New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

23 Januari 2009

Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Assalamualaikum....



Beberapa hari lepas suami saya bertanya macamana nak buat pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Suami saya kata seorang kawannya yang lebih kurang sebaya suami saya dah diserang kencing manis.


Saya dengan selamba macam lagak seorang doktor bagitau ler cara2 nak buat pemeriksaan tu. Dengan selamba juga saya kata takkan abang ada kencing manis kot....saya kata lagi kawan abang tukan kurus jer macamana pulak kena kencing manis???


Ermmm saya lupa sakit pening ajal maut tak mengira siapa, tua muda, gemuk kurus atau jantina. ish... saya berdoa janganlah suami atau saya diserang penyakit2 berbahaya. Anak2 kami masih kecil2, masih bersekolah dan mereka masih memerlukan kami. Mungkin jika saya yang "tiada" mereka boleh hidup bersama baba mereka tapi jika baba mereka yang tiada saya tak taulah macamana kehidupan kami. Minta2lah kami panjang umur sehingga semua anak2 kami berjaya dalam kehidupan masing2. Jika di takdirkan kami mengadap ILAHI biarlah kami pergi tanpa sakit yang berpanjangan, biarlah kami tidak menyusahkan anak2 dengan menjaga sakit pening kami.


Bercerita tentang kematian kerana kencing manis ni saya teringat seorang ustaz di Sekolah anak2 saya iaitu Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kedah. Saya dan suami selalu juga berurusan dengan beliau jika ada masalah pelajaran anak2 saya. Beliau seorang yang ramah dan senang diajak bersembang.


Tapi satu hari, kalau tak silap saya pada tahun 2007, anak2 saya memberi khabar bahawa ustaz mereka (Allahyarham Ustaz Yusof bin Yaakob ) diserang kencing manis dan dalam keadaan nazak di Hospital. Kami terkejut juga sebab walaupun berbadan besar Allahyarham nampak sihat jer. Setelah hampir seminggu di ICU Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat derita kencing manis. Simpati juga dengan balu & anak2 Allahyarham yang masih kecil dan masih bersekolah kesemuanya. Mujurlah balu nya bekerja jadi kuranglah sedikit beban yang tertanggung dan terbelalah juga nasib anak2nya.
Kebetulan sewaktu membelek2 album keluarga di komputer ni saya terjumpa gambar Allahyarham.


Allahyarham Ustaz Yusof Yaakob, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Alfatihah.....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,makcik.antara punca kencing manis ni adalah genetik dan gaya hidup.kalau yg disebabkan genetik,kita masih boleh kawal,seperti kurangkan pengambilan gula.bersenam juga amat baik untuk mengelakkan risiko kencing manis.ada satu hasil kajian yg menunjukkan 90% org yg menghidap kencing manis terdiri drpd golongan lebih berat badan.org yang kencing manis terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung,koma,buta dan sakit buah pinggang.dan usia 40an seperti kawan suami makcik tu adalah usia biasa terjadinya tanda2 kencing manis.mencegah lebih baik drpd mengubati.

MaMa MoDeN berkata...

salam to tanpa nama: makcik pun tergolong dalam keluarga obesiti,mak& kakak2 semua "sihat2" belaka, so memang cukup jaga makan minum. air manis2 memang cuba dielakkan. thanks atas info tu...