New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Disember 2008

Sikit2 Lama2 Jadi Bukit



Assalamualaikum...


Berjumpa lagi dicatatan kesekian kali ni...


Alhamdulillah saya baru belajar beberapa perkara lagi dalam penulisan blog ni (tupun jenuh di ajar oleh anak saya Nurul Ain yg kami sekeluarga panggil tata).

susah juga ya tapi saya tak putus asa... tak kenal maka tak cinta orang kata, tapi bila dah belajar maka makin seronok pulak malah makin banyak benda yg kita tak tau...nak belajar nak belajar dan nak belajar lagi. sementara tata ada kat rumah ni baik saya belajar lagi apa2 yang saya tak tau (bila lagi nak menyusahkan dia...saper suruh dia ajar saya buat blog ni) hehehehe.

ermmm esok dia dah balik dengan saper saya nak belajar??? huhuhu biarlah lambat lagi cuti sekolah. seronoknya bila semua anak2 saya ada kat rumah. meriah jer rumah ni.

selain riuh dengan suara adik kecil adnin ni riuh juga dengan suara kakak2 dan abangnya bila semua ada kat rumah. Bersembang....bertelagah pendapat...sesekali bertengkar kecil...

Dah dua hari ada tetamu di rumah... belum masanya saya nyatakan disini saper tetamu tu tapi saya rasa orangnya ok... tunggu dan lihatlah nanti kalau umur blog saya panjang akan saya kenalkan tetamu saya pada 11-13/12 ni...tungggguuuuuu.....

ermmm esok hari yg sibuk. 3 orang anakku Amira(kak uda) Adeebah (kak tih) Atiqah (kak cik) nak ke kem Motivasi anjran JIM di Sek Men Telok Bahang selama dua hari.
Saya pula bercadang nak ke seminar usahawan (ermmm usahawan ker saya ni sekadar meniaga kecil2kecilan) di USM sehari suntuk.. tapi dah free pergi jelah kalau tak jenuh nak bayar RM1500. Mana lah tau dapat sedikit pengalaman&ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ni. dengan ilmu yg dapat bolehlah saya bantu ekonomi keluarga, I'ALLAH.

suami saya pula dah 3 hari sibuk dengan program takrawnya(hehehehe suami saya ni cukup minat dengan sukan takraw sanggup buat apa saja demi takraw) jangan sampai saya pun dia lupa sudahlah... ada pertandingan takraw peringkat kebangsaan orang dewasa di Batu Uban&Sungai Ara. harap dia dan geng2 takrawnya dapat uruskan program tu dgn baik. selamat berjaya buat Cikgu Husni and the geng.





yg di tepi sekali baju hijau ni cg hosni bos suami saya dlm takraw penang

esok juga hari perkahwinan cikgu hayati (rakan sekerja suami saya) di junjung kulim. nampaknya hanya ucapan selamat je lah kami dapat kirimkan.. memang cadang nak ke majlis tu tapi tengoklah saat2 akhir masing2 sibuk dgn urusan masing2. maaflah cikgu tak dapat hadir.

ermmm 19tahun 6bulan yg lalu saya juga dah melalui saat2 mendebarkan ini... bermula dengan malam pernikahan, diikuti dgn malam berinai seterusnya diikuti hari persandingan keesokan harinya.... ohhhhh sungguh mendebar dan memenatkan badan. tapi seronok kita dilayan bak puteri raja...

tambahan lagi perkahwinan saya yang amat luar biasa yang pertama kali berlaku di kampung saya malah mungkin di daerah saya.

yalah perkahwinan pasangan guru dan murid yg jarang berlaku.... dengan umur saya yang masih muda.....ermmmm macam tak percaya je saya dapat melaluinya hampir 20 tahun dah....

ALHAMDULILLAH setakat ini saya dapat membuktikan saya mampu melayari alam rumahtangga walau dengan usia yg masih muda dan ilmu yg tak seberapa. saya juga dapat menangkis segala tohmahan orang sewaktu saya mula2 berkahwin dulu.

saya harap cakap2 yg mengharapkan jodoh saya tak panjang baik di pihak keluarga atau orang luar dapat menerima hakikat...

walaupun tak saya nafikan sepanjang perjalanan yg saya, suami&anak2 lalui bukanlah semudah yg disangka. berbagai duri, ranjau&onak yg kami lalui. jatuh bangun menelentang menadah embun meniarap menelan pasir akan tetap kami lalui dengan semangat, keyakinan berpantang maut sebelum ajal....I'ALLAH.

eheheh dah terlalu panjang pula saya melalut mengenang memori pahit manis memori silam...

apapun disebalik sesekali saya menoleh kebelakang hakikatnya saya harus terus memandang kehadapan.... banyak lagi yang harus saya lalaui bersama suami&anak2.
harapan saya sekarang anak2 saya akan terus mendapat kehidupan yg lebih baik dari kami. berjaya dalam pelajaran, pekerjaaan&kehidupan mereka dimasa depan. jika ada sedikit ruang dihati mereka pada kami nanti bolehlah kami menumpang senang dihari tua. yang penting tanggungjawab kami membesar, mendidik&memberi ilmu kepada mereka sebaik mungkin.... nak bagi harta memang kami tak mampu. mereka kena berusaha mencari sendiri kehidupan mereka yg terbaik.

selamat berjaya anak2ku...mama sentiasa mendoakan kalian semua.
hanya kalian buah hati pengarang jantung mama&baba. kerana kalian kami mampu meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna.

sekian ler dulu....
nanti pasti akan ada coretan lagi.
salam

2 ulasan:

ain fathihah fhm berkata...

hohoho..
memang payah nak ajar mama ni..
jenuh ulang2 perkara yang sama..

pape pn, my mama is da best!!
muahh..

xpe2, pasni cekapkan diri lg ye..

ain fathihah fhm berkata...

lor..lg satu..kawan2 tata mama xyah la letak dalam blog mama..cari la kawan2 blogger sendiri..huhu..ni kawan2 tata, mama xkenal pn..
hahaha