New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

19 Julai 2009

Salam Takziah... Bantu Mereka!

Assalamualaikum.....


Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar kira jam 10.00 pagi 17 Julai kelmarin dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad menjelaskan bahawa kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir , bilik guru , perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid. 

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006. Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf.

Ustaz Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Musoddak di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail(019- 4227323).



Tiada ulasan: