 2009

Takziah Keluarga Mendiang Uncle Param

Assalamualaikum....

Saya baru melihat2 blog2 sahabat2 di alam blogger. Sibuk sehari dua ni melayan keluarga sepupu suami saya yang menginap di Mekah. Sejak 2 minggu ni mereka kembali bercuti ke Malaysia. 

Setelah beberapa hari berada di KL & Kedah serta melancong ke beberapa negeri di Malaysia ni, mereka sekeluarga datang melawat Pulau Pinang. Saya & suami sekadar membantu mereka mencari tempat penginapan & ikut serta mereka melawat Pulau Pinang. Kehidupan mereka memang mewah. Selamba jer membayar sewa penginapan hotel yang berharga RM630 untuk 1 malam. Membeli belah di pasar malam Batu Feringghi yang harganya 2 x ganda dari harga ditempat lain. Mengajak kami sekeluarga makan di Pizza Hut dengan bayaran keseluruhan RM210. Mereka berada di Pulau Pinang selama 3 hari sebelum bertolak ke KL semula untuk kembali ke Mekah pada 1 ramadhan nanti.

Sebenarnya catatan saya kali ini bukan berkenaan hal diatas. Tetapi baru sekejap tadi saya bertandang ke blog Linda Onn. Sedih juga membaca berita kematian Uncle Param. Sewaktu kecil memang saya & juga rakan2 seangkatan saya membesar dengan lawak2 Uncle Param.

Uncle Param meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat serangan sakit jantung jam 11pagi pada 14 ogos 2009 yang lalu.

Tapi entah kenapa baru hari ni saya tahu.... ermmm punya sibuk, tak tengok tv... tak menjelajah internet. Nipun setelah tengok2 berita PRK Pengkalan Pasir, baru tengok berita lain.

Takziah buat keluarga Mendiang Uncle Param....

baca lagi

4 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Masa saya kecil, Param merupakan antara pelawak yang hebat. Generasi sekarang mungkin tidak mengenali Param. Saya turut bersimpati dengan keluarga mendiang di atas pemergian beliau.

Maiyah berkata...

salam mama.. saya penah jumpa mendiang kat klinik otopedik hkl.. masa tu dia dok kerusi roda dan pakai catheter.. saya tegur 'hai' sambil senyum sebab kenal kan. Dia pun peramah gak

spy berkata...

MM

generasi sekarang memang tak kenal Param.Mereka lebih kenal ahli senario..coz zaman mereka tak dak Param..dulu-dulu ada jamal pendek,ibrahim pendek.

cuma nak tergelak mmg MM tak tau antara PENGKALAN PASIR DENGAN PERMATANG PASIR..yg betui Permatang Pasir

MaMa MoDeN berkata...

salam

cuma nak tergelak mmg MM tak tau antara PENGKALAN PASIR DENGAN PERMATANG PASIR..yg betui Permatang Pasir

APA MAKSUD SPY NI? TAK FAHAM LA!