New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

08 Februari 2009

Rindu Seorang Mama....

Assalamualaikum....


Tiba2 rasa rindu betul pada anak sulung saya. Dah beberapa hari kami tidak berhubung. Tiba2 petang tadi suami saya balik dari program takrawnya, beliau memberitahu anak sulung saya berada di kem PBSM di Kampar.
Patutlah dia tak online, tak update blog dan tak mesej saya. Tentu dia sibuk dengan aktiviti di UPSI. Harap dia dapat menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun.
Walaupun pada hakikatnya anak sulung saya ni lebih rapat dengan babanya sedari kecil tapi bila berjauhan dengan tak berhubung ni rasa rindu betul.

Kerana sayabergelar mama terlalu awal ( jarak saya dengan anak sulung hanya 15 tahun ) jadi saya tak berapa pandai menjaga baby. Berbanding dengan suami saya sebagai anak bongsu, dia kerap membantu kakak2nya mengasuh anak2 saudara. Maka banyak tugas2 mengasuh anak sulung saya terserah dibahu suami.

Pernah sewaktu balik ke kampung suami di Kedah, saya tak turut serta kerana kurang sihat, maka suami saya pulang ke kampung hanya berdua bersama anak kami.

Makan, minum susu, tidurnya lebih kerap bersama babanya. Malah saya merasakan sampai sekarang dia tetap anak baba. Jangan sesekali sesiapapun memperlekehkan baba kesayangan dialah yang akan bermatian membela babanya.
Tapi walau apapun dia masih tetap anak yang selalu saya sayang. Kerana dalam rahim sayalah beliau dan enam adik2nya bernafas selama sembilan bulan sepuluh hari sebelum dilahirkan. Dari kudrat bagai telur dihujung tanduklah saya melahirkan beliau dan enam adik2nya. Saya juga turut sama bercekang mata memujuk beliau dan enam adik2nya sewaktu meragam diwaktu malam kerana sakit perut, demam dan sebagainya.

Walau apapun keadaan mereka, walau dimana status yang mereka akan berada samada sebagai isteri atau suami orang, sebagai ibu pada anak2 mereka nanti, dalam hati saya mereka tetap anak2 kecil saya selama2nya.


Tata, mama rindu kan tata setiap hari....


saya dan tata sewaktu menyertai Jambori Nisa' Negeri Pulau Pinang
di Bendang Man, Sik Kedah


saya dan tata di hari walimah adik saya di Kelantan

p/s : semasa mencari2 gambar2 kami berdua untuk dipost disini baru perasan tak banyak rupanya gambar kami berdua.....

4 ulasan:

ain fathihah fhm berkata...

salam
penattnyaaa
baru balik camping bsmm ni
huhu
sgt letih n agak xbest

balik je, sampai rumah terus online. buka blog n blog mama.

huhu

n terus nanges depan laptop pula
adoiii
sgt rindu rumah
tp xtau la bila nk curik2 masa balik Penang..

huhu

salam sayang peluk cium kt smua..

MaMa MoDeN berkata...

salam
awat xbest plak p kem, best ler. tringat bila buat kem Nisa dulu. Balik masa kenduri umah maak tih nanti ler...

Tanpa Nama berkata...

salam

haa...

'cikgu ain' ni ada byk cerita yg nk dikongsikan dgn mama masa dia balik nt

;)

MaMa MoDeN berkata...

salam to padil: ermmm mungkin juga, jgn depa kacau mama sampai tak tido sampai pagi sudah... tapi apapun mama rindukan saat2 depa berada dirumah...