31 Mac 2009

Perbezaan... Kekurangan.... Kelebihan....

Assalamualaikum....


Saya mendapat sms dari Ateh saya di Johor, mengadu perihal orang disekelilingnya membeza2kan anaknya dengan anak2 orang lain, khususnya anak seorang Indon yang dibela Kak Long saya. Ateh kata anak Indon tu dah pandai membaca, rajin & macam2 lagi.


Anak Ateh, Puteri Nasreen berumur 7 tahun dan bersekolah di tahun 1. Dia masih belum boleh membaca dengan lancar. Baru merangkak2 mengeja.


Ateh mengadu dia agak tertekan dengan perkara ini. Maklumlah Puteri anak sulung. Ateh saya bertemu jodoh agak lewat. Dalam usianya 42 tahun sekarang anak sulungnya baru berada di tahun 1.Adik pada Puteri, Aniq baru berusia 8 bulan lebih kurang.


Ateh meminta pendapat saya, bagaimana saya & suami mengajar anak2 saya sehingga berjaya setakat ini. Dia tanya bagaimana saya mendidik anak2 saya menjadi pandai semuanya.


Sebenarnya setiap anak tiada yang sama tahap penerimaan mereka dalam menerima pelajaran yang diberikan. Saya ada 7 anak. Yang sudah pasti setiap anak2 saya berbeza baik dalam perangai seharian, pelajaran, sikap, tingkah laku dan sebagainya.


Saya tidak pernah pula mahu menyamakan mereka antara satu sama lain. Walaupun kadang2 ada benda baik yang berlaku pada salah seorang dari mereka, perlu saya sebut2kan pada adik beradik yang lain untuk dijadikan contoh & perangsang.


Rasanya saya cukup jaga membeza2kan antara satu sama lain setiap anak2 saya. Apatah lagi membezakan mereka dengan anak orang lain. Tak kiralah anak orang lain tu pandai atau tidak. Kalau mungkin kadang2 ada yang terjadi mungkin tanpa saya sedari.


Anak sulung saya boleh membaca dengan lancar ketika usianya 4 tahun. Seawal usianya 3 tahun saya & suami sudah mula mengajarnya asas2 pembacaan menggunakan buku Bacalah Sayang. Kami dedahkan padanya dengan Bahasa Melayu, Inggeris & Matematik. Kerana suami saya mengajarnya mengaji dengan kaedah IQRA dengan automatiknya dia boleh membaca Jawi. Alhamdulillah sejak usianya 5 tahun dia sudah boleh membaca apa saja jenis buku. Sehingga ketika saya menghantarnya ke KEMAS dia hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja, kerana cikgu asyik menyuruh dia menulis A B C, 1 2 3. Bila dia habiskan buku yang cikgu beri dalam masa 1 hari, dia dimarahi cikgu. Bila saya berbincang dengan cikgu tahap pencapaian anak saya, cikgu mengakuinya tapi dia tetap akan ajar ikut prosedur. Akhirnya anak saya tak mahu lagi ke sekolah tersebut. Bila saya menghantar dia kesebuah sekolah agama, Alhamdulillah dengan pembelajaran disitu dia dapat menerimanya. Semasa saya menghantarnya ustazah tempatkan dia di kelas ke 3, tapi bila saya datang nak ambik dia balik, dia dah ditempatkan di kelas 1. Maknanya sekolah tersebut mengajar mengikut tahap pencapaian murid. Sehingga kini memang saya akui anak sulung saya ini agak menyerlah dalam pelajaran berbanding adik2nya yang lain.


Kepada 5 adik2nya juga saya gunakan cara yang sama, kaedah yang sama malah buku yang sama. Tapi seperti yang saya katakan sedari awal tadi, tahap dan penerimaan mereka tak sama.
Anak ke 2 saya boleh membaca dengan lancar ketika umurnya 6 tahun. Asas Matematik, Inggeris & Jawi juga telah dapat dia kuasai sebelum memasuki tahun 1. Alhamdulillah sejak dari sekolah rendah dia dapat belajar dengan baik. Walau ada naik turunnya...


Anak ke 3 saya memang saya akui agak lambat dalam menerima pelajaran. Saya tetap menggunakan kaedah yang sama tapi sehingga tahun 1 dia masih belum dapat membaca dengan baik. Penguasaan Inggeris & Matematiknya juga agak lemah. Malah sehingga tahun 4 dia masih belum dapat menyelesaikan masalah Matematik dalam bentuk lazim. Saya memang amat risaukan anak saya yang sorang ini. Tapi Alhamdulillah penerimaan dia dalam pelajaran tidaklah seteruk mana. Dia masih dapat berusaha belajar dengan baik sehingga sekarang. Walaupun mungkin dia agak lemah dalam pelajaran, tapi ALLAH kurniakan sikap & sifat sebagai anak yang baik. Sedari kecil hingga sekarang dia anak yang paling mendengar kata. Tidak pernah dia melawan jika dimarah.


Anak ke 4 saya pula, saya lihat dia ada ciri2 kecemerlangan dalam pelajaran seperti anak sulung saya. Dia juga sudah boleh membaca ketika usianya 5 tahun. Ketika ditahun 1 dialah yang mengetuai bacaan dalam Bahasa Arab. Tahun dia bersekolah ditahun 1 adalah tahun awal Matematik & Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris. Saya juga menggunakan kaedah yang sama dalam proses pembelajaran awalnya. Tapi sikap anak saya yang seorang ini agak berlainan pula daripada adik beradiknya yang lain. Dia agak kuat melawan. Ada saja yang di tepisnya jika kita menasihatinya. Mungkin kerana sikapnya ini kecemerlangannya dalam pelajaran ada turun naiknya.


Anak saya yang ke 5 pula..... alahai yang seorang ini pun agak memeningkan kepala. Sehingga habis tahun 1 pun dia masih belum dapat menguasai pembacaan dengan baik. Mungkin faktor dia bercakap "pelat" jadi agak sukar dalam proses pengajaran. Malah kepelatannya itu masih jelas hingga hari ini setelah dia berada ditahun 6. Faktor kepelatannya itu juga mungkin ada kena mengena dengan tabiatnya menghisap ibu jari. Seingat saya sehingga umurnya 7,8 tahun dia masih melakukan tabiat ini. Saya terpaksa meletakkan akar seruntun dijarinya bagi menghentikan tabiatnya. ( tugas meletakkan akar seruntun ini diambil alih oleh anak sulung saya ) Walaupun kesian pada mulanya tapi demi kebaikannya kami terpaksa buat. Mungkin kerana jarak 6 tahun antara dia dan adiknya membuatkan anak saya ini agak manja sikit. Tahun ini dia akan menjalani peperiksaan UPSR, saya harap dia akan lebih berusaha demi kejayaannya.


Anak ke 6 saya pula, agak petah dari yang lain. Dia boleh bercakap dengan fasih lebih awal. Agak ramah, banyak mulut. Ada saja yang nak dicakapkan tak kiralah pada siapapun. Mengenai proses pembelajarannya pula, sekarang dia sedang melalui proses pembelajaran Pra Sekolah. Dah 2 tahun di Pra Sekolah yang sama. Setahun yang lepas saya tak nampak apa2 peningkatan dalam pelajarannya. Mungkin silap saya juga, saya agak lambat mendedahkan kaedah pengajaran yang sama, yang saya ajar pada kakak2 & abangnya pada dia. Sejak dia lahir saya dok pulun membantu menambah ekonomi keluarga. Mengasuh anak oranglah, membuat kuih2 jualanlah, jadi saya bukan berstatus suri rumah sepenuh masa lagi. Mungkin dengan kesibukan2 itu saya kurang masa memantau pelajaran awal dia. Akhirnya setelah tamat setahun yang lepas di Pra Sekolah, saya tidak boleh alpa lagi. Bermula cuti sekolah yang lepas saya sudah mula mengajar dia membaca menggunakan buku Bacalah Sayang ( saya kena beli lain 1 set buku ini, kerana buku yang lama tak ditemui ). Suami juga membelikan buku IQRA yang baru untuknya.


Pada awalnya agak sukar mengajarnya membaca. Walaupun dia sudah mengenal A hingga Z tapi saya rasa susah nak ajar dia. Dia pula agak manja tak ketahuan punca. Di jerkah sikit menangis, tinggi suara sikit menangis, dibiarkan dia tak membaca & macam2 lagi dugaan rasanya saya hadapi. Terasa sangat saya bukan guru bertauliah semasa mengajar dia. Kadang2 saya hilang sabar..... adakah saya semakin tua sebenarnya.....


Akhirnya hanya setelah 3 bulan berlalu, dia sudah menghabiskan buku 1. sekarang dalam proses membaca buku 2. Dia dah kurang menangis walaupun masih ada. Saya masih ingat semasa mengajar mereka yang lain dulu, saya lagi garang rasanya. Tapi dimarah, dijerkah, ditampar macamana pun, mereka akan meneruskan pembacaan. Tapi anak saya yang sorang ni, bila dah mula menangis... hermmm buku kemana, dia kemana. Ambil bantal terus tidur... Saya akan pastikan dia boleh membaca dengan lancar sebelum memasuki tahun 1, tahun hadapan.


Anak saya yang ke 7 pula, walau baru berusia 3 tahun, saya sudah mula juga menjinakkan dia dengan Bacalah Sayang. Sambil2 mengajar kakaknya saya selitkan juga ajar dia. Tapi masalah juga, dia masih belum boleh bercakap dengan baik. kalau tak ia2 tak faham apa yang dia cakap. Kan saya dah kata setiap anak tak sama.............


30 Mac 2009

Selamat Mengundi Dengan Bijak.....



Assalamualaikum....


Selamat mengundi kepada semua pengundi di Bukit Gantang Perak, Bukit Selambau Kedah & Batang Air Sarawak.

Selepas Proses penamaan calon yang dijalankan serentak pada 29 mac 2009, para pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih YB pada 7 april 2009 akan datang. Semua Parti ada tempoh 9 hari untuk berkempen. Harap semua pihak akan berkempen dengan semangat demokrasi & SPR menjalankan tugas dengan adil.


Pertandingan dua penjuru di Batang Air Sarawak, antara BN & PKR.


Pertandingan tiga penjuru pula di Bukit Gantang Perak antara PAS, BN & Bebas.


Sejarah Pilihanraya pula tercipta di Bukit Selambau Kedah antara BN, PKR & 13 dari Bebas.


Selamat mengundi, buatlah pilihan yang bijak......


Nakhoda Baru, Kapal Lama.....


Assalamualaikum....


28 mac 2009 berakhir Perhimpunan Agung United Malayan National Organisation atau nama melayunya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. ( yerker? ) Senang cakap UMNO....


Tahniah lah yer kepada pucuk pimpinan yang baru dipilih. Ramai yang berkata akan ada perubahan pada pimpinan baru ini. Tok Najib telah menggantikan Pak Lah sebagai Presiden, secara automatiknya Tok Najib akan jadi PM rakyat Malaysia.


Tok Najib dah tentu akan jadi Presiden semua orang UMNO kat Malaysia ni tapi suka atau tak suka semua orang di Malaysia ni baik orang PAS, orang PKR, orang DAP dan semua ler kena terima hakikat Tok Najib akan jadi PM ke 6 Malaysia.


Kalau nak ikut, macam2 yang kita baca kat web2 tentang Perhimpunan kali ini. Tentang Pemudaanya, tentang Wanitaanya & tentang Puterinya.


Kalian serve ler sendiri yer.... Saya kena jaga hati berbilang fahaman sahabat2 saya di blog kesayangan saya ni.......


Nama Sekolah Harus Di Pelihara



Assalamualaikum....


Ada sebab mengapa saya terus menunggu semasa Mesyuarat Agung di SMKA(p) Al-Mashoor kelmarin. Saya mahu usul yang kami bawa dibacakan. Seperti biasa jika pembawa usul tidak hadir, maka usul tidak akan dibacakan walaupun usul itu bagus untuk kebaikan anak2 disekolah tersebut.


Usul kami berkaitan dengan kemantapan usrah, tarbiyyah dikalangan puteri2 Al-Mashoor. Kami maklum, memang telah sedia ada usrah yang dijalankan oleh pihak sekolah.


Bukan apa, walaupun mungkin kes terpinggir, masih ada pelajar2 Al-Mashoor dan bekas2 pelajar disini yang tidak menerapkan kepentingan menutup aurat. Mereka dengan selamba tanpa rasa bersalah tidak memakai tudung diluar waktu sekolah.


Memang bukan salah pihak sekolah. Bagi saya ibu bapa yang harus dipersalahkan bila anak mereka tidak menutup aurat. Jadi dengan mahukan waris yang hadir kemesyuarat pada hari tersebut memahami, maka kami bawa usul tersebut. Agar pihak sekolah memberi penekanan tentang kewajipan menutup aurat pada puteri2 Al-Mashoor dan ibu bapa juga mengambil tanggungjawab yang sama.


Bukan apa, mereka membawa nama sekolah. Mungkin tidak menjadi hal jika mereka bukan produk SMKA, kerana dasar kementerian pelajaran di Malaysia ini bahawa tiada paksaan kepada pelajar sekolah untuk menutup aurat disekolah ataupun tidak. Tetapi amat memalukan jika mereka yang lahir dari sebuah sekolah agama tidak mempunyai sahsiah yang elok pada perkara asas seperti menutup aurat ini.


Walaupun iman tidak dapat diwarisi, tapi kita mesti mengambil langkah yang perlu bagi menjaga nama baik sekolah. Untuk apa? Tujuan apa kita menghantar anak2 kita kesekolah agama jika perkara asas ini tidak kita titik beratkan pada anak2 kita.


Dua Mesyuarat Agung Dalam Satu Hari.....



Assalamualaikum....


Sudah beberapa hari saya tidak menghasilkan nukilan di blog kesayangan saya ini. Saya sekadar membukanya sekadar melepas rindu & melawati blog2 sahabat2 dialam maya & yang penting meninjau2 blog puteri saya untuk melepas rindu.


Pada 28 mac yang lalu saya menghadiri dua Mesyuarat Agung di dua sekolah anak2 saya. Sebelah pagi, bermula jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengahari saya & suami menghadiri Mesyuarat Agung di SMKA(p) Al-Mashoor, sekolah Kak Tih.


Tapi suami saya balik awal kerana membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung di sekolahnya waktu petang. Sebaik saja dia keluar dari dewan mesyuarat, berlaku agenda pemilihan AJK PIBG bagi sessi 2009/2010. Semasa pemilihan calon YDP tiba2 mantan YDP En Saari Din yang telah membubarkan AJK lama membuat pencalonan nama suami saya sebagai calon YDP.


Saya juga terkejut dengan pengumuman itu, dalam hati mungkin beliau mengenali suami saya. Rupanya beliau tidak mengenali pun, hanya mengenali melalui perbincangan usul bersama rakan2 AJK. Setelah beliau mengulang2 nama suami saya, saya mengambil tanggungjawab untuk bangun dan memaklumkan suami saya terpaksa beredar awal kerana ada tanggungjawab lain. Saya siap maklumkan, kalau suami saya adapun mungkin dia menolak pencalonan ini.


Saya pula tidak banyak bercakap dalam mesyuarat ini, saya hanya menunggu untuk membolehkan usul kami dibacakan semasa perbincangan usul nanti. Bukan apa, memang dah jadi tradisi, siapa yang banyak bercakap dalam mesyuarat nanti akan dipilih sebagai AJK. Jadi saya merasakan tidak berapa sesuai menjadi AJK di sebuah sekolah hebat seperti SMKA(p) Al-Mashoor ini. Terasa rendah diri sangat.


Tetapi agaknya memang dah ditakdirkan, dimana ada anak2 saya bersekolah mungkin saya akan ditakdirkan mengambil bahagian dalam menyumbang sedikit khidmat bakti. Entah dari mana tiba2 ada wakil ibu yang mencalonkan nama saya sebagai calon AJK. Saya mengambil inisiatif menerima pencalonan tersebut, memandangkan pasti akan ada pengundian nanti. Memandangkan ini kali pertama saya hadir ke mesyuarat di sini, saya pasti nama saya takkan mendapat undian yang banyak. Manalah ada orang yang mengenali saya sangat. Adalah dua tiga orang yang saya kenal.


Tetapi rupanya sepanjang proses pemilihan itu, semasa proses penamaan calon AJK, ramai calon yang dicadangkan menolak. Mereka menolak dengan berbagai alasan. Tak dapat beri komitmen lah, sibuk lah & bermacam2 lagi. Ialah bukan senang nak pikul tanggungjawab ni, walau hanya sebagai AJK sahaja. Jadi setelah cukup enam pencalonan mereka terus mencadangkan cadangan ditutup. Akhirnya termaktublah nama saya sebagai salah seorang AJK bersama lima orang yang lain. Kami akan dipertanggungjawabkan membantu YDP & NYDP PIBG SMKA(p) Al-Mashoor sepanjang sessi 2009/2010 ni.


Sebelah petang pula bermula jam 2 ptg hingga 6.30 ptg, saya menghadiri pula Mesyuarat Agung di sekolah anak saya Kak Cik & Kakak, yang juga sekolah suami saya. Mesyuarat PIBG Sek Keb Tanjong Tokong. Saya hadir sebagai AJK sejak lima tahun yang lepas. Dan berharap kali ini saya akan dapat melepaskan tanggungjawab ini. Semoga akan ada muka2 baru yang mungkin akan lebih memajukan lagi PIBG di sekolah ini.


Takdir penentu segalanya, walaupun mendapat YDP & NYDP yang baru, saya masih terpilih sebagai salah seorang AJK. Malah mendapat undi kedua terbanyak pula tu....


Nampaknya masih ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan, membantu PIBG membantu pihak sekolah demi anak2 di disini.


Nasib baik juga mesyuarat di SMK Dato' Haji Kadir pagi tadi saya tidak hadir, kalau tidak entah2 jadi AJK juga.


Saya & suami perlu melepaskan tanggungjawab sebagai AJK di Maktab Mahmud Bandar Baharu, kerana tiada lagi anak2 saya yang bersekolah disana. Kami akan hadir jika dijemput nanti. Saya tak pasti pula bila mereka bermesyuarat. Ataupun sebenarnya jawatan kami gugur serta mertakan, sebab anak tiada lagi disana.


Tahniah kepada perlantikan sebagai pucuk pimpinan di kedua2 sekolah ini. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kepada mantan2 pimpinan terima kasih diucapkan. Jasa kalian akan tetap dikenang.



24 Mac 2009

Tiadakah Perasaan....


Assalamualaikum....


Beberapa hari ini tersiar berita tentang pelakon Nora Danish bersama anaknya. Saya bukanlah peminat fanatik pelakon ini, sekadar mengenalinya sekadar lalu & bersimpati dengan nasibnya yang dicerai suami ketika sedang mengandung.


Seterusnya beliau menghadapi saat2 sukar mengandungkan bayinya sendirian. Tanpa suami untuk mengadu sakit pening, lenguh sendi.


Selama beliau mengandung, sehingga melahirkan bermacam2 kisah yang dipaparkan, samada gosip suaminya bersama pelakon lain atau hubungan baiknya bersama bekas suami & keluarga mertua walaupun sudah bercerai.


Sepanjang tempoh edah yang lama, tiada usahakah mereka untuk berbaik semula sekurang2nya demi anak yang dikandung. Sekarang tempoh edahnya dah habis sebab Nora sudah melahirkan.


Baru2 ini majlis cukur jambul anaknya dibuat dirumah bekas mertuanya yang turut dihadiri bekas suaminya.


Mereka bergambar dalam suasana gembira bersama anak yang masih kecil. Mereka bergambar seperti satu keluarga yang lengkap, bahagia, aman damai.


Saya tak habis fikir memikirkan mereka ini. Kalau tiada perasaan benci, masih boleh berbaik, tiada permusuhan, boleh ambil tanggungjawab untuk membesarkan anak bersama2 walau sudah berpisah......


Takkan tiada walau sekelumit perasaan dihati masing2 untu bersatu kembali walaupun hanya demi anak yang masih kecil tu.


Takkan tiada walau sedikit perasaan saling merindu pada bekas pasangan yang pernah tidur sekatil, melayari bahtera perkahwinan walau hanya sebentar.


Takkan tiada walau sebentar cuma bermuhasabah diri untuk bersatu kembali demi cinta dan kasih sayang yang pernah tumbuh subur dahulu.... entahlah.


Orang kata mata anak, keletah anak2 boleh membuatkan hati yang marah menjadi sejuk. Perasaan benci bertukar sayang demi kebajikan anak2. Dendam, tak puas hati akan dikuburkan demi masa depan anak2. Kesilapan yang dilakukan pasangan akan kita ketepikan demi kasih sayang pada anak2.


Kesilapan yang dilakukan pasangan akan kita lupakan jika kita melihat segala kebaikan yang telah dilakukan selama bertahun2 hidup bersama susah & senang. Apalah gunanya mengenang2 sedikit kesilapan pasangan sedangkan ada berjuta lagi kebaikan, pengorbanan yang telah ditaburkan........


Tepuk Dada Tanyalah Iman......




sayang... baby secomel ini kadang2 tidak dapat melembutkan hati

23 Mac 2009

Dengan Surat Jaminan, Tanpa Surat Jaminan....

Assalamualaikum....


Sejak dari dahulu saya selalu dimomokkan dengan cerita2 tidak elok tentang layanan di Hospital Kerajaan. Saya selalu mendengar tentang cerita2 kesombongan, ketidaksenyumanan & sifat tidak mesra alamnya kakitangan Kementerian Kesihatan.




Sejak kecil saya selalu mendengar bagaimana kurang sopannya layanan jururawat2 di wad bersalin misalnya. Ibu2 yang bertarung nyawa melahirkan anak dilempar dengan kata2 kesat oleh jururawat2 bertugas dan sebagainya lagi cerita2 yang kurang enak.


Kejadian demikian berlaku, bukan saja di Hospital Daerah Segamat Johor, negeri kelahiran saya tetapi cerita2 kurang enak ini saya dengar juga ketika bermastautin di negeri Pulau Pinang ini.


Sehinggalah saat saya mengandungkan anak sulung ketika usia saya yang baru lima belas tahun, ketika tiba saat hendak melahirkan, bukannya kesakitan akan melahirkan anak yang membimbangkan saya tetapi ketakutan menghadapi kerenah jururawat yang lebih merisaukan saya. Ialah, sedari kecil saya dikhabarkan dengan berita2 kurang enak begitu.


Tetapi rupanya berita2 yang saya dengar selama ini tidak langsung berlaku pada saya ketika berada selama tiga hari di hospital Daerah Segamat ketika itu. Malah keadaan saya yang tidak dapat mengawal kesakitan kerana tiada pengalaman melahirkan, ditambah dengan umur yang masih muda membuatkan saya menjadi tumpuan seluruh doktor & jururawat yang bertugas.


Mereka melahirkan simpati kerana saya terpaksa melalui pengalaman yang menyakitkan itu ketika usia baru setahun jagung. Ada seorang jururawat yang punya anak sebaya saya ketika itu mengatakan anak beliau masih dok main masak2 lagi......


Tiada pengalaman menakutkan berlaku kepada saya ketika itu. Saya tidak dimarahi jururawat atau doktor. Tiada kata2 kesat yang dilemparkan pada saya, dan tiga anak saya dilahirkan di Hospital Segamat. Saya masih ingat keramahan & kelembutan Dr Norjannah yang menyambut tiga kelahiran anak saya.


Begitu juga pengalaman saya melahirkan seorang anak di Hospital Seberang Jaya dan tiga orang di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Tiada pengalaman memalukan dimarah kakitangan bertugas walaupun memang ada kejadian2 begitu berlaku pada orang lain.


Malah saya merasakan menerima lebih layanan pula dari mereka seperti ketika melahirkan anak bongsu saya ( buat masa ini ) pada 2006 yang lalu. Saya diarahkan membuat ujian scan di tingkat bawah ( saya ditempatkan di wad 1, tingkat 2 ), sebaik tiba dibilik scan terdapat lebih kurang 10 orang ibu mengandung yang sedang menunggu giliran dalam pelbagai rupa.


Saya pun duduk bersama mereka, bersembang lebih kurang dalam dua minit saya dipanggil jururawat dengan mengatakan saya dari kelas satu jadi masuk terus.... Dalam keadaan terpinga2 saya pun ikut jururawat tu masuk terus kebilik scan dalam keadaan serba salah kerana ramai lagi kawan2 ibu mengandung menanti giliran yang dalam jangkaan saya mereka mungkin telah menunggu lebih lama dari saya.


Begitu juga ketika melahirkan anak ke empat saya di Hospital Seberang Jaya pada tahun 1996. Kerana ketika itu Hospital Seberang Jaya baru beroperasi maka tidak cukup kakitangan untuk pesakit wad 1, dan jururawat meminta saya dirawat sekali dengan pesakit wad 2, saya oklah lagipun tak kisah sangat sebenarnya bilik wad 2 pun ok. Kebetulan saya lewat 10 hari untuk melahirkan tapi sebab dah lewat doktor tak benarkan saya balik kerumah.


Tinggallah saya di wad itu selama lebih kurang lapan hari sebelum sehingga melahirkan. Walaupun tinggal diwad yang sama tapi makanan & hidangan saya berlainan dengan mereka. Makanan mereka dihidangkan dalam tray plastik atau melamine ker apa ker.... tapi makanan saya dihidangkan dalam set kaca. Isi makanan pun lain. Saya berasa tidak selesa sebenarnya berada dalam situasi begitu. Rasa diperhatikan dalam keadaan serba tak kena.


Begitu juga pengalaman ketika menjaga mertua saya yang sakit di Hospital Alor Setar dan juga Hospital Pulau Pinang, dan juga ketika menjaga anak2 yang sakit ditahan diwad atau membawa anak2 mendapatkan rawatan pesakit luar atau saya sendiri yang mendapatkan rawatan, tidak pernah saya berhadapan dengan kerenah2 yang kurang enak dari kakitangan bertugas. Malah saya dengan selamba boleh meminta pilihan tidak mahu anak saya dicucuk oleh jururawat pelatih ketika mendapatkan imunisasi di Klinik Kanak2.


Tentu semua tertanya2 kan, apa kena mengena tajuk post saya dengan cerita2 saya ni......


Pagi tadi sejak dari jam 9 pagi saya membawa Kak Tih mendapatkan rawatan untuk penyakit scabies di Hospital Pulau Pinang. Semalam saya dah bagitau suami ambil surat jaminan (GL) di Sekolah, suami saya kata tak payahlah, ambik surat sekolah Kak Tih jer. Saya pun oklah.


Sebaik tiba di Bahagian Pesakit Luar dah tentulah ada dua kaunter berasingan yang disediakan. Selama ni saya yang bawa anak2 malah, allahyarham mak suami saya pun saya yang uruskan dulu, jadi saya taulah apa yang perlu di Hospital tu. Satu kaunter untuk warga emas, ibu mengandung, kanak2 bawah 12 tahun, pesara kerajaan dan yang PENTING! KAKITANGAN KERAJAAN. (baca dalam nada sedikit geram )


Satu kaunter lagi untuk warga asing, umum, bukan kakitangan kerajaan, swasta dan entah apa lagi. Dan yang PENTING! KAKITANGAN KERAJAAN TANPA SURAT JAMINAN! So ketegori kami pagi tadi disinilah..


Saya tak kisah menunggu lama, kerana faham keadaan di Hospital Kerajaan bagaimana. Lambat bukan masalahnya, walaupun saya memang merasakan sepanjang saya membuat urusan di Hospital inilah yang paling lama masa menunggu. Bayangkan saya tiba di Hospital jam 9 pagi tapi hanya tamat pada jam 2.30 petang. Berbanding ketika membawa kakak minggu lepas, jam 10 pagi saya sampai tetapi 10.40 saya dah berada dalam wad.


Sungguh secara jujur, lambat bukan masalahnya. Saya boleh tunggu malah kerana jujurnya saya memahami masalah di Hospital, semasa menunggu giliran mengambil ubat saya memberi laluan kepada seorang warga emas dan seorang ibu mengandung mendahului saya. Sebagai menghormati mereka yang dalam keadaan tiada upaya.


Tetapi masalahnya yang buat saya kurang senang adalah layanan yang diberi dikaunter pendaftaran. Amat berlainan sikapnya dari kaunter yang satu lagi. Amat tidak mesra alam. Bolehlah saya kategorikan sebagai sombong & kurang ajar. Bukan sahaja mereka tidak beradab pada saya tetapi boleh dikatakan pada semua pesakit yang berurusan dikaunter tersebut.


Ada sahaja perkara yang hendak dileterkan pada kami. Menunggu berdekatan dikaunter pun salah. Lewat datang ketika nama dipanggil pun salah. Tersilap mengambil nombor pun salah. Bertanya pun salah. Semuanya salah dipandangan mata mereka, terutama kerani yang membuat panggilan itu. Sepanjang satu jam setengah saya menunggu untuk mendapatkan nombor tiada sepalit senyuman diwajahnya. Kesian pakcik makcik, uncle untie yang dimarah2kan tu.


So, saya mengambil kesimpulan rupanya selama ini saya diberi layanan baik hanya kerana saya mempunyai Surat Jaminan (GL) walaupun melalui suami. Saya tak pernah lupa membawa GL ini ke Hospital setiap kali mendapatkan rawatan untuk diri saya ataupun anak2. Lalu pada hari ini saya tidak membawa GL ini maka beginilah layanan yang saya terima dan dapat saya saksikan berlaku pada orang lain yang tiada surat jaminan. Diherdik2 & dibentak2.


Tak taulah kesimpulan yang saya buat ini menepati semua atau tidak... saya minta maaf jika tidak menepati, saya hanya membuat kesimpulan secara peribadi melalui pengalaman....



BUDI BAHASA BUDAYA KITA....



22 Mac 2009

Setiakah?......

Assalamualaikum....


Saya terkesima bila menyedari seorang sahabat blog yang baru dikenali menerusi alam maya rupanya sedang dilanda masalah ( mungkin bagi dirinya bukan masalah besar ), tapi bagi diri saya apa yang dialaminya memang amat besar untuk ditanggung.

Saya pula berasa amat bersalah kerana menyuarakan persoalan yang tidak sepatutnya saya tanya sedangkan saya boleh mengetahuinya melalui hasil nukilan penulisannya. Tapi maaf, sebenarnya saya tak sempat menghabiskan pembacaan.


Akhirnya saya tahu apa yang sedang beliau & keluarga hadapi. Doa saya semoga beliau sekeluarga akan tabah menghadapinya.


Memang bukan senang menghadapi, menjaga hati & perasaan insan tersayang yang selama ini sihat, tiba2 diserang sakit yang berpanjangan, yang kita tak tahu bila akan sembuh.


Tambah meresahkan jika yang sakit itu isteri, yang merawat itu suami. ( bagi saya secara peribadi ). Bukan semua suami yang akan sanggup berhadapan dengan isteri yang selama ini sihat, segar bugar melayan kerenah suami & anak2 secara zahir & batin, tiba2 layu tak bermaya dipembaringan.


Bukan semua suami akan redho menghadapinya berbanding isteri. Banyak kes yang kita lihat berapa ramai isteri yang dtinggal suami lantaran diserang penyakit. Jadi saya menyeru para isteri agar kita memberi tabik hormat kepada lelaki yang bergelar suami seperti ini.


Berapa ramai pula suami yang melangsungkan perkahwinan baru ketika kubur isteri masih merah lagi. Lebih tragis jika suami membina masjid baru ketika isteri sedang berperang melawan penyakit. Adilkah ketika gembira bersama2 tetapi ketika menangis seorang sahaja yang menanggungnya??


Saya tidak prejudis dengan mengatakan seorang suami itu harus setia bersama isteri walau isteri sedang sakit atau telah menyahut panggilan Ilahi. Kerana naluri semulajadi setiap yang hidup harus ada pasangannya. Setiap kehendak ada nafsu nafsinya. Tapi hakikatnya memang jarang ada suami yang setia seperti seorang isteri . Lebih ramai suami berkahwin lain setelah kematian isteri berbanding isteri yang berkahwin lain setelah kematian suami.


Saya juga tidak prejudis mengatakan suami saya tidak boleh berkahwin lagi jika saya tidak punya keupayaan atau pergi dahulu menyahut panggilan Ilahi. Kerana saya tahu dia tentu takkan mampu hidup sendirian tanpa teman disisi. Saya tahu dalam apa jua keadaan dia tentu perlukan seseorang. Tapi sekurang2nya sebagai insan yang punya sifat kemanusiaan saya juga tentu berharap dia akan setia dengan saya sekurang2nya sewaktu saya sakit.... entahlah.


Saya memang amat respek pada lelaki yang sanggup berkorban menjaga hati & perasaan seorang isteri, tambahan lagi yang sedang dalam ketidakupayaan. Saya selalu bersembang dengan suami tentang perkara ini. Dia selalu mengatakan jika satu hari dia dilanda sakit adakah saya akan meninggalkannya? Jawapan saya sejak dari dahulu, saya tidak sesekali akan meninggalkannya. Malah jika dia pergi dahulu saya juga mungkin takkan kahwin lagi kerana hanya dia yang terbaik buat saya & saya mahu hidup didunia dan akhirat bersamanya.


Saya juga kagum dengan kesetiaan yang ada pada lelaki2 bergelar suami seperti Dato' Mustapha Maarof. Beliau telah kehilangan isteri berpuluh tahun yang dulu. Isterinya Allahyarham Rose Yatimah telah meninggal kerana barah tapi Dato tetap setia sampai sekarang. Malah kesetiaannya & kasih sayangnya pada isteri masih terasa sampai sekarang bila Dato memperkatakan tentang isterinya. Kita akan melihat raut sedih diwajah & genangan airmata dimatanya.


Entahlah Kesetiaan atau Keperluan Naluri.....



inilah buah hati pengarang jantung saya, dialah duka dialah penawarnya.

meniarap menelan pasir, menelentang menadah embun...


20 Mac 2009

Terima Kasih Anak2ku....






Assalamualaikum....


SEKADAR RENUNGAN.... Hanya kerak nasi untuk MAK...


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya dikampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.


Aku minta untuk membantu,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.


Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng, bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka.


Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya: 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab 'mak belum makan apalagi tu!'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng,nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya.


Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'.


Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila ku lihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untukdimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..


YA RABBI, Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.





Catatan saya....


Memang sedih cerita diatas. Tapi hakikatnya memang begitulah realiti seorang perempuan bergelar ibu, mama, umi, mak, mummy atau apa sahaja gelaran.


Seorang mak akan buat apa saja demi anak2nya. Sanggup membakar diri menjadi lilin menerangi anak2nya.


Seorang mak akan berkorban apa saja demi anak2nya.


Walaupun mereka tidak meminta balasan atas apa yang dilakukan tapi hakikatnya jasa mereka perlu kita kenang.


Baru2 ni saya diserang sakit kerongkong yang paling teruk saya rasakan. Sakitnya bermula sepulangnya saya dari Hospital menjaga kakak dan berpanjangan hingga kerumah kenduri kakak ipar saya.


Kemuncak azab yang saya tanggung pada hari kenduri hingga saya tak mampu lagi menelan makanan.


Sepanjang perjalanan balik ke Penang memang saya tak mampu lagi berbuat apa2. Badan dah rasa seram sejuk menahan kesakitan. Tekak & leher dah kembang semacam. Menelan air liur terasa seperti menelan sebiji buah durian ( pernah ke telan durian??)


Saya tidur sepanjang perjalanan Kulim-Penang, mujurlah ada Kak Uda, Kak Tih & Kak Cik meneman baba memandu dan menengokkan Kakak & Nin.


Sampai dirumah saya dah tak ketahuan apa. Masa bila saya menanggalkan baju kenduri & berselimut dikatil. Barang2 suami&anak2 yang punggah naik kerumah. Saya betul2 tak ketahuan.....


Tiba2 saya perasan saya menjerit, menangis, meraung kesakitan...entah pukul berapa.


Bila saya sedar, saya perhatikan Kak Uda & Kak Tih berada disisi saya sambil mengusap kepala & badan saya yang kepanasan.


Mereka mengambilkan panadol untuk saya dan akhirnya saya zzzzzzzzzzzzz


Dua hari saya berkeadaan begitu walau telah dibawa ke Klinik oleh sang kekasih ( pinjam perkataan rasa sayang ).


Akhirnya dengan bekalan antibiotik, panadol olah Pusat Kesihatan Kecil, ALHAMDULILLAH saya sembuh sepenuhnya dua hari lepas.


Nikmat makan kembali semula, kalau tidak apa yang ditelan semuanya rasa tak kena.


Yang penting saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat anak2 & suami yang menjaga saya dengan baik sepanjang ketidakupayaan saya selama beberapa hari ni. Saya betul2 rasa dihargai & dipeduli....


Terima Kasih Sayang....................






19 Mac 2009

Nin Gunting Rambut....


Assalamualaikum....



walau selalu dah gunting rambut tapi hero kecil saya ni tetap menangis, tapi kali ni ada kemajuan dia nak duduk sendiri atas bangku tu, tak payah diriba lagi


sambil rambutnya digunting dia masih terus menangis

masa ni dah separuh rambutnya selesai digunting, dah tak menangis tapi tengok ler muka....

boleh dia buat muka macam ni sepanjang proses rambutnya digunting


akhirnya selesai tapi sampai akhir, hingga keluar dari pintu kedai gunting tu dia buat muka


Akhirnya sampai dirumah Nin merajuk dengan semua orang yang teman dia p gunting rambut. Lama dok dalam bilik air tak mau keluar. Akhirnya merajuk dia hilang bila dia berkata " Da, nak syusyu".....

18 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum....


Selamat Pengantin Baru kepada anak saudara suami saya Che Norhidayah bt Che Hasan & pasangannya Mohd Shah Rizal bin Mohamad.


Mereka telah melangsungkan acara akad nikah pada pagi 15 mac dan majlis persandingan berlangsung pada tengaharinya di kediaman pengantin perempuan di Taman Angsana, Kulim Kedah.


Anak kepada kakak ipar saya Che Asiah bt Hj Hasan telah memilih pasangannya jauh di Negeri Pantai Timur Kelantan Darul Naim.


Majlis menyambut menantu akan diadakan pada 4 april yang akan datang. Kami sekeluarga ada dipelawa untuk meraikan majlis sambut menantu di Kelantan tapi entahlah belum ada kata putus lagi.


Doa kami semoga pasangan pengantin akan diberkati rumahtangga mereka dan kekal aman bahagia hingga ke akhir hayat.


gambar2 kenangan sekitar majlis

suasana penuh emosi ketika pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan



saya tak lepaskan peluang bergambar bersama pengantin baru selepas majlis akad nikah


hehehe masa ni pengantin belum rasmi pelamin yang cantik ni tapi kami sekeluarga dah rasmikan dulu dengan bergambar di sini, sori yer dayah....




pasangan sama cantik, sama padan. sorang lidah kari, sorang lidah manis punya....

apapun semoga aman bahagia selamanya....

14 Mac 2009

Salam Tahniah



Assalamualaikum....


Salam tahniah saya ucapkan kepada anak lelaki sulung saya, angah yang mendapat keputusan SPM nya kemarin. Alhamdulillah, dengan keputusan yang dia dapat, seperti biasa saya harap dia berpuas hati dengan hasil usaha dia selama lima tahun pengajian di Maktab Mahmud Bandar Baharu.


Malam tadi juga dia dan babanya sudah melengkapkan borang2 online ke Pusat2 Pengajian yang layak dia ikuti.


Saya berharap hajatnya melanjutkan pengajian melalui KPLSPM akan diterima.


Salam tahniah dari Mama, Baba, Tata, Kak Uda, Kak Tih, Kak Cik, Kakak & Adik Nin. Semoga kejayaan akan Angah perolehi dengan lebih cemerlang selepas ini....


13 Mac 2009

Wad Pediatrik C 1 Hospital Pulau Pinang


Assalamualaikum....


Saya baru balik kerumah dari Wad Kanak2 Hospital Pulau Pinang. Dua malam bermalam di Hospital, menemani kakak yang di serang Scabies. Habis tapak tangan, jejari comelnya dan sedikit dibahagian kaki bernanah hingga membengkak dan membawa kepada kakak diserang demam. Niat dihati nak buat rawatan lanjut di Hospital, akhirnya kena masuk wad.


