04 Januari 2011

Mohd Adnin Firdaus....


Assalamualaikum....



Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis di Blog Mama Moden. Mungkin dengan apa yang berlaku dalam hidup saya yang sekelip mata bagaikan mimpi, blog ini sudah tiada pembacanya lagi yang sudi menjengah. Tidak mengapa saya menulis bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan jiwa, hati & perasaan saya.

Kali ini saya tergerak nak meluah rasa rindu saya yang amat sangat pada permata kecil saya Mohd Adnin Firdaus ( MAF ) Hari ini 3 januari 2011 dia memulakan alam prasekolahnya di SKTT. Hati saya??? Perasaan saya??? Naluri keibuan saya??? Tiada siapa yang dapat menafikan apa yang saya rasa. Satu2nya permata hati saya yang tidak saya hantar, yang tidak saya teman, yang tidak saya tunggu & lawat apabila mereka memulakan sessi awal persekolahan.

Hati saya sudah kering kah?? Hati saya sudah hilang sifat keibuankah??? Entahlah saya pun tak mampu memikirkannya walau hingga pecah otak saya. Kenapa hati saya sekeras hati. Ataupun mungkinkah hati itu sudah tiada lagi, sudah berkecai hancur lebur hingga tiada apa lagi untuk dirasa.

28 september 2006 saya lahirkan ( MAF ) di wad bersalin HPP setelah seminggu berada di wad 1 kerana lewat 10 hari dari jangkaan melahirkan. 9 bulan 10 hari sebelum itu, sebelum kelahirannya bermacam dugaan yang datang menimpa.

Saya tau ( MAF ) wujud dalam rahim saya, dalam denyutan jantung saya hanya setelah 5 bulan (MAF ) bernyawa bersama nafas & denyutan saya. Saya mengandaikan saya baru hamil sekitar 4 minggu lebih kurang. Saya nekad ketika itu tidak mahu kandungan saya lantaran sedang menghadapi ujian dari Allah seperti yang saya alami selama 6 bulan ini. Cuma ketika itu tidak sampai terjadi sebuah perkahwinan lain. Namun cinta tetap ada ketika itu. Permulaan yang sama, Cinta Internet.

Tetapi ketika ujian ultra sound dijalankan saya amat terkejut kerana saya melihat sesuatu yang cukup sifatnya sedang bergerak2 dalam monitor yang doktor tunjukkan. Serta merta airmata saya mengalir laju. YaAllah, saya pernah terniat mahu membuang kandungan saya lantaran dugaan & ujian yang sedang menimpa. Tegakah lagi saya menidakkan kehadirannya setelah melihat satu nyawa yang cukup sifat seperti itu!!

Dengan keputusan itu, akhirnya saya kandungkan ( MAF ) dengan sejuta badai, jutaan gelombang. Dari mula mengandung hinggalah melahirkan sehingga dalam pantang saya betul2 diuji. Saya menyangkakan kehadiran "dia' menemani saya sepanjang proses melahirkan akan mengukuhkan rasa simpati, kasihan, kasih sayang & cintanya tapi sayang.... semuanya menghampakan.

Saya tak tahu dari mana datangnya semangat & kekuatan. Banyak tangisan, airmata yang mengalir sepanjang mengandung & berpantangkan ( MAF )... kalau kebanyakan perempuan tentunya dah kena sakit angin meroyan tapi Alhamdulillah tidak terjadi pada saya. Malah saya masih mampu lagi menangani bebanan suami & 4 anak diserang denggi serentak. 12 hari dalam pantang saya dah memandu kereta apabila suami pula diserang denggi. Jika selama anak2 diserang denggi & ditahan diwad, suami yang kehulu kehilir melawat anak2, menjaga saya dalam pantang, ditambah lagi ketika itu bulan ramadhan. YaAllah besar sungguh dugaan ketika itu. Apabila suami pula sakit & dimasukkan kewad, saya pula kena bangkit dari rasa lemah. Saya pula yang kesana kemari memandu untuk menghantar anak kesekolah, kekedai & juga melawat suami di Hospital.

Semasa usia kandungan sekitar 8 bulan, saya teringin makan nasi beriayani gam Batu Pahat. Saya nekad ke rumah adik disana untuk menikmati nasi beriayani gam. Tapi dugaan datang menimpa, saya mengalami demam, batuk yang agak teruk. Kesan dari ubat batuk yang saya makan rupanya membuatkan ( MAF ) tidak bergerak selama 1 hari 1 malam. Semasa itu saya tak tau jantina kandungan saya. Adik membawa saya ke klinik untuk pemeriksaan. Menurut doktor kandungan saya memang tidak bergerak dan saya sedikit teruja apabila doktor memberitahu jantina kandungan saya, beliau meminta saya segera ke HBP. Saya memang mengharapkan kandungan saya kali ini lelaki setelah 4 anak saya selepas Angah adalah anak perempuan. Saya memang berharap ini kandungan terakhir saya, ini anak terakhir yang saya lahirkan untuk suami. Cukuplah, saya dah penat.

Di HBP, saya dimasukkan 2 biji ubat untuk proses melahirkan. Entah bagaimana rupa2nya tindakan itu tidak diketahui oleh doktor pakar. Mereka berusaha menyekat saya dari melahirkan ketika itu kerana jantung bayi & usia kandungan yang lemah masih tidak boleh melahirkan. Mujurlah semuanya berjalan lancar. Kerana nak dekat dengan suami, saya minta balik ke HPP. Kekallah ( MAF ) didalam kandungan saya hingga detik dia dilahirkan.

Keajaiban masih berlaku pada anakku yang seorang ini. Selama 10 hari lewat dari tarikh melahirkan, saya masih belum ada tanda2 sakit melahirkan. Bergegas jururawat klinik minta ke Hospital Bersalin. 5 hari saya berehat diwad tanpa sakit apa2 walaupun sudah 2 kali ubat dimasukkan.

Akhirnya pada 28 september 2006, jam 9 pagi lebih kurang doktor pakar membuat keputusan kandungan saya akan dibedah kerana doktor menjangkakan berat bayi sekitar 3.8 dan juga sudah lewat 15 hari. Doktor membuat pemeriksaan pintu rahim & dengan muka panik doktor bertanya " Puan tak rasa sakit ke?".. Saya menjawab tidak langsung. Doktor cepat2 meminta jururawat menyiapkan saya untuk dibawa ke bilik bersalin katanya pintu rahim sudah terbuka 7cm. Saya pun memang terkejut sebab saya tidak merasa sakit langsung. Ini bukan anak pertama saya, bukan kandungan sulung saya yang saya tak tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Sungguh saya tak rasa sakit langsung walaupun pintu rahim dah terbuka 7cm.

Saya masih sempat meminta untuk mandi dahulu kerana ingat pesan Mak, bila saat nak melahirkan hampir tiba kita kena mandi, bersihkan badan terlebih dahulu. Mula2 jururawat tak bagi, dia minta saya cepat2 bawa apa yang perlu untuk ditolak ke bilik bersalin. Tapi saya curi2 juga mandi dahulu.

Setelah memaklumkan pada suami, saya segera dimasukkan ke wad bersalin. Hadiah yang amat bernilai, yang akan saya kenang sampai bila2 ketika menunggu saat melahirkan tanpa ada rasa sakit apa walaupun air ketuban sudah dipecahkan ialah apabila suami masuk menemani saya dengan pakaian putihnya. Sepanjang proses melahirkan suami setia menemani saya, menggenggam erat tangan saya. Berzikir, meminta saya istighfar & banyak2 mengucap.

Satu2nya diantara 7 anak2nya yang saya lahirkan, hanya kelahiran ( MAF ) yang suami dapat menemani saya. Sememangnya sepanjang melahirkan hanya 2 kali saya mengalami rasa sakit. Tidak seperti kelahiran2 sebelum ini. Sememangnya sepanjang hidup bersamanya apa saja kesakitan yang saya alami, bagaikan sentuhan ajaib dari tangannya.. apabila suami menyentuhnya semua kesakitan itu akan hilang sedikit demi sedikit. Kini semuanya tiada lagi. Saya alami sakit pening, lenguh sendi & urat bersendirian tanpa sentuhannya lagi seperti waktu2 dahulu.

28 september 2006 lahirlah permata lelaki saya dengan berat 4.1 kg. Antara yang paling besar ketika itu. Katil bayi tu penuh dengan badan dia. Satu keajaiban yang amat saya kesali ketika itu & hingga saat ini adalah ketika ( MAF ) tidak langsung mahu menyusu ketika saya suakan susu saya padanya. Sampai saya tension juga dengan jururawat yang sibuk nak mengajar saya bagaimana caranya menyusukan bayi, seolah2 saya ni baru melahirkan anak sulung.

Memang hakikatnya ( MAF ) tidak mahu menyusu dari air susu saya. Sedangkan bila jururawat berikan susu formula dia akan minum dengan rakusnya. Satu keinsafan pada saya ketika itu, Allah Maha Besar. Bukankah ( MAF ) sudah bernyawa dalam rahim saya ketika saya pernah terniat tidak mahukan dia. Akhirnya dia buktikan pada saya yang lahirnya dia kedunia tidak menyusahkan saya. Lahirnya tanpa sakit seperti melahirkan anak2 yang lain. Menjaganya juga mudah apatah lagi dia tidak menyusu dengan susu saya jadi sesiapa pun boleh membantu saya menjaganya. Kebesaran Ilahi buat insan kerdil seperti saya ini.

Dan hari ini... sesungguh hati saya amat merinduinya!!!


Mohd Adnin Firdaus ketika baru dilahirkan, 4.1kg

Bayi terbesar di wad 1 HBPP ketika itu

Masa ni usianya sekitar 5 bulan



Masa ni Angah bawa p tempat keje Angah Pizza Hut...



15 ulasan:

  1. Salam mama. Saya sentiasa singgah. teruskan berkarya dan terima kasih atas coretan pengalaman ini.

    BalasPadam
  2. salam mama moden
    kak selalu singgah.cuma mama jer yg tak rajin berkarya.blog mama masih ader peminat.terus kan menulis,muga segala luahan dpt megurangkan tekanan perasaan yg terbuku di hati.

    dr sy yg bernama kak wati.

    BalasPadam
  3. Pernah beberapa kali kau diduga dan diuji Allah berjaya kau lepasi dengan tenaga dan kudrat yang ada.

    Mengapa kali ini kau tidak boleh atasi kerinduan ini dengan tenaga dan kudrat yang sama.

    Makhluk semuanya baharu dan milik Allah semata-mata. Kita ini diberiNya peluang untuk menyayangi dan disayangi buat sementara sahaja.

    Maka manfaatkanlah saat-saat yang sementara ini.

    Ego manusia terbatas. Ego Allah yang pasti layak dan tidak terbatas.

    Percayalah yang akan merubah suasana kerinduan ini ialah diri ini sendiri.

    Cairkannya sedikit untuk memperolehi kembali saat-saat yang diidamkan.

    Maaf jika menginggong dan sememangnya saya sengajakan.

    BalasPadam
  4. salam
    terima kasih.. kudrat itu sudah tiada....

    BalasPadam
  5. Kumpulkan saki-baki tenaga yang ada untuk membina kudrat itu. Sebenarnya kudrat itu masih ada dan menunggu untuk digilap, dikumpul dan digunakan kembali

    Bertindak wajar dengan mula memahami erti sayang, kasih, rindu dan tanggung-jawab. Juga diantara pemilikan mutlak dengan pengkongian sementara.

    Undurlah sedikit untuk kemenangan yang diidamkan.

    BalasPadam
  6. trima kasih.
    masalahnya semua rasa tu dah tiada..
    dah pun berundur, malah sentiasa cuba berundur utk kebahagiaaan mereka scara mutlak.. mereka berhak bhgia dgn erti kata yg sbnar... slalu kata slagi ada cinta, akan terus btahan wlu dilanda sjuta badai.. tp sayang smua rasa slama 21 tahun ni dah tiada dek luka hati yg selalu dilukai...
    tak mau lagi buat apapun, tunaikan tjawab tanpa ada keikhlasan.. pahala tak dapat malah dosa smakin btimbun... cukuplah...cukup!!!

    BalasPadam
  7. Salam alaik. Anak-anak perlukan ibu dan tiada ibu yang mahu berpisah dengan anak-anak. Maka berusahalah ke arah itu.

    Berundur bukan untuk memberi kebahagian mutlak kepada sesiapa. Kerana kebahagian mutlak cuma ada di akhirat.

    Berundur adalah untuk menempatkan penerusan kasih-dan sayang lebih-lebih lagi kepada anak-anak.

    Semua orang berhak bahagia. Terpisah dengan anak-anak adakah satu kebahagiaan?

    Tanggung-jawab perlu ditunaikan kerana ianya hak anak-anak.

    Keikhlasan hak kamu Mama Moden dan tiada siapa boleh memaksa kamu untuk ikhlas dalam kerja buat kamu.

    Tetapi insan dan rakan-rakan sekeliling ini boleh mendesak dan memujuk kamu supaya tunaikan tanggung-jawab kamu.

    Kerana mendesak dan memujuk kamu adalah sebahagian tanggung-jawab kami.

    Allahu Ar Rahman Ar Rahim.

    BalasPadam
  8. terima kasih atas nasihat kalian.. I'Allah biarlah takdir menentukan..

    BalasPadam
  9. Salam alaik. Alhamdulillah semoga MM ditakdirkan beroleh kebahagiaan yang dinanti dengan kadar segera.

    Teruskan berkarya agar menfaatnya boleh dikongsi bersama yang lain.

    Pengurbanan tentu ada balasan yang akan memberi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  10. Salam MamaModen...

    Bagaimana dan apakah yg boleh dilakukan untuk mengembalikan semangat dan keikhlasan MM ?

    Seeloknya suami MM harus baca blog ini agar dia dapat merasakan apa yg MM sedang melalui...

    BalasPadam
  11. ...jangan minta kehidupan yg mudah, minta pada Allah jiwa & hati yg tabah untuk menghadapi kehidupan, jangan minta ujian di kecilkan tapi mintalah iman yg besar agar ujian itu kelihatan kecil...semoga dipermudahkan hijrah amalan ahli syurga Puan MM sekeluarga.

    BalasPadam
  12. salam cafepucino..
    tak mengapalah, insan itu sedangan mbina bahagianya sekarang... tentu amat sibuk mengurus anak2 & orang baru.. MM tidak mharapkan lagi dia menatapi nukilan MM...

    tiada apa lagi yg boleh mbuat semangat MM kembali utk hidup bsama speti dulu.. MM hanya perlukan semangat utk meneruskan baki2 hidup MM wlupun bseorangan hingga akhirnya...

    BalasPadam
  13. Salam Puan MM...

    Maafkanlah suami MM tu. Sebagai seorang manusia, tentu dia tidak lepas dari kesilapan, kesalahan dan kelemahan. Yg penting maafkan, walaupun it's hard to forget, kerana Allah Tuhan kita tu Maha Pengasih Lagi Peyayang. Doa lah kpd Allah supaya MM diberi ganti nikmat yg lebih bererti dan bernilai dari apa yg telah berkurangan ataupun kehilangan. Kenalah kita belajar semula nikmat banyak2 bersabar, belajar semula nikmat banyak2 redha, nikmat belajar semula banyak2 ikhlas dan nikmat belajar semula banyak2 bersyukur. Kita semua layak diuji, kerana kita kan hambaNya. Dan hidup ni adalah sementara aje, dan diakhirat juga kita akhirnya bertemu. Jadi bagaimana pula dgn pengakhiran kita...?

    BalasPadam
  14. salam mama moden yang dikasihi.mama moden,balik la pada keluarga.kenapa disiksa jiwa sendiri dan jiwa suami.mama moden tahu tak bagaimana keadaan suami mama moden sekarang?sedih saya memandangnya dari jauh.penyakit pun semakin bertambah dek rindunya pada isterinya.siapa kata dia bahagia sedangkan dia selalu menantikan mama moden untuk pulang mendampingi anak-anak yang selalu rintihkan keluarga yang bahagia di mata mereka suatu masa dulu.jangan diikutkan emosi.kasihanilah anak-anak.mereka langsung tidak mahu keluarga yang bercerai-berai.saya dapat lihat keadaan mereka anak-beranak.sedih.jangan diikutkan kata syaitan yang mahu melihat rumahtangga umat Islam runtuh sebab emosi berteraskan nafsu marah.kenangkan la ssat bahagia dulu.mama moden boleh kata dah tiada daya sedangkan anak-anak tak pernah putus harap.kasihanilah mereka untuk melihat keluarga bahagia mereka kembali terbina.tolonglah

    BalasPadam
  15. suami anda rindu kan anda? anak2 bersedih? tapi anda kata sebaliknya? apa pun hanya anda yang lebeh tahu dan insyaAllah anda membuat pilihan yang benar.

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan