Assalamualaikum....
Sejak dari dahulu saya selalu dimomokkan dengan cerita2 tidak elok tentang layanan di Hospital Kerajaan. Saya selalu mendengar tentang cerita2 kesombongan, ketidaksenyumanan & sifat tidak mesra alamnya kakitangan Kementerian Kesihatan.
Sejak kecil saya selalu mendengar bagaimana kurang sopannya layanan jururawat2 di wad bersalin misalnya. Ibu2 yang bertarung nyawa melahirkan anak dilempar dengan kata2 kesat oleh jururawat2 bertugas dan sebagainya lagi cerita2 yang kurang enak.
Kejadian demikian berlaku, bukan saja di Hospital Daerah Segamat Johor, negeri kelahiran saya tetapi cerita2 kurang enak ini saya dengar juga ketika bermastautin di negeri Pulau Pinang ini.
Sehinggalah saat saya mengandungkan anak sulung ketika usia saya yang baru lima belas tahun, ketika tiba saat hendak melahirkan, bukannya kesakitan akan melahirkan anak yang membimbangkan saya tetapi ketakutan menghadapi kerenah jururawat yang lebih merisaukan saya. Ialah, sedari kecil saya dikhabarkan dengan berita2 kurang enak begitu.
Tetapi rupanya berita2 yang saya dengar selama ini tidak langsung berlaku pada saya ketika berada selama tiga hari di hospital Daerah Segamat ketika itu. Malah keadaan saya yang tidak dapat mengawal kesakitan kerana tiada pengalaman melahirkan, ditambah dengan umur yang masih muda membuatkan saya menjadi tumpuan seluruh doktor & jururawat yang bertugas.
Mereka melahirkan simpati kerana saya terpaksa melalui pengalaman yang menyakitkan itu ketika usia baru setahun jagung. Ada seorang jururawat yang punya anak sebaya saya ketika itu mengatakan anak beliau masih dok main masak2 lagi......
Tiada pengalaman menakutkan berlaku kepada saya ketika itu. Saya tidak dimarahi jururawat atau doktor. Tiada kata2 kesat yang dilemparkan pada saya, dan tiga anak saya dilahirkan di Hospital Segamat. Saya masih ingat keramahan & kelembutan Dr Norjannah yang menyambut tiga kelahiran anak saya.
Begitu juga pengalaman saya melahirkan seorang anak di Hospital Seberang Jaya dan tiga orang di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Tiada pengalaman memalukan dimarah kakitangan bertugas walaupun memang ada kejadian2 begitu berlaku pada orang lain.
Malah saya merasakan menerima lebih layanan pula dari mereka seperti ketika melahirkan anak bongsu saya ( buat masa ini ) pada 2006 yang lalu. Saya diarahkan membuat ujian scan di tingkat bawah ( saya ditempatkan di wad 1, tingkat 2 ), sebaik tiba dibilik scan terdapat lebih kurang 10 orang ibu mengandung yang sedang menunggu giliran dalam pelbagai rupa.
Saya pun duduk bersama mereka, bersembang lebih kurang dalam dua minit saya dipanggil jururawat dengan mengatakan saya dari kelas satu jadi masuk terus.... Dalam keadaan terpinga2 saya pun ikut jururawat tu masuk terus kebilik scan dalam keadaan serba salah kerana ramai lagi kawan2 ibu mengandung menanti giliran yang dalam jangkaan saya mereka mungkin telah menunggu lebih lama dari saya.
Begitu juga ketika melahirkan anak ke empat saya di Hospital Seberang Jaya pada tahun 1996. Kerana ketika itu Hospital Seberang Jaya baru beroperasi maka tidak cukup kakitangan untuk pesakit wad 1, dan jururawat meminta saya dirawat sekali dengan pesakit wad 2, saya oklah lagipun tak kisah sangat sebenarnya bilik wad 2 pun ok. Kebetulan saya lewat 10 hari untuk melahirkan tapi sebab dah lewat doktor tak benarkan saya balik kerumah.
Tinggallah saya di wad itu selama lebih kurang lapan hari sebelum sehingga melahirkan. Walaupun tinggal diwad yang sama tapi makanan & hidangan saya berlainan dengan mereka. Makanan mereka dihidangkan dalam tray plastik atau melamine ker apa ker.... tapi makanan saya dihidangkan dalam set kaca. Isi makanan pun lain. Saya berasa tidak selesa sebenarnya berada dalam situasi begitu. Rasa diperhatikan dalam keadaan serba tak kena.
Begitu juga pengalaman ketika menjaga mertua saya yang sakit di Hospital Alor Setar dan juga Hospital Pulau Pinang, dan juga ketika menjaga anak2 yang sakit ditahan diwad atau membawa anak2 mendapatkan rawatan pesakit luar atau saya sendiri yang mendapatkan rawatan, tidak pernah saya berhadapan dengan kerenah2 yang kurang enak dari kakitangan bertugas. Malah saya dengan selamba boleh meminta pilihan tidak mahu anak saya dicucuk oleh jururawat pelatih ketika mendapatkan imunisasi di Klinik Kanak2.
Tentu semua tertanya2 kan, apa kena mengena tajuk post saya dengan cerita2 saya ni......
Pagi tadi sejak dari jam 9 pagi saya membawa Kak Tih mendapatkan rawatan untuk penyakit scabies di Hospital Pulau Pinang. Semalam saya dah bagitau suami ambil surat jaminan (GL) di Sekolah, suami saya kata tak payahlah, ambik surat sekolah Kak Tih jer. Saya pun oklah.
Sebaik tiba di Bahagian Pesakit Luar dah tentulah ada dua kaunter berasingan yang disediakan. Selama ni saya yang bawa anak2 malah, allahyarham mak suami saya pun saya yang uruskan dulu, jadi saya taulah apa yang perlu di Hospital tu. Satu kaunter untuk warga emas, ibu mengandung, kanak2 bawah 12 tahun, pesara kerajaan dan yang PENTING! KAKITANGAN KERAJAAN. (baca dalam nada sedikit geram )
Satu kaunter lagi untuk warga asing, umum, bukan kakitangan kerajaan, swasta dan entah apa lagi. Dan yang PENTING! KAKITANGAN KERAJAAN TANPA SURAT JAMINAN! So ketegori kami pagi tadi disinilah..
Saya tak kisah menunggu lama, kerana faham keadaan di Hospital Kerajaan bagaimana. Lambat bukan masalahnya, walaupun saya memang merasakan sepanjang saya membuat urusan di Hospital inilah yang paling lama masa menunggu. Bayangkan saya tiba di Hospital jam 9 pagi tapi hanya tamat pada jam 2.30 petang. Berbanding ketika membawa kakak minggu lepas, jam 10 pagi saya sampai tetapi 10.40 saya dah berada dalam wad.
Sungguh secara jujur, lambat bukan masalahnya. Saya boleh tunggu malah kerana jujurnya saya memahami masalah di Hospital, semasa menunggu giliran mengambil ubat saya memberi laluan kepada seorang warga emas dan seorang ibu mengandung mendahului saya. Sebagai menghormati mereka yang dalam keadaan tiada upaya.
Tetapi masalahnya yang buat saya kurang senang adalah layanan yang diberi dikaunter pendaftaran. Amat berlainan sikapnya dari kaunter yang satu lagi. Amat tidak mesra alam. Bolehlah saya kategorikan sebagai sombong & kurang ajar. Bukan sahaja mereka tidak beradab pada saya tetapi boleh dikatakan pada semua pesakit yang berurusan dikaunter tersebut.
Ada sahaja perkara yang hendak dileterkan pada kami. Menunggu berdekatan dikaunter pun salah. Lewat datang ketika nama dipanggil pun salah. Tersilap mengambil nombor pun salah. Bertanya pun salah. Semuanya salah dipandangan mata mereka, terutama kerani yang membuat panggilan itu. Sepanjang satu jam setengah saya menunggu untuk mendapatkan nombor tiada sepalit senyuman diwajahnya. Kesian pakcik makcik, uncle untie yang dimarah2kan tu.
So, saya mengambil kesimpulan rupanya selama ini saya diberi layanan baik hanya kerana saya mempunyai Surat Jaminan (GL) walaupun melalui suami. Saya tak pernah lupa membawa GL ini ke Hospital setiap kali mendapatkan rawatan untuk diri saya ataupun anak2. Lalu pada hari ini saya tidak membawa GL ini maka beginilah layanan yang saya terima dan dapat saya saksikan berlaku pada orang lain yang tiada surat jaminan. Diherdik2 & dibentak2.
Tak taulah kesimpulan yang saya buat ini menepati semua atau tidak... saya minta maaf jika tidak menepati, saya hanya membuat kesimpulan secara peribadi melalui pengalaman....
BUDI BAHASA BUDAYA KITA....
3 ulasan:
salam
akhirnya puan tahu juga bagaimana rasa dilayan sebagai org bkn kakitgn kerajaan :))
omong² org lain bkn dusta ,mmg begitu sikap 'segelintir' mereka.
saya pula lebih rela membayar lebih dari memakan caci maki mereka² itu ..
harap² senario begitu akan berubah mengikut masa ..
salam jiejah d'blogger, yer bagi org yg bkemampuan rawatan di swasta adalah pilihan. Tapi yg tak bkemampuan tiada pilihan lain kan, hospital kerajaan adalah tempatnya. harap sikap mereka akan berubah ketika btugas. tugas apapun perlu dilakukan scra komitmen krna semua tu amanah.
salam mama
betul tu , alhamdulillah saya mampu setakat ni ..
tp mmg harap sgt² mereka akan berubah . kesian pada org lain yg setiap hari kene tadah telinga , sudah la tgh sakit ;(
anyway , saya org sekinchan.
seronok jumpa org se daerah :))
Catat Ulasan