08 Mac 2012

Selamat Hari Wanita....




Assalamualaikum...



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjdi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan dimata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai

Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MAMA

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Tetapi dibawah lembayung kejayaan

Membuai anak dikala suami menjalin impian


2 ulasan:

  1. Selamat Hari Wanita dan selamat wanita pada tiap-tiap hari.

    Bukan untuk dikerah tetapi untuk diarah.

    Bukan sebagai disuruh tetapi di beri teduh.

    Bukan dimilik tetapi diberi kongsi.

    Bukan untuk dikata-kata tetapi untuk dimahkota.

    BalasPadam
  2. cantiknya wanita itu sebagai hambaNya
    bukan terletak pada pakaiannya
    tapi pada rukuk dan sujudnya yang tulus...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan