New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Julai 2011

1 Ramadhan, Terawih Malam Pertama....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, akhirnya ramadhan datang juga. Syukur saya dapat menunaikan ibadah solat sunat terawih pada malam pertama ini. Memandangkan ahad shif morning, pukul 5 dah boleh balik.

Pukul 8 malam tadi leganya dapat telefon kakak dan adik untuk ucap selamat berpuasa. Sayu juga hati bila memikirkan aktiviti puasa mereka. Harapnya ada kenderaan nak ambik mereka ke Sungai Petani hujung minggu ni.

Tahun lepas kami berpuasa bertiga di KL. Tahun2 sebelumnya kami sekeluarga bersama2 menjamu sahur & berbuka. Tapi tahun ini saya benar2 sendiri. Semoga Allah tabahkan, kuatkan hati saya sepanjang ramadhan ini.

Saya tahu saya tak patut mengeluh atau mengenang kenangan lalu, tapi hakikatnya saya masih punya hati & perasaan. Saya masih punya ingatan untuk mengingati semu itu, lainlah kalau saya sudah hilang ingatan. Apapun saya hanya mengenang kenangan2 indah saya berpuasa bersama anak2. Mereka permata hati saya dunia akhirat..

Ya Allah, tunaikan permintaanku yang satu dibulan ramadhan ini. Tunaikan hajat ku untuk berpuasa bersama mereka hujung minggu ni. Amin....








Mama rindu & sayang kalian sangat2, jaga diri baik2 yer sayang. Semoga Allah lindungi anak2 mama....


Ahlan Wasahlan Y a Ramadhan... Semoga Ramadhan Kali Ini Lebih Baik Dari Yang Lalu.....

Assalamualaikum.....




Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan

Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Salam ramadhan buat semua saudara mara, sahabat handai dialam maya atau dialam nyata. Ampun maaf dipinta atas segala kekhilafan, saya insan yang amat lemah & serba tidak sempurna..hanya maaf yang saya pohonkan...


29 Julai 2011

Akhirnya....Terima Kasih Rakan2 Sekerjaku...

Assalamualaikum....

Semenjak memulakan alam pekerjaan di Econsave, saya seronok dengan suasana baru alam pekerjaan saya. Memulakan karier sebagai seorang cashier memang amat menyeronokkan. Walaupun penat & letih tetapi demi sebuah kehidupan saya meneruskan bidang baru saya ini. Berbagai suka duka saya lalui bersama majikan & rakan2 sekerja.

Sehinggalah bermula 27 mei lepas atas arahan majikan saya bertukar department ke frozen department. Pada mulanya saya merasa agak penat berada disini, sampai satu tahap saya pernah berhasrat untuk berhenti tetapi bila difikirkan bukan senang nak cari kerja dalam keadaan umur saya sekarang, tambahan lagi saya tak pernah bekerja diluar sebelum ini.

Lagipun saya mulai seronok disini. Punya majikan yang baik, rakan2 sekerja yang memahami, bidang kerja yang amat serasi saya rasakan. Jika saya bertukar kerja lain belum tentu serasi dengan saya.

Masalah yang saya hadapi ialah bekerja dalam keadaan berdiri yang lama. Dengan berat badan yang begini besar dalam keadaan berdiri kaki saya tak mampu menanggung berat badan saya. Memang pinggang, kaki saya sentiasa merasa sakit, namun saya bertahan sahaja. Saya makan ubat urat yang diambil diklinik & sapu minyak panas untuk mengurangkan kesakitan yang saya alami.

Semakin lama saya semakin seronok berada di frozen. Semakin banyak perkara yang saya belajar. Sejak semakin cekap menimbang, saya semakin seronok berada dikaunter timbang. Walaupun bukan giliran shif saya bertugas dikaunter timbang, saya seboleh mungkin membantu rakan2 membuka kaunter timbang jika customer terlalu ramai.

Sehinggalah sejak seminggu ni sakit pinggang yang saya alami semakin menjadi2. Bila berbaring, tidur agak susah saya nak bergerak kekiri & kekanan. Bila nak bangun juga agak susah, kadangkala mengalir airmata saya menahan sakit. Namun saya gagahi juga.

Ketika bekerja juga saya turut alami rasa sakit itu terutama ketika mengangkat barang2 yang berat. Namun saya tak mahu manjakan keadaan itu. Saya anggap itu perkara biasa bila bekerja disini. Rakan2 yang lain boleh buat, mengapa saya tidak!!!

Kemuncak rasa sakit itu bermula sejak semalam. Semalam khamis saya rest. Sejak malam lagi saya sudah rasa semakin sakit, sakit sangat. Seharian saya memang tak kemana2, tapi saya berusaha berjalan2 merenggangkan urat sendi didalam rumah. Namun sehingga kemalam sakit itu masih berpanjangan. Bangun pagi tadi, memang terasa sakit sesungguhnya. Selepas solat subuh, saya gagahkan diri untuk mandi & bersiap ke tempat kerja. Saya nekad bulan ni, sepanjang ramadhan saya nak cuba kerja full. Selain memahami keadaan customer yang ramai, saya nak cari duit raya yang lebih. Kalau anak2 dapat beraya bersama saya nanti, saya nak sajikan hidangan yang istimewa2 sepanjang syawal yang mereka ada bersama saya.

Sebaik bersiap, saya meneruskan perjalanan ketempat kerja dalam keadaan pinggang yang masih sakit. Sekejap datang, sekejap pergi sakitnya. Saya sampai ditempat kerja dalam keadaan tak bermaya rasanya. Pergerakan yang perlahan.

Bermula jam 8 pagi, kami di frozen mula menyusun segala macam barang2 untuk didisplay sebelum customer mula masuk jam 9 pagi. Saya memang tidak lincah seperti selalu membantu Kak Letchumy & Kak Valli menyusun sayur2an. Saya sudah mula terasa sakit, sakit sangat tapi saya masih bertahan. Pada Kak Rozitah, Kak As , Kak Letchmy, Kak Valli saya maklumkan akan kesakitan yang saya alami. Mereka menyarankan saya keklinik ambil ubat. Pada Kak Ani, supervisor saya maklumkan minta surat untuk keklinik nantinya, tujuan saya hanya untuk ambil ubat dari doktor.

Sampai satu tahap saya tak mampu bergerak kemana2 lagi. Saya ambil keputusan untuk merepair daun bawang sebelum didisplay. Saya berada disitu agak lama juga. Hinggalah tiba2 saya terasa mahu tumbang. Saya berpaut pada rak daun bawang sambil memanggil Vasagi yang sedang memilih lada dihadapan saya. Ketika itu saya sudah tidak merasa apa2 lagi dipinggang hingga kekaki saya, sakit sakit yang amat sangat. Saya sudah menjerit kesakitan ketika itu sambil menangis semahu2nya. Semua rakan2 sekerja mengelilingi sambil memaut saya daripada jatuh.

Saya tidak sedar ketika mana saya sudah duduk diatas troli yang menolak barang2 difrozen beralaskan bakul sayur. Terima kasih pada Shasi yang menolak saya hingga keluar bersama supervisor Kak Ana yang memeluk saya. ambil menunggu surat keklinik disiapkan rasanya terlalu lama. Kak Ana & Kak Rozitah menghantar saya keklinik sambil diiringi ramai rakan2 sekerja dikeliling saya. Terasa azabnya nak bergerak masuk kekereta. Semakin sakit bila seluruh badan bergerak, namun semangat dari rakan2 yang meminta saya kuatkan diri, saya gagahi juga.

Sampai diklinik, doktor masih belum sampai. Pekerja klinik membawa saya berehat di bilik menunggu. Agak lama juga hingga saya terlelap menahan sakit. Saya kemudian diperiksa oleh doktor, doktor mengatakan ada kaitan dengan urat ataupun jika berkaitan dengan masalah tulang pinggang saya yang mungkin beralih & lama kelamaan ianya tidak mampu menampung badan saya. Doktor memberi saya suntikan menghilangkan rasa sakit sambil menyarankan saya kehospital untuk membuat rawatan lanjut.

Rasa sakit sedikit kurang tetapi, diganti dengan sakit suntikan pulak. Hampir setengah jam selepas disuntik, doktor memberi saya MC untuk hari ini.

Saya dihantar balik kerumah oleh Kak Ana & Kak Rozitah. Terima kasih buat semua rakan2 sekerja di frozen. Supervisor Kak Ana, Kak Ani, Wan. Juga rakan2 sekerja Kak Rozitah, Kak As, Kak Ju, Kak Letchmy, Kak Valli, Vasagi, Punesh, Prema & juga Shasi yang menolak saya hingga keluar tadi. Terima kasih juga pada rakan2 yang lain yang berada dikeliling saya tadi yang saya tidak perasan kehadiran mereka kerana menahan sakit.

Mujurlah saya gagahkan diri untuk ketempat kerja tadi, kalaulah saya tak pergi kerja tadi, mungkin kejadian tu berlaku dirumah ketika saya sendirian... Semoga Allah pulihkan kesakitan saya dengan lebih baik....






19 Julai 2011

Nasi Ambeng WITH Kari Kambing.....


Assalamualaikum.....

Akhirnya berjaya juga majlis kenduri tahlil & doa selamat yang kami adik beradik rancangkan. Lebih kepada majlis Adik Johan & Adik Nanie yang buat aqiqah untuk anaknya. Kami yang lain menumpang2 saja, apa yang penting seronok dapat berhimpun bersama2 sekali sekala. Adik Faizal yang dah bertahun tak balik pun dapat balik bersama keluarganya.

Saya & Kak Uda sampai pagi khamis selepas bertolak dengan bas cepat ekpress rabu dari Sg Petani jam 10.30 malam. Sampai di Jementah jam 7 pagi. Adik Lia ambik kami berangkut dengan motor dari simpang masuk ke Taman Pelangi , penginapan Mak & Abah serta juga rumah Atam & Acik.

Selepas berhenti rehat sekejap dirumah Atam, Saya & Kak Uda cek in masuk ke rumah Mak & Abah. Selepas berehat lebih kurang saya mengemas2 lebih kurang rumah sementara menanti ketibaan Adik Nanie sekeluarga dari Batu Pahat & Adik Johan sekeluarga yang bertolak sekali dengan Adik Faizal sekeluarga.

Sebelum maghrib Adik Nanie sampai. Bertambah riuh rumah dengan jerit pekik Abby & Hawa. Kami membantu Adik Nanie menyiapkan cenderahati untuk majlis aqiqah anaknya keesokkan harinya.

Sambil2 menunggu ketibaan Adik Johan Saya & Adik Nanie berkunjung ke rumah Ateh & Along. Bila dah berjumpa memang macam2 yang kami bualkan. Ada saja yang mahu diketawakan, ditangiskan bersama...

Lebih kurang 10 malam Adik Johan sampai bersama Adik Faizal. Wah! Bertambah riuh rumah dengan suara2 kami yang bagaikan halilintar & jerit pekik anak2 buah Saya. Ketika ini jauh disudut hati Saya, Saya amat rindukan Adik & Kakak....

Selepas berborak lebih kurang kami berehat malam itu kerana pagi esok seharian hingga kemalam kami akan sibuk berewang untuk majlis tahlil, doa selamat & aqiqah hingga selesai majlis.

Sebaik masing2 selesai solat subuh, kami memulakan tugas masing2. Saya, Abah, Mak & Adik Johan ditugaskan kepasar membeli bahan2 basah & menambah apa2 yang kurang yang masih belum dibeli. Sebahagiaannya telah Mak & Abah siapkan. Sebahagian lagi dibawa Adik Johan & Adik Nanie.

Sebaik balik dari pasar adik beradik yang dirumah sudah pun mula berewang. Along sekeluarga juga dah sampai. Atam, Ateh juga dah bersinsing lengan didapur. Kami rewang adik beradik saja untuk penyediaan 10 dulang nasi ambeng.

Menu hidangan kami nasi putih, ayam tua masak ungkep, ikan masin bulu ayam goreng, sayur campur, serunding, mee goreng & yang paling special kari kambing, daging aqiqah untuk anak Adik Nanie, Abby. Kami juga menyediakan 2 tingkat pulut kuning yang dihiasi telur puyuh. ( ermmm kerja tangan Saya, Kak Long & Adik Nanie, amat cantik bila dah siap ).

Setelah siap kami rewangkan semua bahan, 2 hero Wak Kassim memulakan tugas2 memasak didapur. Semua menu ditumis & dimasak oleh mereka berdua Adik Johan & Adik Faizal dipantau oleh Kakak2 mereka serta boss besar & mem sehingga habis semua menu. Hujan rahmat mengiringi proses memasak, mujurlah ada kain kanvas dijadikan khemah ringkas.

lebih kurang jam 6 petang semua hidangan telah disiapkan. Proses merasa adalah masa yang amat best. Masing2 menyiapkan diri seanggun yang boleh untuk majlis. Tidak terasa pun penat walaupun menyediakan menu yang pelbagai.

Majlis bermula selepas isyak. Selepas maghrib proses menghidang ambeng dimulakan diketuai oleh mem besar. Alhamdulillah 7 dulang besar & 4 dulang kecil dapat kami sediakan.

Tidak lupa saya sertakan kiriman doa pada majlis tahlil ini buat kedua2 Allahyarham & Allahyarham bekas ayah & mak mertua saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Sebaik majlis bermula, kami & yang memang tidak biasa melihat kemeriahan kenduri ambeng tak lepas peluang melihat bagaimana hidangan dibahagi2kan sesama tetamu. Selepas menjamu kuih muih yang dihidangkan sebagai hidangan sampingan, tetamu2 mula membahagi2kan hidangan ambeng sesama mereka. Ambeng yang telah dibungkus di bawa balik bersama bungkusan kari kambing & kuih muih yang disediakan untuk dinikmati bersama keluarga dirumah. Satu adat yang amat unik, tidaklah ketua keluarga atau ayah sahaja yang dapat menikmati hidangan, tetapi satu keluarga boleh makan bersama.

Proses mengemas & membasuh tidak renyah sangat kalau kenduri ambeng diadakan kerana hanya menggunakan dulang. Tidak banyak pinggan mangkuk yang perlu dibasuh tidak seperti kalau kenduri secara hidangan.

Selesai kenduri kami yang singgle minggle sempat lagi ronda2 relise tension kat karaoke. Kalau dah namanya balik kampung, tiada istilah rehat atau tidur. Ada saja agenda yang kami rancangkan, maklumlah bukan senang nak berkumpul ramai2 sekaligus.

Semoga kami dapat selalu berhubung & berjumpa selepas ini. Saya tak mahu lagi menanggung sarat rindukan keluarga seperti puluhan tahun ini kerana banyak yang membataskan saya pulang kekampung sekerap yang boleh. Banyak aktiviti keluarga yang tidak dapat saya sertai lantaran memperuntukkan masa untuk keluarga sendiri, untuk suami & anak2.

gambar2 kenangan kenduri ambeng tahun 2010
gambar tahun ni masih ada pada adik nanie, nanti saya akan masukkan bila dah dapat gambarnya....

















08 Julai 2011

Sekadar Catatan.... Mereka Permata Hatiku!

Assalamualaikum.....

6 Julai 2011
Jam 12 tengahari
Ketika waktu rehat tengok telefon, terima panggilan tidak dijawab dari Atam, selalunya Atam jarang telefon, jadi bila terima panggilan dari dia saya rasa mesti ada sesuatu yang penting. Saya mesej tanya kenapa....

" angah tel atam tanya ma masih di jhr ke?. Tkejut semut atam blk jhr x balik jem... bla bla bla...."

Saya jawab " ajer giler balik johor tak balik jem! kalau tak balik jem takkan nak balik bkt siput plak!!! heheheh"....

Berbalik pada mesej tersebut lebih kurang jam 7 malam Angah sampai di TSI SP. Saya balik kerja 10.40 malam dia sambut saya dimuka pintu. Terkejut juga angin takde, ribut takde dia balik. Saja balik katanya, jumpa Mama, Baba & Adik2. Sabtu ni dia kembali semula ke Unisza. Alhamdulillah saya memang selalu merinduinya, terlalu rindu.Kepulangannya walau seketika merubat rindu kami.

Malam tu banyak perkara yang kami sembangkan hingga kepagi. Dia memang sentiasa memahami saya, menasihati saya, menyabarkan saya dalam pelbagai perkara. Saya memang mudah bersembang, meluahkan perasaan, bertanyakan pendapat kepadanya. Ada betul, ada salahnya saya pada pandangannya, tidaklah selalunya saya saja yang betul hanya kerana nak menjaga hati saya mamanya. Tidak juga saya selalu saja salah tanpa ada baiknya langsung saya dimata dia. Ada positif & negatif, saya bukanlah terlalu ego sampai tak boleh menerima nasihat & pandangan orang lain, lebih2 lagi anak2 saya. Terima kasih sayang.

7 Julai 2011
Jam 7 pagi
Angah bertolak ke Penang lebih awal kerana ada banyak komitmen dia dalam waktu yang singkat ini. Sampai saja di Penang dia mesej kata adik2 semua cuti sekolah. Dalam waktu yang sama Kak Uda juga mesej kata adik2 cuti sekolah kerana Pulau Pinang cuti sebab sambutan hari tapak warisan. Cadangan saya untuk terus kesekolah mereka saya batalkan.

Jam 9.30 pagi
Saya bertolak ke Penang. Dalam perjalanan saya singgah di SMKDHAK Kepala Batas bertemu Kak Cik. Kirimkan sikit wang saku kepada dia. Kebetulan dia ada program di asrama, saya tidak lama di sana. Saya teruskan perjalanan ke Tanjong Tokong.

Jam 11 pagi
Sepanjang perjalanan pandangan saya diseliputi jerebu. Penang dilanda jerebu rupanya. Namun jerebu itu tidak menghalang perjalanan saya dalam suasana yang amat menyeronokkan untuk berjumpa 'buah2 hati' saya. Hati saya tidak diselaputi jerebu tersebut tetapi penuh rasa kebahagiaan sepanjang melewati lebuhraya dari Sg Petani-Penang, menyelusuri gelombang lautan dalam feri hinggalah saya sampai kedestinasi... KIP yang pernah saya huni selama 8 tahun.

Jam 12 tengahari
Ketibaan saya mula2 disambut oleh Adik Adnin yang berlari dari tangga kebawah mendapatkan saya.

" yeay yeay... mama ambik adnin... mama ambik adnin"

Teriak suaranya sambil berlari memeluk saya. Adik saya dukung & saya cium bertalu 2 sambil airmata saya mengalir perlahan. Rindunya pada sikecil ini setelah lebih dua minggu tidak berjumpa. Pipi & bibir saya juga diciumnya bertalu2. Kami berpelukan erat. Sambil saya katakan padanya, kedatangan saya bukan untuk membawanya ke SP tetapi saya akan bawa dia jalan2 sepanjang hari ni sebelum saya balik SP.

