New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Mac 2009

Nama Sekolah Harus Di Pelihara



Assalamualaikum....


Ada sebab mengapa saya terus menunggu semasa Mesyuarat Agung di SMKA(p) Al-Mashoor kelmarin. Saya mahu usul yang kami bawa dibacakan. Seperti biasa jika pembawa usul tidak hadir, maka usul tidak akan dibacakan walaupun usul itu bagus untuk kebaikan anak2 disekolah tersebut.


Usul kami berkaitan dengan kemantapan usrah, tarbiyyah dikalangan puteri2 Al-Mashoor. Kami maklum, memang telah sedia ada usrah yang dijalankan oleh pihak sekolah.


Bukan apa, walaupun mungkin kes terpinggir, masih ada pelajar2 Al-Mashoor dan bekas2 pelajar disini yang tidak menerapkan kepentingan menutup aurat. Mereka dengan selamba tanpa rasa bersalah tidak memakai tudung diluar waktu sekolah.


Memang bukan salah pihak sekolah. Bagi saya ibu bapa yang harus dipersalahkan bila anak mereka tidak menutup aurat. Jadi dengan mahukan waris yang hadir kemesyuarat pada hari tersebut memahami, maka kami bawa usul tersebut. Agar pihak sekolah memberi penekanan tentang kewajipan menutup aurat pada puteri2 Al-Mashoor dan ibu bapa juga mengambil tanggungjawab yang sama.


Bukan apa, mereka membawa nama sekolah. Mungkin tidak menjadi hal jika mereka bukan produk SMKA, kerana dasar kementerian pelajaran di Malaysia ini bahawa tiada paksaan kepada pelajar sekolah untuk menutup aurat disekolah ataupun tidak. Tetapi amat memalukan jika mereka yang lahir dari sebuah sekolah agama tidak mempunyai sahsiah yang elok pada perkara asas seperti menutup aurat ini.


Walaupun iman tidak dapat diwarisi, tapi kita mesti mengambil langkah yang perlu bagi menjaga nama baik sekolah. Untuk apa? Tujuan apa kita menghantar anak2 kita kesekolah agama jika perkara asas ini tidak kita titik beratkan pada anak2 kita.


Tiada ulasan: