New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

25 Jun 2009

Hari Jualan Koperasi SMKA (p) ALMASHOOR

Assalamualaikum.....













Alhamdulillah, akhirnya PIBG SMKA(p) AL Mashoor dapat juga melibatkan diri di hari Jualan Koperasi Sekolah yang diadakan pada 24 Jun 2009 bermula 8 pagi hingga 3 petang kelmarin.


Walaupun pada awalnya seperti tidak dapat turut serta lantaran program diadakan dihari bekerja, tetapi dengan semangat setiakawan AJK PIBG akhirnya menu bidan terjun, " ice blended " dapat juga dihasilkan.


Oleh kerana saya antara AJK PIBG yang merupakan seorang surirumah, saya dipertanggungjawabkan hampir 70% untuk penyediaan jualan.


Alhamdulillah, walaupun begitu dengan sokongan padu dari AJK yang lain khususnya YDP sendiri, walau persiapan hanya dalam masa 2 hari kami mampu mengendalikannya.


Terima kasih pada YDP, Encik Saari Din dan AJK yang turut serta berjualan di gerai ice blended PIBG pada hari tersebut.


Tahniah diucapkan kepada NYDP Encik Fazli, Encik Zaini, Kak Saadiah. Juga pada Setiausaha Ustazah Noorhayati dan penolongnya Ustazah Zulaika yang bertungkus lumus menyediakan jualan pada hari tersebut walaupun masing2 termasuk saya tiada langsung pengalaman menyediakan menu itu khasnya untuk jualan.


Terima kasih juga pada anak2 saya yang menjadi tukang rasa hasil xperimen, khususnya Tata & Angah yang membantu saya menyediakan persiapan bermula dari membeli bahan2, xperimen & juga poster iklan.


Gerai ice blended PIBG mula diserbu pelajar sebaik sahaja dibuka. Keadaan agak kelam kabut diperingkat awal operasi dimulakan. Tetapi keadaan menjadi semakin terkawal dan berjalan lancar sebaik sahaja semua petugas2 telah dapat membiasakan diri.

Terdapat 10 gerai jualan pada hari tersebut termasuk gerai PIBG. Seronok melihat bakat anak2 pelajar yang menjadi peniaga segera pada hari itu. Masing2 dengan gelagat & keletah untuk melariskan hasil jualan gerai masing2. Saya pun tak sempat meninjau apa yang mereka jual. Tak menang tangan menyediakan ice blended.....

Tahniah pada seluruh warga kerja AJK PIBG SMKA(p) Al Mashoor, warga sekolah khususnya Puan Pengetua Ustazah Solehah & guru2 juga anak2 pelajar kerana berjaya menjalankan program dengan jayanya.....



Suasana Sekitar Hari Jualan Koperasi SMKA(p) Al Mashoor 24 Jun 2009





5 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

uai sangat dengan gelaran Mama Moden. Tahniah

Luth Textile berkata...

salam,
pandai pula mama buat video..

MaMa MoDeN berkata...

salam to zool@tod:
mama moden budak baru belajar
cuba jer, redah apa yg boleh...

MaMa MoDeN berkata...

salam to luth :
pandai?
heheheh jenuh pening kepala tau smentara nak dpt hasilnya...

lani mama tgh pening kepala camna nak tukar templet.

mama tringin nak wat templet 3 kolum, puas try kat blog saudara ni http://ady.via.my/ tak boleh2.

geram ni.....
tapi mama tak putus asa nak cuba juga sampai boleh

mama moden ler katakan....

Maiyah berkata...

bestnya kalau join aktiviti camtu