Assalamualaikum....
Kelmarin 8 mac 2009 saya & suami diundang ke Seminar Memperkasakan Keluarga Bebas Dadah anjuran Biro Wanita PEMADAM daerah Timur Laut. Seminar diadakan di Berjaya Hotel, Pulau Tikus.
Banyak maklumat yang diperolehi sepanjang Seminar yang bermula dari jam 9 pagi hingga berakhir jam 1 tengahari. Tapi persoalannya adakah sasaran peserta yang hadir menepati objektif seminar....
Perdana Menteri mensasarkan Malaysia sifar dadah menjelang 2015, sedangkan dari fakta pihak Jabatan Narkotik Pulau Pinang bahawa setiap 37 minit akan lahir seorang penagih dadah.
Banyak maklumat2, info2 dan juga tayangan2 slide berkaitan dengan dadah yang dipamerkan. Sebagai ibu bapa yang ada anak2 remaja saya mengambil segala maklumat pada seminar ini untuk dijadikan panduan dalam memantau anak2 saya.
Pada seminar itu juga telah diadakan forum berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi antara ibu bapa & anak2 remaja.
Majlis Perasmian penutup telah dirasmikan oleh ADUN Pulau Tikus
Gambar2 sekitar seminar
Ketua Bahagian Narkotik Daerah Timur Laut sedang memberi taklimat
salah seeorang ahli panel, Ustaz Ibrahim Yusof dari LPPKN
saya dan suami dapat tempat disaf hadapan sekali
sempat lagi berposing di pintu masuk dewan makan
apa2 hal pun makan dulu, bukan senang nak makan kat hotel. ermmm lepas ni ada kenduri kat rumah. alamak dah kenyang ni......
majlis perasmian penutup oleh ADUN Pulau Tikus
Semoga hasrat Perdana Menteri mensifarkan dadah di Malaysia akan tercapai.
Sempat berbual dengan sesaorang tentang gejala hidu gam. Dikatakan gejala ini lebih kritikal berbanding dadah kerana ia cepat merosakkan saraf otak. Malangnya kita tidak ada akta untuk menyelesaikan gejala ini. Hidu gam bukan dalam kategori salah guna dadah. Kenapa kerajaan lambat sangat berbauat sesuatu dalam usaha membendung gejala ini yang telah pun menular hatta di sekolah rendah?
BalasPadam