17 Februari 2009

Ceramah Motivasi Pelajar



Assalamualaikum....


Pada 15 febuari 2009 yang lalu, saya & suami menemani Kak Cik ke Program Ceramah Motivasi untuk murid2 tahun enam yang akan mengambil UPSR. Semua murid2 tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong turut hadir.


Program tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bendera. Rasanya tiap2 tahun program sebegini diadakan oleh Pergerakan ini. Setiap kali diadakan, semua sekolah2 yang berada dibawah Parlimen ini akan diajak turut serta. Program diadakan demi pembangunan motivasi murid2 menghadapi peperiksaan.


Ceramah yang bermula jam 9.00 pagi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ibrahim Yusof. Bagus juga penyampaian yang disampaikan. Macam2 info, kata2 semangat dan pesanan yang di sampaikan. Diakhir penyampaian beliau meminta peserta fokus kepada apa yg disampaikan, sehingga kebanyakan peserta yang hadir menangis teresak2 dengan alunan kata2 dari ustaz.


Ramai juga guru2 yang turut serta ke program tersebut. Saya lihat guru2 di Sekolah anak saya ini begitu bersungguh2 dalam mendidik anak2 murid di sekolah. Khususnya guru2 yang mengajar murid2 yang akan mengambil peperiksaan penting seperti UPSR ini, lebih2 lagi cikgu2 cina yang ada disekolah ini. Selalunya orang kata cikgu cina ni bila mengajar sekolah melayu mereka kurang ambil peduli pada murid2.


Pengalaman saya berhadapan dengan dua anak saya yang sedikit lemah dalam pelajaran amat berbeza. Semasa Kak Uda dulu dia amat lemah dalam matematik. Gurunya ketika itu ialah Cikgu Khoo Lee Shee, setiap kali saya berjumpa Cikgu Khoo di sekolah dia tak akan putus asa memberitahu saya masalah2 Kak Uda dalam subjek matematik. Dia kelihatan begitu bersungguh2 memberitahu saya apa yang dia buat untuk membantu anak saya. Sebab itulah saya amat terharu bila melihat melihat dia memeluk Kak Uda sewaktu mengambil keputusan UPSR dahulu dimana sebelum ini Kak Uda yang sering gagal dalam subjek matematik akhirnya berjaya mendapat gred B ketika itu. Begitu juga dengan seorang lagi cikgu yang mengendalikan Kak Cik iaitu Cikgu Teh Ai Peng, juga dalam subjek matematik. Masa tu Kak Cik darjah empat, dia juga bersungguh2 memberitahu saya bagaimana dia berusaha membantu Kak Cik. Dari mengajar satu kelas, diasingkan secara berkumpulan sehinggalah dia memberi tumpuan pada Kak Cik seorang sahaja di meja guru.


Syabas & terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada dua guru cina ini dan juga semua guru2 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, Sekolah Kebangsaan Telok Bahang, Sekolah Menengah Agama (p) Al-Mashoor, Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mendidik anak2 saya sehingga berjaya. Tidak lupa juga sebuah sekolah di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Dengkil, dimana anak sulung & anak kedua saya pernah menuntut ilmu disana walau sebentar cuma. Begitu juga Sekolah Kebangsaan Ayer Itam.


Saya berharap Kak Cik akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan UPSR nya bulan September nanti. Dalam keadaan Kak Cik yang sedikit lambat dalam menelaah pelajaran ( sampai sekarang dia masih belum bertutur dengan betul atau istilah lain pelat. Saya ada satu cerita, masa dia darjah satu kepelatannya amat ketara. Bila saya tanya cikgu faham ker dia cakap apa, dia kata cikgu pun cakap macam dia. Sebenarnya dia tak tau cikgu tu ajuk cakap dia, kebetulan cikgu tu namanya Cikgu Miza, dia amat ramah dan mudah mesra dengan kanak2 ). Alhamdulillah semoga dengan kelas2 tambahan yang diadakan setiap hari selepas waktu persekolahan dan setiap hari Sabtu di sekolah dia akan lebih bersedia. Saya lihat dirumah pun dia rajin menelaah pelajaran dengan Kak Tih. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 saya. Amin......





inilah puteri keempat saya



kak cik & rakan2 semasa program ceramah berlangsung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan