15 Februari 2009

Dedikasi Untuk Adik-Adikku


Assalamualaikum....

Saya postkan disini Dedikasi dari anak sulung saya, tata untuk adik2nya yang dikasihi......

Semoga kasih sayang sesama mereka akan berkekalan walau mereka telah berkeluarga suatu hari nanti. ....
Semoga kasih sayang mereka akan sentiasa bertaut walau kami telah tiada di muka bumi ini.....

Semoga kasih sayang mereka terus dijalin dengan mesra walau dimana mereka berada.......

Semoga kerinduan antara mereka akan menjadi penghubung yang berpanjangan.....
Semoga insan2 yang akan memasuki kehidupan mereka nanti akan dapat memamahi kasih sayang mereka........

Semoga tiada tangan2 pincang yang akan meragut kemesraan antara mereka.......

Amin.............











Dedikasi Buat Adik-Adikku


Angah, K.Uda, K.Teh, K.Chik, Kakak, Adik Nin...



Kakak Akan Balik
Tak Pernah Lupa
Sayang Adik
Tak Mengapa Dik
Jangan Bimbang
Ibu Ada
Ayah Ada
Keperitan Pasti Ada Penawarnya
Insyaallah
Sama-Sama Doakan
Dari Jauh Kakak Menangis
Kerna Rindu
Padamu
Tapi
Adik Harus Mengerti
Ada Tugas
Ada Kerja
Tak Semudah Seperti Adik Fikirkan
Tunggu
Kakak Akan Kembali

Bila Kakak Mahu Pulang
Tiap Kali Itu Disuarakan
Di Sudut Hati
Kakak Menangis
Mengenang Nasibmu
Apakan Daya
Pasti Ada Hikmah Disebaliknya
Suatu Hari Nanti
Kau Akan Mengerti
Ayah , Ibu Dan Kakak
Sentiasa Mendoakan
Kesihatan
Kesejahteraan
Selalu
Kadang-Kadang Bingung
Buntu
Risaunya Ayah Dan Ibu
Namun
Gagahkan Jua Diri
Redha Kehendak Illahi
Itu Ujian
Adik Sayang
Hanya Mati Tiada Penawarnya
Teruskan Senyum
Kuatkan Semangat
Insyaallah
Senyummu Memberi Harapan
Yang Tinggi
Semoga Bahagia
Di Samping Ibu
Jumpa Lagi..

ain fathihah 15 febuari 2009 9.35 pagi




anak2ku

kalianlah penawar segala suka duka kami

kalianlah madu

kalianlah juga racunnya ( jika ada.... )

kerana kalian kami masih terus bernyawa

andai suatu hari kami tiada

kalianlah penyambung warisan

yang tua sayangi yang muda

yang muda hormati yang tua

kami sayang kalian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan