New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

29 Ogos 2009

Komentar Saya Dijadikan Tajuk Entry

Assalamualaikum.....


Segalanya bermula disini.....

Insya-Allah YDP MAIPP Tetap YB Shabudin Yahya

ruang komentar

mama moden meluah komentar

dibalas penuh panjang lebar oleh mamak penang

dibalas juga oleh blogger

disahut semula oleh mama moden

disambung sahutan lagi dari mama moden

akhirnya.......Siapa Saya Pilih Untuk Sembahyangkan Jenazah Saya

Saya tidak layak untuk melabel seseorang. Saya masih jahil, banyak dosa2 yang saya dilakukan mungkin dengan sengaja apatah lagi tanpa disengajakan.

Saya juga tidak berniat mencari musuh, cuma sebagai manusia yang punya akal fikiran anugerah Allah takkan kita dungu, bebal sangat nak menilai mana yang lebih baik, mana yang lebih mengajak kearah kebaikan.

Sebagai rakyat Malaysia saya hendak atau tidak, menerima Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia, Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia samada rakyat itu ahli UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC atau apa saja.

Tetapi sebagai ahli PAS saya sudah tentu tidak akan menerima beliau menjadi pemimpin saya kerana Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Presiden UMNO dan yang pasti saya bukan ahli UMNO.

Syabas juga saya ucapkan diatas ketelusan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang sudi menyiarkan semua komentar2 saya & terima kasih juga kerana menjadikan komentar saya sebagai tajuk entri.

Sebagai penghargaan saya akan linkkan blog Pemuda UMNO Permatang Pauh untuk turut sama di jengah oleh peminat2 blog kerdil saya ini. ( cewah! mama moden dah mula perasan, adakah peminat?)

Kepada Allah sahaja saya mohon keampunan jika terdapat perilaku saya, kesilapan saya dalam penulisan blog saya ini. Allah merancang, manusia juga merancang tetapi sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

Kepada pengunjung2 blog saya dalam pelbagai fahaman politik juga saya mohon maaf jika ada salah silap atau ada catatan saya yang tak berkenan dihati.

4 ulasan:

luth textile berkata...

salam mama,

jangan disebabkan berbezaan fahaman politik, kita berpecah belah.

MaMa MoDeN berkata...

Salam Luth,
I'ALLAH tidak...
di pihak mama scara jujur tidak akan tputus tali silaturahim hanya kerana fahaman politik.

politik is politik! kita ada fahaman masing2.

mama selalu kata mama asal keluarga UMNO, mama tak malu mengaku.
kawan2 mama pun ramai dikalangan UMNO, kami boleh bsembang, buat kumpulan yasin bsama, bsama bkenduri kendara, mniaga bsama....

tp bila pilihanraya kami kibar bendera Parti masing2, habis pilihanraya kami boleh singgah kedai minum2... tak ada masalah.


cuma yelah kita kena ikut mana yg lebih baik. antara pemimpin yg galak kita p solat dgn galak kita p kelab malam... yg mana kita nak ikut sbgai org yg mengaku Islam??

yg galak kita minum arak dgn galak minum susu&madu... yg mana kita nak?

yg galak kita tutup aurat dgn galak kita buka aurat... yg mana kita mahu??

yg galak kita baca Quran dgn yg galak kita baca citer2 lucah... yg mana kita mahu??

sama2lah kita pk2kan...

Maiyah berkata...

salam mama.. moga kebenaran akan terungkai, moga juga org2 Islam sedar bahawa kita dah jauh dari landasan

hentian berkata...

Terjah... terus terjah... Kira tough juga Mama Moden dalam menerima komen yang panas. Posting aku pernah menerima komen pedas begini dari yang tak bernama ( aku panggil SB ). Herot sekejap semangat aku untuk menulis. Fobia sekejap bila dengar hon kereta depan rumah.

Teruskan menulis tentang kebenaran.