Assalamualaikum....
Tanda-Tanda Korang Obses Dengan Buah Durian
Korang memang pencinta durian sejati yang tidak syak lagi jika mempunyai ciri2 kedurianan seperti dibawah ini:-
- Mencari bakal mak pak mertua yang ada kebun durian berekar-ekar.
- Boleh kenal semua jenis2 durian dengan grednya sekali.
- Buah durian belanda disukai secara tak rasmi hanya sebab namanya berpangkal durian.
- Menyukai semua jenis makanan yang berasaskan durian.
- Lagu :Durianku Dah Berbunga" nyanyian Os merupakan lagu favorite.
- Mampu perabih berbiji2 durian sekali hadap.
- Menjadikan pokok durian pokok wajib ditanam disekeliling rumah walaupun korang tinggal dirumah teres taman perumahan.
- Masa musim durian barulah nampak batang hidung jumpa mak ayah di kampung.
- Mempunyai band kugiran yang namanya durian-durian.
- Takde sapa boleh tipu korang kalau nak bercerita pasal durian, semuanya korang tahu dari asal usul durian hinggalah anak pinak durian.
Hah, kalau korang memang ada ciri2 diatas memanglah korang pentaksub durian, so tunggu apa lagi jomlah p berkelah sambil makan durian pada 28 Jun 2009 ni hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari di Pantai Telok Bayu, Sungai Batu Telok Kumbar.
Kupon disediakan dalam 2 pakej. Pakej keluarga RM30 dan pakej individu RM10 sahaja.
Jomlah p, berbagai acara disediakan. Ada acara kanak2 & keluarga, ada peraduan dan lain2 lagi.
Korang boleh makan durian sepuas hati korang. Selain durian ada disediakan pulut & minuman percuma.
Bukan apa selain berkelah sambil makan durian kita juga boleh beramal.
ini kupon RM30, hah! tak boleh ambil.
yang ni kupon untuk saya sekeluarga
kalau korang nak masih sempat lagi hubungi agen ni
Encik Mohd Rodzi Hamid : 0134567928
2 ulasan:
aiseh,
promo baik nampak mama..
salam luth
heheheh mama pantang durian ni...
tolong promote program kawan2...
tau tak pantang apa???
Catat Ulasan