15 Februari 2009

Perpustakaan Awam Pulau Pinang ( Cawangan )


Assalamualaikum....


Dah lama rasanya saya tidak masuk ke sebuah Perpustakaan yang penuh dengan buku2 dan majalah2. Sememangnya saya amat suka membaca, apa saja jenis buku. Bahkan tanpa buku ditangan pasti susah saya nak melelapkan mata di waktu malam.


Tetapi kelmarin, saya diminta oleh kak tih untuk menghantarnya ke Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Kak Tih dan kawan2 sekelasnya di SMKA(p) Al-Mashoor bercadang untuk belajar secara berkumpulan di sana.


Saya tak lepaskan peluang tu untuk melepak disana sepanjang mereka belajar. Banyak juga majalah2 yang saya baca. Dan saya telah menghabiskan membaca dua buah novel selama hampir empat jam berada disitu.


Semasa di Telok Bahang saya telah memasuki pertandingan perpustakaan keluarga, tapi tak dapat hadiah utama cuma hadiah saguhati sahaja. Dirumah saya ni hanya di penuhi dengan buku2 sahaja. Semua almari yang ada kebanyakannya dipenuhi dengan buku, samada buku2 ilmiah milik suami saya ataupun majalah2 wanita, misteri, mastika, wawancara, buku2 masakan kepunyaan saya dan juga novel2 dan komik2 kepunyaan anak2 saya. Saya memang bercita2 mahukan sebuah perpustakaan mini berada didalam rumah saya dengan serba lengkap. Nantilah satu hari nanti impian saya pasti terlaksana.......


Kak Tih & kawan2nya bercadang akan membuat perjumpaan setiap dua minggu. ermmmm kalau ada peluang saya akan ke sana lagi. Masih banyak buku yang mahu saya baca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan