New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

17 Ogos 2009

Selamat Mengundi Warga Permatang Pasir....

Assalamualaikum.....


Dikanan Ustaz Saleh Man calon PAS

mewakili Pakatan Rakyat

Dikiri Saudara Rohaizat Othman calon UMNO

mewakili Barisan Nasional

Pilihan raya kecil kerusi Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir - Menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara musuh tradisi - BN dan PAS.

Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.

Status calon kedua-dua parti itu diumumkan satu setengah jam kemudian. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Saudara Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Salleh Man.  

 Borang penamaan calon BN diterima pukul 9.03 pagi manakala calon PAS berbuat demikian tiga minit kemudian.

Pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding mengubah 'fikiran' pada minit-minit terakhir. Beliau pernah bertanding di Bukit Gantang & Penanti. 

Selamat mengundi dengan penuh bijaksana buat pengundi2 Permatang Pasir. Walaupun selama proses kempen selama seminggu ini merupakan mendapat durian runtuh buat penduduk namun gunalah kebijaksanaan dengan penuh kualiti.



 

4 ulasan:

hentian berkata...

Geram juga kat calun BN tu. Aku kenal dia sebab pernah sama-sama aktif dalam program jamaah. Entah macam mana dia boleh tersasar.

MaMa MoDeN berkata...

salam insan marhaen,
biasalah... bab hidayah ni kan hak Allah.

mufti, alim ulama' pun boleh tersirna dgn godaan nikan plak skadar peguam syarie jer.

betul ker dia dipecat dr majlis peguam?

Pewaris Melayu berkata...

org besar pun leh tersasar, pakai je macam kuat beragama, tapi hampeh semua encik

MaMa MoDeN berkata...

salam pewaris melayu,
jgn salahkan agama atas sikap manusia. agama tu tak salah, tapi individu tu sendiri yg mnyalahgunakan agama.

kita bukan alim ulama' so bukan kita yg layak untuk mlabelkan sorang ulama' tu hampeh.

klu kita sndiri solat fardhu pun tsasar bkn layaknya kita nak mengutuk alim ulama' yg mjadikan solat sunat 1 kwjipan bg dirinya sperti, tok guru nik aziz tu.

iman ssorang bkn tletak pd serban sbesar bakul, atau tudung labuh bjela tapi dr luaran mbawa khati. kalau aurat pun masih tak btul camna nak btulkan yg lain, yer tak?

pasal DSAI saya no komen. walaupun saya ahli PAS sjati sumur hidup I'ALLAH, ttapi saya bkan pentaksub DSAI. skadar bsimpati pd dirinya, isteri&anak2 jika betul dia dianiayai. jika btul dia bsalah akan smua tuduhan yg dilempar biarlah Allah yg tentukan buruk baik nasibnya....