New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

15 Ogos 2009

Tahniah! Calon Bertanding.....

Assalamualaikum.....

Tahniah diucapkan kepada calon2 yang terpilih bagi mewakili parti masing2 dalam PRK N11 DUN Permatang Pasir. Semoga PRK yang akan diadakan pada 25 ogos 2009 akan memberi lebih manafaat kepada penduduk2 Permatang Pasir.

Walaupun dijangka akan ada pertandingan 3 penjuru, yang mana kemungkinan calon bebas yang pernah bertanding di Bukit Gantang & Penanti, Saudara Kamarul Ramizu akan turut bertanding. Sama2 kita tunggu penaman calon pada 17 ogos nanti.


Calon PAS : N 11 DUN Permatang Pasir

BIODATA MOHD SALLEH MAN

Asal : Permatang Sungai Dua, Kepala Batas
Kelulusan : Ijazah Muda Syariah, UM
  
Pengalaman Kerja :

1) Berkhidmat sebagai Pegawai Masjid
  2) Penceramah Bebas
  3) Pengarah Syarikat Enterprise
  4) Pengurus Sekolah Swasta
  
Jawatan Dalam Parti :

1) Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor
  2) Mantan Yang Dipertua Kawasan Tasek Gelugor
  3) Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
  4) Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
  5) Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Ustaz Mohd Saleh Man dilahirkan di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Seberang Perai pada 16hb, Februari 1954. Kini beliau mempunyai seorang isteri, Puan Siti Fatimah Othman dan hasil perkongsian hidup mereka berdua beliau dianugerahkan lima orang cahaya mata.

Berpendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kepala Batas kemudian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Selepas belajar di situ, beliau beralih arah ke Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena pada tahun 1970-78 untuk mendalami ilmu agama.

Kemudian ke Maktab PGAS, Guar Perahu, Bukit Mertajam dan seterusnya ke Yayasan Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Syariah. Selepas itu menyambung pelajaran ke Akademi Islam Univesiti Malaya (UM) dalam jurusan yang sama sehingga memperolehi ijazah.

Dalam karier politik pula beliau bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Sungai Dua setelah kembali dari belajar pada tahun 1986 dan seterusnya menjawat jawatan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor.

Selang beberapa penggal beliau diberikan kepercayaan pula menerajui PAS Tasek Gelugor sebagai Yang DiPertua (YDP).

Beliau juga pernah diberikan amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seterusnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya pada awal 1990 an.

Ustaz Saleh Man juga merupakan tokoh yang rapat dengan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman maka tidak hairan beliau sanggup jatuh bangun bersama PAS walaupun kalah dalam setiap pilihan raya umum yang bermula pada 1986 (Dun Sungai Dua), 1990 (Sungai Dua), 1996 (Parlimen Tasek Gelugor/Dun Permatang Berangan), 2004 (Pinang Tunggal) 2008 (Sungai Dua).


Calon BN : N 11 DUN Permatang Pasir

 
BIODATA ROHAIZAT BIN HJ OTHMAN PJK

Pekerjaan: Penasihat Undang-undang 

Email: rohaizatandco@yahoo.com 

Pendidikan:
Universiti Islam Antarabangsa : Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Kelas Dua Atas (LLB)
Sijil Pelajaran Malaysia : Sek Men Keb Agama Almashoor (L) Pulau Pinang

Jawatan Politik: 
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi 1996- sekarang
Pemangku Ketua UMNO Cawangan Mengkuang Titi 2005-sekarang
AJK UMNO Bahagian Ptg Pauh 2002-2008
Setiausaha UMNO Bahagian Ptg Pauh 2009
AJK Pemuda UMNO Bahagian Ptg Pauh 1998-2002 

Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan:
Setiausaha Kelab Sukan Komuniti DUN Penanti 2006-sekarang
Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat Penggal 2004-2009
Pengerusi Koperasi GDW Mengkuang Berhad 2004-sekarang
EXCO Persatuan Homestay Malaysia 2003-sekarang
Setiausaha JKKKP Mengkuang 2003-sekarang 

Nama Isteri: Khairul Niza Bt Abd Razak (38)
Pekerjaan : Pensyarah Universiti Sains Malaysia
Nama Anak: Aiman Hidayat Bin Rohaizat (9)

Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 11 Permatang Pasir Isnin ini, bersama dengan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman untuk menentang calon PAS.

Sebagai anak muda yang sememangnya kurang berpengalaman dalam bidang politik, beliau dengan rasa rendah diri menanamkan keyakinan bahawa aspirasi rakyat tempatan membawa beliau untuk menjadi wakil dan seterusnya, jika beroleh kemenangan membawa perubahan kepada penduduk tempatan.

Namun demikian, beliau tidak memandang mudah calon PAS yang telah diumumkan malam tadi iaitu Salleh Man, 52, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ekoran pengalamannya menjadi calon sebanyak enam kali biarpun tidak pernah menang.

“Sebagai calon BN, saya dengan rasa rendah hati menghormati calon lawan namun berkat sokongan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan dan para pemimpin dalam BN sendiri saya yakin akan memperoleh kemenangan,” kata pemimpin muda yang berkelulusan Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Dalam masa yang sama, keyakinan beliau untuk memenangi kawasan pilihan raya kali ini juga turut bertambah apabila mendapat sokongan yang padu dari semua peringkat pemimpin sama ada dalam BN dan UMNO juga.

“Sesungguhnya saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh semua pemimpin-pemimpin dalam Bahagian dan Presiden sendiri yang turut merestui pencalonan saya,” katanya.

Kepada semua calon2, tahniah diucapkan. Selamat bertanding dengan penuh bijaksana.



Tiada ulasan: