Assalamualaikum.....
Apalah lagi yang mampu saya kata & luahkan. Berat mata memandang berat lagi bahu kami semua yang memikulnya. Memang hakikatnya orang luar dari lingkungan kami hanya mampu memandang & berkata2 itu ini, begitu begini. Bercakap memang mudah tetapi melaksanakan apa yg dikatakan amatlah payah.
Selama 21 tahun saya tak pernah nafikan sayalah wanita yang paling bahagia. Punyai suami yang baik, anak2 yang taat, patuh & mendengar kata. Walaupun kami hidup dalam serba kekurangan tetapi kami amat bahagia. ( saya merasakan itu, terpulang bagi pihak lain apa pula yang dirasa )....
Hingga ketahap ini apa saja dugaan, ujian, cabaran yang tidak kami hadapi. Meniarap menelan pasir, menelentang menadah embun, bersama kami hadapi bersama 7 permata hati tahun demi tahun. Dengan kerenah keluarga kedua belah pihak diperingkat awal perkahwinan, ipar duai, mertua, masyarakat, kewangan, orang ketiga malah dugaan hati & perasaan kami sendiri.
Saya tahu ramai yang menempelak, mengata, mempertikaikan tindakan saya menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Tidak diri saya, tidak dipihak suami, tidak juga dipihak sana...
Sejak dahulu saya tahu, bermula dia menerima saya sebagai isteri tanggal 3 jun 1989, saya sedar & tahu sayan bukan insan yang selayaknya menjadi suri hatinya. Jika dia masih ingat sejak hari kami diijabkabulkan saya katakan padanya jika suatu hari dia bertemu insan yang lebih baik, lebih sempurna dari saya... kahwinlah dengan wanita itu.
Jika seusia budak 14 tahun sejak dinikahinya berkata begitu padanya, mengapa sekarang pula saya mempertikaikan tindakannya memadukan saya dengan adanya suri lain!!!. Hanya menanam tebu dipinggir bibirkah saya selama ini. Walau hakikatnya saya memang seorang yang cemburu. Malah mungkin dalam dunia ini sayalah satu2nya wanita bernama isteri yang paling cemburu.
Cemburukah saya jika saya pernah merisik dua rakan sekerja suami untuk berkongsi kasih bersama saya. Tidak kira lagi sahabat2 saya dalam jemaah yang saya risikkan. Saya berbuat begitu kerana saya merasakan mereka2 ini wanita yang lebih baik, lebih sempurna sahsiah & akhlaknya dari saya. Insan2 yang begitu saya rasakan memang layak berganding bahu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan suami berbanding saya.
Tetapi akhirnya dia temui juga cinta baru, kasih sejati. Cinta yang dicari2nya melalui laman sosial selama ini tercapai jua. Ini bukan yang pertama. Sebelum ini juga hampir terjadi, tetapi takdir Allah tiada jodoh.
21 tahun menjadi isterinya cukup untuk saya merasakan apa yang tidak kena padanya. Begitu juga rasa dia pada saya. 21 tahun bukan jangka masa yang pendek. Saya hidup bersamanya lebih lama dari hidup bersama mak abah & keluarga saya. Saya bergantung hidup sepenuhnya dibahunya. Saya berdiri benar2 diatas kakinya. Sejak dahulu saya tanamkan tekad saya takkan mampu hidup sendiri tanpanya disisi saya. Dia bukan saja suami & ayah anak2 saya malah dialah guru, abang, ayah, rakan, kekasih, idola saya. Saya bukan saja kagum dengannya malah sehingga saya begitu taksub padanya.
Saya tak nafikan dia suami terbaik yang saya ada. Jika ditakdirkan sudah tiada jodoh antara kami & saya bertemu jodoh dengan insan lain, tak mungkin lagi saya akan dapat suami sebaik dia. Suami yang penyabar, bertanggungjawab pada saya & anak2, cukup sabar dengan kerenah saya & anak2, cukup sabar dengan sikap saya padanya sejak kami diijabkabulkan hinggalah sekarang. Saya tak pernah nafikan itu.
Saya pula sejak dulu saya sedar saya bukan isteri yang baik. Bukankah sudah dikatakan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Saya memang tak layak menjadi isterinya. Namun entah kenapa jodoh kami kuat. Dia bertahan dengan kerenah saya, saya juga cuba sehabis baik bertahan dengan kesusahan kami.
Sejak sebelum kelahiran permata hati kami yang ke6, saya sudah merasakan ada yang tidak kena dalam hubungan kami. Perkara yang remeh pun kami besar2kan. Saya cuba menyelami hatinya, meneka2 dalam kesamaran. Menerjahnya adakah sudah tiada cinta dihatinya buat saya. Seperti biasa dia selalu menafikan. Katanya cinta, kasih sayangnya hanya untuk saya dunia akhirat. Janji kami sehidup semati tetap terpahat.
Akhirnya dalam pelbagai kemelut lahir juga 2 permata hati kami selepas 5 yang lain sudah semakin membesar. Sejak lahirnya sibongsu tabiatnya berinternet semakin menjadi2. Puas saya merayu hentikan, biarlah berpada2. Cukuplah... Tetapi tidak pernah diendahkan. Motonya mencari cinta sejati sering di paparkan dimana2.
Akhirnya pada mac 2010 terbit kata2 tiada cinta lagi dihatinya buat saya. Yang ada selama 5 tahun ini hanyalah rasa kasih sayang, kasihan kerana telah lama dia menjaga saya. Rasa cintanya pada saya telah hilang sejak kelahiran permata ke6 dahulu. Tak perlulah saya persoalkan apa perasaan seorang isteri jika terbit kata2 dari mulut seorang suami yang ketika itu cintanya, sayangnya, kasihnya pada suami terlalu menggunung tinggi, melaut tak bertepi.
Katanya dia tak bahagia bersama saya. Hidupnya dipenuhi derita yang lama dipendam. Dia bertahan selama ini hanya kerana anak2. Bila mendengar luahannya ketika itu memang saya rasa bersalah yang amat sangat. Rasa berdosa kerana membuat insan yang sayang sayang, insan yang saya cintai sepenuh hati merasa derita & tak bahagia bersama saya. Selama bertahun2.... Sedangkan selama ini saya amat bahagia menjadi isterinya, bersyukur punyai suami sebaik dia.
Semenjak saya merasakan saya telah menjadi insan yang merawat hatinya akibat kecewa cinta pertamanya, saya merasakan dia bahagia sudah bersama saya. Namun rupanya kecewa cinta pertamanya tak pernahpun terubat dengan kehadiran saya. Belumpun cintanya utuh buat saya, dihatinya sudah hadir pula cinta baru.
Saya amat sayangkannya. Bagi saya selama ini dialah yang pertama & terakhir dalam hidup saya. Saya tidak mahu orang lain menjaga saya, berbuat apa2 pada saya seperti dia. Sekali dia menyentuh saya bagi saya cukuplah, tiada orang lain lagi. Itu nekad saya selama ini. Saya mahu mati sebagai isterinya & ditakdirkan saya mahu masuk syurga bersama2nya. Itu azam yang saya pegang selama ini.
Walaupun kadangkala saya tidak melayannya dengan baik, itu semua diluar kebatasan & kewarasan saya. Sejak kami dinikahkan dia lebih maklum berkaitan diri saya. Dia yang merawat saya setiap malam. Tetapi tahu apa yang berlaku pada saya, faham apa yang terjadi pada saya sejak kami berumahtangga, tetapi sayang dia juga tidak sabar dengan masalah saya yang satu itu. Kemuncak ketidaksabarannya itu dia menghukum saya dengan dugaan ini....Sentiasa memaafkan saya tetapi menghukum saya dengan nekad mencari kasih lain.
Saat mendengar luahannya yang tidak cintakan saya lagi, tangisan air matanya yang melahirkan rasa derita selama ini, merasa tiada bahagia dihatinya... benarlah telahan saya selama ini. Telahan saya, terjahan saya yang selalu dinafikan.
Bertitik tolak dari itu saya minta secara baik supaya dilepaskan. Saya tak boleh hidup bersama sebagai isterinya jika tiada lagi cinta dihatinya. Walaupun pada mulanya dia tidak mau lantaran katanya masih sayang saya, kasihan pada saya... bagaimana saya mahu hidup sendiri nanti tanpa jagaannya. Saya nekad, saya tak mau hidup sebagai isterinya berlandaskan kasihan, hanya kerana anak2 semata2...
Walaupun dia berkeras tidak mahu, tetapi melalui perbincangan demi perbincangan akhirnya kata sepakat diambil. Anak2 kami maklumkan. Setelah kata sepakat diambil, kami menjadi semakin loving. Kami berjanji nak habiskan masa bersama yang ada dengan lebih banyak kenangan manis. Kami ulangi, kami ingati semula banyak kenangan2 dari mula kami kenal hinggalah saat itu. Kadangkala kami ketawa, kadangkala kami menangis dalam sendu sambil berpelukan erat dalam esak tangis & ratap sesama kami.
Ketika itu memang saya merasa amat takut. Saya takut memikirkan bagaimanalah hidup saya nanti tanpa jagaan & perhatiannya. Takut, amat takut menghadapi hari2 mendatang selepas terlepas ikatan darinya. Saya amat takut ketika itu memikirkan menghadapi hari2 mendatang sendirian tanpa pelukan & belaiannya...saya tak tahu banyak perkara. Semua dia yang buat, dia yang mulakan & beri tunjuk ajar, saya hanya membantu serba sedikit..amat sedikit. Ketika itu keputusan diambil saya serahkan penjagaan anak2 padanya kerana saya yakin saya tak mampu menjaga & mendidik anak2 tanpa dia sebagai suami. Itu nekad saya, itu nekad dia, itu nekad kami ketika itu.
Dalam pada mengahadapi perpisahan secara baik itulah dia maklumkan pada saya tentang kehadiran wanita itu dalam hidupnya. Perkenalan alam maya yang hanya bermula selepas aidilfitri tahun sebelumnya. Cinta laman sosial, cinta internet....Saya memang sudah agak akan kehadiran wanita itu. Sebagai isteri saya sudah faham hati & perasaannya, cacat cela ditubuh badannya, riak air mukanya memang dapat saya baca. Perasaan saya ketika dimaklumkan tentang wanita itu biasa saja. Kerana ketika itu kami sudah sepakat nak berpisah. Bukan hak saya nak fikir tentang mereka lagi.
Malah saya hubungi wanita itu dengan berbagai cara melahirkan rasa terima kasih kerana mampu membahagiakan insan yang amat saya sayang & cintai. Mampu membuang derita hatinya selama bersama saya. Walaupun tiada satupun sapaan saya dibalas, tetapi saya lahirkan juga penghargaan agar dia nantinya dapat menerima anak2 saya dengan baik, sayangi mereka seperti dia menyayangi baba mereka. Tiada satupun sapaan saya baik melalui alam maya, telepon dibalas wanita itu. Ketika itu saya faham dia hanya mau suami & anak2 sahaja.
Hingga akhirnya kata sepakat diambil. Sambil kami menyelesaikan hal kami, dalam masa yang sama suami & wanita itu juga merancang hari bahagia mereka. Kami sepakat kemahkamah syariah untuk memulakan prosedur. Kami sama2 berpegangan tangan kesana untuk ambil borang perceraian. Pegawai disanapun kelihatan terkejut dengan keadaan kami ketika itu. Manalah ada agaknya pasangan yang kelihatan intim, romantik, sambil berpelukan & berpegangan tangan kesana untuk ambil borang perceraian. Tetapi hakikatnya itulah kami ketika itu!!! Kami berjanji walaupun rumahtangga kami berakhir begini, impiam menjadi suami isteri hingga akhirnya tidak tercapai kami sepakat akan tetap menjadi kawan, rakan & sahabat yang baik.
Takdir Allah, kita merancang Allah jua merancang... namun perancangan Allahlah yang terbaik. Entah kenapa, setelah semuanya hampir pasti, saya juga telah lebih bersedia tiba2 suami datang membawa sekuntum bunga sambil berlutut didepan saya memohon maaf meminta permintaan saya ditarik balik. Katanya dia tak sanggup kehilangan sebutir mutiara yang telah 21 tahun digilapnya hanya kerana wanita itu. Dia tidak mau wanita sosial, wanita yang tidak solat memasak makan minumnya & anak2 setelah ketiadaan saya.
Saya yang terkedu ketika itu tidak mampu berkata apa2. Seperti biasa saya peluknya dengan erat. Tanpa berfikir panjang saya menyambut huluran kemaafannya & menarik balik permintaan saya apatah lagi ketika itu saya melihat sebahagian anak2 saya sedang mengendap kami dibalik pintu dengan muka & mata yang bercahaya agar baba & mama mereka bersatu semula.
Dia berjanji melupakan wanita itu. Dia meminta saya masa untuk menamatkan semua mimpi2nya. Dia minta bantuan saya untuk bangun dari mimpinya. Bermula saat itu juga katanya dia mengembalikan semula cintanya yang telah hilang buat saya. Cinta buat saya disematkan semula dalam hatinya. Kami betul2 bercinta semula ketika itu. Kami menyemai semula cinta kami dibumi Cameron berdua. Kami bercinta semula disana bagai dunia kami yang punya... sungguh indah saat2 itu jika difikirkan semula.
Walaupun semasa disana wanita itu masih menghubungi suami menuntut janji tapi saya abaikan semua itu. Suami minta saya masa, saya beri dia masa.
Sekembalinya kami dari menyemai cinta baru kami, saya dikejutkan dengan sapaan wanita itu yang selama ini tidak pernah menyahut sapaan saya. Kami berbual dari satu perkara kesatu perkara hinggalah kemuncak pada pengakuan dasyat yang dibuatnya tanpa sikitpun rasa malu & segan atau bersalah pada saya mahupun Tuhan! Dalam esak tangis yang menggelatarkan seluruh badan, pada suami saya minta kepastian. Kalaulah ketika itu dia menafikan saya yakin pasti & percaya, saya akan percaya sepenuhnya pada suami ketika itu. Tetapi tanpa penafiaannya saya memang betul2 terpana, Idola yang saya taksubkan sanggup mengkhianati saya, mengkhianati amanah Allah pada status & maruah serta harga dirinya hanya kerana cinta.
Pengakuan suami juga bahawa dia tak mampu melupakan wanita itu. Katanya dia telah cuba membuang kenangan2 itu didalam jurang yang paling dalam, tetapi tidak berjaya. Manalah dia mampu membuangnya kejurang yg dalam jika dia tidak berusaha pun kearah itu. mereka masih berhubung antara satu sama lain. Janjinya pada saya untuk melupakan wanita itu diengkarinya. Dengan tindakannya itu bukan saja nak membuang kenangan2 itu dijurang dalam, malah ditepiannya pun tidak.
Kemuncak itu saya memohon petunjuk dari Allah agar diberi jalan pada saya. Akhirnya saya mendapat gambaran yang sama ketika saya memohon untuk berpisah dahulu. Saya melihat gambaran suami yang semakin menghilang dari pandangan saya. Saya nekad memintanya menikahi wanita itu agar mereka dapat menebus apa yang telah mereka lakukan. Mohon ampun pada Allah bersama2.
Tetapi setelah tau kami tidak jadi berpisah, wanita itu minta masa pada suami untuk menerima saya dalam hidup mereka. Akhirnya pada penghujung april dia dapat menerima saya. Suami mempertemukan kami. Alhamdulillah saya melihat tiada cacat celanya dia dimata saya. Amat lemah lembut, bercakappun suara antara dengar dengan tidak. Patutlah suami terpaut hati, memang berbeza berbanding saya yang suara bagaikan halilintar membelah bumi.
Hasil dari pertemuan itu, kami bertiga berbincang hati kehati. Kami berpelukan erat dalam telekung disejadah selepas solat berimamkan suami saya & bakal suaminya. Macam2 kata & janji yang kami sepakatkan. Saya telah maklumkan & minta pada mereka berdua jangan kecewakan saya dalam apa keadaan pun. Saya telah cuba sadaya saya menyatukan kasih sayang & cinta mereka dengan cara yang diredhai. Jika sebelum ini saya kecewa hanya pada suami tetapi selepas ini jika saya rasa kecewa saya kecewa padanya juga kerana ketika itu telah ada rasa sayang saya pada wanita yang bakal berkongsi kasih dengan saya itu. Walaupun antara tempoh itu suami sentiasa berbelah bagi, main tarik tali antara mahu atau tidak tetapi sayalah yang banyak menyabarkannya. Saya minta dia pikir betul2.
Saya juga berjanji akan memberi ruang & peluang yang sepenuhnya pada mereka dalam membina bahagia mereka, ini masanya saya memikirkan diri saya yang telah lama saya abaikan. Saya minta selepas mereka sah bernikah saya dibenarkan menetap di rumah yang suami saya beli di SP. Izinkan saya merawat hati & membina bahagia saya dengan cara saya. Wanita itu juga melahirkan rasa hanya ingin menumpang sedikit sahaja kasih sayang antara kami. Sungguh indah saat itu, masing2 berjanji itu ini. Mengaku begitu begini. Kerana telah lahir sedikit rasa sayang saya & Kasihan padanya yang tidak mampu melahirkan anak saya juga melahirkan kesediaan untuk mengandung & melahirkan seorang anak untuk dijaganya sebagai anak sendiri.
Selepas dari itu saya selalu diminta suami menemaninya berdating dengan kekasih hati untuk melepas rindu. Saya bersedia menemaninya dengan niat ingin merapatkan juga hubungan saya dengan bakal madu. Tetapi rupanya semakin kerap kami bertemu bertiga rupanya ada rasa tidak senang dipihak wanita itu. Kata2 perlukah saya diajak bersama, perlukah saya hadir sama antara mereka kerap kedengaran & saya baca. Akhirnya perlukan lagi saya menjadi muka tembok. Impian untuk kehadiran saya & anak2 dihari bahagia mereka juga dipertikaikan. Permintaan suami meminta saya hadir dihari bahagia mereka juga sudah suami abaikan.
Akhirnya satu demi satu keluhan saya dengar. Kata2 ikhlas, izin & redha saya hanya dimulut saja selalu kedengaran. Kata2 saya mahu memisahkan mereka juga sering diucapkan. Saya yang sanggup menemani sauami berdating dengan kekasih hati, saban hari saban waktu saban detik melihat & mendengar suami berchating, bermesej & bercakap ditelefon dengan kekasih dikatakan mahu meisahkan mereka & bersikap tidak ikhlas sebenarnya. Ikhlas bagaimana lagikah yang mereka mahukan dari saya sedangkan saya yang saban hari meminta mereka cepat2 bernikah. Saya tidak heran dengan anggapan wanita itu, tetapi sikap suami yang menurut apa saja kemahuan wanita itu yang amat saya kesalkan. Bertitik tolak dari semua itu terjadi kemelut yang amat besar antara saya dengan wanita itu. Sememangnya dengan tindakan itu saya percaya susah kami nak berbaik semula seperti dulu.
Pada suami saya minta pertimbang semula niatnya untuk bernikah dengan wanita itu kerana hubungan kami yang tidak lagi baik. Tetapi suami nekad. Sepuluh hari sebelum tarikh keramat itu saya sujud, saya sembah, saya kucup kakinya agar memikirkan semula tetapi rayuan saya tidak diendahkan. Tangisan & rayuan terakhir saya pada pagi hari pernikahan mereka 26 jun 2010 juga tidak suami endahkan. Dia tega meninggalkan saya tanpa pujukan pada pagi itu. Sejak itu saya nekad andainya suatu hari dia merayu saya seperti itu rayuannya tidak akan saya hiraukan!!
Akhirnya pada tarikh 26 jun 2010... 22 hari selepas tarikh ulangtahun perkahwinan saya & suami sahlah saya ditakdirkan Allah berkongsi kasih dengan wanita lain. Walaupun ada kata2 sumbang yang saya dengar, bahawa andainya sebelum tarikh itu saya merayu wanita itu agar tidak bernikah dengan suami tentu pernikahan itu tidak terjadi. Tidakkah itu cuma kata2 hipokrit. Kenapa setelah hubungan tidak lagi baik barau nak berkata begitu. kenapa tidak berundur ketika kami baik dahulu, kenapa tidak berundur ketika saya mendakapnya dengan erat dalam kain telekung diatas sejadah!!!
Rentetan dari itu, berbagai2 yang telah saya alami semenjak suami berpoligami. Soal giliran yang sebelum ini kami mau fleksibelkan tidak menjadi kenyataan. Suami perlu berada bersama orang baru ketika orang baru bercuti atau kerja siang. Saya pernah diminta balik kampung lebih awal hanya kerana mereka mahu berbulan madu memadu kasih sedangkan sebelum ini cukup susah saya nak diberi keizinan balik kampung menziarahi mak abah walaupun mereka sakit. Anak demam pun tidak balik menjengok hanya kerana ketika itu janji giliran dirumah sana. Tiada lagi mesej & telepon bertanya khabar ketika berada dirumah sana berbanding ketika dirumah saya. Terjaga pukul 3,4 pagi pun telefon orang sana bertanya khabar. Tiada lagi telepon menggerakan saya solat subuh ketika disana seperti menggerakkan orang sana ketika berada dirumah saya. Bermacam2 lagi yang semakin hari saya merasakan saya semakin diketepikan & dipinggirkan, Semakin lama saya merasakan saya yang berkahwin dengan suami orang & menjadi orang no 2.
Tiada satupun janji2 mereka pada saya yang mereka tunaikan selepas mereka dapat apa yang mereka hajatkan. Termasuklah membenarkan saya menetap di SP. Sehingga sekarang keputusan saya menetap disini dipersoalkan & dipersalahkan. Salahkah saya menuntut janji. Kenapa baru sekarang mempersoal soal jauh. kenapa masa tu mudah berjanji hanya kerana belum dapat apa yg diidamkan??
Selepas mereka bernikah tidak sekali pun suami membawa isterinya berjumpa saya sebagai orang no 2. Yang datang kemudian. Sekali mengikut suami ke SP ini hanya kerana suaminya mengajak tetapi dalam hati masih menyimpan rasa syak wasangka saya akan berbuat apa2 padanya. Tiada satupun ucapan maaf atau terima kasih dari mulutnya selaku orang no 2!! Datang kerumah nak hantar anak keasrama pun saya turun jemput naik kerumah tak mau. Ucapan2 selamat dari saya atas pernikahan mereka tidak dilayan. Aidiladha yang baru lalu saya ajak raya bersama tetapi tidak diendahkan rupanya dia hanya mahu beraya bersama suami &a nak2 sahaja, tanpa kehadiran saya.
Bagaimanakah lagi saya mahu beralah. Hakikat saya wanita biasa yang serba kekurangan yang punya hati & perasaan macam wanita lain. Saya bukan wanita besi, SAYA HANYA WANITA BIASA YANG PUNYA HATI & PERASAAN!!!
Kemuncak mau lari dari semua kemelut yang meletih, memenat, menyesakkan ini akhirnya saya terdampar di bumi SP ini keseorangan. Saya memang tidak boleh kembali menetap dirumah penang tu. Pelawaan saya kerumah ditolak, tetapi datang kerumah tanpa kehadiran saya & menggunakan katil, bilik saya dengan cara kurang ajar tanpa sedikit pun rasa bersalah antara mereka memang tidak dapat saya terima. Tau tu isteri dia, hak dia.. tetapi tidak bolehkah menggunakan bilik & katil lain. Hanya itu satu2nya hak milik, maruah & harga diri saya yang tinggal. Tidak cukupkah saya memberi laluan mudah mereka bersatu. Tidak cukupkah lagi saya berkorban kasih demi cinta mereka. Mereka tidak kurang satu apapun. Mereka dapat apa yang mereka mahu & idamkan, tetapi sayang yang hilang banyak perkara. Luka hati saya yang lebih terasa. Tidak bolehkan mereka hargai saya walaupun sedikit. Mereka bukan saja tidak membantu saya merawat hati saya, malah mereka tikam lagi bertubi2.
Saya pernah katakan pada suami, selagi ada rasa kasih sayang, cinta saya padanya saya akan terus bertahan walau apapun dugaan yang mendatang antara kami. Tetapi seandainya satu hari saya tak boleh bertahan lagi, tak kuat menahan lagi maknanya semua rasa itu sudah tiada lagi padanya. Saya percaya inilah masanya. Saya minta maaf sebab tak dapat pertahankan cinta saya padanya. Tiada lagi rasa rindu, mengharap padanya walaupun sehingga 3 hari, 5 hari, seminggu, 10 hari malah pernah 15 hari dia tidak balik menjengok saya di SP. Tiada lagi pertanyaan padanya bila nak balik?... Tidak lagi bertanya kenapa tak balik jengok....
Tentang anak2 pula, mereka semakin membesar. Sudah bijak2, pandai2 belaka hasil didikan baba yang amat meraka sayang, sanjung walau apapun yang baba mereka buat berbanding saya. Mereka semua anak2 yang mendengar kata hasil tunjuk ajar & nasihat baba super hero mereka. Jika bersama saya pun tidak lagi bertegur sapa, tiada lagi huluran salam & peluk cium seperti kebiasaannya...Tiada lagi dakapan erat seperti selalu....apalah gunanya saya pertahankan rumahtangga yang memang sudah tidak dapat dipertahankan lagi ini hanya kerana anak2.
Semasa dua sikecil berada bersama saya, memang itulah satu2nya punca saya bertahan. tetapi selepas mereka dibawa pergi dari saya, saya yakin saya tak diperlukan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah ada pengganti ibu baru yang jauh lebih baik berbanding saya. Seorang ibu yang penyayang, yang lemah lembut, yang ada kesenangan & kekayaan yang boleh membantu mereka disaat mereka memerlukan.
Mereka anak2 yang baik. Seharusnya mereka tidak lahir dari perut saya. Selayaknya mereka harus lahir dari perut seorang ibu yang baik. Yang menjaga mereka dengan baik. Yang mendidik mereka dengan sempurna. Yang penting yang melayan & menjaga baba super hero mereka dengan sempurna & terbaik... tidak seperti mama yang hanya mampu mengandung & melahirkan mereka sahaja. Jika diberi pilihan pada mereka ketika itupun mereka pasti takkan mahu lahir dari perut saya...
Saya isteri yang tidak pandai menjaga suami. Saya keras kepala, kurang ajar dengan suami, bercakap kasar dengan suami. Suami sebaik & sesempurna ini saya tidak layan dengan baik & sering saya abaikan. Makan minumnya, pakai tidonya saya layan dengan cara yang tidal wajar. Saya tidak menghargainya ketika dia masih menjadi miliknya. Makan dimata anak2, tiada apa yang perlu saya tangis & sesalkan lagi sekarang.
Saya mama yang amat tidak sempurna dimata anak2. Saya mama yang garang, pemarah, bengkeng, tak pandai melayan kemahuan anak2. Saya mama yang pentingkan diri sendiri.
Takdir Allah sekarang masanya mereka sekeluarga dikurniakan Allah seorang isteri & ibu yang amat sempurna. Jauh lebih baik berbanding saya. Mereka telah dikurniakan isteri & ibu idaman & impian selama ini yang langsung tiada sikit pun pada saya. Jauh panggang dari api dengan saya... saya tahu saya amat tidak sempurna dimata suami &a anak2... cukuplah. Saya tak berdaya menjadi lilin lagi.
Selayaknyalah mereka sekeluarga diberi peluang untuk bersama sebagai sebuah keluarga yang benar2 bahagia. Mereka akan benar2 bahagia hanya tanpa kehadiran saya. Kehadiran saya akan lebih membuat mereka serba salah & hidup dalam ketidakselesaan. Hidup mereka akan lebih berjaya & cemerlang dunia akhirat dengan restu baba terbaik mereka & restu ibu sebaik ibu mereka. Hingga saat itu terjadi mereka tak perlu lagi restu & doa saya.... Doa & restu saya tidak pernah mendatangkan kesan baik atau buruk pada mereka... selama ini!!!
Terima kasih atas nasihat saudara mara, rakan taulan baik dialam nyata atau alam maya. Saya amat hargainya. Kalian tidak berada ditempat saya, tidak berada ditempat suami, anak2... tidak berada ditempat kami. Seperti saya dahulu memang mudah menasihati orang tetapi bila terjadi pada diri sendiri....
Saya tahu redha Allah bergantung pada redha suami. Saya tahu itu. Sebab itulah saya mau ikatan antara kami dileraikan dengan baik. Agar kami masing2 tidak terus terikat dengan rasa berdosa antara satu sama lain. Tanpa ikatan antara kami tidak perlulah lagi saya bernaung pada redhanya. Daripada tergantung seperti ini... kami hanya masing2 labih mengundang dosa & lebih mengecilkan titian sirat...
Secara ikhlas saya nyatakan, tiada rasa benci dendam padanya. Tidak sama sekali. Saya sudah memaafkannya seperti dia sentiasa memaafkan saya walaupun saya tetap dihukum. Namun memaafkan & melupakan satu perkara yang berbeza. Sudah tiada keihlasan dihati saya padanya. Yang ada hanya rasa tanggungjawab & nafsu semata2. Semuanya hanya berlandaskan saya isterinya, dia masih suami saya.. itu saja. Rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta itu sudah tiada. Rasa rindu saya juga sudah tiada. Berkali2 hati saya dilukai & disakiti sejak mereka bercinta. Berkali2.. luka dilukai, saya rawat hati saya sendiri. Bila semakin pulih ianya terluka lagi.. saya rawat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya Allah menjadi teman mengadu & memberi kekuatan. Hingga akhirnya hati itu sudah tiada lagi untuk merasa apapun!!!
Selama ini hidup mati saya hanya pada anak2. Seluruh hidup & masa saya untuk mereka. Merekalah dunia saya. Saya berada dipuncak yang amat tinggi selama 21 tahun ini. Tiba2 dugaan ini membuat saya jatuh tertiarap hingga tak mampu bangun lagi. Saya cuba bangun berkali2 dalam keadaan amat lemah dengan luka parah yang amat sangat, bersendirian... Bila saya baru nak mula bertongkat, saya dijatuhkan lagi.. badan & hati saya disakiti lagi... saya usaha lagi untuk bangun... juga sendirian. Tanpa suami yang dulunya berjanji akan lebih menghargai saya, menyanjung pengorbanan saya demi melihatnya bahagia juga tanpa wanita itu yang dahulunya berjanji akan menyayangi saya sepenuh hati, yang pernah berjanji mahu menjadi kakak adik dengan saya, yang berjanji akan menjaga saya seperti adiknya walau dari segi pangkat saya kakak tetapi saya lebih muda 10 tahun dari dia. Yang berjanji akan selalu menghabiskan masa bercuti bersama saya berdua... semuanya hanya janji. Rasanya dalam janji2 itu semua hanya saya yang menunaikan janji saya....saya berjanji memberi lebih masa mereka bersama, saya berjanji akan dok jauh dari mereka.... saya berjanji tidak mengganggu mereka....
Entah dari mana tiba2 kekuatan itu datang. Saya mampu bangun semula... dengan amat susah payah... Hingga saya berada ditahap ini. Setelah saya berusaha untu berada ditahap ini mahukah lagi saya kembali kejurang yang dalam itu!!! Mahukah lagi saya kembali kesituasi yang amat menyakitkan itu!!! Mereka sudah bahagia, sudah serasi bersama, wanita itu telah benar2 membantu suami dalam segalah hal... tanpa kehadiran saya mereka akan benar2 bahagia nanti..
Saya juga mahu bahagia... saya juga nak hidup tenang walau dengan cara saya... Ramai yang meminta saya bersabar, tabah selalu & memaafkan suami & kembali padanya seperti dahulu. Kenapa hanya permintaan ditujukan pada saya. Tidak dipihak suami. Tak cukukah lagi dengan apa yang saya korbankan sejak menerimanya sebagai suami hingga sekarang.. Sudah tiada apa lagi pada saya untuk dikorbankan yang ada hanya nyawa pinjaman Allah...
Saya tak gembira lagi, tidak bahagia lagi dengan keadaan ini, Saya sudah penat & letih. Ditambah lagi dengan hilangnya rasa sayang cinta saya padanya. Dia juga pernah kata pada saya ketika cintanya baru berputik. Katanya cinta datang & pergi tanpa kita minta. Ianya hak milik Allah...
Saya tak mau ulangi kesilapannya dahulu bertahan demi anak2. Akhirnya dia menderita hingga tiada bahagia. Akhirnya saya yang terhukum. Dia pernah minta pada saya & anak2, beri peluang padanya untuk hidup bahagia bersama wanita itu. Katanya bahagianya ada disana... Kenapa bila saya minta peluang itu, saya dipersoal & dipersalahkan... apakah saya ini terlalu hina dimata suami &a nak2 hingga perasaan saya tidak perlu diambil kira..
Ada yang kata saya akan menyesal dikemudian hari dengan tindakan nekad saya. Itulah risiko yang akan saya tanggung. Apa bezanya dengan keadaan sekarang. Saya berjaya lalui hidup ini sendirian berhari2 lamanya tanpa kunjungan suami &a anak2.. Tiada lagi rasa takut pada kegelapan & kesunyian. Saya sudah boleh mematikan lampu ketika tidur. Saya sudah boleh mengatasi kejang kaki saya diwaktu tengah malam sejuk tanpa kehadirannnya. Saya yang dulu sentiasa kejang kaki ditengah malam, sakit kepala siwaktu pagi, sakit perut bila silap makan kini mampu menghadapinya sendiri tanpa sentuhan tangan ajaib suami lagi.
Walaupun hingga sekarang, luahannya hanya saya yang dicintai, hanya saya yang dirindu... pada orang sana belum ada lagi rasa cinta. Yang ada hanya sayang & tanggungjawab. Baru sekarang sedar silap ambik keputusan bernikah lain, menangis meluah hanya saya yang terbaik, terhebat tetapi sayang, saya rasa semuanya dah terlambat. Semua kata2 itu tidak lagi mendatangkan kesayuan dihati saya...
Hati saya sduah mati padanya.. sedangkan hati wanita itu semakin berkembang & berbunga harapan agar dikasihi, disayangi, dicintai dengan ikhlas oleh suami. Bukankah wanita itu lebih layak diberi peluang berbanding saya...
Betul walaupun perceraian itu halal, tetapi Allah benci. Tetapi mesti ada sebab Allah menghalalkan perceraian itu. Jika tiada lagi rasa ikhlas dalam perhubungan yang akan lebih mendatangkan dosa antara satu sama lain lebih baik diputuskan ikatan itu. Bila kita sedap berkata pasti ada hikmah disebalik yang terjadi saya percaya pasti juga ada hikmah disebalik terputusnya ikatan antara kami.
Selama ini saya hanya seorang isteri yang banyak menyusahkan hidupnya. Saya hanya tahu menadah tangan seperti pengemis meminta kesenangan darinya tanpa pernah memberi apa2. Sekarang dia sudah memilih isteri yang mantap kedudukan kewangannya yang saya yakin & percaya mampu membantu dia dari segi itu..
Cukuplah meminta saya bersabar, bertahan, tabah selalu... hakikatnya saya memang tiada semua itu... saya wanita biasa....
Teruskanlah ketabahan itu, Allah akan sentiasa bersamamu selagi Jne tidak melupakanNya. Sebenarnya, saat Dia dilupakan pun, Dia tetap bersama kita.
BalasPadamJun,
BalasPadampabila IM rasa sesak di dada, IM akan tidur dengan harapan bila bangun nanti sebahagian dari kesesakan itu akan hilang. Bila terjaga, IM akan mandi sebersih-bersihnya seolah-olah membersihkan jiwa dari segala kekusutan.
IM akan memakai pakaian yang paling IM suka. IM bisikkan ke dalam diri, IM adalah diri IM. IM akan buat apa yang terdaya sejujurnya. Tidak perlu berlakun jadi orang hebat kalau sebenarnya kita tidak hebat.
IM adalah IM. orang lain tidak tahu apa yang ada dalam diri IM. Susah dan senang IM yang merasakan. Tidak juga salahkan mereka. Memang gitu suratan Ilahi.
IM cuba untuk berdiri teguh. IM beritahu diri IM, IM akan tempuhi semuanya ini dengan kuat dan tabah. Tiada siapa yang dapat menolong IM melainkan IM sendiri. IM tahu Tuhan tidak bertanya apakah IM berjaya tetapi Tuhan bertanya apakah IM telah berusaha.
IM buangkan segala yang pahit dari dalam diri walaupun IM tahu ianya payah. IM ingin jadi manuisa baru setiap masa.
IM ingin menghabiskan sisa sia hidup yang ada dengan berbuat baik dengan semua orang. IM ingin membuatkan sekeliling IM senyum senang.
Jun,
Mak IM selalu berkata;
berbuat baiklah dengan orang lain tapi jangan terlalu baik.
Jangan berak di atas pinggan sendiri.
hidup di dunia ini tidak lama. langkahlah satu demi satu. sabarlah. percayalah pada diri sendiri.
IM doakah Jun sentiasa berhati-hati dalam hidup. IM tahu, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.
senyumlah pada dunia. selagi ada nafas berdesir selagi itu hidup mesti ditempuh. selagi itu juga harapan masih ada.
cuma pesan IM, jaga diri baik-baik. fikir secara positif. bertindak secara jujur dan realistik.
Jun adalah Jun. tidak ada duanya. selagi orang lain suka kepada kita, kita terima. jika mereka benci pun kita terima. berlapang dada insyaAllah menenangkan jiwa.
selalu doakan untuk anak-anak agar mereka bahagia. Doakan secara penuh ikhlas walaupun mereka tidak mengetahui. itu adalah hadiah paling mahal buat mereka - doa seorang ibu - yang mungkin mereka tidak mengerti....
IM akui kecekalan Jun...!
Asl'kum MM...
BalasPadamTerkedu saya membaca catitan & rintihan MM...
Semoga suami MM sedar dari kealpaannya, tidurnya dan kekeliruaannya; dan kembali memimpin keluarga2nya seperti yg diamanah oleh Allah SWT.
Semoga suami MM dapat membaca luahan hati MM, insaf dan dapat mengUPgradekan ilmunya; kerana walaupun sebagai seorang guru, tak semestinya ia telah pandai dan mengetahui segalanya. Kembalilah kpd Allah, dan mohon hidayat dan taufiq. Perbaiki keadaan, kesilapan dan jadilah seorang lelaki Muslimin yg mencontohi Rasulullah, bukan lelaki meLAYU yg berlambak disana sini.
Diharapkan MM dapat terus teguh, kuat dan sabar. Tingkatkan ilmu MM. Teruskan memberi peringatan dan perangsang kpd suami akan tanggungjawab dan amanah Allah SWT, agar suami MM tidak terus berkhayal, tidur, dan bermimpi disiang hari. Almaklumlah kita semuanya ni hamba yg lemah, dan meningkat tua. Maka sentiasalah saling nasihat-menasihatilah atas dasar kebenaran dan kesabaran.(refer Surah Al-Asr).
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tiada apa yang saya mampu ungkapkan. Segalanya telah jelas.
BalasPadamSemoga Allah mempermudahkan urusan Mamamoden di dunia dan di akhirat. Amin.
subhanallah...hebatnya kuasa hati seorang wanita bersabar menempuh setiap dugaan yg Allah turunkan...saya kagum baca entry ni...sesungguhnya Allah memang sayang mamamoden sebab Dia menguji secara-bertubi2 dgn ujian berat...semakin Dia sayang, semakin berat ujian Dia turunkan utk uji sekuat mana hambaNya akan terus mempertahankan iman dan terus bergantung padaNya...
BalasPadamSalam Kak..
BalasPadamTerasa kelu lidah bila membaca hakikat kemelut yang melanda. Syukur Allah berikan kekuatan kepada akak untuk hadapi semua dugaan ini. Akak antara hambanya yang disayangi. Semoga akak terus kuat hadapi hidup ini & jauhkan perkara2 buruk yang merosakkan diri sendiri. Semoga masa akan berlalu bersama derita & membawa cahaya baru yang membahagiakan.
Kak.. Allah sentiasa bersama2 orang yang sabar. Teruskan kesabaran akak.
Suhanallah..
BalasPadambaik nya MM.bersusah payah dr awal lg utk carikan madu utk suami tersayang.
kalu saya ..entah ler.petikan dr skrip filem mami jarum > abg kalu nk kawin lagi ,jgn sampai saya buat dosa.DOSA APA?...dosa membunuh.hahaha
anyway..terus kan ler dgn ketabahan MM.
Insyallah 1 masa nnti,cepat atau lambat.akan ader kebahagian BERKELUARGA.
Insyallah 1 hari nanti MM akan berkumpul sekelurga anak2 menantu2 dan cucu2 bercerita ttg segala dugaan dunia yg dpt MM atasi dgn pertolongan ALLAH.
semuga ALLAH pemudahkan segala urusan kehidupan dunia akhirat MM,AMINN
dari saya yg bernama kak wati.
p/s,sory ler buat joke kat atas tu.nk kasi MamaModen SENYUMM seindah suriaa.
salam..
BalasPadamsaya juga mengalami apa yg MM alami..
benar,
bila hati sudah retak
bila hati kehilangan rasa
semua nya tidak berguna lagi!!!
selamat kembali ke alam damai...
Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya. Nabi Ibrahim: Siapakah kamu? Menantu: Aku isteri Ismail. Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail? Menantu: Dia pergi berburu. Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga? Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang. Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya). Menantu: Ya, baiklah. Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka. Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu? Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail: Apa jawapanmu? Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang. Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu. Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu. Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali. Nabi Ibrahim: Di mana suamimu? Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu. Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan? Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang. Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu. Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan. Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan? Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu. Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim). Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail). Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya. Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah? Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu. Nabi Ismail: Apa katanya? Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita. Nabi Ismail: Apa jawapanmu? Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum. Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa? Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu. Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan. Isteri: Alhamdulillah, syukur. Di dalam kitab Muhimmah disebutkan bahawa antara sifat isteri yang solehah ialah dia memuliakan keluarga suaminya lebih daripada keluarganya sendiri. Apabila ia tidak memuliakan keluarga suami, bererti ia telah menderhakai suami.
BalasPadamsalam
BalasPadamyer dia sudah menggantikan tiang itu... Alhamdulillah Amin...
...apalah MM, bukan tukar tiang...ni kes tambah tiang... :-)
BalasPadamMoga lebih kuat pacak rumahtangga, diperbaiki apa yg patut dibaiki; menjadi lebih baik daripada apa yg telah berlalu; yok !! kita hijrah kembali kejalan amalan2 ahli syurga, mempersiapkan diri untuk kiamat kecil, kerana orang yang paling bijak/cerdik adalah orang yang banyak mengingati mati, dan mempersiapkan dirinya....
tambah tiang dulu, bila dah serasi, yakin pasti baru tetas tiang yg lama tu.. tiang lama yg telah dimakan anai2, berkulat & berlapok memang tak elok dibiarkan lama2... Alhamdulillah semoga proses menakik tiang itu akan selesai dengan cepat & mudah...
BalasPadamraabi yassirha wala tuassirha..
BalasPadammama,ksabaran mama pasti ada gnjarannya!
mm sabarlah....mek saya juga pernah mengalami situasi seperti mm.rupa-rupanya..........allah buat yang terbaik untuk hambanya.........sekarang mak saya hidup bahagia bersama bapa tiri saya yang beriman dan mengamalkan ajarannya dengan sepenuh hati...kami semua tumpang bahagia dengan bapa tiri yang beramal apa yang di bawa rasulnya....dulu hidup mak terlalu derita......kalau tak ada iman di hati.....nescaya bisa membunuh diri......tapi kini semuanya sudah bahagia......dan terlalu bahagia ........sabarlahhhhh.Di doakan moga memberikan jodoh suami yg beriman dan beramal...aminnn...ya allah.insyaallah doa orang yg teraniaya tiada hijabnya....
BalasPadam=) terus tabah!