Kemudian belumpun pelukan kami terlerai turun pula Kakak & Kak Uda sambil kedua2nya berlari & menerkam saya. Kami bertiga berpelukan erat. Sambil mereka bertiga berebut2 untuk mencium saya. Kemudian Kak Teh pula turun, keadaan yang sama berlaku. Kak Teh menarik saya dari pelukan mereka & dia memeluk & mencium saya bertalu2. Aduh!!! Kami memang saling merindu.

Angah yang sudah sampai sejak awal turun mendapatkan kami. Kemudian Rin juga sudah ada di rumah turun mendapatkan saya. Saya juga rindukan gadis ini. Gadis yang amat saya harapkan untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami suatu hari nanti. Kami berbual2 dibawah, hanya dibawah...ruang parking motor. Disitu lebih selesa untuk saya melepaskan rindu bersama anak2. "kawan baik" pun tidak langsung mempelawa saya untuk masuk kerumah itu. Malah jika dipelawapun saya tidak akan masuk. Itu bukan rumah saya lagi. Saya tidak berhak malah amat tidak sopan masuk ketika surinya tiada dirumah. Saya masih tau adab & tata susila.

Setelah berbual2 seketika, mereka mengajak saya lepak2 di TESCO Tg Pinang, Tanjong Tokong yang baru dibuka. Kebetulan Kak Uda kata Baba mereka mahu membeli barang untuk masak nasi daging katanya. Kami pergi bersama tapi naik motor asing2. Adik & Kakak sudah tentu mahu bersama saya. Kak Uda menunggang sendiri. Baba mereka bersama Kak Teh. Angah & Rin ada hal yang mahu mereka uruskan.

Sampai di TESCO saya bersama Kak Uda, Kakak & Adik ronda2 sekitar TESCO. Besar sungguh TESCO Tg Pinang ni. Macam2 yang ada diruang legar ni selain didalam TESCO itu sendiri. Orang juga punyalah ramai. Ketika melalui ruang frozen saya kagum dengan kebersihan & kekemasan ruang ini.

Sambil2 meninjau2 saya terlihat kelibat Kak Teh & Baba mereka sedang membeli barang2 yang mahu dimasak. DIA memang semakin pandai berdikari. Banyak perkara yang pandai dilakukannya sendiri. Saya tidak mendapatkan mereka semasa Kak Uda pergi mendapatkan Baba mereka. Biarlah bukan urusan saya lagi untuk masuk campur urusan keluarga DIA.

Saya, Kakak & Adik terus meninjau2 ruang lain. Seperti biasa anak2 saya, tumpuan mereka lebih kepada bahagian buku2 & alat2 tulis. Mainan memang amat kurang. Kakak & Adik memilih2 buku2 & alat tulis. Saya membawa mereka membayar barang2 dikaunter.

Sambil menunggu Kak Uda & Kak Teh selesai dengan Baba Mereka, sebab kami bercadang untuk lepak2 dulu disini sebelum merancang ke Taman Belia pula. Ramai kenalan lama di Tg Tokong yang saya jumpa. Seperti biasa sekarang, bila berjumpa dengan kenalan lama, mereka yang lebih emo dari saya. Mereka yang kelihatan lebih sedih & menangis bila bercerita. Saya pula yang menyabarkan mereka. Mungkin airmata saya sudah habis untuk menangisi perkara ini. Mungkin juga rasa sedih & kecewa saya sudah habis untuk turut sama emo seperti mereka. Mungkin juga perasaan saya sudah mati untuk mengingati tragedi yang berlaku seperti kilat ini.

Setelah Kak Uda & Kak Teh selesai urusan bersama Baba mereka kami terus meronda lagi. Kami sempat ketempat permainan & sempat juga berkaraoke. Kerana Kak Uda masuk kerja pukul 3 petang, dia balik dulu. Saya teruskan menemani Kakak & Adik di ruang permainan kanak2. Setelah mereka puas main disitu saya bawa pula mereka ke Taman Belia. Kak Teh & beberapa orang kawan2nya yang mahu turut serta naik bas kesana.

Jam 3.30 petang
Kami tiba di Taman Belia. Seronok betul Kakak & Adik mandi. Saya hanya memerhati & memantau mereka. Tak lama kemudian Kak Teh & kawan2nya sampai. Sayu betul saya melihat Kakak & Adik. Kakak yang sememangnya pandai mengambil hati siapapun tak sudah2 mengucapkan terima kasih pada saya kerana membelikannya alat tulis & membawanya ke Taman Belia. Katanya Kakak suka sangat hari ni... Saya katakan padanya... Mama juga suka sayang!

Jam 5.30 petang
Saya ajak mereka balik kerana saya dah berjanji dengan Kak Uda & Rin nak berjumpa di PapaRich. Mereka nak raikan mother's day & ulangtahun saya bulan mei yang lalu. Saya hantar Kakak & Adik di KIP. Tapi saya akan singgah lagi sebelum balik SP selepas balik dari PapaRich kerana ada barang yang mahu Kak Teh bagi.

Jam 6.30 petang
Saya tiba di PapaRich bersama Angah. Sambil menunggu Kak Teh sampai kami berempat bersembang & riuh jugalah. Nasib baik customer disitu tak ramai. Kami lepak2 di sana hingga jam 8 malam. Saya diraikan dengan sepotong kek coklat badam dari secret resepi yang dibeli Kak Uda & Rin. Terima kasih sayang raikan Mama walaupun dah lewat dari harinya. Terima kasih juga belanja kami makan2 di PapaRich.

Jam 8.30 malam
Saya singgah di KIP mengambil barang. Sempat lagi borak2 dengan Angah, Kak Teh, Kakak & Adik dibawah blok. Angah sempat gantikan mentol lampu belakang motor saya yang tak menyala rupanya.

Jam 9.30 malam
Setelah mengucapkan selamat tinggal pada 'buah2 hati' saya, saya teruskan perjalanan balik SP. Mereka mencium saya bertalu2. Entah bila pula saya akan berjumpa mereka lagi, khususnya Kakak & Adik. Kakak & Adik masih mahu memeluk & mencium saya walaupun setelah saya berada diatas motor & enjin dihidupkan. Saya juga berat sebenarnya nak balik. Terasa waktu berlalu dengan pantas hari ini. Tak puas rasanya bersama mereka. I'Allah sayang, Mama akan cuba luangkan masa bersama kalian lagi nanti.

Jam 10.30 malam
Saya tiba di TSI, Sg Petani dengan selamatnya. Terasa ruang rindu dalam hati saya sudah berkurangan setelah seharian bersama mereka. Tetapi bila masuk saja kerumah rupanya ruang rindu dihati saya semakin menebal rupanya. Sampai bilapun rasa rindu dihati saya pada permata2 hati saya, pada buah2 hati saya takkan lenyap. Orang boleh berkata apa saja tentang saya, orang boleh nilaikan apa saja pada saya lantaran ketegaan saya terpisah jauh dari anak2, tetapi hati saya, perasaan saya, kasih sayang saya, cinta saya, rindu saya pada mereka....hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Semoga Allah pelihara mereka dari sebarang bahaya. Semoga Allah selamatkan mereka dunia & akhirat. Semoga Allah lindungi mereka dalam apa jua yang mereka lakukan. Semoga kejayaan menjadi milik mereka walaupun tanpa saya sepenuhnya disisi mereka seperti sepanjang usia mereka dalam pelukan, dalam jagaan saya selama ini.

Sekarang... setiap kali bersama mereka, setiap kali kami saling bersembang & meluah rasa, saya pasti...saya tahu...saya takkan malah tak pernah kehilangan mereka. Kasih sayang mereka tetap bersama saya. Walaupun kami berjauhan namun kami sentiasa dekat dihati. Kata2 Angah & Kak Uda tadi yang merelakan jika saya mahu kembali kepangkuan keluarga di Johor juga amat mengharukan saya. Bila saya katakan tak sanggup terlalu lama berjauhan dengan mereka khususnya Kakak & Adik, takut mereka semua tak sayang saya lagi nanti & menyangka saya tak sayang mereka kerana pergi terlalu jauh... mereka kata tidak sama sekali mereka akan mengandaikan saya begitu. Mereka akan selalu melawat saya nanti bila mereka habis belajar & sudah bekerja. Mereka akan bawa adik2 jumpa saya.... Mereka hanya mahu saya bahagia & gembira. Mereka tak mahu saya menangis & berendam airmata lagi.

Terima kasih permata2 hati Mama. Kalaupun Mama kembali ke kampung halaman Mama, bukanlah dalam masa yang terdekat ini. Banyak lagi perkara yang Mama mahu lakukan, pastikan sebelum Mama buat keputusan nekad itu. Mama tahu disini memang sudah tiada siapa2 untuk Mama. Sakit pening suka duka Mama sendirian, tetapi Mama masih ada kalian untuk bersama walaupun sekali sekala. Itu sudah cukup buat Mama. Doakan Mama sihat selalu, tiada kejadian tidak diingini berlaku pada Mama ketika sendirian....


8 julai 2011
jam 3 pagi



21 Jun 2011

Serba Salah....

Asalamualaikum....

Perbualan ringkas pada pertemuan yang amat singkat bersama Mak & Abah selepas 72 hari saya memegang status janda.

Abah kata..... " Sampai hati, masa nak ambik dulu, ambik cara elok dari tangan abah... tapi bila dah taknak, lempor je macam dah tak ada mak abah & keluarga, tak datang hantor pulang semula kat tangan abah......Baliklah dok sini dengan abah & mak ko, kat sana tu jauh2 dok sorang2, sakit pening nanti saper nak tengok!!! ko tu dah berada dibawah tanggungjawab abah semula tau tak?"

Saya kata " tak apalah bah, orang wakilkan dia pulangkan diri sendiri kat abah. Bukan dia tak nak orang, orang yang tak nak dia lagi, biarlah kita doakan dia dapat apa yang dia nak & bahagia dengan jalan yang dia pilih...."

Mak kata " kenapalah boleh jadi macam ni!! Tak pikir susah payah nak kawen dulu, turun naik pejabat agama minta kelulusan nak kawen sebab bawah umur, seminggu lagi nak kenduri, kad jemputan dah edar, belanja kenduri dah penuh rumah, mak andam dah tempah, tapi pejabat agama masih tak luluskan. Menapak abah ko g pejabat agama merayu supaya diberi kelulusan baru dapat. Ni anak dah berderet, tak lama lagi nak dapat menantu, cucu jadi camni plak!! Dah, dah jangan pikir2 lagi, meh balik dok sini dengan abah, dengan mak. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk ko. Nanti kalau mak ngan abah dah takde ko doklah umah ni!!!

Saya kata ...." nak buat camna mak, dah takdir. Orang dah tak kuat nak bertahan lagi. Orang dah penat, biarlah dia bahagia dengan hidup baru dia...."

Disebalik semua perbualan itu, jauh disudut hati saya berkata....

Sanggupkah saya tinggalkan bumi SP ni demi semua kata2 perbualan itu. Sanggupkah saya tinggalkan bumi SP yang akan membuatkan saya semakin jauh dari 7 permata2 hati saya. Berhijrah bermakna saya akan berjauhan dalam tempoh yang lama baru dapat bersua dengan mereka....Dalam keadaan sekarang bersama mereka sekurang2nya dua minggu sekalipun rasa rindu sudah membuak2. Lebih2 lagi pada dua sikecil itu.

Bila difikirkan mungkin ni masanya saya dapat melapangkan diri menjaga mak abah yang sudah tua, yang saya tak pernah pun punya kesempatan menjaga mereka lantaran saya berkahwin terlalu awal meninggalkan mereka & memikul tanggungjawab baru mungkin saya akan berkata inilah masanya! Saya boleh membasuh berak kencing mak & ayah mertua semasa hayat mereka, tetapi orang tua sendiri saya tak berkesempatan menjaga mereka walaupun sekadar sakit pening demam.

Bila difikirkan mungkin hidup baru saya berada di sana, ditanah tumpah negeri kelahiran saya, mungkin bahagia saya ada disana memang saya akan ambil jalan mudah...

Tetapi bila mengenangkan permata2 hati saya, saya benar2 berada dalam keadaan serba salah. Sememangnya suatu ketika dulu, saat2 saya sesungguhnya merasakan saya benar2 telah keseorangan, memang pernah terlintas difikiran untuk kembali kepangkuan keluarga. Ketika itu saya berfikiran singkat, apalah lagi yang perlu saya tunggu disini. Saya sudah hilang segala2nya. Hinggalah akhirnya saya yakin pasti, walaupun berjauhan dari permata2 hati saya hakikatnya saya berada dekat dihati mereka, saya masih belum & takkan pernah kehilangan mereka. Sekarang sekurang2nya sudah pasti setiap dua minggu sekali seorang dari mereka sudah tentu bersama saya setiap kali pulang bercuti dari asrama. Bersama dia, saya mengandaikan saya bersama semua permata hati saya.

Kalaulah saya benar2 merasakan, melihat permata2 hati saya bahagia seiring dengan bahagia 'mereka' tentunya saya tak berada dalam keadaan serba salah untuk BERHIJRAH......


25 Mei 2011

Tugas Baru, Keluarga Baru... Masih Keluarga Besar Econsave!

Assalamualaikum.....

Memulakan tugas sepenuh masa di frozen bermula hari ini sememangnya sesuatu yang berlainan. Jika selama ini di undang ke frozen bila tiada kaunter di cashier department, saya hadir sebagai pembantu staf2 tetap disini, tetapi bermula hari ini wah! banyak perkara yang perlu saya belajar. Belajar dengan sesungguh hati.

Seawal pagi lagi, sebaik kaki melangkah kesini saya berazam dengan semangat baru. Walaupun sepanjang hari semalam rasa sedih amat menyelubungi diri saya apabila saja terpandang, melalui ruang cashier atau melihat rakan2 sekerja disana tetapi hari ni saya nekad untuk mula menyayangi keluarga baru saya di frozen.

Melangkah saja kaki disini, saya terus minta diberi tunjuk ajar oleh staf2 senior frozen & juga supervisor disini. Saya minta mereka beri tunjuk ajar atau suruh sahaja apa2 kerja yang sepatutnya saya buat disini, yang sepatutnya saya belajar disini. sememangnya saya tak pandai mencari kerja apa yang harus saya buat. Tetapi bila diminta buat atau diarah buat saya akan buat sehabis baik.

Akhirnya sepanjang hari saya asyik diusik oleh senior2 veteran & juga yang staf2 yg lain. Mereka kata sepanjang hari mereka tengok tiada satu masa pun yang saya duduk saja tanpa melakukan sebarang kerja. Waktu saya berhenti bekerja hanya ketika waktu rehat. Ahahlah, bila mereka cakap camtu baru saya perasan, tiada langsung masa senggang saya disini. Tidak seperti ketika di cashier, lebih2 lagi sekarang waktu customer kurang, terlalu banyak masa senggang saya disana. Berbanding hari ini di frozen, sejak jam 9 pagi hingga balik jam 10.30 tadi baru saya perasan, saya hanya bekerja, bekerja, bekerja.... terlalu banyak kerja yang ada yang perlu dibuat disini.

Mengikat, membungkus, membalut segala macam jenis sayur yang mulai sekarang harus saya kenali namanya, jenisnya, dari mana datangnya, no SKU nya untuk saya belajar menimbang nanti. Mengopak kelopak kobis, menyusun atur segala jenis barang2 untuk di display pada customer, memastikan kualiti setiap jenis yang di pilih customer harus yang terbaik sahaja, yang kurang elok harus di markdown kan.

Wah! tanpa saya sedari juga masa terlalu pantas berlalu disini. Sekejap2 sudah rehat tengahari, sekejap2 rakan2 sudah mengajak rehat petang. Sedar2 rakan2 sudah mengajak saya menyimpan apa yang patut disimpan kerana sudah jam 10 malam. Saya seperti lipas kudung disini, menyapai apa saja yang boleh untuk saya lakukan. Sememangnya terlalu banyak kerja yang harus dilakukan disini.

Seronoknya disini, saya tidak lagi menjadi yang paling veteren seperti berada di cashier. Disana semua rakan2 memanggil Kak Jun, Kak Jun, Kak Jun... Terasa diri sedikit tua. Tetapi disini saya dipanggil Jun oleh kakak2 senior. Abang2 & kakak2 yang masih belum cekap memanggil nama saya, walau sudah selalu berjumpa sebelum ini memanggil saya adik. Hanya seorang dua saja yang memanggil saya Kakak.

Alhamdulillah, saya sudah dapat menyesuaikan diri disini walau baru satu hari. Saya sudah mulai menyayangi keluarga baru saya. Pengalaman hidup mengajar saya erti berkasih sayang. Jangan terlalu menyayangi sesuatu keterlaluan, berpada2lah kerana kadangkala semua itu akan hilang sekelip mata.

Rupanya bermula semalam, pihak pengurusan telah melakukan rombakan besar2an pertukaran semua department. Ada yang menerima dengan berlapang dada, ada yang memberontak ada juga yang 50/50 mungkin seperti saya. Ada yang protes mahu berhenti, tetapi saya tak terpikir sehingga kesitu. Saya mahu berfikir positif atas alasan yang pihak pengurusan berikan pada saya semalam. Saya bukan muda lagi, sememangnya rezeki Allah ada dimana2, tetapi saya sudah serasi disini. Bukan mudah saya nak cari kerja lain macam orang2 muda. Kalau adapun kerja lain, tak mungkin saya akan rasa serasi seperti disini.

Buat permulaan hari ni, saya tidak merasa perlunya saya berhenti kerja hanya kerana penukaran posisi kerja. Rakan2 yang lain terpulanglah apa pilihan yang mahu mereka buat, hak masing2. Saya selesa disini, walaupun balik saja kerumah tadi, selesai mandi & solat baru saya merasakan kejang kaki, sakit sendi & sakit pinggang. Mungkin kerana terlalu lama berdiri seharian. Mujurlah ada elite rias sutera balkis untuk saya sapukan bagi melegakan semua rasa. Mujurlah juga esok cuti, saya boleh berehat sesungguhnya.


Selamat Tinggal Dunia Cashier, Selamat Datang Dunia Frozen...
Patah Tumbuh Hilang Berganti....


24 Mei 2011

Buruk < > Baik... Tahniah < > Takziah... Gembira < > Sedih?.....

Assalamualaikum...