Alhamdulillah, tiga hari dua malam di masukkan antibiotik kebadannya, ditambah dengan ubat2 minum dan ubat sapuan, nanah ditangannya mula mengecut.


Balik kerumah saya pula macam nak diserang demam, apapun esok saya tetap akan meneruskan perancangan ke Kulim, menghadiri kenduri kahwin anak saudara suami saya pada 15 mac ni. Walaupun perjalanan saya esok hanya ditemani anak2. Kenapa?? Sebab suami saya sayang nak tinggalkan kem di sekolahnya, walaupun dah sebulan dia berjanji dengan saya nak p awal ke majlis walimah anak saudaranya! Anak kakak kandungnya. ( sampainya hatimu........)


Suami saya ni selalu macamni, tak sanggup nak menyusahkan kawan2 untuk ganti tempatnya walaupun saya percaya tak semua guru yang akan hadir ke program tu dengan berbagai alasan. Tapi suami saya?? Nak bagi alasan macam mereka?? Ermmm tidak sesekali. Malahan dia kerap pula membantu kawan2 dengan mengambil alih kerja mereka...... Apapun katanya dia akan bertolak ke Kulim pada pagi Ahad. Saya percaya dia takkan sampai awal punya sebab program di sekolah tu mungkin berakhir tengahari atau petang.....


Apapun saya tak mau ketinggalan meraikan majlis walimah saudara terdekat. Saya serik hadir lewat kemajlis walimah saudara.


Persoalannya..... mampukah saya memandu dalam keadaan kurang sihat, disamping membawa anak yang baru keluar Hospital & seorang anak yang demam. Demi ikatan persaudaraan, saya akan memandu dengan berhati2.

Sampainya hati...............................



kakak mengadap hidangan sumbangan hospital

dua malam saya menemani kakak, sian tangan dia kena cucuk untuk masuk ubat



09 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum....

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Mohd Shazly & pasangannya Norazaini yang melangsungkan walimah mereka kemarin.

Mohd Shazly adalah anak kepada jiran saya Cikgu Salbiah & suaminya Zainudin yang kami panggil Abang Mat.

Selamat menerima menantu diucapkan kepada Cikgu Salbiah & Abang Mat, semoga tahun depan dapat cucu pula.


Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan pengantin, semoga hidup aman, sejahtera sehidup semati hingga akhir hayat.


haaa pengantin baru yg belakang kat banner tu yer... yg depan tu pengantin lama, saja teringin ambil aura pengantin.


yang ni baru pasangan pengantin baru bergambar bersama keluarga pengantin lelaki

Seminar Memperkasakan Keluarga Bebas Dadah


Assalamualaikum....


Kelmarin 8 mac 2009 saya & suami diundang ke Seminar Memperkasakan Keluarga Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM daerah Timur Laut. Seminar diadakan di Berjaya Hotel, Pulau Tikus.


Banyak maklumat yang diperolehi sepanjang Seminar yang bermula dari jam 9 pagi hingga berakhir jam 1 tengahari. Tapi persoalannya adakah sasaran peserta yang hadir menepati objektif seminar....

Perdana Menteri mensasarkan Malaysia sifar dadah menjelang 2015, sedangkan dari fakta pihak Jabatan Narkotik Pulau Pinang bahawa setiap 37 minit akan lahir seorang penagih dadah.

Banyak maklumat2, info2 dan juga tayangan2 slide berkaitan dengan dadah yang dipamerkan. Sebagai ibu bapa yang ada anak2 remaja saya mengambil segala maklumat pada seminar ini untuk dijadikan panduan dalam memantau anak2 saya.

Pada seminar itu juga telah diadakan forum berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi antara ibu bapa & anak2 remaja.


Majlis Perasmian penutup telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Tikus


Gambar2 sekitar seminar



Ketua Bahagian Narkotik Daerah Timur Laut sedang memberi taklimat


salah seeorang ahli panel, Ustaz Ibrahim Yusof dari LPPKN

saya dan suami dapat tempat disaf hadapan sekali

sempat lagi berposing di pintu masuk dewan makan


apa2 hal pun makan dulu, bukan senang nak makan kat hotel. ermmm lepas ni ada kenduri kat rumah. alamak dah kenyang ni......


majlis perasmian penutup oleh ADUN Pulau Tikus

Semoga hasrat Perdana Menteri mensifarkan dadah di Malaysia akan tercapai.

Salam Maulidur Rasul





Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W


Semoga Kita Terus Menjadi Umat Muhammad Yang Patuh Dan Taat

Kepada Allah & RasulNya

04 Mac 2009

Anakku Masih Kecil Walau Dah Besar......



Assalamualaikum....


Satu peristiwa yang agak lucu bagi saya berlaku malam semalam.


Hari ni Angah cuti kerja Pizza Hut.


Selepas maghrib dia beria2 ajak Nin p Pizza Hut nak tengok jadual kerja untuk esoknya.


Masa nak keluar tiba2 dia kata kat Nin " salin baju elok sikit ".

Walaupun Nin dah pakai baju tido elok dah. Lagipun bukan jauh pun Pizza Hut tu.


Lepas dia siap salinkan Nin dengan jeans & tshirt dan sikatkan rambut, memang smart habis ler Nin.....

Tiba2 bila saya sedang pakaikan Nin kasut, angah meluru masuk kedalam bilik sambil berkata " mana aci "...... rupanya angah masuk salin baju yang lebik elok dari yang dia pakai tadi.


Hahahahaha saya tergelak bila rupanya angah pun tercabar bila tengok Nin dah smart macam tu....

Tu beza umur mereka lima belas tahun..... kalau jarak mereka dekat camnalah agaknya yer....

To Angah : Jangan risau, angah smart & handsome tak sama dengan smart & comel Nin......


heheheheeh, Angah....Angah


dalam apa keadaan pun angah sentiasa mengawasi adiknya sorang ni

walaupun kelihatan dia memanjakan sikecil ni tapi sesekali garang juga angah dengan nin

dengan jarak umur yang agak jauh, semoga angah akan sentiasa menjadi pelindung

jika kemana2 angah ada bersama dialah yang akan jadi pengasuh pada siadik yang terlalu lasak ni

semoga angah bukan saja jadi pelindung pada nin tapi juga kepada semua saudara perempuannya

Serupa Tapi Tak Sama

Assalamualaikum


Seminggu ni, dalam saya membelek2 blog2 di alam maya, saya terjumpa dengan dua blog yang rumahnya serupa dengan saya.


Seorang, blog mahasisiwi.... saya tak pasti U mana, tapi mungkin rakan anak sulung saya.


Jauh Di Mata Dekat Di Hati




Yang kedua blog seorang anak kecil berusia 11 tahun

No Love Until ' akad '...... ermmm bukan main tajuk blog Angel Muslimah ni



http://www.angelmuslimah.blogspot.com/



hah.... yang ni pulak saya punya.


mama moden : dunia dah maju zaman dah berubah...




Ada lagi satu sebenarnya yang saya jumpa lama dulu. Blog silazerazwanali, tapi saya tak masukkan disini sebab saya tak minat dia.........


Mungkin ramai lagi dialam maya sana rumahnya serupa dengan rumah saya.......


Serupa Tapi Tak Sama..............



03 Mac 2009

Anak.... Menantu..... Cucu.....



Assalamualaikum.....


Saya dihujani dengan pelbagai pertanyaan & persoalan bila sejak dua menjak ni saya asyik membicarakan soal masa depan anak2 saya khususnya dalam hal perkahwinan mereka. Baik dalam penulisan di alam maya ini atau bila bersembang dengan kawan2 & saudara mara.


Bila saya bercakap tentang anak2 saya, akan ada persoalan tentang perkahwinan mereka samada saya yang mulakan atau mereka yang memulakan.....


Walaupun hakikatnya saya berharap anak2 saya akan belajar setinggi yang mungkin dan mencapai kejayaan dalam hidup mereka tapi itu tak bermakna mereka harus fikirkan soal belajar saja.....


Mereka juga harus memikirkan tentang teman hidup bila sudah sampainya jodoh mereka. Mereka juga harus membentuk keluarga bahagia mereka sendiri.


Kadang2 saya serba salah juga bila bercakap soal perkahwinan anak2 saya ( kerana kadang2 saya sentiasa merasakan mereka masih tetap anak2 kecil saya ). Tapi hakikatnya waktu dan ketika itu akan sampai juga akhirnya. Samada cepat atau lembat, bergantung pada jodoh mereka.


Lagipun tak salahkan saya memikir kearah itu. Lantaran anak2 saya semuanya sedang membesar. Sewaktu saya sebaya anak sulung saya dulu saya dah ada tiga orang anak. Walaupun saya tak mengharapkan anak2 saya berkahwin seawal saya. Banyak cabaran dan dugaan yang harus dihadapi bila berkahwin diusia yang amat muda ni.


Baba mereka ada kata, baba bagi lepas anak2 kahwin umur 25 thn bagi anak lelaki dan 22 tahun bagi anak perempuan. ermmmm nampaknya saya akan jadi nenek di usia yang muda jugalah kan!! kan!!


Saya mungkin asyik memikirkan persoalan ini adalah kerana telah ramai kenalan anak sulung saya yang tidak lagi melanjutkan pelajaran sebaik habis SPM yang telah pun berkahwin dan ada yang sudah ada anak. Yang masih belajar pun saya dengar dah bertunang atau sekurang2nya saya dengar telahpun ada teman lelaki.........


Malah pada 15 mac ini dua pupu pada anak saya yang sebaya anak sulung saya akan melangsungkan perkahwinan. Jadi tak salahkan saya memikirkan kemungkinan2 bila anak2 saya akan berkahwin.


kenangan perkahwinan saya 20 tahun yg lalu

maaflah gambar sewaktu zaman jahiliyyah, tudung pun tak pakai masa majlis

masa ni nak nikah kat masjid pun depa tak bagi katanya macam orang tabligh

persandingan atas permintaan keluarga yang mahukan majlis saya diadakan secara besar2an kerana belum lagi ada keluarga saya berkahwin secara besar2an

sewaktu saya berkahwin saya telah melangkah bendul tiga kakak & seorang abang, tu yang majlis jadi macam best jer.....


02 Mac 2009

Maktab Mahmud Bandar Baharu Dalam Kenangan

Assalamualaikum....


Bermula seminggu yang sudah hingga hari ini saya & suami menguruskan pertukaran sekolah Kak Uda dari Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kedah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Abd Kadir, Kepala Batas. Akhirnya hari ini 3 Mac 2009, Kak Uda melangkahkan kaki ke tingkatan empat di sekolah barunya.


Kak Uda telah menyuarakan hasratnya bertukar sekolah sejak cuti persekolahan yang lalu tetapi bila sekolah bermula awal tahun baru ni dia bersetuju untuk meneruskan persekolahannya di Maktab Mahmud.


Kami berusaha memujuknya meneruskan pelajaran di Maktab Mahmud sehingga tingkatan lima, tetapi Kak Uda kata dia tak boleh lagi meneruskan pelajaran disana dengan pelbagai alasan dan sebab yang diberikan.


Mengambil kira kepentingan, keselesaan dia untuk belajar saya & suami berusaha memohon SMKA(p) Al-Mashoor tetapi kerana keputusan PMR yang tidak menepati syarat kemasukan, Kak Uda ditawarkan ke SMK Dato' Hj Abd Kadir dalam Kelas Aliran Agama.


Walaupun saya harap, jika diterima kemasukan ke SMKA(p) Al-Mashoor saya berhajat boleh menghantar dia mengikuti kelas tambahan pada subjek yang lemah. Tapi oleh kerana Kelas Aliran Agama mewajibkan pelajar tinggal di asrama, lagipun faktor jauh dari rumah maka sekarang Kak Uda menjadi salah seorang penghuni di Asrama SMK Dato' Hj Abd Kadir, Kepala Batas.


Dengan pertukaran sekolah yang lebih selesa dari sekolah lama saya harap Kak Uda dapat lebih menumpukan perhatian dalam ulangkaji pelajaran, tambahan lagi beliau berada dalam kelas sains. Dengan ruang asrama dan sekolah yang jauh lebih selesa dari sekolah lama saya berharap keputusan nekad yang dia ambil adalah satu tindakan yang bijak.


Kepada Ustaz, Ustazah dan Cikgu2 di Maktab Mahmud Bandar Baharu saya mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas segala jasa kalian mendidik & menjaga anak saya dengan baik selama mereka berada di sana. Halalkanlah segala ilmu yang telah kalian berikan pada mereka dan ampunkanlah setiap kesalahan yang dilakukan samada yang disedari atau tidak disedari atau tanpa sengaja atau yang disengajakan.


Gambar2 Kenangan Hari Terakhir Kak Uda Di MMBB



Kak Uda bersama sahabat baiknya Awatif & Hidayah

Kak Uda bersama rakan2 sekelas yang lain


merakam kenangan terakhir di bilik asrama

bersama adik tingkatan dua Nurul, yang keberatan membenarkan Kak Uda bertukar sekolah


bersama2 adik2 tingkatan satu

ini bilik asrama Kak Uda di MMBB

persekitaran sekolah MMBB

bangunan pejabat MMBB



Maktab Mahmud Bandar Baharu tetap dalam kenangan, bukan sahaja pada Kak Uda & Angah tapi juga pada saya & suami. Banyak kenangan sepanjang lima tahun ini...