New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 Julai 2009

Assalamualaikum.....

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 42 buat Ateh saya, Hasnah bt Kassim pada hari ini.

Semoga kehidupan Ateh, Bai Shukri & anak2, Puteri Nasreen & Aniq Khan akan dilimpahi rahmat, dimurah rezeki serta panjang umur.

Ateh & anak sulungnya.

Ateh saya semasa belum berkahwin dahulu, saya melihat dia seorang yang agak garang, pemarah, sering moody2. Sebagai adik2nya bukan setakat dileteri tetapi kadang2 tangannya hinggap juga kebadan kami.

Tetapi selepas berkahwin, sikapnya berubah. Dia menjadi periang, lemah lembut, penyayang serta tidak marah2 lagi.

Walaupun kadangkala Ateh mengadu juga pada saya kesempitan hidup yang mereka sekeluarga lalui, tapi saya percaya kasih sayang sesama mereka akan melenyapkan semua kesusahan itu seperti yang saya sekeluarga alami selama 20 tahun ini.

Walaupun hidup tidak semewah mana, tapi hati senang & bahagia. Tiada apa lagi yang membahagiakan selain bersama insan2 tersayang yang selalu berada disekeliling kita......

Kepada Ateh, selamat ulangtahun kelahiran, semoga panjang umur, dimurah rezeki & bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

2 ulasan:

maiyah berkata...

tak lewat lagi nak ucap selamat ulang tahun pada ateh dari ateh gak nih hehe

MaMa MoDeN berkata...

salam
thanks puan maiyah...
mulai sekarang bolehlah saya panggil ateh juga yer...

Ateh saya ni Insan Istimewa sejak dari kecil. Sebelah matanya tidak berfungsi, tapi tak saya nafikan dia cukup cekap buat kerja. Baik kerja2 rumah atau kerja2 diluar rumah.

saya harap kedua2 ateh saya ni akan tabah utk terus mjalani kehidupan mdatang yer...

Amin....