New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

21 Januari 2009

Rakyat Malaysia Prihatin???

Assalamualaikum....


Tempat : Pelita Nasi Kandaq

Tarikh : 15 Januari 2009

Jam : 9.30 malam hingga 1.30 pagi

Fokus : Cikgu Hadi, Ustaz Baba, Saya & Adnin

Sasaran : Pengunjung Nasi Kandaq


Saya menemani suami ke Pelita Nasi Kandaq USM atas urusan Permainan Takraw yang diurus suami. Suami saya & kawannya Cikgu Hadi ditugaskan membuat jadual perlawanan takraw bagi peringkat zon seluruh Sekolah Daerah Pulau. Kerana bimbang kemalaman suami beria2 mengajak saya menemaninya ( hehehehe sebenarnya saya yang nak ikut saja jual mahal pada mulanya).


Sampai disana Adnin tidur, pada mulanya nak tunggu jer dalam van tapi tak logik pula. Dah agak depa mesti lewat punya selesai. Saya pun dukung Adnin dan letak atas meja Nasi Kandaq tu. Lama juga Adnin tidur dekat pukul 11 malam baru bangun. Bila dah bangun tu mula lah tak duduk diam, habis satu kedai tu dia tawaf, pekerja Nasi Kandaq tu pula melayan..........


Sambil duduk2 melayan Adnin saya membelek2 Majalah Mingguan Wanita yang penuh dengan kisah perkahwinan Mawi & Ekin. Mamak Nasi Kandaq tu pun sibuk nak tumpang tengok, depa kata kenal Mawi. Depa tanya saya Mawi ni anak raja ka? aik! tadi kata kenai....

Sambil2 tu suami saya mempelawa menggunakan laptopnya kalau2 saya nak layari internet.


Abang : Yang, ambik ler laptop kalau nak guna....

Saya : ermmm boleh juga, nanti ler ( hehehe malu2 konon tapi dalam hati mahu sangat)

Bukan apa saya malu, bimbang nanti dikata orang kemaruk pula. Macam kat rumah tak boleh nak layari internet pula. Tapi bila saya toleh kiri kanan rupanya ramai yang sedang membelek2 laptop masing2. Tak kira muda, tua, lelaki, perempuan, cina, india, melayu, arab dan sebagainya sedang menggunakan perkhidmatan WiFi di pelita Nasi Kandaq ni.


Tapi saya masih malu2 nak guna. Saya hanya memerhati sahaja suami saya & kawannya membuat jadual. Depa ni lagi dasyat, siap bawa printer lagi. Cikgu Hadi kata depa cas RM1, tak taulah untuk berapa jam RM1 tu. Akhirnya sampai mereka selesai buat kerja jam 1 lebih saya hanya memerhati mereka dan mengawasi Adnin yang cukup seronok berkawan dengan pekerja2 yang ramah tamah tu.........


Sebenarnya bukan hal diatas yang saya nak cerita. Tapi sebenarnya tentang sikap masyarakat kita ni yang prihatin atau tidak. Sekarang ni seluruh dunia sedang bercakap tentang keganasan Israel di Palestin. Mereka sedang berusaha untuk memusnahkan masyarakat Palestin di muka bumi ini. Apa yang saya perhatikan sepanjang 3 jam berada di kedai 24 jam tersebut hampir separuh pelanggan didalam kedai tersebut sedang asyik menghisap rokok dengan selamba sebatang demi sebatang. Tak kiralah mereka berbangsa melayu Islam atau bukan melayu dan tentunya bukan Islam. Yang amat mendukacitakan saya ialah dua tiga orang pak arab pun turut sama menyedut asap rokok yang jelas2 menjadi peluru2 yang membunuh rakyat Palestin ini.


sampai bilalah agaknya Rakyat Palestin akan menderita dengan kebiadaban Israel ini

Semasa saya mengambil Kak Teh di SMKA(P) Al-Mashoor pada hari Isnin yang lepas juga, ramai kalangan waris ( yang tentunya lelaki ) sedang asyik menghisap rokok sambil menunggu anak masing2. Ceh! sungguh kurang sopan ditempat publik, kawasan Sekolah macam tu pun nak merokok. Ada antaranya lengkap berpakaian sopan dan siap berkopiah lagi tapi perangai tetap tak boleh nak tinggal rokok tu. Buat malu jer kat kopiah tu....


Saya percaya jika ditanya pada mereka ni tentang keganasan di Ghaza nescaya mereka ini akan bercakap dengan berkobar2 bencikan Israel. Agaknya kalau boleh mereka sanggup ke sana berperang dengan Israel tapi sayang mereka ini tak sanggup mengorbankan rokok yang disedut........



entahlah, tepuk dada tanyalah Iman....




setiap hari bumi Palestin di bom untuk dilenyapkan oleh Israel Laknatullah


20 Januari 2009

Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Assalamualaikum





Salam Perjuangan buat Pengundi2, Petugas2 & Pimpinan Pakatan Rakyat PRK 36 Kuala Terengganu. Masih belum terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah kepada YB Abdul Wahid Endut diatas kemenangan bergaya beliau dalam PRK 36 Kuala Terengganu. Tentunya tanggungjawab yang digalas akan bertambah, selain memikul tanggungjawab di DUN Wakaf Mempelam beliau juga akan memikul tanggujawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu selepas ini.
Lambaian Kemenangan

Tahniah juga saya ucapkan kepada calon BN Dato' Wan Ahmad Farid dan Petugas2 pimpinan BN kerana berusaha keras untuk menang. Agaknya selepas kekalahan berturut2 BN dalam PRK selepas Permatang Pauh, akan membuatkan BN khususnya UMNO bermuhasabah diri dimana kekurangan mereka.

Diharap YB dan semua ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat dan juga BN akan menunaikan janji2 mereka kepada pengundi2 dengan penuh bijaksana. Bantulah rakyat tanpa mengira perbezaan politik. Anda menjadi wakil kepada semua rakyat bukan penyokong parti anda sahaja.


Salam hormat juga saya ucapkan kepada ahli Parlimen Kawasan saya mengundi di Pendang, YB Dr Hayati Othman dan juga Adun Tokai YB Taulan Rosul.


Rindunyaaaa.....

Assalamualaikum.....



beginikah geloranya hati, empat hari tak dapat memblog....


Wah! empat hari yang amat mencemaskan...........
empat hari yang amat mencurigakan............
empat hari yang amat sunyi dirasakan............
empat hari yang amat memilukan................
empat hari yang amat mendebarkan..........


Wah! Kenapa ya..........

ermmm internet di rumah saya tak berfungsi dengan baik rupanya.
Setiap hari saya cuba explore tapi setiap kali juga hampa.


Saya teringat semasa saya belum berada dalam dunia blog dulu, saya jadi pelik bila anak2 saya tidak mengerumuni komputer. Saya dapat bermain games sekali sekala, mengedit email2 & sesekali berchating dengan lancarnya tanpa berebut2 dengan anak2 saya ( hehehehe sesekali jer berebut, mama selalunya mengalah dengan anak2 ), bila ditanya rupa2nya internet tak berfungsi.


Anak2 saya rupanya selama ni mengadap komputer hanya kerana internet. Saya pun apalagi seronok ler waktu tu hingga saya kata "bagus ler kalau internet tak berfungsi kalau tak kerja ngadap komputer jer............. ".


Anak2 saya diketuai oleh tata kata mereka "kami main games bila internet tak dapat jer kalau tak memang kami tengok internet".


Tapi hari ni setelah saya ada dunia blog saya sendiri baru saya terasa sepinya bila tak dapat log in blog saya. Baru empat hari tapi rasa rindu sangat.


ALHAMDULILLAH, hari ni baru dapat masuk.



ermmm saya dapat memblog semula......




16 Januari 2009

Happy Birthday Nurul Adeebah Farzana



Assalamualaikum....

selamat ulangtahun kelahiran ke 13

Selamat ulangtahun kelahiran ke 13 buat anak keempat saya Nurul Adeebah atau kami sekeluarga panggil Kak Teh. Hari ini genap umur dia tiga belas tahun. Kak Teh satu2nya ahli keluarga kami yang menyambut hari lahirnya di awal tahun. Kemudian di ikuti oleh Tata pada 3 April, saya pada 13 Mei, diikuti ulangtahun perkahwinan saya pada 4 Jun, suami saya pada 23 Julai, Adnin pada 28 September, Kakak pada 21 November, Kak Cik pada 29 November, Kak Uda pada 25 Oktober dan akhir sekali Angah pada 12 Disember.


Keluarga saya tidaklah menjadikan acara meraikan harijadi keluarga sebagai sesuatu yang wajib disambut dengan kek, majlis & sebagainya. Hanya kebetulan sahaja, jika harijadi seseorang tu diadakan bila semua ahli keluarga ada berkumpul dirumah. Jika tidak cukuplah sekadar dengan ucapan selamat panjang umur saja.


Sempena ulangtahun kelahiran Kak Tih ke 13 ni saya doakan semoga dia akan selalu berjaya dalam setiap bidang kehidupan yang dilaluinya. Semoga dia dapat belajar dengan cemerlang di SMKA(p) Al-Mashoor ini. Semoga dia berazam dengan azam yang baru untuk lebih pandai mengatur jadual pembelajarannya.


Selamat Ulangtahun Kelahiran, Kak Teh....

Sayang selalu dari Mama, Baba, Tata, Angah, Kak Uda, Kak Cik, Kakak & Adnin.


14 Januari 2009

Cegah Aedes Cegah Denggi


Assalamualaikum....

Adnin pecah rekod anak2 saya, lahir dengan 4kg

Seawal jam 6 pagi tadi saya terdengar bunyi deruman yang kuat & bising diluar rumah. Sebaik menjengok keluar tingkap rupanya ada penyemburan pencegahan nyamuk aedes sedang dijalankan bagi mengelak jangkitan denggi. Wah! saya tertanya2 ada serangan denggi lagikah di kuarters ini?


Sesungguhnya pengalaman diserang denggi pada tahun 2006 amat memfobiakan saya sekeluarga. Manakan tidak 4 orang dalam keluarga saya telah diserang wabak denggi pada tahun tersebut sementelahan lagi saya baru seminggu melahirkan anak bongsu saya Adnin.


Dua hari setelah saya melahirkan, Adnin diserang demam kuning hingga dia terpaksa ditahan di wad selama 2 hari. Sebaik sahaja kami balik kerumah setelah Adnin sembuh dari demam kuningnya, dua orang anak saya Tata & Kak Cik demam berpanjangan, letih tak bermaya & muntah2. Setelah mengalaminya selama lebih kurang 5 hari saya terdengar berita seorang anak kenalan di kuarters kediaman kami dimasukkan ke hospital kerana diserang denggi. Saya pun apalagi, esoknya suami bergegas membawa dua anak kami yang demam terus ke hospital. Setelah membuat pemeriksaan darah, ternyata mereka berdua diserang denggi.



Kak Cik di wad pediatrik Hospital Pulau Pinang, sakit2 juga makan tetap makan



Berikutan itu mereka berdua ditahan di wad selama lebih kurang sepuluh hari sehingga Tata dimasukkan k ICU selama dua hari bagi penjagaan lebih rapi. Kak Cik pula kekal di wad kanak2 dengan dijaga oleh Kak Uda. Kesian Kak Uda diapun terpaksa bercuti dari sekolah kerana tak ada siapa nak temankan Kak Cik. Mujurlah dah diakhir tahun. Kak Uda turun naik melihat Tata ditingkat atas wad manakala Kak Cik ditingkat bawah. Kerana doktor memasukkan air kedalam badan Kak Cik sehingga di satu peringkat tangannya membengkak (seperti tangan Zul Yahya dalam cerita pepaya di tv3 tu). Kesian saya melihat mereka ketika itu tangan mereka penuh dengan kesan cucukkan jarum yang mana darah mereka diambil setiap hari untuk diperiksa. Kaki mereka juga menjadi lebam kehitaman, muka kering mengelupas.


Kerana bulan tersebut bulan Ramadhan kejadian menjadi amat kelam kabut rasanya. Saya pula masih dalam pantang dan baru bersalin, seawal jam 5 pagi suami saya telah ke Hospital membawa makanan untuk Kak Uda bersahur. Lewat petang akan mengambil Kak Uda di Hospital pula untuk berbuka puasa dirumah. Sehabis Isyak Kak Uda akan dihantar semula menemani Kak Cik. Begitulah rutin kami selama mereka berdua di Hospital. Saya & baby sesekali ikut serta suami menziarahi mereka di Hospital kerana bila dirumah pun saya asyik teringatkan mereka. Setiap hari juga suami memasakkan sup ketam untuk mereka kerana petua mengatakan bila diserang denggi sup ketam adalah penawarnya.




menunggu dengan debaran doktor nak ambik darah


Setelah tujuh hari mereka di Hospital suami pula saya demam & mengalami simptom yang sama seperti dua anak saya alami. Tapi dia masih belum mahu kehospital membuat pemeriksaan lantaran dua anak masih diwad. Setelah sepuluh hari dua anak saya dibenarkan balik kerumah, suami saya pula ke Hospital bersama jiran kami Cikgu Khairul unatuk membuat pemeriksaan. Selama anak2 saya di Hospital ramai warga penghuni kuarters ini juga ditahan diwad kerana denggi. Kuarters kami betul2 diserang wabak denggi melalui nyamuk aedes. Tetapi sewaktu pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan dirumah saya tiada nyamuk @ jentik2 ditemui di dalam rumah saya, mungkin dikawasan persekitaran agaknya.



kebal juga super hero saya ni sampai jarum jadi bengkok


Sebaik suami & kawannya Cikgu Khairul membuat pemeriksaan darah di Hospital ,mereka berdua juga ditahan di wad. Dahlah dirumah berjiran, berkawan baik, bergelak ketawa bersembang, tapi baiknya mereka sehingga ditahan diwad pun dok katil bersebelahan. walaupun suami saya dah kurang demamnya sewaktu ditahan tapi Cikgu Khairul masih kuat demamnya. Saya amat kasihan melihat mereka terutamanya suami sewaktu ditahan di wad & sewaktu doktor menyuntik mereka untuk diambil darah. Maklumlah selama kami berkahwin saya je yang saban tahun masuk Hospital tapi suami belum pernah sekali. Tapi sekurang2nya mereka akan dapat iktibar betapa sakitnya para isteri mereka saban tahun masuk Hospital melahirkan anak2 dari benih mereka. Yang sadisnya dalam pada kesian kat mereka saya sempat lagi memberi ceramah pendek kat mereka berdua supaya lebih menghargai jerih payah isteri malahirkan anak2 mereka. Bukan setakat sekali tapi macam saya dah tujuh kali ke Hospital bertarung nyawa bukan setakat dicucuk malah lebih dari itu kesakitan yang kami rasa. hehehe sempat lagi tu.....

selepas cubaan kedua baru doktor berjaya ambik darah

rakan akrab dirumah & diwad. nilah Cikgu Khairul Aswad


ALHAMDULILLAH suami hanya ditahan selama 3 hari sahaja di Hospital. Tapi keajaiban berlaku, sebaik suami ditahan di wad, saya baru 13 hari melahirkan. Entah dari mana kekuatan datang saya berulang alik melihat suami di Hospital. mengambil anak sekolah, kekedai & kemana2 sahaja dengan membawa kereta. Sehingga Cikgu Khairul & rakan2 di sini menggelarkan saya "super women". hehehe walau apapun gelaran yang diberi saya mesti bertindak pantas bila dilanda musibah begini. Bila dua anak saya ditahan di wad saya masih ada "super hero" yang menjadi kaki tangan & tulang belakang saya. Beliaulah yang memasak, membasuh, menjaga anak2 yang lain, kekedai, mengemas rumah, menjaga saya yang baru melahirkan ( maklumlah baby saya yang last ni seberat 4 kg semasa lahir ) jadi sebenarnya saya agak lemah sedikit selepas melahirkan baby secara normal. Tapi bila "super hero" saya dah terlantar di Hospital manalah saya ada pilihan lain. Takkan saya masih nak memanjakan diri di perbaringan?? Takkan saya masih nak makan minum saya disuapkan orang?? Saya perlu kuatkan semangat dan buang perasaan takut bentan demi orang2 yang saya sayang. ALHAMDULILLAH saya dapat melalui semuanya hingga suami keluar Hospital & sihat semula. Walaupun dah keluar wad tapi keadaan mereka yang diserang denggi ni masih amat lemah.


Sebaik suami keluar wad anak saya yang lelaki pula diserang denggi mencukupkan empat orang ahli keluarga saya diserang denggi. Tapi Angah hanya ditahan selama semalaman sahaja. Dia dibenarkan balik keesokan harinya. Eloklah raya pun tinggal dua tiga hari sahaja lagi. Raya tahun tu kami hanya beraya di Penang sahaja tanpa persiapan istimewa tapi demi keluarga tersayang saya sediakan juga menu wajib raya kami lontong istimewa.



Angah dah kali kedua masuk wad



Dengan penyemburan diawal pagi tadi saya harap penyemburan itu hanya sebagai pencegahan sahaja. Janganlah lagi Nyamuk Aedes dan Wabak Denggi menyerang kami. Amat menyeramkan............




sewaktu di Cameron Highland merai anivesary ke 19 bersama anak2



Demi keluarga tersayang saya rela menjadi "super women" selama2nya.....

13 Januari 2009

Baby Mohd Shahir Izzarif

Assalamualaikum....


Pada 24 Disember 2008 yang lalu lahirlah putera kedua adik saya Johan & isterinya Suryani. Mereka telah dikurniakan seorang lagi putera setelah kelahiran putera sulung mereka Mohd Syamir Haziq pada 10 oktober 2006.


Ni gambar baby mereka, hhehehe sebiji ikut muka abah baby masa kecil dulu...



Mohd Shahir Izzarif



Jom... Ke Kuala Terengganu!


Assalamualaikum....

Tanggal 17 Januari 2009 ni semua pengundi2 di Kuala Terengganu akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. seluruh pelusuk Dun Di Parlimen Kuala Terengganu akan memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dalam memperjuangkan nasib kemiskinan yang membelenggu mereka walaupun Negeri Terengganu adalah Negeri pengeluar minyak. Semoga rakyat Kuala Terengganu akan membuat pilihan yang bijak.


Selamat bertugas juga diucapkan kepada semua petugas2 PRK 036 Kuala Terengganu ni. Tentunya semenjak pengumuman PRK lagi petugas2 ini telah bertungkus lumus bekerja mencurah tenaga siang & malam, gerak kerja bertambah2 lagi sebaik hari penamaan calon bermula 6 Januari yang lalu.



saya & petugas2 PRU 11 sedang sibuk menyusun risalah2 untuk edaran


Pengalaman saya selama berada dalam jemaah bermula 1998 hingga 2006 adalah amat indah untuk dikenang terutamanya menjelang Pilihanraya samada Pilihanraya Umum atau Kecil. Saya pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pilihanraya Umum 1999 & 2004 juga Pilihanraya Kecil Pendang, Anak Bukit di Kedah & Pengkalan Pasir di Kelantan.




saya & seorang sahabat sewaktu muktamar di kelantan


Walaupun saya diamanahkan memegang jawatan di peringkat Cawangan, Kawasan & Negeri tapi pengalaman berceramah diatas pentas Pilihanraya Umum adalah pengalaman yang amat bermakna sekali. Dek kerana semangat Pilihanraya secara tiba2 insan kerdil yang tak punya kepandaian apa2 seperti saya boleh berceramah tentang isu2 semasa, politik, hal2 kebajikan masyarakat & sebagainya. Ceramah pula setiap hari 3,4 kali termasuk ceramah2 kelompok. Pendek kata sepanjang tempoh berkempen masa banyak dihabiskan dimarkas2 Pilihanraya. Tetapi sebaik habis Pilihanraya bakat berceramah di atas pentas terus menghilang, dah tak berani dah nak naik pentas untuk ceramah umum. Kalau Pilihanraya Umum tentulah kita memberi tumpuan di Dun & Parlimen sendiri tapi bila Pilihanraya Kecil seperti di Kuala Terengganu ini sudah barang tentulah tumpuan seluruh Negara ke Kuala Terengganu sahaja. Inilah juga masanya masyarakat setempat mendapat durian runtuh, rezeki terpijak yang tidak disangka2.





saya bersama YB Dr Lo'Lo, Ahli Parlimen Titiwangsa


Pengalaman semasa Muktamar juga amat manis untuk dikenang sebagai ahli sesuatu Parti. Semasa bergiat aktif dalam Jemaah dahulu setiap tahun saya tak pernah culas mengikuti Muktamar sebagai perwakilan. Sehingga diakhir perjuangan saya dalam Jemaah pada 2006 saya mewakili Dewan Muslimat Malaysia membawa usul ke Muktamar Pusat. ermmm amat indah untuk dikenang dan sesungguhnya jauh didalam lubuk hati saya, saya amat merindu saat2 manis bersama sahabat2 dalam perjuangan. Semoga mereka pejuang2 Islam akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam dibumi Malaysia yang tercinta ini.



kenangan yang paling manis dalam hidup saya sepanjang melibatkan diri dalam perjuangan



Kepada pengundi2 PRK 036 Kuala Terengganu selamat mengundi dengan bijaksana. Buatlah pilihan yang tepat demi kesejahteraan rakyat Kuala Terengganu.


berbaju hijau calon PR YB Wahid Endut dari PAS

ditengah berbaju biru calon BN Dato' Wan Ahmad Farid

dikiri berbaju putih calon bebas Azharudin Mamat

diharap pengundi2 dapat membuat pilihan yang bijak...

UNDILAH ISLAM

11 Januari 2009

Selamat Hari Jadi ke Sebulan....


Assalamualaikum....



ALHAMDULILLAH, hari ni genap sebulan umur blog mama moden kesayangan saya ini. 11 Disember 2008 ianya lahir dari pelawaan puteri sulung kesayangan saya dan hari ini 11 Januari 2009 ianya genap berusia sebulan. Kalau sewaktu melahirkan dua putra & lima puteri kesayangan saya dahulu tempoh sebulan ini belumpun tamat tempoh pantang saya.


Sejuta penghargaan saya ucapkan buat semua yang sudi melayari blog kerdil nukilan saya ini. I'ALLAH doakan agar usia blog saya ini berpanjangan. Agar saya tak putus asa untuk melakar nukilan2 kerdil saya disini.


Sejuta kemaafaan juga saya lontarkan diatas kekurangan & kecacatan blog saya ni, maklumlah saya budak baru belajar. Saya tau ada berjuta2 perkara lagi yang perlu saya belajar untuk mencantikkan blog saya ini tapi yang penting setakat ini saya puas hati dengan hasil kerja saya. Maklumlah saya bukan penulis blog profesional, sekadar suka2 melakar nukilan kerdil kisah suka duka hidup saya & keluarga.


Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga saya ucapkan pada puteri sulung saya yang menggerakkan saya untuk menghasilkan blog mama moden ini, anak2 saya yang lain juga yang tidak putus2 menjadi pengkritik tetap blog saya ini, dan akhir sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami tersayang lagi dicintai kerana mengizinkan saya melayari alam cyber ini.


salam sayang buat semua


10 Januari 2009

Assalamualaikum....



Hari ini sudah 2 minggu bumi Palestin, Semenanjung Ghaza dibom, dimusnahi oleh Israel Laknatullah. Saudara seislam kita di bunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan oleh syaitan bertopeng manusia. Amat sedih bila nyawa saudara seislam kita disana tidak lagi ada harganya lebih2 lagi kanak2.


Pada mulanya saya berat nak mengulas perkara ini walaupun jauh dihati kecil saya amat bersimpati. Apalah daya seorang saya untuk membantu mereka selain doa yang berpanjangan agar segalanya selesai dengan segera.


Saya tak berdaya melakukan apa2 sedangkan kuasa2 besar dunia pun tak mampu membantu saudara kita disana. Hidup mereka diperkotak katikkan, nyawa mereka diibaratkan amat murah semurah pepasir ditepian jalanan.


Tapi tiba2 hari ini saya rasa terpanggil selepas menonton secara tak sengaja rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 pagi tadi.


Pengantara yang tidak asing Saudara Mohd Aziz Desa bersama tetamu jemputan Dato' Mukhris Tun Mahathir serta Kak Anita Sarawak & suami bangsa AMERIKA nya Abang Mahadir.


Mereka membicarakan tentang sokongan boikot kepada barang2 Amerika secara keseluruhannya. Secara peribadinya saya amat menyokong pemboikotan ini. Tapi adilkah hanya jika kita rakyat biasa yang tidak berkeupayaan apa2 ini sahaja yg memboikot sedangkan pihak berkuasa, pihak pemerintah tidak mengambil serius.


Dalam rancangan tersebut ada disebut minta rakyat Malaysia sokong boikot barang2 dari Amerika, jangan tonton rancangan Amerika, jangan guna barang2 Amerika, jangan dengar lagu2 Amerika dan sebagainya yang berkaitan dengan Amerika, silap2 pun patutnya cakap juga jangan kahwin dengan orang Amerika..... kalau dah kahwin perlukah bercerai?? hanya sebab nak boikot Amerika?? Kesimpulannya diakhir slot pengantaranya berkata rupanya bila nak boikot ni baru perasan rupa2nya dikeliling kita ni dipenuhi barang2 dari Amerika.



Saya ambil contoh mudah sahaja iaitu rokok. Orang yang beria2 berdemontrasi, membantah Israel & Amerika, membakar bendera2 Negara Yahudi Jahanam tersebut serta membakar gambar pemimpin Barat, ( disini saya tak maksudkan Tn Guru Nik Aziz Nik Mat ), cuba tanya mereka adakah mereka merokok atau tidak???


Saya pernah di serang oleh "seseorang" semasa ramai penduduk Malaysia memboikot barang2 dari Belanda tidak lama dulu. Kebetulan anak saya susunya berjenama Dutch Lady. Saya akan membeli stok susu ini di Tesco @ Giant ketika pasaraya besar ini menawarkan harga yang murah. Susu Dutch Lady 123 ni sekarang berharga RM27 berbanding dulu dalam RM22 sahaja. Dan pasaraya ini kadang2 menawarkan harga semurah RM19 setiap pek 1kg.


"Seseorang" ini menyerang saya dengan syarahan yang berapi2, membuak2 amarahnya pada saya seperti ketika itu saya ini amat jahil orangnya. Macam2 perkataan yang dikeluarkan pada saya sehingga saya hampir2 menitiskan airmata. Apa boleh buat sebagai isteri mithali (hehehehe masuk bakul angkat sendiri ) saya berusaha membantu suami mengawal bajet setiap bulan agar belanja kami mencukupi setiap bulan jadi jika ada barang2 yang ditawarkan murah saya akan cuba dapatkan. Kita rakyat biasa bukan ada elaun beli barang2 macam menteri2 kat Malaysia ni.


"seseorang" ini seakan tidak mahu menamatkan rasa amarahnya pada saya kerana tidak memboikot barang2 dari Belanda, dalam keadaan saya tak mampu menerangkan ketidakmampuan kami pada dia tiba2 dengan semangat yang masih berapi2 marahkan Belanda "seseorang" ini dengan selamba mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokoknya yang diambil dari poket bajunya.


Saya terus jadi meluat dengan perangainya dan tiba2 perasaan bersalah saya yang tadinya kerana membeli susu Dutch Lady 123 buat anak saya terus berkurangan. Kerana bagi saya, saya terpaksa mengorbankan rasa benci pada Belanda ketika itu kerana susu yang ditawarkan ketika itu dengan harga lebih murah demi untuk bajet keluarga tapi "seseorang" tadi tidak pun mengorbankan rokoknya yang sememangnya digunakan untuk membeli butir2 peluru, bom2 Israel untuk orang2 islam di Palestin & Negara Islam lain. Lagipun tidak ada satu pun faedah yang dia dapat dari hisapan rokok tersebut selain membuatkan dia pun jadi pembunuh macam Israel. Saya ingin sangat katakan pada dia ketika itu " P LAH MABUK, BLAH LAH LU!' Tapi sebagai perempuan melayu terakhir tak tegamak saya bersikap tidak sopan pada LELAKI BIADAP macam dia.................




gambar2 akibat kekejaman Israel ihsan dari sahabat web

09 Januari 2009

Apa Ada Pada Gelaran?......

Assalamualaikum....



Tempohari, semasa pendaftaran anak di Sek Men Keb Telok Bahang saya terjumpa semula ramai kawan2, jiran2 lama semasa saya menetap di Telok Bahang dulu. Agak lama saya menetap di perkampungan nelayan itu lebih dari enam tahun. Bermacam2 pengalaman suka duka pahit manis yang saya sekeluarga tempuhi bersama masyarakat kampung. Adat orang merantau bila jauh dari keluarga sendiri maka jiran2 terdekat, kawan2 lah yang menjadi saudara. Merekalah yang akan kita minta bantuan dulu jika ada hal2 sakit pening & kecemasan.


Selepas berhijrah dari Telok Bahang ke Tanjong Tokong bukan kami tidak lagi menjejakkan kaki kesana tapi kadang2 pemergian kami bila ada hal2 yang berkaitan yang mengambil masa sekejap cuma. Tapi setiap kali hari raya kami tidak melepaskan peluang menziarahi kenalan disana yang ada diantaranya telah menjadi seperti saudara sendiri.


Semasa bertemu dengan seorang kenalan lama di Sek Men Keb Telok Bahang baru2 ini beliau menegur saya " ustazah mengajaq dimana sekarang?". Saya menjawab " tak mengajaq, dok dirumah sahaja". Beliau bertanya lagi " ustaz ngajaq mana?" Saya jawab " Sek Keb Tanjong Tokong ".


Ramai juga kenalan & pelajar2 yang mendaftar ke tingkatan satu pada hari tersebut yang memanggil saya mama, hingga ada yang menoleh2 kearah kami. Agaknya mereka berkata " tua2nya anak dia ni atau ramainya anak dia ni yang sebaya ".


Hal diatas berlaku kerana saya pernah mengajar di sebuah Taman Bimbingan Kanak2 Islam di Telok Bahang dulu semasa tahun 1999 hingga 2002. Setelah tamat pengajian saya selama setahun di USM dalam pengajian Sijil Pra Sekolah saya membantu kawan mengajar kanak2 Tadika di Sek Agama Rakyat Telok Bahang. Kerana sedikit curahan ilmu saya yang tak seberapa itulah saya digelar ustazah.... ermmmm satu gelaran yang amat baik & mulia tapi tak berapa saya gemari kerana title itu terlalu besar untuk saya. Saya yang tidak berpendidikan tinggi, tidak berpengetahuan selayaknya sebagai seorang ustazah di panggil dengan gelaran itu, amat menyeramkan bulu roma. Amat berat.


Ramai yang memanggil saya mama pula kerana ketika mengajar kanak2 tadika tersebut saya juga mengajar dua anak saya yang turut mendaftar di Tadika tersebut. Bila anak2 memanggil saya mama maka kanak2 yang lain juga turut terikut2 memanggil saya mama & saya pula lebih suka mereka memanggil saya mama daripada dipanggil cikgu. Maka kekallah panggilan tersebut hingga merebak2 ke ibu bapa mereka memanggil saya mama. Sebab itulah sewaktu pendaftaran di SMKTB baru2 ini ramai yang memanggil saya dengan gelaran tersebut kerana ramai antara mereka sebaya dengan anak saya, Kak Tih.


Akibat dari gelaran ustazah & mama yang dipanggil pada saya ada kena mengena dengan suami saya juga. Mungkin menjadi satu kemestian agaknya pada sebilangan orang kalau suaminya ustaz isterinya mesti juga diandaikan seorang ustazah. Kalau suaminya cikgu maka isterinya juga mesti cikgu. Maka sebab suami saya ustaz tempias ustaznya terkena pada saya dengan dipanggil ustazah....


Walaupun suami saya seorang ustaz tapi ramai murid2nya khususnya di Sek Keb Tanjong Tokong ini mengenalinya sebagai ustaz baba. Gelaran ini bukan saja dikalangan murid2 tapi juga berjangkit kepada waris2 ibu bapa hingga ke tok2 murid2.


Saya pernah merasa termalu sedikit dengan insiden berikut.....


Semasa baru berpindah ke Tanjong Tokong dulu bila saya ke pasar ( market kata orang penang) seorang nenek bertanya siapa saya, dok tang mana, anak saper..... Saya katalah isteri Ustaz Roshidan, mengajar di Sek Keb Tanjong Tokong. Puaslah bersoal jawab dengan nenek tu & beberapa lagi makcik2 & kakak2 yang ada di pasar tersebut akhirnya dengan muka selamba nenek tu kata " oooooo habaqlah isteri Ustaz Baba, habaq isteri Ustaz Roshidan mana nak kenai ". Tu dia aih sampai macam tu sekali, kesian mak & ayah mertua saya beri nama sedap2 kat suami saya tapi tak diiktiraf. Sejak haritu saya lebih suka juga membahasakan suami saya dengan gelaran baba saja di Tanjong Tokong ni. Tapi kalau berdua tetap saya panggil abang.


Rupa2nya gelaran tersebut bukan sahaja dikalangan murid2, ibu bapa, tok2 murid2 sahaja tapi merebak hingga ke guru2 di Sek Keb Tanjong Tokong ni. Maka sampai hari ini kekallah suami saya dengan panggilan Ustaz Baba.


Pernah juga anak2 saya memberitahu saya bahawa cikgu2 mereka di Sekolah mengatakan yang saya ni cikgu atau ustazah. Mungkin mereka melihat dari penampilan saya, cara saya bercakap atau ntahlah saya pun sendiri tak tau dari segi apa saya di anggap begitu sehingga setiap kali hadir ke mesyuarat agung Sekolah anak2 saya, saya akan dilantik sebagai AJK. Mereka kata mesti lantik orang yang pandai cakap. Sebab tu ramai ibu bapa tak mau bercakap di mesyuarat takut dilantik jadi AJK. Saya pula tak boleh tak bercakap kalau ada benda yang nak dicakap sebab bagi saya pada mesyuarat agunglah medan yang sesuai untuk bersuara bukannya di kedai kopi atau di market.

Hingga sekarang semua Sekolah anak saya, saya pegang jawatan dalam PIBG. Di Maktab Mahmud Bandar Baharu sebagai AJK bersama2 dengan suami saya, Di Sek Keb Tanjong Tokong sebagai AJK dah lima tahun berturut2, baru2 ni dalam majlis pemuafakatan Pra Sekolah saya dilantik juga sebagai Timb Pengerusi 111, hehehehe dok sebaris dengan PK HEM & PK Pentadbiran Sekolah tu... Yang lawaknya tu semasa pemilihan, waris yang cadangkan nama saya tu kata " saya cadangkan bini ustaz baba jadi timb pengerusi 111 ". ish! ish! ish! tak patut sungguh, selalu dok sembang ngan dia rupanya dia tak tau nama saya rupanya. Ingat ya, hadirin yang cadangkan nama saya jangan kata saya gila pangkat pula. Sebenarnya saya lebih suka jadi hadirin mesyuarat daripada jadi AJK yang hanya dok didepan tak boleh bercakap dalam mesyuarat. Jadi hadirin kita boleh dengan bebasnya bersuara tapi jadi AJK ok juga kita boleh sama2 menyumbang pendapat, sumbangan dan sebagainya.

Oleh itu apa ya pentingnya nama, gelaran, panggilan orang pada diri kita???

08 Januari 2009

Sek Men Keb Telok Bahang Dalam Kenangan....


Assalamualaikum....

Hari ini hari kedua Kak Tih di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor. Dia di tempatkan di kelas 1 Imtiyas. Nampaknya dia dah dapat menerima penghijrahan ini. Semalam dia & babanya pergi beli kasut putih, kain untuk buat tudung sebab SMKA(P) Al-Mashoor menggariskan pelajar kena memakai tudung melabuhi siku. Turut dibeli kain untuk sambung di uniform sekolah yang ada untuk dibuat cekak. Baba turut membeli sedikit buku2 & pakaian sukan untuk Kak Tih di kedai koperasi sekolah. Banyak juga belanja tambahan yang harus dibawa keluar sebab penghijrahan ini tapi tak apalah janji ini yang terbaik untuk dia.

Gambar2 kenangan semasa pendaftaran di SMKTB 4 Januari 2009

sikecil dua orang ni tak lepas peluang ikut hantar kak tih

inilah Sek Men Keb Telok Bahang yang indah prasarananya



kak tih berbaris menanti giliran pendaftaran



guru yang mengambil pendaftaran tu guru kelas kak tih berbangsa cina namapun tak sempat kenal





selepas pendaftaran kelas, asrama diberikan. inilah bilik yg hanya sempat kak tih huni selama dua hari


kakak & nin tak lepas peluang melepak di bilik yg serba lengkap, luas & cantik ini

baba pun turut membantu mengemas katil dengan memasang cadar ala2 hotel gitu!

kak tih & kak ngah (wan aiman nabila) berjumpa kembali walau hanya sebentar cuma. mereka pernah sekolah bersama di SKTB

kak cik pun hanya sempat bermalam seorang diri di biliknya hanya 2 malam bila

kak tih kembali semula kerumah

07 Januari 2009

Sekitar Hari Orentasi Pra Sekolah Nurul Adilah

Assalamualaikum....


Hari Orentasi Pra Sekolah Sek Keb Tanjong Tokong telah diadakan pada 3 januari 2009 yang lalu bersama dengan murid2 tahun 1. Tahun ini merupakan tahun kedua kakak belajar disini setelah selama setahun yang lepas semasa berusia lima tahun dia juga belajar di Pra Sekolah yang sama. Peluang belajar di sekolah yang sama dididik oleh Teacher Halimi diharap dapat memberi peningkatan pada kakak sebagai persediaan ke tahun 1 tahun hadapan. Murid2 Pra Sekolah Sek Keb Tanjong Tokong pada tahun ini juga mendapat pembantu Pra Sekolah yang baru berikutan perpindahan pembantu lama, Cik Zana.


gambar2 kenangan di hari orentasi

kakak bersedia memulakan sessi orentasi

ibu mithali sedang melakukan tugas pendaftaran.. heheeheh


pn mazlina menggantikan cik zana yang bertukar sekolah


sempat lagi kakak berposing dengan pn mazlina


rindu dengan teacher halimi setelah sebulan lebih bercuti


dalam sibuk2 masa pendaftaran pun sempat lagi cikgu2 SKTT ni berposing


sempat lagi bersarapan di kantin dengan sosej & milo kegemarannya


cepat betul dapat kawan siap tanya nama lagi... kawan baru kakak, fatin


suasana dalam dewan taklimat


pengerusi majlis orentasi ustazah noridayu



guru besar SKTT pn salumah mohamad sedang berucap sepatah dua kata


teacher halimi sedang memberi taklimat tentang pra sekolah & kerenah kanak2 pra sekolah, pening...pening....



apapun sempat lagi berposing dalam bilik taklimat

Dari Sek Men Keb Telok Bahang ke Sek Men Keb Agama (P) Al-Mashoor



Assalamualaikum....



semoga menjadi anak solehah, berjaya dunia & akhirat



ALHAMDULILLAH... semalam sewaktu balik dari sekolah suamiku bersorak gembira sambil menunjukkan sekeping surat tawaran kemasukan ke SMKA(P) Al-Mashoor untuk kak tih yang baru dua hari mendaftarkan diri ke SMKTB (KAA). Semalam juga hari yang sibuk hingga ke petang. Selesai membelek surat tawaran kami berdua bergegas ke SMKA(P) Al-Mashoor untuk bertanya maklumat lanjut berkaitan surat tawaran tersebut berikutan kelewatan surat tersebut sampai ketangan kami. Ustazah Che Maznah yang merupakan PKHEM memaklumkan tawaran masih diterima cuma tiada penempatan asrama yang disediakan kerana penuh.



kak tih & kawan2 di sek keb tanjong tokong bergaya dengan uniform pengawas


Selepas mengisi beberapa borang kami bergegas pula ke SMKTB untuk memaklumkan pada kak tih. Seperti yang saya duga penerimaan kak tih 50-50. Antara nak berhijrah atau tidak. Maklumlah walau baru dua hari berkampung di SMKTB tapi dari maklumat kawan2 yang turut sama di perjumpaan kami semalam, kak tih antara pelajar tingkatan satu yang familiar, popular & disukai ramai samada antara kawan2 sama orentasi atau pun dikalangan pelajar senior.




bersama kawan2 di hari terakhir persekolahan



Pada mulanya agak sukar kami memujuk & memotivate kan dia untuk berhijrah ke SMKA(P) Al-Mashoor kerana sekolah baru ini "JAUH LEBIH" baik dari sekolah yang dia belajar sekarang. Sungguhpun kak tih berada di kelas terpilih (KAA : Kelas Aliran Agama) tapi status sekolah yang bercampur dengan pelajar aliran biasa membuatkan risiko sosial yang tinggi. Amat sayang sekolah yang cantik, bangunan baru yang yang serba lengkap prasarananya, bangunan asrama yang amat selesa disediakan untuk pelajar2nya tapi tidak digunakan dengan sebaiknya oleh pelajar2. Sedangkan pelajar2 yang baik akademiknya, sahsiahnya hanya menghuni bangunan yang sempit & terhad samada di sekolah atau asrama seperti SMKA(P) Al-Mashoor ini. Mungkin mentaliti masyarakat kampung, campurtangan orang2 politik yang terlalu membela anak2 jika mereka membuat kesalahan menjadi punca SMKTB yang begitu indah prasarananya sedikit tercemar.


Berbalik kepada kak tih yang kami harapkan dia akan menerima penghijrahan yang baik untuk masa depannya. Setelah dipujuk bertentang mata hanya dengan babanya akhirnya pujukan kami berjaya walaupun saya kasihan juga melihat airmatanya yang berlinang dan matanya yang merah. Mungkin kalau surat tawaran sampai awal ketangan kami dan dia belumpun berkampung di SMKTB keadaannya tidak sesedih ini untuk meninggalkan kawan2 yang baru dikenalinya. Sabarlah sayang.... kejayaan memerlukan pengobanan. Masa depan mu akan lebih baik di sekolah baru ini. Lihatlah tata mu, dimana dia berada sekarang. Tata mu yang sekarang berada di UPSI adalah produk SMKA(P) Al-Mashoor. Mama & baba berharap dengan penghijrahan ini perjalanan akademikmu juga semudah perjalanan yang dilalui oleh tata.


Dan pagi ini setelah selesai pengurusan keluar sekolah & asrama di SMKTB dia melangkahkan kaki ke sekolah baru. Semoga bumi bertuah SMKA(P) Al-Mashoor menjadi nadi kesinambungan perjalanan masa depan kak tih. Saya juga berharap kak tih dapat membahagikan masa dengan sempurna dalam menelaah pelajaran. Maklumlah dia tidak tinggal di asrama jadi dia sendiri perlu atur masa belajar.



kami sekeluarga sewaktu bercuti di cameron highland


Selamat Berhijrah.......



05 Januari 2009

Kembali ke Destinasi.....

Assalamualaikum....


Hari ni semua dah kembali ke destinasi masing2.... seawal pagi lagi rumah ni serta merta menjadi sunyi sepi tak seperti sebulan yang lalu................


Dua hari yang lalu.....


3 Januari 2009 ....


Hari yang amat sibuk. Pagi2 lagi semua orang di rumah sibuk bersiap untuk ke destinasi masing2. Tata bersiap untuk kembali ke UPSI, kak uda bersiap untuk kembali ke asrama Maktab Mahmud Bandar Baharu, kakak bersiap untuk ke hari Orentasi Pra Sekolah di Sek Keb Tanjong Tokong.


Oleh kerana program yang bertembung saya & suami bahagikan tugas menghantar anak2 tersayang ke destinasi masing2. Tata dihantar oleh baba ke KTM Butterworth di temani kak uda & kak cik sahaja. Kemudian mereka akan terus ke Maktab Mahmud Bandar Baharu menghantar kak uda. Manakala saya & angah akan menemani kakak ke Orentasinya. Kak tih akan tinggal di rumah menjaga Nin. maaflah tata & kak uda, kali ni mama tak dapat menemani kalian seperti biasa, sebab kakak tak mau pi ke orentasinya tanpa mama.


4 Januari 2009....


Sehari lagi hari yang sibuk. Giliran kak tih mendaftarkan diri di Sek Men Keb Telok Bahang. Walaupun bersiap seawal pagi tapi oleh kerana ramai yang turut serta menhantar kak tih ( kak cik, kakak, Nin ) turut serta bersama saya & babanya maka kami terlewat juga sampai di Telok Bahang. Ketika sampai taklimat sedang dijalankan. Hari orentasi berjalan serentak dengan pelajar2 aliran biasa. Selepas taklimat baru pengurusan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) ke asrama dimulakan.


ALHAMDULILLAH, ok juga asrama di Sek Men Keb Telok Bahang ni. Semua kelengkapan dilihat amat selesa untuk pelajar2. Hanya lapan pelajar di tempatkan dalam sebuah bilik yang amat luas & selesa. Bilik air juga disediakan didalam bilik. Walaupun semasa taklimat diberikan terdapat banyak juga masalah displin yg diutarakan oleh guru terhadap pelajar2 di SMKTB ini saya berharap kak tih dapat menyesuaikan diri & pandai menjaga dirinya.


Kak tih dapat sebilik dengan kawan lamanya sebelum berpindah ke Sek Keb Tanjong Tokong ni. Umi & baba beliau juga berkawan baik dengan saya & suami. Wan Aiman Nabila ( kak ngah ) berkongsi bilik dengan kak tih, mereka dok sebelah2 katil. Harap mereka dapat berkawan dengan baik dan menjaga diri antara satu sama lain.



Dan hari ini 5 Januari 2009....


Akhirnya selepas suami, 2 orang puteri saya, kak cik & kakak bertolak ke sekolah yang tinggal hanyalah saya, angah & Nin. Wah amat sunyi sekali saya rasakan, tambahan lagi bila Nin masih nyenyak tidur. Masih terdengar2 hiruk pikuk rumah ni selama sebulan lebih. Sampai malam tadi saya terlupa bagaimana nak masak nasi dalam kuantiti yg sedikit. Maklumlah selama sebulan lebih ni nasi yang dimasak penuh seperiuk, lauk yang dimasak penuh sekuali, gulai yg di tumis penuh seperiuk. Meja makan penuh dengan rakyat hingga perlu ditambah kerusi tambahan. Pertengahan tahun ni angah pula akan pergi meninggalkan rumah jika dapat tawaran masuk ke mana2 IPT selepas keputusan SPM nya keluar. Bertambah sunyi le rumah saya, kehidupan saya selepas ini.


Apapun sebagai ibu saya sentiasa redhakan pemergian cahayamata buah hati saya kemana pun mereka pergi demi menuntut ilmu demi masa depan mereka. Tapi yang pasti selama ketiadaan mereka yg lain, (tata, kak uda & kak tih ) buah hati saya yang masih dirumah ni ( angah, kak cik kakak & Nin ) termasuk baba mereka ( yg ni buah hati saya yg paling saya sayang, kalau yg sorang ni tak ada dirumah lagi hidup saya kesunyian, makan tak kenyang....tidur tak lena....mandi tak basah heheheeh). Mereka nilah yang akan menjadi penawar suka duka saya.


mama sayang kalian semua....



01 Januari 2009

Happy Birthday Wafa Hani Humairah

Assalamualaikum.....

Selamat menyambut ulangtahun ke 2 buat cucu saudara suami saya ( anak Hanim ) pada hari ini. Wah! satu malaysia cuti sempena menyambut ulangtahun kelahiran Wafa ya.... Semoga Wafa cepat besar ya, boleh tolong mama, daddy jaga adik yang bakal lahir nanti.




yang ditengah bertopi tu wafa bersama kakak & mama cunnya

Selamat Datang 2009


Assalamualaikum

Selepas menyambut Tahun Baru Hijrah 29 disember yang lalu kini giliran menyambut ketibaan Tahun Baru Masihi pula. Semoga kedatangan tahun baru mendatangkan azam & semangat baru pada kita semua. Selain menyambut tahun baru setiap kita juga akan mengalami pertambahan usia. hai makin tua ler kita yer....

Semoga dengan pertambahan usia akan menjadikan kita terus bertambah matang dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatang. Semakin sabar, tabah & redha dengan dugaan yang bakal mendatang.
Selamat Tahun Baru Hijrah & Masihi kepada semua........................




di hari perkahwinan anak saudara di Kedah, semoga tahun baru yg mendatang akan lebih memberi kebahagiaan pd kami, aminn