Benarlah kadangkala apa yang kita hajatkan samada baik atau buruk selalunya Allah makbulkan tunai. Tiada kredit2. Tetapi setelah hajat, harapan kita tertunai kenalah bersyukur. Walaupun kadangkala yang tertunai itu tidak sepenuhnya kita dapat. Mungkin separuh2 sahaja. Itulah resam dunia yang harus kita terima. Tak semua apa yang kita nak akan tertunai sepenuhnya. Yang pasti harus percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya... ya.. hikmah!

Semalam saya bermonolog ketika melihat shif morning saya hari ni ditanda M-F ( morning to full ). Saya amat berharap dapat balik awal hari ni. Kalau balik morning saya akan punch 6.45 camtu. Entah kenapa rasa malas nak buat OT, lagipun memang dah lama saya tak balik awal petang. Selalunya shif morning akan menjadi full.

Ketika jam lebih kurang pukul 11 saya dipanggil masuk ofis. Sesiapapun bila dipanggil masuk ofis pasti akan rasa semacam, saya sendiri rasa berdebar2. Sambil berjalan hati dok berfikir2 apa kesalahan & kesilapan yang saya lakukan semalam.

Masuk saja ofis, supervisor memandang saya dalam pandangan yang lain. Lama beliau terdiam yang membuatkan saya semakin berdebar2. Sehelai kertas dikeluarkan & dihulurkan pada saya meminta saya baca & ditandatangani. Tiba2 airmata saya bergenang, hanya bergenang dikelopak mata... Mungkin menunggu masa untuk ianya mengalir.

Saya diarahkan ditukar dari cashier department ke frozen department berkuatkuasa hari ini atas alasan peluang peningkatan jawatan. Memandangkan saya tiada kelayakan kelulusan untuk peningkatan jawatan melalui cashier department, maka saya perlu bertukar department. Jika terus di cashier saya tiada peluang kearah itu kerana kursus2 yang akan ditawarkan melalui cashier perlukan kelayakan kelulusan yang selayaknya.

Hakikatnya saya tak mau jawatan, saya sayang & seronok berada di cashier. Saya tertanya2 mengapa tiba2!! Adakah saya melakukan kesalahan, kesilapan?.. Kerja2 saya di cashier tak bagus kah selama lebih 7 bulan ni. Saya merayu tidak ditukarkan, saya mahu kekal disini. Saya sayangkan department ini. Tapi saya hanya orang bawahan, arahan tetap arahan. Walaupun kata mereka demi kebaikan kerja saya tapi sehingga tengahari saya masih belum mampu menerima kenyataan ini, airmata saya terus mengalir.

Saya terus diminta ke frozen, belajar dengan lebih dari sepatutnya. Kalau sebelum ini saya sekadar membantu disini tetapi mulai sekarang saya harus belajar lebih dari yang sepatutnya. Inilah dunia tetap saya mulai saat itu. Tetapi hati, perasaan saya masih terasa sebak. Mujurlah saya memang sudah mesra dengan keluarga frozen kerana selalu juga dihantar kesini jika tiada kaunter. Mereka semua menyabarkan saya, memberi harapan, mengalu2kan kehadiran saya menjadi keluarga mereka. Rasa bersalah pulak bila mereka melihat saya menangis & mereka berkata frozen bukan teruk sangat. Lagi happy kat sini, tiada tekanan nak pikir duit ringgit semua. Lagipun penukaran saya ada kebaikannya demi peningkatan jawatan. Macam2 cara & kata2 mereka baik yg tua atau muda memujuk saya yang semakin teresak2 menangis apabila semakin galak dipujuk.

Hinggalah akhirnya department head frozen Mr Andy namanya datang kepada saya. Dia juga mengalu2kan kehadiran saya. Katanya jangan risau I"Allah dia akan jaga saya katanya. Katanya jangan risau, jangan nangis, jangan susah2 hati, ada hikmahnya, kena ingat Allah ada. Mr Andy ni saya rasa seorang penganut hindu yang kuat. Didahinya sentiasa ada cat putih & merah tu. Tapi sejak saya berkerja disini kata2 I'Allah, MasyaAllah, AstaghfirAllah, Allah sentiasa saya dengar dari mulutnya.

Setelah Mr Andy menyabarkan saya YaAllah barulah airmata saya tak mengalir lagi. Malulah saya jika seorang majikan hindu memberi nasihat seperti itu saya masih tak mahu terima. Akhirnya selepas waktu rehat tengahari, saya sudah boleh terima hakikat penghijrahan ini. Malah saya pulak diusik oleh rakan2 sekerja baru, mereka kata amboi!!! Boss pujuk baru nak diam. hehehehe.

Sememangnya saya begitu, hati & perasaan saya bila sudah sayang dengan sesuatu akan sayang sesungguh hati. Selama 7 bulan lebih ni saya amat sayangkan cashier department, bila mahu beralih sayang ni memang amat berat buat saya. Saya akan cari jalan untuk hilangkan sayang saya pada department lama & sayangkan department baru saya mulai esok.

Oleh kerana sudah bertukar department, saya minta izin supervisor disini untuk balik morning hari ni. Permintaan saya mereka tunaikan. Saya janji dengan mereka akan buat OT mulai bulan baru nanti. Sesungguhnya frozen department memang banyak kerja menanti, buat OT amat dialu2kan. Saya nak berehat dulu hari ni, mulai 26hb akaun bulan baru akan dimulakan. Esok saya akan mulakan hari baru saya di department baru setelah harapan saya nak balik rumah sebelum matahari terbenam tertunai hari ini....




22 Mei 2011

Mak Yah... Merinding Bulu Romaku!!!

Assalamualaikum....

Hari ini bertugas di counter free gift. Sesiapa pun yang bertugas disini masalah utama yang pasti akan dihadapi adalah mengantuk. Kadangkala dilanda tsunami keboringan menunggu pelanggan menuntut hadiah atau pelanggan menyimpan topi kaledar & barang2 yang tak boleh dibawa masuk ke econsave. ( kalaulah boleh on9 kat sini...hehehe)

Bermacam2 kerenah pelanggan yang akan dihadapi disini, tiada bezanya ketika bertugas dikaunter bayaran. Cuma keadaan disini agak memberi kita banyak ruang berehat. Tak kelam kabut sangat seperti dikaunter bayaran.

Selepas jam 9 malam, mata akan asyik mengerling jam ditangan. Mengira detik demi detik berlalu menanti waktu balik. Semakin hampir nak balik semakin rasa tak sabar, semua rasa seharian mula terasa. Penat, letih & sebagainya mula terasa. Bukan saja saya tetapi yang pasti seluruh staff turut merasainya.

Tiba2 pintu masuk econsave yang betul2 berhadapan dengan tempat saya bertugas dikejutkan dengan suara riuh seorang makcik yang beria2 menolak pintu pusing hanya untuk masuk saja untuk cuba keluar. Memang tak boleh keluar melalui pintu masuk kerana pintu itu hanya dicipta untuk masuk sahaja. Bila diminta keluar ikut pintu keluar berhampiran kaunter cashier makcik tu beria2 memberitahu beg duitnya hilang & mahu keluar mencari suaminya untuk membayar harga barang2 yang telah discan di kaunter cashier.

Makcik tu terus menghilang setelah pergi melalui pintu keluar. Kemudian datang semula kearah saya bersama suaminya & memberitahu sedikit kejadian yang berlaku padanya. Katanya ketika dia mahu membayar tiba2 beg yang dipegangnya telah terbuka, bila dilihat dompet berisi duit & beg IC telah hilang. Dia merasakan ada orang buka begnya sewaktu dia beratur menimbang barang. Makcik & suaminya masuk semula kedalam untuk membayar harga barang2 yang telah dibeli.

Tiba2 saya didatangi seorang supervisor canfood & salah seorang deparment head bertanya kes tersebut. Saya melaporkan kepada mereka seperti apa yang makcik tersebut beritahu. Sekejapan mereka menghilang kemudian salah seorang dari mereka datang sambil membawa sekeping beg kecil berisi IC & beberapa keping kertas yang berselerak sambil memberitahu dah jumpa. Beg kecil tersebut dijumpai dilorong biskut diletakkan dicelah2 barang. Pengumuman dibuat meminta Puan Kamariah datang kekaunter free gift.

Tidak lama kemudian makcik & suaminya datang dengan harapan barang2 mereka telah dijumpai. Tetapi memang menghampakan kerana beg yang berisi duit tiada, yang ada hanya beg IC sahaja. Kami semua terkedu bila makcik memberitahu jumlah wang yang ada berjumlah RM3000. Semuanya hasil makcik berniaga nasi lemak & juadah makan tengahari di Pekan Kecil Kuala Ketil.

Rekod maklumat lebih terperinci diambil dari makcik. Dari mula dia masuk ke econsave, tempat2 yang dia pergi hinggalah kekaunter bayaran. Kemudian mereka bergegas ke pejabat melihat CCTV. Hampir sejam juga orang2 penting tersebut melihat CCTV.

Apa yang makcik buat selama sejam tu bersama saya?.. Hahahahahha sudah tentulah saya tukang jadi pelayan makcik bercakap. Macam2 juga yang makcik ceritakan, yang peliknya riak muka dia nampak begitu tenang, tak seperti orang sedang kehilangan jumlah wang yang banyak. KAlau saya mau saya meraung disitu.

Makcik, yang setelah begitu mesra beliau meminta saya memanggilnya Mak Yah. Mak Yah kata tak pernah terjadi dia kehilangan wang tunai yang banyak semasa membeli belah disini. Memang Mak Yah regular customer, selalu juga saya melihat dia. Mak Yah kata pernah dia bawa duit sampai RM10,000. Adoi!!! Saya kata, kenapa Mak Yah bawa duit banyak2, kenapa tak simpan di bank. Nak guna baru ambik.

Mak Yah kata dia tak percaya dah kat bank. Bank dot dot dot yang dia simpan duit selama ni telah mencuri RM10,000 duit simpanannya. Kerani yang buat kad yang punya angkara telah mengklon kadnya & mengambil duitnya sedikit demi sedikit. Mak Yah siap cakap, memang tak selamat orang tu, sampai sekarang lumpuh sebab Mak Yah.

Saya Terkejut. Melihat saya yang memang agak terkejut Mak Yah kata, dia pergi jumpa seorang yang pandai melihat siapa yang curi duitnya. Bila pihak tu kata orang bank yang buat kad, Mak Yah terus bertanya dengan orang bank, tetapi kerani tu tak mengaku sampai 3 kali Mak Yah tanya. Akhirnya Mak Yah kata kalau tak mau mengaku baik, seminggu dari sekarang hang akan lumpuh seumur hidup. Akhirnya benar sampai sekarang makhluk Allah tu lumpuh kata Mak Yah.

Mak Yah kata kali ni pun kalau dia nak dia akan buat orang yg curi duitnya lumpuh, niaya titik peluh orang. Sambil tu sempat Mak Yah kata kat saya, "hang ni pun p berubat. Jangan dok biaq diri tu, sampai bila nak biaq!! Mai ikut Mak Yah p berubat...." Saya yang masih terpaku dengan kata2 Mak Yah pada saya, serta merta meremang bulu roma & segala bulu lagi. Tegak merinding & seram semacam. Mak Yah siap tulis alamat rumah, kedai & no telifonnya pada saya. Hakikatnya ini bukan kali pertama orang yang tidak pun saya kenal, berkata macamtu pada saya. Saya bukan tak mau percaya, tetapi takut nak percaya.

Setelah hampir sejam, mereka yang melihat CCTV keluar. Memberitahu Mak Yah ciri2 suspek. Memang tak terduga, seorang perempuan berbadan agak besar memakai jubah & bertudung labuh adalah suspek yang disyaki. Walaupun mukanya tidak berapa jelas, tetapi melalui CCTV kelihatan dia sentiasa berdekatan dengan Mak Yah sehinggalah tempat terakhir beg berisi IC kelihatan suspek buang di tempat ianya ditemui. Mak Yah juga memberitahu, dia perasan perempuan tersebut menyinggungnya tetapi Mak Yah memang tak perasan ketika itu atau bila begnya diambil.

Ketika diminta membuat repot Mak Yah dengan selamba berkata dia tak mau buang masa. Buat repot selori pun belum tentu duitnya dapat semula. Mak Yah kata taulah nanti dia nak ajar perempuan tu. Sambil menghulurkan tangan bersalam dengan saya Mak Yah sekali lagi berpesan jangan lupa hubungi Mak Yah...

Oh! Mak Yah, Mak Yah memang merindingkan bulu roma saya hingga sekarang....




11 Mei 2011

Sambutan Awal Ulangtahun Kelahiran....Terima Kasih Econsave

Assalamualaikum.....

Sudah 2,3 hari nama2 staff yang ulangtahun kelahirannya pada bulan Mei dipaparkan pada papan nota berhampiran hand punch. Tujuannya supaya yang akan dirai akan bersedia membuat persediaan. Sudah 2,3 hari juga saya menerima ucapan selamat lebih awal dari tarikh sebenar kelahiran saya 13 Mei, Jumaat ini.

Bagi orang lain mungkin perkara biasa, tapi bagi saya yang pertama kali diraikan begini, oleh majikan & rakan2 sekerja rasa teruja. Masing2 sibuk bertanya menu apa akan dihidangkan pada jamuan kecil itu. Sejak bulan 10 saya memulakan kerjaya di Econsave BPJ ni selalunya ramai staff yang diraikan, tetapi pagi tadi 11 Mei 2011 hanya 8 orang yang dirai yang lahir pada bulan Mei. Seramai2 staff disini hanya kami yang lahir pada bulan Mei.

Sejak 2,3 hari ni juga saya ditanya menu apa nak bawa. Kalau ikut hati memang malas nak masak. Tapi bila kawan2 khususnya 'orang atas' beria2 sebut lontong & soto, makanan tradisi saya yang dari Johor, siap hulur lagi bajet saya rajinkan juga diri untuk menyediakan menu Soto Bajet... Oleh kerana sudah 2 kali saya menjamu mereka di econsave dengan lontong, maka kali ni saya buat soto pulak, lebih mudah & jimat.

Sejak balik kerja malam semalam saya rebus ketupat segera & goreng ayam siap2. Bangun subuh pagi tadi baru saya sediakan kuah sup nya pula & hidangan sampingan yang lain. Sejak semalam dok pikir2, camna nak bawa ke tempat kerja nanti. Pucuk dicita ulam mendatang Angah pelawa diri nak hantar. Lega...selesai masalah.

Sampai tempat kerja, dah siap sedia adik2 menunggu tolong angkatkan barang2 saya.

Seperti biasa setiap rabu kami ada taklimat, oleh kerana pagi ni ada birthday parti taklimat diringkaskan. Kami semua yang dirai diberi hadiah penghargaan kemudian diberi masa untuk menikmati hidangan.

Sebelum tu, kami yang dirai memotong kek sambil rakan2 menyanyikan lagu harijadi.. hehehehe rasa best jer, macam budak2 pulak..

Sambil2 tu, hati kecil saya terdetik juga saat2 indah sejak beberapa tahun yang lepas. Oleh kerana ulangtahun kelahiran saya berdekatan dengan Hari Mama, kami sekeluarga akan meraikan serentak. Permata2 hati saya sejak sudah besar2 ni, akan merancang bersama Baba mereka untuk meraikan saya. Sekadar majlis kecil, makan2 sekeluarga. Tahun ini mungkin tiada lagi acara sebegitu, itu saya harus terima. Keadaan sudah tak sama. Namun menerima ucapan Selamat Hari Mama atau Selamat Ulangtahun dari permata2 hati saya pada tahun permulaan hidup baru ini sudah memberi makna buat saya. Saya harus sentiasa belajar menerima hakikat perubahan drastik dalam hidup.. I'Allah

Walau orang2 tua mengatakan tak baik hari ulangtahun kelahiran diraikan lebih awal dari tarikh sebenar, saya cukup teruja meraikan Ulangtahun Kelahiran saya bersama Econsave pada hari ini...11 Mei 2011.

Terima Kasih, Econsave....



20 April 2011

"Kebahagiaan Dalam Perpisahan".....

Assalamualaikum....


Sudah agak lama tidak mencatat sesuatu didalam blog MaMa MoDeN ni... memang tiada siapapun yang peduli. Ada catatan baru atau tidak, pasti tiada siapa yang peduli pada blog kerdil ini.


Kesibukan kerja sememangnya amat menyempitkan ruang saya untuk menulis di laman blog ini. Waktu kerja bermula 9 pagi hingga 11 malam setiap hari sememangnya memadatkan masa senggang saya. Masa yang terluang saya gunakan untuk berehat. Menulis perlukan masa yang lapang, jiwa yang segar...


Bidang kerjaya baru saya memang amat saya hargai. Saya suka dengan kerja saya. Pengalaman baru, suasana baru, rakan2 baru dari pelbagai bangsa & agama, yang muda sebaya anak2 saya yg berumur lebih dari saya sebaya kakak2 saya..... semuanya baru dalam mengiringi hidup baru saya.


Hari ni, saya dipeluk erat oleh seorang rakan sekerja india berbangsa india. Asalnya sejak seminggu ni mereka melihat gambar saya dulu2, gambar semasa muda belia & cantik jelita... hehehhe....


Bermula dari itu, bermulalah rentetan hidup sepanjang usia saya ni. Pengalaman 6 bulan bekerja di econsave, saya dapat merasakan pertalian erat sesama kami khususnya sesama cashier tanpa mengira kaum. Ada gadis india seusia 18 tahun selamba memanggil saya Mak, bila ada yang kelihatan hairan dia dengan selamba akan berkata " ni mak saya, mak kedua saya, saya sayang mak saya ni macam saya sayang mak saya dirumah ". Setiap pagi gadis india ini akan mendakap saya dengan erat. Seorang pemuda cina akan sentiasa menyapa saya bertanya khabar. Sentiasa menasihati saya jaga diri & kesihatan baik2, rehat mesti cukup jangan kerja terlalu teruk. Begitu juga dengan rakan2 yang lain yang berpangkat adik & anak pada saya sentiasa mengambil berat akan keadaan saya. Sentiasa cuba ambil tahu mood saya bagaimana setiap hari....


Akhirnya hari ini kaunter saya berjiran dengan seorang lagi gadis india yang mendakap saya setelah kami berbual2 kosong semasa menunggu customer. Kebetulan sekarang tidak ramai customer, kami apa lagi asyik bersembang untuk menghilangkan boring & mengantuk. Dari satu bab ke satu bab kami bercerita, sesekali dia menitikkan airmata. Malah mengatakan kisah saya macam cerita hindustan yang amat digemarinya. Walaupun kisah kami banyak terhenti apabila ada customer yg datang tapi bila saja free dia akan cepat2 meminta saya menyambung cerita. Pengalaman hidup sebagai orang lama saya kisahkan sebagai pengajaran padanya. Akhirnya dia datang mendakap saya sambil berkata " jangan risau kak jun, kak jun ada kami semua sebagai kawan & adik2, jangan kira kita bangsa apa, agama apa... kami semua ada selalu untuk kak jun, sedia jadi teman bila kak jun perlukan "....


Dalam melalui hidup yang amat panjang ini, puluhan tahun saya merasa bahagia dengan apa yang saya ada. Saya ada suami & anak2 yang paling baik. Saya ada kehidupan yang sempurna walaupun tak sekaya & semewah orang lain. Saya bahagia dengan anugerah Ilahi itu, sehingga semua bahagia itu ditarik balik nikmatnya dari saya, walau saya pernah menangisi, menderita yang amat sangat dengan kehilangan itu. Pernah saya merasakan apa salah silap saya, apa dosa besar yang saya lakukan hingga Allah menghukum saya dengan dugaan, kehilangan yang amat berat saya rasakan.


Tetapi semua persoalan itu suatu ketika dulu, ketika saya sedang rebah menyembam rapat kebumi. Ketika saya tiada upaya untuk bangun dari kejatuhan dari tempat yang terlalu tinggi itu.


Tetapi kini, setelah saya bermuhasabah sedikit demi sedikit sesungguhnya saya tahu, kita manusia biasa yang memang tidak terlepas dari kesilapan & kesalahan. Kita manusia biasa yang amat lemah, siapalah kita hendak mempersoalkan apa yang Allah tetapkan untuk kita.


Hakikat dari semua rentetan, saya keluar dari segala kemelut yang amat menyesakkan jiwa raga saya. Jika saya akhirnya disalahkan kerana memberi ruang & peluang pada penyatuan sebuah cinta yang mereka sendiri mulakan, saya telahpun menamatkan semua itu. Saya tidak mahu lagi berada diantara mereka.


Adakah saya bahagia sekarang dengan perpisahan itu?... Kalau kerana itu saya memang bahagia, lebih bahagia berbanding berada dalam jurang 10 bulan ini. Saya lebih tenang, lebih selesa melalui hidup baru saya. Walaupun mungkin tidak sebahagia 21 tahun ini, tidak bahagianya itu kerana saya melalui hidup baru ini tanpa 7 permata2 hati saya, hanya kerana itu. Rasa rindu, kenangan2 bersama mereka selalu terbayang2 dimata saya. Bertambah sayu & rindu bila teringatkan luahan2 mereka pada saya dengan hidup baru mereka. Sesungguhnya mereka permata2 hati saya yang paling kuat diseluruh alam ini....


Percayalah hanya kita berhak membahagiakan diri kita. Jangan terlalu menyiksa diri hanya kerana sebuah kehilangan, saya percaya & pasti percaya ketika kita kehilangan seseorang yang amat kita sayang, yang pernah kita sayang sesungguh hati, yang pernah kita merasakan tanpanya kita tak mampu meneruskan kehidupan percayalah ketika kehilangan itu kian menjauh dari hidup kita, tanpa kita sedar semakin ramai insan2 yang dulunya kita lupakan hanya kerana insan yang kita sayang itu akan mendekati jiwa & diri kita semula.


Mak abah, adik beradik, sanak saudara, rakan taulan dekat & jauh akan mengelilingi kita semula. Saya merasa bertuah kerana termaktubnya kehilangan mutlak itu yang pasti saya yakin saya tidak kehilangan kasih anak2. Mereka tetap sayang & perlukan saya, walau tidak sentiasa bersama mereka sekurang2nya saya sentiasa dekat dihati mereka. Saya berdoa & berharap tiada lagi salah faham yang hampir2 menggugat kasih sayang kami anak beranak. Ikatan suami isteri akan patah tumbuh hilang berganti tetapi bagi saya anak2 itulah satu2nya permata hati saya, walau datang yang lain takkan sama dengan yang telah ada.


Walau siapapun saya dimata sesiapa, walau siapapun permata2 hati saya dimata sesiapa, yang penting antara kami tahu siapa kami. Itu sudah cukup bagi saya. Sekarang pun saya merasakan walau jarak kami yg berjauhan, malah kami merasakan dekat dengan segala kemudahan yang ada. Saya akan sentiasa menggunakan masa yang terluang untuk bersama permata2 hati saya khususnya pada dua permata hati saya yang masih kecil itu. Setakat ini saya serahkan anak2 saya dibawah lindungan Allah, semoga Allah melindungi diri & hati permata2 hati saya dari segala kejahatan yang disedari atau tidak.


Hubungan saya dengan mak abah, kakak2 & adik2 juga semakin rapat. Saya boleh balik berjumpa mereka bila2 saja jika ada kelapangan & bajet tanpa perlu sebab & alasan lagi. Saya tidak perlu lagi menahan rasa, merasa ralat tidak dapat balik menziarahi mak abah walau ketika mereka sakit kerana siksanya mendapat izin seorang suami, perlunya menanti & memikirkan redha suami walau mahu menziarahi mak abah sendiri. Saya tidak perlu lagi diberi pilihan untuk memilih nak balik ziarah keluarga pada waktu mana.


Saya sememangnya mahu meneruskan hidup saya dengan lebih baik. Mungkin & saya berdoa semoga hidup baru saya akan terus membahagiakan saya malah tidak keterlaluan saya katakan saya akan lebih bahagia dari kebahagian yang mahu dicari itu...


"Kebahagiaan Dalam Perpisahan" itu ada hikmah yang tersurat disebalik yang tersirat..... Allah memberi kita sesuatu ketika Dia menarik sesuatu dari kita.....



09 April 2011

Soalan Cepumas....

Assalamualaikum.....



Sejak berada diambang perceraian lagi, saya diterjah dengan soalan2 :


1. apa perancangan selepas perceraian

2. cepat2 kawen semula

3. jangan menjanda terlalu lama

4. jangan hidup menyendiri

5. masih muda, perlu membina keluarga baru semula

6. banyak godaan jadi janda

7. mulakan hidup baru, bila ada yg berkenan kawen je


8. banyak buaya2 diluar yg sedia menanti


bla bla bla....


Pertanyaan2 itu semakin menjadi2 selepas tarikh 31 mac hinggalah hari ini, baru 9 hari saya dalam tempoh iddah. Berpisah hidup tak sama dengan berpisah mati. Saya masih ingat sewaktu Allahyarham ayah mertua saya meninggal 10 january 1990 21 tahun yg lalu. Allahyarham mak mertua berpantang selama 4 bulan tak keluar kemana2. Allahyarham betul2 berkabung untuk mendapat pahala sebagai isteri yg kematian suami katanya pada saya ketika itu.


Tetapi mungkin berlainan keadaan bila kita berpisah hidup ataupun jika berpisah mati dalam keadaan perlu mencari nafkah hidup menyara diri & anak2. Macam Allahyarham tu ada kemampuan sara hidup jadi tiada masalah untuk dia merebut pahala tu.


Berbalik pada tajuk post saya kali ni, soalan cepumas....


Selesai solat zuhur tengahari tadi disurau tempat kerja, sambil2 berbaring dengan keadaan masih bertelekung saya ditanya soalan maut oleh seorang jemaah yang berpangkat kakak. Selalu juga bersembang2 dengannya bila bertembung disurau. Banyak juga nasihat2, pandangan2 yang diberikan pada saya. Beliau berniaga diruang legar econsave.


" jun, sejak bercerai ni, apa jun buat bila2 tiba2 stim & nafsu memuncak?"...


MasyaAllah, terduduk saya bila2 tiba2 diaju soalan begitu. Dalam pada dok terpikir2 apa nak jawab, tiba2 spontan je saya jawab...


" senang je kak, jun carilah mana2 jantan yang bila2 masa je boleh puaskan nafsu janda macam jun ni!!!"


Saya lihat terkedu muka akak tu memerhati saya yang selamba menjawab. hahahahaha, saya tahu soalannya tu tiada maksud apa2. Sejak hidup sendiri beberapa bulan yang lalu, sejak sah menjanda 9 hari yang lalu saya tidak pernah lagi menerima reaksi yang tidak menyenangkan dari rakan2 kaum sejenis saya. Baik disemua peringkat, semuanya masih menerima saya dengan baik. Tiada pun pandangan sinis dari mereka pada saya yang telah bertitle janda. ( mungkin kerana saya janda yang tidak mengancam, dah tua & tak cantik...)


Saya ingin mengulas sedikit soalan yang diajukan pada saya. Kita hidup bertuhankan nafsu serakah kah? Kita mengawal nafsu atau nafsu mengawal kita! Saya tidak mengatakan saya wanita yang tidak bernafsu. Saya tidak mengatakan saya cukup sempurna untuk mengawal nafsu saya. Saya tidak mahu menjadi bongkak mengatakan saya mampu kendalikan semua itu. Saya wanita biasa, manusia biasa yang punya hati & perasaan. Yang punya naluri & kehendak.


Cuma saya rasa bagaimana kita mengendalikannya. Orang tua2 kata wanita bongkok sabut seperti saya kuat nafsu seksnya. Ramalan bintang meramalkan wanita taurus pantang diajak tidak pernah menolak malah selalu berkehendak. Wah! kalau dah begini, wajarkan soalan cepumas itu saya jawab begitu...


Aduh! Memang benarlah senipis kulit bawang iman & akal kita jika itulah jawapan untuk soalan begitu.


Alhamdulillah walaupun mungkin saya dilabel sebagai isteri yang berdosa kerana sudah tidak sebumbung dengan suami walaupun belum sah bercerai dahulu. Walau hakikatnya saya bukan melarikan diri, saya menetap disini dengan izinnya. Saya menetap dirumah yang dibelinya konon untuk kami diami dihari tua nanti menanti kehadiran anak menantu & cucu2 kami.


Namun saya merasakan perpisahan sementara itu banyak mengajar saya membentuk diri saya dalam mengawal nafsu. Sewaktu ada suami, masih sah bergelar isteri pada seorang suami pun saya masih mampu mengawal kehendak & naluri saya walaupun berbulan lamanya tidak di 'ziarahi' suami, sedangkan saya tahu saya masih punyai suami yang halal untuk menyalurkan kehendak.


Apatah lagi sekarang, setelah saya sah bergelar janda!! Setelah sudah terang lagi bersuluh saya hidup seorang, sendiri tanpa teman menemani dimalam sunyi. Saya sendiri melalui siang & malam. Saya sentiasa memohon pada Allah agar dikuatkan iman saya, ditahankan godaan pada kehendak & naluri saya. Masih terlalu awal untuk memikirkan soal jodoh jika hanya kerana mahu memenuhi kehendak&naluri. Masih panjang lagi tempoh iddah saya.


Walau saya selalu melawak pada adik saya agar cepat2 carikan saya jodoh, habis sahaja tempoh iddah saya 31 jun, 1 julai saya boleh naik pelamin. Saya katakan padanya mahukan orang kaya, yang dapat menjamin kesenangan hidup saya jika saya mahu kahwin lagi, kalau hanya untuk hidup susah juga baik saya sendiri saja. Saya katakan padanya, tak mahu dah pikirkan tentang cintan cintun, kalau kahwin lagipun hanya untuk memenuhi kehendak & naluri & sedikit kesenangan hidup. Apa susah kalau tak serasi berpisah jer... Apa saya kisah kalau saya jadi pengganti Liz Taylor.. kemudian kami sama2 ketawa... itu hanya monolog saya.


Adik saya selalu kata, tenangkan diri u. Perbaiki diri, bagi peluang pada diri sendiri. Dah puluhan tahun u abaikan diri demi suami & anak2. Dah ada peluang solo ni, sesuaikan diri dengan keadaan, bagi masa pada diri sendiri... Dia selalu tenangkan saya dengan kata2 itu.


Bagaimana saya mengawal diri itulah kekuatan yang Allah beri pada saya. Kesibukan kerja, kepenatan seharian ditempat kerja membuatkan saya benar2 punya masa yang amat terhad untuk memikirkan perkara yang tidak perlu saya fikirkan. Masa yang ada saya lebih fikirkan waktu saya rehat atau tidur. Malah saya lebih sanggup tak makan asalkan saya dapat tidur.


Saya benar2 menyibukkan diri saya dengan kerjaya baru saya ini. Saya bukan tidak memikirkan apa yang disoalkan kakak itu, tetapi saya harus tahu membawa diri dengan status saya. Bohonglah kalau wanita seusia saya, yang puluhan tahun punyai teman tidur tiba2 mengatakan saya tidak perlu pada keperluan naluri & kehendak. Saya wanita biasa.... Namun adakah hanya kerana saya wanita biasa, yang punya nafsu, punya naluri & kehendak itu bermakna saya sewenang2 nya merebahkan diri saya kepangkuan jantan2 durjana yang ibarat buaya menanti santapan? Buaya hanya makan bangkai, saya berdoa saya bukan bangkai yang dinantikan sang2 buaya diluar sana.


Saya mahu menjadi golongan janda yang tinggi maruah & martabatnya, bukan menjadi janda yang rendah maruah & hina dina dimata masyarakat!!!



BILA BERTALU RENTAK DIKALBU


HASRAT YANG TERSIRAT SEMAKIN KUBURU


BILA BERGEMA LAUNGAN GEMPITA


HARAPAN BERNYALA NADIKU BERGANDA


GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA


DARI PUNCAK INGIN KEANGKASA


BERKALUNGKAN BINTANG BERKERLIPAN


MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA


UNGKAPAN INI BUKAN SEKADAR BERMIMPI


SEGALANYA PASTI KAN TERBUKTI NANTI....


06 April 2011

Perkara Buruk & Baik Dalam 1 Hari....


Assalamualaikum...

Setiap rabu bermula jam 9 hingga 10 pagi ada meeting untuk semua staf. ( saya lebih suka meeting ini dipanggil taklimat ). Semua staf beratur dihadapan kaunter cashier dan mendengar supervisor2 semua department & manager memberi taklimat, harapan2 mereka pada staf.

Tepat jam 9.45 taklimat habis, semua staf kembali ke department masing2 untuk tugas2 yang sedia menanti. Cashier mempunyai 15 minit masa setiap pagi untuk mengira modal tunai yang diberi untuk buka kaunter. RM500 harus dipastikan cukup, tidak lebih & tidak kurang supaya nilainya akan tetap sama apabila kaunter ditutup sale nanti.

Sebaik sahaja habis mengira, customer pertama datang. Kemudian ke2, ke3 hingga ke 8.

Tiba2 supervisor saya Cik Melati namanya datang membawa miller yang penuh dengan contengan saya semalam. Semalam saya bertugas dikaunter free gift, berada disini memang agak membosankan. Maka apabila banyak masa terluang ada sajalah kerja yang selain kerja wajib yang dilakukan cashier yang bertugas disini, termasuklah saya.

Cik Melati bertanya sambil menunjuk miller tersebut, siapa yang tulis. Saya menjawab saya yang tulis sambil meruap darah panas, malu dimuka saya. Kenapalah saya terlupa nak ambil simpan miller tersebut.

Darah saya semakin gemuruh apabila Cik Melati ajak saya masuk ofis, katanya boss nak jumpa. Adoi!!!...

Tak pernah saya rasa malu camni. Pertama memang salah saya menulis, meluah nukilan di miller tersebut. Kedua saya malu, catatan saya dibaca orang lain. Apatah lagi boss tempat saya kerja.

Saya duduk dihadapan boss sambil menahan rasa malu, debar & sedikit takut. Pagi2 dah nak kena marah.

Sambil tersenyum ( saya tak tahu apa makna senyuman boss tu ), boss pesan kat saya dia kata lain kali kalau nak menulis jangan tulis kat miller. Ambil kertas kosong & menulislah. Miller tu dicetak untuk iklan. Saya berkali2 memohon maaf, boss kata memang ada bakat jadi penulis, teruskan bakat tu. Adoi!!!

Selepas itu supervisor asyik mengusik2 saya dengan membaca2 semula apa yang saya tulis & nukilkan.

Kerja berjalan seperti biasa. Customer agak kurang hari ini.

Lebih kurang pukul 12, suara boss kedengaran di walkie talkie cashier meminta Junaidah Kassim & 4 orang lagi cashier masuk ke ofis. Alahai!! Apa plak salah yang saya lakukan ni!! Dalam 1 hari 2 kali dipanggil masuk ofis.

Sampai dipintu ofis kelihatan beberapa orang lagi staf dari department lain sedang beratur menunggu giliran masuk bilik boss. Adik2 cashier memberi peluang saya masuk dulu.

Sebaik masuk, boss menyerahkan sekeping surat tertulis " Pengesahan Jawatan". Terdapat butir2 maklumat baru tentang pengesahan saya yang ditandatangi boss di surat tersebut. Serta merta keluar Alhamdulillah dari mulut saya dihadapan boss.

Alhamdulillah, comfirm juga saya akhirnya setelah berkerja di Econsave Bandar Puteri Jaya ini selama 5 bulan 21 hari. Selepas ini akan ada sedikit peningkatan gaji, saya akan berpeluang dapat bonus & yang penting saya ada cuti tahunan 12 hari setahun.

Saya rasa bangga dengan pengesahan ini. Tidak pernah saya kerja bermajikan. Saya nak simpan surat pengesahan ini dalam bingkai gambar. Mungkin bagi orang lain tidak bermakna apa2 setakat kerja begini, tapi bagi saya ianya amat bermakna.

Terima kasih Econsave.....










03 April 2011

Sudah Dapat Kunci....



Assalamualaikum....



Orang kata usia 21 adalah usia untuk mendapat kunci... kunci apa?.. kunci kehidupan, kunci kebebasan, kunci melangkah dengan lebih jauh, kunci menuju kehidupan yang lebih bermakna.

Pada usia ini dikatakan seseorang insan itu telah matang dalam membuat keputusan. Pada usia ini dikatakan seseorang itu mampu berfikir buruk baik sesuatu dalam menimbang balik sesuatu perkara.

Semoga anak sulungku ini Nurul Ain Fathihah binti Mohd Roshidan juga akan semakin matang, bijak, mampu menangani apa juga masalah yang mendatang dengan lebih baik & semakin baik selari dengan usianya....

Selamat ulangtahun kelahiran sayang, semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam study & kerjayamu. Tiada apa yang mampu mama berikan hanya sepotong doa sebagai mama yang mengandung & melahirkanmu kedunia agar Allah sentiasa memeliharamu, melindungimu... semoga sedikit rasa bahagia, suka yang ada pada mama Allah berikan padamu rasa itu ketika dirimu dilanda duka... jika ada!!!