BalasPadamNor,
BalasPadamAssalamualaikum, kagum atas kesabaran Mama Moden. Saya telah membaca posting puan yang terkini dan juga yang lama dengan tujuan utk mengetahui lebih lanjut tentang kisah puan. Ingin saya sampaikan rasa terkilan kenapa puan memilih hidup bersendirian tanpa anak-anak. Itulah adalah kesilapan paling besar puan buat. Puan terlalu ideal bila berbicara pasal poligami dgn suami sehingga sanggup mencari calon utk isteri kedua. Puan yang banyak memberi ruang untuk suami utk poligami akhirnya dia sendiri berkahwin dhn test dia sendiri dan puan gagal mengawal emosi puan. Hakikat itulah sebenarnya wanita.
Puan...sesuatu yang mesti kita tahu cinta hanya ujud sebelum kita berkahwin...tapi selepas kahwin hanya kasih sayang dan tanggung jawab yg ujud dlm pasangan masing2. apa yang dikatakan oleh suami puan itu adalah betul. Kenapa puan mengambil keputusan berpisah kerana merasa suami puan tidak merasa cinta sedangkan puan tak habis2 memuji kebaikan suami puan. Agak pelik! Puan memilih jalan yang amat merugikan puan sendiri setelah lebih 20 tahun berkahwin, mengorbankan zaman anak dara sunti dan melahirkan tujuh zuriat tiba-tiba puan meninggalkan begitu saja. Sedangkan suami puan enggan melepaskan puan.
Anak-anak yang sedang membesar penting berada disisi ibunya. Sentuhan, didikan, masakan, leteran walaupun ada kekurangan tapi itulah kelebihan ibu disisi anak-anak. Secara peribadi saya tak sanggup anak2 saya dijaga oleh wanita lain walaupun sebaik manapun! Puan ...jangan kita berkeras hati sehingga membawa kerugian. Puan sepatutnya menunjukkan puan lebih hebat,ubah penampilan, bergaya dan cari ilmu apa saja utk berjaya.
Maaf..seandainya terkasar bahasa...saya tak mahu puan berkeluh kesah dlm blog bukan semua orang suka...tapi biar puan bijak membuat keputusan dan tidak rugi selamanya.
Tanpa nama, anda tidak faham erti tidak mahu melepaskan... perlu ker kata2 itu diluahkan jika masih sayang??? bagaimana saya tidak minta dilepaskan jika mahu bersama saya yang masih isterinya yg sah pun sudah mulai bimbang, bimbang jika isterinya merajuk & mahu bsama saya tetapi bimbang kalau isterinya dapat tahu, tak mau bergaduh dgn isterinya..so apa title saya sebagai isteri, isteri yg harus dilawati dgn cara sembunyi2...
BalasPadamsudahlah, cukuplah.. kalau tindakan ini satu kerugian buat saya, saya terima... prinsip saya, bila sayang apapun saya sanggup korbankan, tetapi bila sudah tiada sekali org bersikap tak mau pd saya 10 kali saya juga tak mau!!!!
terima kasih atas nasihat...
pertama kali ke sini. tergerak membaca coretan yang ini bila lihat gambar rumahku syurgaku hanya tinggal kenangan...
BalasPadampengorbanan anda sangat besar, melahirkan 7 anak kemudian rela berpisah demi kebahgiaan mereka. dengan pengorbanan yang ikhlas, yakinlah kebahgiaan akan dikurniakan buat anda juga, tunggu lah masa yang ditentukanNYA.
saya setuju dengan tindakan anda kerana memang kita berhak memilih demi kebahgiaan kita. dan saya sendiri akan menasihati sesiapa dalam keadaan anda untuk berpisah..dari mula lagi dan kemudian berserah masa depan kepadaNYA yang Memberi segalanya. memang pilu bila kenangkan anak2 tapi insyaaAllah satu hari nanti mereka akan mencari dan bersama anda semula.
saya merupakan silent reader blog anak sulung MM.tetiba tergerak hati melihat blog MM di bln puasa ini.sy pernah mengalami situasi sama dgn ank MM.ank sulung dr 7 beradik.dlm keluarga kami,abah merupakn insan yg plg byk menyumbang berbanding ummi yg byk 'memusnahkn'krn penyakit@perangai bengkeng n kuat curiga yg x dpt diubah.sampai pernah berdoa agar abah dpt kawin lg utk kebahagiaan dirinya.pernah cuba merapatkn abah dgn seorg cikgu andartu sek sy yg amat sy suka tp x berjaya,hehe.tp masa sy di uni,dia ada affair dgn seorg cikgu janda yg mengajar sesekolah dgnnya.disebabkan sy ank sulung n merupakn ank abah,dia memperkenalkn sy dahulu pd wanita itu.xtau kenapa,sy menangis semau2 slama berhari2 lps pertama kali berjumpa tu.pelik jugak rsnya sedangkn sblm ni beria2 nk lihat dia bahagia dgn mak baru.rupanya,dlm kelembutan n kecomelan wanita itu,slps mereka kawin,abah sy lebih menderita berbanding masa bersama ummi sy.mujurlah parents sy x bercerai waktu itu.kemudian,abah sy bercerai dgn bini no2.bahagia sekejap kami lps tu sbb ummi dh mcm berubah skit.perangai lamanya masih ada tp x kerap mcm dulu.tp sygnya bahagia x lama krn abah meninggal krn kanser pd 2008.skrg hanya menumpang kasih ummi sbb adik ramai yg dh kawin tp sy masih bujang lg.xleh manja2 ngn adik2 mcm dulu lg.sgt sedih waktu mereka berkawin sbb sy bagaikan mak ke2 mereka sbb ummi selalu emosi x stabil ms mereka kecik2 dl.lps kawin masing2 ikut suami,lebihkn suami.tp itu dh tanggungjwb mereka,xleh nk kata apa.kesimpulannya disini,walau seteruk manapun kelakuan MM ms jadi ibu mereka dl,selagi MM tetap menjaga mereka ms mereka kecil,tak lari jauh dr mereka,smpi 1 masa,Insya-Allah MM akn dpt blk kasih syg ank2.sy yg blh dikatakn musuh ketat ummi dulupun(sbb byk mempertahan abah n adik2) skrg kl blh nk blk duk dgn ummi.risaukn dia duk berdua saja dgn adik bongsu.rupanya ada hikmah di sebalik kejadian.walaupun seteruk mana ummi sy dulu dan sebaik mana wanita lain di mata saya,ummi sy tetap berada no 1 dlm hati.rasa2nya ank MM pun cmtu juga.Insya-Allah..
BalasPadam