22 Mac 2009

Setiakah?......

Assalamualaikum....


Saya terkesima bila menyedari seorang sahabat blog yang baru dikenali menerusi alam maya rupanya sedang dilanda masalah ( mungkin bagi dirinya bukan masalah besar ), tapi bagi diri saya apa yang dialaminya memang amat besar untuk ditanggung.

Saya pula berasa amat bersalah kerana menyuarakan persoalan yang tidak sepatutnya saya tanya sedangkan saya boleh mengetahuinya melalui hasil nukilan penulisannya. Tapi maaf, sebenarnya saya tak sempat menghabiskan pembacaan.


Akhirnya saya tahu apa yang sedang beliau & keluarga hadapi. Doa saya semoga beliau sekeluarga akan tabah menghadapinya.


Memang bukan senang menghadapi, menjaga hati & perasaan insan tersayang yang selama ini sihat, tiba2 diserang sakit yang berpanjangan, yang kita tak tahu bila akan sembuh.


Tambah meresahkan jika yang sakit itu isteri, yang merawat itu suami. ( bagi saya secara peribadi ). Bukan semua suami yang akan sanggup berhadapan dengan isteri yang selama ini sihat, segar bugar melayan kerenah suami & anak2 secara zahir & batin, tiba2 layu tak bermaya dipembaringan.


Bukan semua suami akan redho menghadapinya berbanding isteri. Banyak kes yang kita lihat berapa ramai isteri yang dtinggal suami lantaran diserang penyakit. Jadi saya menyeru para isteri agar kita memberi tabik hormat kepada lelaki yang bergelar suami seperti ini.


Berapa ramai pula suami yang melangsungkan perkahwinan baru ketika kubur isteri masih merah lagi. Lebih tragis jika suami membina masjid baru ketika isteri sedang berperang melawan penyakit. Adilkah ketika gembira bersama2 tetapi ketika menangis seorang sahaja yang menanggungnya??


Saya tidak prejudis dengan mengatakan seorang suami itu harus setia bersama isteri walau isteri sedang sakit atau telah menyahut panggilan Ilahi. Kerana naluri semulajadi setiap yang hidup harus ada pasangannya. Setiap kehendak ada nafsu nafsinya. Tapi hakikatnya memang jarang ada suami yang setia seperti seorang isteri . Lebih ramai suami berkahwin lain setelah kematian isteri berbanding isteri yang berkahwin lain setelah kematian suami.


Saya juga tidak prejudis mengatakan suami saya tidak boleh berkahwin lagi jika saya tidak punya keupayaan atau pergi dahulu menyahut panggilan Ilahi. Kerana saya tahu dia tentu takkan mampu hidup sendirian tanpa teman disisi. Saya tahu dalam apa jua keadaan dia tentu perlukan seseorang. Tapi sekurang2nya sebagai insan yang punya sifat kemanusiaan saya juga tentu berharap dia akan setia dengan saya sekurang2nya sewaktu saya sakit.... entahlah.


Saya memang amat respek pada lelaki yang sanggup berkorban menjaga hati & perasaan seorang isteri, tambahan lagi yang sedang dalam ketidakupayaan. Saya selalu bersembang dengan suami tentang perkara ini. Dia selalu mengatakan jika satu hari dia dilanda sakit adakah saya akan meninggalkannya? Jawapan saya sejak dari dahulu, saya tidak sesekali akan meninggalkannya. Malah jika dia pergi dahulu saya juga mungkin takkan kahwin lagi kerana hanya dia yang terbaik buat saya & saya mahu hidup didunia dan akhirat bersamanya.


Saya juga kagum dengan kesetiaan yang ada pada lelaki2 bergelar suami seperti Dato' Mustapha Maarof. Beliau telah kehilangan isteri berpuluh tahun yang dulu. Isterinya Allahyarham Rose Yatimah telah meninggal kerana barah tapi Dato tetap setia sampai sekarang. Malah kesetiaannya & kasih sayangnya pada isteri masih terasa sampai sekarang bila Dato memperkatakan tentang isterinya. Kita akan melihat raut sedih diwajah & genangan airmata dimatanya.


Entahlah Kesetiaan atau Keperluan Naluri.....



inilah buah hati pengarang jantung saya, dialah duka dialah penawarnya.

meniarap menelan pasir, menelentang menadah embun...


1 ulasan:

  1. Salam. Bersyukur apa yang ada dan pertahankannya. Setiap yang dipinjam akan diambil kembali cuma perjanjian memulangkannya kita tidak ketahui masanya. Redha perkataan yang tepat tetapi berat dilaksanakan.

    Semoga kita dikurniakan keampunan dan diberkati segala kerja buat kita.Yakin, usaha dan berdoa.

    Salam pengenalan.
    Rusli Hashim

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan