Assalamualaikum....
Saya mendapat sms dari Ateh saya di Johor, mengadu perihal orang disekelilingnya membeza2kan anaknya dengan anak2 orang lain, khususnya anak seorang Indon yang dibela Kak Long saya. Ateh kata anak Indon tu dah pandai membaca, rajin & macam2 lagi.
Anak Ateh, Puteri Nasreen berumur 7 tahun dan bersekolah di tahun 1. Dia masih belum boleh membaca dengan lancar. Baru merangkak2 mengeja.
Ateh mengadu dia agak tertekan dengan perkara ini. Maklumlah Puteri anak sulung. Ateh saya bertemu jodoh agak lewat. Dalam usianya 42 tahun sekarang anak sulungnya baru berada di tahun 1.Adik pada Puteri, Aniq baru berusia 8 bulan lebih kurang.
Ateh meminta pendapat saya, bagaimana saya & suami mengajar anak2 saya sehingga berjaya setakat ini. Dia tanya bagaimana saya mendidik anak2 saya menjadi pandai semuanya.
Sebenarnya setiap anak tiada yang sama tahap penerimaan mereka dalam menerima pelajaran yang diberikan. Saya ada 7 anak. Yang sudah pasti setiap anak2 saya berbeza baik dalam perangai seharian, pelajaran, sikap, tingkah laku dan sebagainya.
Saya tidak pernah pula mahu menyamakan mereka antara satu sama lain. Walaupun kadang2 ada benda baik yang berlaku pada salah seorang dari mereka, perlu saya sebut2kan pada adik beradik yang lain untuk dijadikan contoh & perangsang.
Rasanya saya cukup jaga membeza2kan antara satu sama lain setiap anak2 saya. Apatah lagi membezakan mereka dengan anak orang lain. Tak kiralah anak orang lain tu pandai atau tidak. Kalau mungkin kadang2 ada yang terjadi mungkin tanpa saya sedari.
Anak sulung saya boleh membaca dengan lancar ketika usianya 4 tahun. Seawal usianya 3 tahun saya & suami sudah mula mengajarnya asas2 pembacaan menggunakan buku Bacalah Sayang. Kami dedahkan padanya dengan Bahasa Melayu, Inggeris & Matematik. Kerana suami saya mengajarnya mengaji dengan kaedah IQRA dengan automatiknya dia boleh membaca Jawi. Alhamdulillah sejak usianya 5 tahun dia sudah boleh membaca apa saja jenis buku. Sehingga ketika saya menghantarnya ke KEMAS dia hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja, kerana cikgu asyik menyuruh dia menulis A B C, 1 2 3. Bila dia habiskan buku yang cikgu beri dalam masa 1 hari, dia dimarahi cikgu. Bila saya berbincang dengan cikgu tahap pencapaian anak saya, cikgu mengakuinya tapi dia tetap akan ajar ikut prosedur. Akhirnya anak saya tak mahu lagi ke sekolah tersebut. Bila saya menghantar dia kesebuah sekolah agama, Alhamdulillah dengan pembelajaran disitu dia dapat menerimanya. Semasa saya menghantarnya ustazah tempatkan dia di kelas ke 3, tapi bila saya datang nak ambik dia balik, dia dah ditempatkan di kelas 1. Maknanya sekolah tersebut mengajar mengikut tahap pencapaian murid. Sehingga kini memang saya akui anak sulung saya ini agak menyerlah dalam pelajaran berbanding adik2nya yang lain.
Kepada 5 adik2nya juga saya gunakan cara yang sama, kaedah yang sama malah buku yang sama. Tapi seperti yang saya katakan sedari awal tadi, tahap dan penerimaan mereka tak sama.
Anak ke 2 saya boleh membaca dengan lancar ketika umurnya 6 tahun. Asas Matematik, Inggeris & Jawi juga telah dapat dia kuasai sebelum memasuki tahun 1. Alhamdulillah sejak dari sekolah rendah dia dapat belajar dengan baik. Walau ada naik turunnya...
Anak ke 3 saya memang saya akui agak lambat dalam menerima pelajaran. Saya tetap menggunakan kaedah yang sama tapi sehingga tahun 1 dia masih belum dapat membaca dengan baik. Penguasaan Inggeris & Matematiknya juga agak lemah. Malah sehingga tahun 4 dia masih belum dapat menyelesaikan masalah Matematik dalam bentuk lazim. Saya memang amat risaukan anak saya yang sorang ini. Tapi Alhamdulillah penerimaan dia dalam pelajaran tidaklah seteruk mana. Dia masih dapat berusaha belajar dengan baik sehingga sekarang. Walaupun mungkin dia agak lemah dalam pelajaran, tapi ALLAH kurniakan sikap & sifat sebagai anak yang baik. Sedari kecil hingga sekarang dia anak yang paling mendengar kata. Tidak pernah dia melawan jika dimarah.
Anak ke 4 saya pula, saya lihat dia ada ciri2 kecemerlangan dalam pelajaran seperti anak sulung saya. Dia juga sudah boleh membaca ketika usianya 5 tahun. Ketika ditahun 1 dialah yang mengetuai bacaan dalam Bahasa Arab. Tahun dia bersekolah ditahun 1 adalah tahun awal Matematik & Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris. Saya juga menggunakan kaedah yang sama dalam proses pembelajaran awalnya. Tapi sikap anak saya yang seorang ini agak berlainan pula daripada adik beradiknya yang lain. Dia agak kuat melawan. Ada saja yang di tepisnya jika kita menasihatinya. Mungkin kerana sikapnya ini kecemerlangannya dalam pelajaran ada turun naiknya.
Anak saya yang ke 5 pula..... alahai yang seorang ini pun agak memeningkan kepala. Sehingga habis tahun 1 pun dia masih belum dapat menguasai pembacaan dengan baik. Mungkin faktor dia bercakap "pelat" jadi agak sukar dalam proses pengajaran. Malah kepelatannya itu masih jelas hingga hari ini setelah dia berada ditahun 6. Faktor kepelatannya itu juga mungkin ada kena mengena dengan tabiatnya menghisap ibu jari. Seingat saya sehingga umurnya 7,8 tahun dia masih melakukan tabiat ini. Saya terpaksa meletakkan akar seruntun dijarinya bagi menghentikan tabiatnya. ( tugas meletakkan akar seruntun ini diambil alih oleh anak sulung saya ) Walaupun kesian pada mulanya tapi demi kebaikannya kami terpaksa buat. Mungkin kerana jarak 6 tahun antara dia dan adiknya membuatkan anak saya ini agak manja sikit. Tahun ini dia akan menjalani peperiksaan UPSR, saya harap dia akan lebih berusaha demi kejayaannya.
Anak ke 6 saya pula, agak petah dari yang lain. Dia boleh bercakap dengan fasih lebih awal. Agak ramah, banyak mulut. Ada saja yang nak dicakapkan tak kiralah pada siapapun. Mengenai proses pembelajarannya pula, sekarang dia sedang melalui proses pembelajaran Pra Sekolah. Dah 2 tahun di Pra Sekolah yang sama. Setahun yang lepas saya tak nampak apa2 peningkatan dalam pelajarannya. Mungkin silap saya juga, saya agak lambat mendedahkan kaedah pengajaran yang sama, yang saya ajar pada kakak2 & abangnya pada dia. Sejak dia lahir saya dok pulun membantu menambah ekonomi keluarga. Mengasuh anak oranglah, membuat kuih2 jualanlah, jadi saya bukan berstatus suri rumah sepenuh masa lagi. Mungkin dengan kesibukan2 itu saya kurang masa memantau pelajaran awal dia. Akhirnya setelah tamat setahun yang lepas di Pra Sekolah, saya tidak boleh alpa lagi. Bermula cuti sekolah yang lepas saya sudah mula mengajar dia membaca menggunakan buku Bacalah Sayang ( saya kena beli lain 1 set buku ini, kerana buku yang lama tak ditemui ). Suami juga membelikan buku IQRA yang baru untuknya.
Pada awalnya agak sukar mengajarnya membaca. Walaupun dia sudah mengenal A hingga Z tapi saya rasa susah nak ajar dia. Dia pula agak manja tak ketahuan punca. Di jerkah sikit menangis, tinggi suara sikit menangis, dibiarkan dia tak membaca & macam2 lagi dugaan rasanya saya hadapi. Terasa sangat saya bukan guru bertauliah semasa mengajar dia. Kadang2 saya hilang sabar..... adakah saya semakin tua sebenarnya.....
Akhirnya hanya setelah 3 bulan berlalu, dia sudah menghabiskan buku 1. sekarang dalam proses membaca buku 2. Dia dah kurang menangis walaupun masih ada. Saya masih ingat semasa mengajar mereka yang lain dulu, saya lagi garang rasanya. Tapi dimarah, dijerkah, ditampar macamana pun, mereka akan meneruskan pembacaan. Tapi anak saya yang sorang ni, bila dah mula menangis... hermmm buku kemana, dia kemana. Ambil bantal terus tidur... Saya akan pastikan dia boleh membaca dengan lancar sebelum memasuki tahun 1, tahun hadapan.
Anak saya yang ke 7 pula, walau baru berusia 3 tahun, saya sudah mula juga menjinakkan dia dengan Bacalah Sayang. Sambil2 mengajar kakaknya saya selitkan juga ajar dia. Tapi masalah juga, dia masih belum boleh bercakap dengan baik. kalau tak ia2 tak faham apa yang dia cakap. Kan saya dah kata setiap anak tak sama.............
salam mama moden,
BalasPadamada lagu anak kecil main api tu, ex mara ke?
salam Cikli, taklah, mama moden tak sekolah pun.. apatah lagi nak ke mara.. saja mama moden suka lirik lagu tu....
BalasPadamMemang payah nak didik 7 orang anak. ya mama moden. Semuanya kena ada kesabaran dan taat perintah Allah. Baru keluarga kita bahagia kan. seronok baca pengalaman membesarkan anak. Tahniah dari saya
BalasPadamSalam,Mama Moden.
BalasPadamSaya dulu belajar membawa guna komik.Dragon Ball dengan majalah Kawan yang atuk saya beli tiap bulan.
Agak menarik kaedah Mama mengajara sendiri anak-anak membaca.Saya pun terfikir nak buat home-schooling(menyekolahkan anak di rumah).