Assalamualaikum....
Bermula seminggu yang sudah hingga hari ini saya & suami menguruskan pertukaran sekolah Kak Uda dari Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kedah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj Abd Kadir, Kepala Batas. Akhirnya hari ini 3 Mac 2009, Kak Uda melangkahkan kaki ke tingkatan empat di sekolah barunya.
Kak Uda telah menyuarakan hasratnya bertukar sekolah sejak cuti persekolahan yang lalu tetapi bila sekolah bermula awal tahun baru ni dia bersetuju untuk meneruskan persekolahannya di Maktab Mahmud.
Kami berusaha memujuknya meneruskan pelajaran di Maktab Mahmud sehingga tingkatan lima, tetapi Kak Uda kata dia tak boleh lagi meneruskan pelajaran disana dengan pelbagai alasan dan sebab yang diberikan.
Mengambil kira kepentingan, keselesaan dia untuk belajar saya & suami berusaha memohon SMKA(p) Al-Mashoor tetapi kerana keputusan PMR yang tidak menepati syarat kemasukan, Kak Uda ditawarkan ke SMK Dato' Hj Abd Kadir dalam Kelas Aliran Agama.
Walaupun saya harap, jika diterima kemasukan ke SMKA(p) Al-Mashoor saya berhajat boleh menghantar dia mengikuti kelas tambahan pada subjek yang lemah. Tapi oleh kerana Kelas Aliran Agama mewajibkan pelajar tinggal di asrama, lagipun faktor jauh dari rumah maka sekarang Kak Uda menjadi salah seorang penghuni di Asrama SMK Dato' Hj Abd Kadir, Kepala Batas.
Dengan pertukaran sekolah yang lebih selesa dari sekolah lama saya harap Kak Uda dapat lebih menumpukan perhatian dalam ulangkaji pelajaran, tambahan lagi beliau berada dalam kelas sains. Dengan ruang asrama dan sekolah yang jauh lebih selesa dari sekolah lama saya berharap keputusan nekad yang dia ambil adalah satu tindakan yang bijak.
Kepada Ustaz, Ustazah dan Cikgu2 di Maktab Mahmud Bandar Baharu saya mengucapkan berbanyak ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas segala jasa kalian mendidik & menjaga anak saya dengan baik selama mereka berada di sana. Halalkanlah segala ilmu yang telah kalian berikan pada mereka dan ampunkanlah setiap kesalahan yang dilakukan samada yang disedari atau tidak disedari atau tanpa sengaja atau yang disengajakan.
Gambar2 Kenangan Hari Terakhir Kak Uda Di MMBB
Kak Uda bersama sahabat baiknya Awatif & Hidayah
Kak Uda bersama rakan2 sekelas yang lain
merakam kenangan terakhir di bilik asrama
bersama adik tingkatan dua Nurul, yang keberatan membenarkan Kak Uda bertukar sekolah
ini bilik asrama Kak Uda di MMBB
Maktab Mahmud Bandar Baharu tetap dalam kenangan, bukan sahaja pada Kak Uda & Angah tapi juga pada saya & suami. Banyak kenangan sepanjang lima tahun ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.
Silalah Tinggalkan Komentar Anda.
Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan