New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

30 Mac 2009

Dua Mesyuarat Agung Dalam Satu Hari.....



Assalamualaikum....


Sudah beberapa hari saya tidak menghasilkan nukilan di blog kesayangan saya ini. Saya sekadar membukanya sekadar melepas rindu & melawati blog2 sahabat2 dialam maya & yang penting meninjau2 blog puteri saya untuk melepas rindu.


Pada 28 mac yang lalu saya menghadiri dua Mesyuarat Agung di dua sekolah anak2 saya. Sebelah pagi, bermula jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengahari saya & suami menghadiri Mesyuarat Agung di SMKA(p) Al-Mashoor, sekolah Kak Tih.


Tapi suami saya balik awal kerana membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung di sekolahnya waktu petang. Sebaik saja dia keluar dari dewan mesyuarat, berlaku agenda pemilihan AJK PIBG bagi sessi 2009/2010. Semasa pemilihan calon YDP tiba2 mantan YDP En Saari Din yang telah membubarkan AJK lama membuat pencalonan nama suami saya sebagai calon YDP.


Saya juga terkejut dengan pengumuman itu, dalam hati mungkin beliau mengenali suami saya. Rupanya beliau tidak mengenali pun, hanya mengenali melalui perbincangan usul bersama rakan2 AJK. Setelah beliau mengulang2 nama suami saya, saya mengambil tanggungjawab untuk bangun dan memaklumkan suami saya terpaksa beredar awal kerana ada tanggungjawab lain. Saya siap maklumkan, kalau suami saya adapun mungkin dia menolak pencalonan ini.


Saya pula tidak banyak bercakap dalam mesyuarat ini, saya hanya menunggu untuk membolehkan usul kami dibacakan semasa perbincangan usul nanti. Bukan apa, memang dah jadi tradisi, siapa yang banyak bercakap dalam mesyuarat nanti akan dipilih sebagai AJK. Jadi saya merasakan tidak berapa sesuai menjadi AJK di sebuah sekolah hebat seperti SMKA(p) Al-Mashoor ini. Terasa rendah diri sangat.


Tetapi agaknya memang dah ditakdirkan, dimana ada anak2 saya bersekolah mungkin saya akan ditakdirkan mengambil bahagian dalam menyumbang sedikit khidmat bakti. Entah dari mana tiba2 ada wakil ibu yang mencalonkan nama saya sebagai calon AJK. Saya mengambil inisiatif menerima pencalonan tersebut, memandangkan pasti akan ada pengundian nanti. Memandangkan ini kali pertama saya hadir ke mesyuarat di sini, saya pasti nama saya takkan mendapat undian yang banyak. Manalah ada orang yang mengenali saya sangat. Adalah dua tiga orang yang saya kenal.


Tetapi rupanya sepanjang proses pemilihan itu, semasa proses penamaan calon AJK, ramai calon yang dicadangkan menolak. Mereka menolak dengan berbagai alasan. Tak dapat beri komitmen lah, sibuk lah & bermacam2 lagi. Ialah bukan senang nak pikul tanggungjawab ni, walau hanya sebagai AJK sahaja. Jadi setelah cukup enam pencalonan mereka terus mencadangkan cadangan ditutup. Akhirnya termaktublah nama saya sebagai salah seorang AJK bersama lima orang yang lain. Kami akan dipertanggungjawabkan membantu YDP & NYDP PIBG SMKA(p) Al-Mashoor sepanjang sessi 2009/2010 ni.


Sebelah petang pula bermula jam 2 ptg hingga 6.30 ptg, saya menghadiri pula Mesyuarat Agung di sekolah anak saya Kak Cik & Kakak, yang juga sekolah suami saya. Mesyuarat PIBG Sek Keb Tanjong Tokong. Saya hadir sebagai AJK sejak lima tahun yang lepas. Dan berharap kali ini saya akan dapat melepaskan tanggungjawab ini. Semoga akan ada muka2 baru yang mungkin akan lebih memajukan lagi PIBG di sekolah ini.


Takdir penentu segalanya, walaupun mendapat YDP & NYDP yang baru, saya masih terpilih sebagai salah seorang AJK. Malah mendapat undi kedua terbanyak pula tu....


Nampaknya masih ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan, membantu PIBG membantu pihak sekolah demi anak2 di disini.


Nasib baik juga mesyuarat di SMK Dato' Haji Kadir pagi tadi saya tidak hadir, kalau tidak entah2 jadi AJK juga.


Saya & suami perlu melepaskan tanggungjawab sebagai AJK di Maktab Mahmud Bandar Baharu, kerana tiada lagi anak2 saya yang bersekolah disana. Kami akan hadir jika dijemput nanti. Saya tak pasti pula bila mereka bermesyuarat. Ataupun sebenarnya jawatan kami gugur serta mertakan, sebab anak tiada lagi disana.


Tahniah kepada perlantikan sebagai pucuk pimpinan di kedua2 sekolah ini. Semoga dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kepada mantan2 pimpinan terima kasih diucapkan. Jasa kalian akan tetap dikenang.



Tiada ulasan: