20 Januari 2011

Tahniah Sahabat... Semoga Beroleh Kejayaan!!


Assalamualaikum...


Bangun pagi tadi sambil berjalan ke bilik air untuk mandi & bersiap ketempat kerja, saya mendengar berita radio jam 9 memaklumkan tentang calon2 bertanding PRK Tenang Segamat Johor darul Takzim, negeri kelahiran saya, kampung saya....

Sewaktu diumumkan calon dari PAS saya mengalirkan airmata kegembiraan apabila mendengar nama Puan Normala Sudirman disebut sebagai calon.

Tahniah sahabat... dirimu sudah berada hingga tahap ini. Diberi kepercayaan oleh seluruh kepimpinan memikul satu tanggungjawab yang amat berat. Berada dalam jemaah muslimat pun sudah begitu besar tanggungjawab & amanah yang kita galas, inikan pula berada didalam kelompok masyarakat yang perbagai bangsa, agama, budaya & latar belakang politik tentunya.

Menjadi wakil rakyat, dirimu bukan sahaja mewakili satu jemaaah, tetapi mewakili seluruh masyarakat setempat baik yang memberi undi atau pun pada yang tidak.

Masih saya ingat ketika sama2 menghadiri muktamar dahulu, setiap kali antara kami selesai memberi ucapan mewakili negeri masing2, kami akan berhubung melalui telefon untuk memberi ucapan tahniah atas ucapan bernas masing2...

Ketika saya doberi kepercayaan mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat membawa usul , sebaik habis ucapan saya, saya menerima mesej tahniah dari beliau. Begitu juga ketika beliau mewakili Negeri Johor menyampaikan ucapan penangguhan, saya yang tidak hadir ke muktamar pada tahun itu, sekadar melihat ucapannya dilaman web segera menghubungi beliau menyampaikan ucapan tahniah atas ucapan. Setiap kali muktamar atau program membabitkan seluruh negeri kami pasti akan bertemu antara satu sama lain.

Kini sudah lebih 6 tahun kami tidak pernah berjumpa lagi. Saya percaya dia masih aktif hingga kini. Entah dia masih ingat pada saya atau tidak!!

Semoga berjaya Puan Normala Sudirman....


19 Januari 2011

Memang... Memang Bukan Mudah Sebenarnya!!!


Assalamualaikum.....



Apalah lagi yang mampu saya kata & luahkan. Berat mata memandang berat lagi bahu kami semua yang memikulnya. Memang hakikatnya orang luar dari lingkungan kami hanya mampu memandang & berkata2 itu ini, begitu begini. Bercakap memang mudah tetapi melaksanakan apa yg dikatakan amatlah payah.

Selama 21 tahun saya tak pernah nafikan sayalah wanita yang paling bahagia. Punyai suami yang baik, anak2 yang taat, patuh & mendengar kata. Walaupun kami hidup dalam serba kekurangan tetapi kami amat bahagia. ( saya merasakan itu, terpulang bagi pihak lain apa pula yang dirasa )....

Hingga ketahap ini apa saja dugaan, ujian, cabaran yang tidak kami hadapi. Meniarap menelan pasir, menelentang menadah embun, bersama kami hadapi bersama 7 permata hati tahun demi tahun. Dengan kerenah keluarga kedua belah pihak diperingkat awal perkahwinan, ipar duai, mertua, masyarakat, kewangan, orang ketiga malah dugaan hati & perasaan kami sendiri.

Saya tahu ramai yang menempelak, mengata, mempertikaikan tindakan saya menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Tidak diri saya, tidak dipihak suami, tidak juga dipihak sana...

Sejak dahulu saya tahu, bermula dia menerima saya sebagai isteri tanggal 3 jun 1989, saya sedar & tahu sayan bukan insan yang selayaknya menjadi suri hatinya. Jika dia masih ingat sejak hari kami diijabkabulkan saya katakan padanya jika suatu hari dia bertemu insan yang lebih baik, lebih sempurna dari saya... kahwinlah dengan wanita itu.

Jika seusia budak 14 tahun sejak dinikahinya berkata begitu padanya, mengapa sekarang pula saya mempertikaikan tindakannya memadukan saya dengan adanya suri lain!!!. Hanya menanam tebu dipinggir bibirkah saya selama ini. Walau hakikatnya saya memang seorang yang cemburu. Malah mungkin dalam dunia ini sayalah satu2nya wanita bernama isteri yang paling cemburu.

Cemburukah saya jika saya pernah merisik dua rakan sekerja suami untuk berkongsi kasih bersama saya. Tidak kira lagi sahabat2 saya dalam jemaah yang saya risikkan. Saya berbuat begitu kerana saya merasakan mereka2 ini wanita yang lebih baik, lebih sempurna sahsiah & akhlaknya dari saya. Insan2 yang begitu saya rasakan memang layak berganding bahu, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan suami berbanding saya.

Tetapi akhirnya dia temui juga cinta baru, kasih sejati. Cinta yang dicari2nya melalui laman sosial selama ini tercapai jua. Ini bukan yang pertama. Sebelum ini juga hampir terjadi, tetapi takdir Allah tiada jodoh.

21 tahun menjadi isterinya cukup untuk saya merasakan apa yang tidak kena padanya. Begitu juga rasa dia pada saya. 21 tahun bukan jangka masa yang pendek. Saya hidup bersamanya lebih lama dari hidup bersama mak abah & keluarga saya. Saya bergantung hidup sepenuhnya dibahunya. Saya berdiri benar2 diatas kakinya. Sejak dahulu saya tanamkan tekad saya takkan mampu hidup sendiri tanpanya disisi saya. Dia bukan saja suami & ayah anak2 saya malah dialah guru, abang, ayah, rakan, kekasih, idola saya. Saya bukan saja kagum dengannya malah sehingga saya begitu taksub padanya.

Saya tak nafikan dia suami terbaik yang saya ada. Jika ditakdirkan sudah tiada jodoh antara kami & saya bertemu jodoh dengan insan lain, tak mungkin lagi saya akan dapat suami sebaik dia. Suami yang penyabar, bertanggungjawab pada saya & anak2, cukup sabar dengan kerenah saya & anak2, cukup sabar dengan sikap saya padanya sejak kami diijabkabulkan hinggalah sekarang. Saya tak pernah nafikan itu.

Saya pula sejak dulu saya sedar saya bukan isteri yang baik. Bukankah sudah dikatakan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Saya memang tak layak menjadi isterinya. Namun entah kenapa jodoh kami kuat. Dia bertahan dengan kerenah saya, saya juga cuba sehabis baik bertahan dengan kesusahan kami.

Sejak sebelum kelahiran permata hati kami yang ke6, saya sudah merasakan ada yang tidak kena dalam hubungan kami. Perkara yang remeh pun kami besar2kan. Saya cuba menyelami hatinya, meneka2 dalam kesamaran. Menerjahnya adakah sudah tiada cinta dihatinya buat saya. Seperti biasa dia selalu menafikan. Katanya cinta, kasih sayangnya hanya untuk saya dunia akhirat. Janji kami sehidup semati tetap terpahat.

Akhirnya dalam pelbagai kemelut lahir juga 2 permata hati kami selepas 5 yang lain sudah semakin membesar. Sejak lahirnya sibongsu tabiatnya berinternet semakin menjadi2. Puas saya merayu hentikan, biarlah berpada2. Cukuplah... Tetapi tidak pernah diendahkan. Motonya mencari cinta sejati sering di paparkan dimana2.

Akhirnya pada mac 2010 terbit kata2 tiada cinta lagi dihatinya buat saya. Yang ada selama 5 tahun ini hanyalah rasa kasih sayang, kasihan kerana telah lama dia menjaga saya. Rasa cintanya pada saya telah hilang sejak kelahiran permata ke6 dahulu. Tak perlulah saya persoalkan apa perasaan seorang isteri jika terbit kata2 dari mulut seorang suami yang ketika itu cintanya, sayangnya, kasihnya pada suami terlalu menggunung tinggi, melaut tak bertepi.

Katanya dia tak bahagia bersama saya. Hidupnya dipenuhi derita yang lama dipendam. Dia bertahan selama ini hanya kerana anak2. Bila mendengar luahannya ketika itu memang saya rasa bersalah yang amat sangat. Rasa berdosa kerana membuat insan yang sayang sayang, insan yang saya cintai sepenuh hati merasa derita & tak bahagia bersama saya. Selama bertahun2.... Sedangkan selama ini saya amat bahagia menjadi isterinya, bersyukur punyai suami sebaik dia.

Semenjak saya merasakan saya telah menjadi insan yang merawat hatinya akibat kecewa cinta pertamanya, saya merasakan dia bahagia sudah bersama saya. Namun rupanya kecewa cinta pertamanya tak pernahpun terubat dengan kehadiran saya. Belumpun cintanya utuh buat saya, dihatinya sudah hadir pula cinta baru.

Saya amat sayangkannya. Bagi saya selama ini dialah yang pertama & terakhir dalam hidup saya. Saya tidak mahu orang lain menjaga saya, berbuat apa2 pada saya seperti dia. Sekali dia menyentuh saya bagi saya cukuplah, tiada orang lain lagi. Itu nekad saya selama ini. Saya mahu mati sebagai isterinya & ditakdirkan saya mahu masuk syurga bersama2nya. Itu azam yang saya pegang selama ini.

Walaupun kadangkala saya tidak melayannya dengan baik, itu semua diluar kebatasan & kewarasan saya. Sejak kami dinikahkan dia lebih maklum berkaitan diri saya. Dia yang merawat saya setiap malam. Tetapi tahu apa yang berlaku pada saya, faham apa yang terjadi pada saya sejak kami berumahtangga, tetapi sayang dia juga tidak sabar dengan masalah saya yang satu itu. Kemuncak ketidaksabarannya itu dia menghukum saya dengan dugaan ini....Sentiasa memaafkan saya tetapi menghukum saya dengan nekad mencari kasih lain.

Saat mendengar luahannya yang tidak cintakan saya lagi, tangisan air matanya yang melahirkan rasa derita selama ini, merasa tiada bahagia dihatinya... benarlah telahan saya selama ini. Telahan saya, terjahan saya yang selalu dinafikan.

Bertitik tolak dari itu saya minta secara baik supaya dilepaskan. Saya tak boleh hidup bersama sebagai isterinya jika tiada lagi cinta dihatinya. Walaupun pada mulanya dia tidak mau lantaran katanya masih sayang saya, kasihan pada saya... bagaimana saya mahu hidup sendiri nanti tanpa jagaannya. Saya nekad, saya tak mau hidup sebagai isterinya berlandaskan kasihan, hanya kerana anak2 semata2...

Walaupun dia berkeras tidak mahu, tetapi melalui perbincangan demi perbincangan akhirnya kata sepakat diambil. Anak2 kami maklumkan. Setelah kata sepakat diambil, kami menjadi semakin loving. Kami berjanji nak habiskan masa bersama yang ada dengan lebih banyak kenangan manis. Kami ulangi, kami ingati semula banyak kenangan2 dari mula kami kenal hinggalah saat itu. Kadangkala kami ketawa, kadangkala kami menangis dalam sendu sambil berpelukan erat dalam esak tangis & ratap sesama kami.

Ketika itu memang saya merasa amat takut. Saya takut memikirkan bagaimanalah hidup saya nanti tanpa jagaan & perhatiannya. Takut, amat takut menghadapi hari2 mendatang selepas terlepas ikatan darinya. Saya amat takut ketika itu memikirkan menghadapi hari2 mendatang sendirian tanpa pelukan & belaiannya...saya tak tahu banyak perkara. Semua dia yang buat, dia yang mulakan & beri tunjuk ajar, saya hanya membantu serba sedikit..amat sedikit. Ketika itu keputusan diambil saya serahkan penjagaan anak2 padanya kerana saya yakin saya tak mampu menjaga & mendidik anak2 tanpa dia sebagai suami. Itu nekad saya, itu nekad dia, itu nekad kami ketika itu.

Dalam pada mengahadapi perpisahan secara baik itulah dia maklumkan pada saya tentang kehadiran wanita itu dalam hidupnya. Perkenalan alam maya yang hanya bermula selepas aidilfitri tahun sebelumnya. Cinta laman sosial, cinta internet....Saya memang sudah agak akan kehadiran wanita itu. Sebagai isteri saya sudah faham hati & perasaannya, cacat cela ditubuh badannya, riak air mukanya memang dapat saya baca. Perasaan saya ketika dimaklumkan tentang wanita itu biasa saja. Kerana ketika itu kami sudah sepakat nak berpisah. Bukan hak saya nak fikir tentang mereka lagi.

Malah saya hubungi wanita itu dengan berbagai cara melahirkan rasa terima kasih kerana mampu membahagiakan insan yang amat saya sayang & cintai. Mampu membuang derita hatinya selama bersama saya. Walaupun tiada satupun sapaan saya dibalas, tetapi saya lahirkan juga penghargaan agar dia nantinya dapat menerima anak2 saya dengan baik, sayangi mereka seperti dia menyayangi baba mereka. Tiada satupun sapaan saya baik melalui alam maya, telepon dibalas wanita itu. Ketika itu saya faham dia hanya mau suami & anak2 sahaja.

Hingga akhirnya kata sepakat diambil. Sambil kami menyelesaikan hal kami, dalam masa yang sama suami & wanita itu juga merancang hari bahagia mereka. Kami sepakat kemahkamah syariah untuk memulakan prosedur. Kami sama2 berpegangan tangan kesana untuk ambil borang perceraian. Pegawai disanapun kelihatan terkejut dengan keadaan kami ketika itu. Manalah ada agaknya pasangan yang kelihatan intim, romantik, sambil berpelukan & berpegangan tangan kesana untuk ambil borang perceraian. Tetapi hakikatnya itulah kami ketika itu!!! Kami berjanji walaupun rumahtangga kami berakhir begini, impiam menjadi suami isteri hingga akhirnya tidak tercapai kami sepakat akan tetap menjadi kawan, rakan & sahabat yang baik.

Takdir Allah, kita merancang Allah jua merancang... namun perancangan Allahlah yang terbaik. Entah kenapa, setelah semuanya hampir pasti, saya juga telah lebih bersedia tiba2 suami datang membawa sekuntum bunga sambil berlutut didepan saya memohon maaf meminta permintaan saya ditarik balik. Katanya dia tak sanggup kehilangan sebutir mutiara yang telah 21 tahun digilapnya hanya kerana wanita itu. Dia tidak mau wanita sosial, wanita yang tidak solat memasak makan minumnya & anak2 setelah ketiadaan saya.

Saya yang terkedu ketika itu tidak mampu berkata apa2. Seperti biasa saya peluknya dengan erat. Tanpa berfikir panjang saya menyambut huluran kemaafannya & menarik balik permintaan saya apatah lagi ketika itu saya melihat sebahagian anak2 saya sedang mengendap kami dibalik pintu dengan muka & mata yang bercahaya agar baba & mama mereka bersatu semula.

Dia berjanji melupakan wanita itu. Dia meminta saya masa untuk menamatkan semua mimpi2nya. Dia minta bantuan saya untuk bangun dari mimpinya. Bermula saat itu juga katanya dia mengembalikan semula cintanya yang telah hilang buat saya. Cinta buat saya disematkan semula dalam hatinya. Kami betul2 bercinta semula ketika itu. Kami menyemai semula cinta kami dibumi Cameron berdua. Kami bercinta semula disana bagai dunia kami yang punya... sungguh indah saat2 itu jika difikirkan semula.

Walaupun semasa disana wanita itu masih menghubungi suami menuntut janji tapi saya abaikan semua itu. Suami minta saya masa, saya beri dia masa.

Sekembalinya kami dari menyemai cinta baru kami, saya dikejutkan dengan sapaan wanita itu yang selama ini tidak pernah menyahut sapaan saya. Kami berbual dari satu perkara kesatu perkara hinggalah kemuncak pada pengakuan dasyat yang dibuatnya tanpa sikitpun rasa malu & segan atau bersalah pada saya mahupun Tuhan! Dalam esak tangis yang menggelatarkan seluruh badan, pada suami saya minta kepastian. Kalaulah ketika itu dia menafikan saya yakin pasti & percaya, saya akan percaya sepenuhnya pada suami ketika itu. Tetapi tanpa penafiaannya saya memang betul2 terpana, Idola yang saya taksubkan sanggup mengkhianati saya, mengkhianati amanah Allah pada status & maruah serta harga dirinya hanya kerana cinta.

Pengakuan suami juga bahawa dia tak mampu melupakan wanita itu. Katanya dia telah cuba membuang kenangan2 itu didalam jurang yang paling dalam, tetapi tidak berjaya. Manalah dia mampu membuangnya kejurang yg dalam jika dia tidak berusaha pun kearah itu. mereka masih berhubung antara satu sama lain. Janjinya pada saya untuk melupakan wanita itu diengkarinya. Dengan tindakannya itu bukan saja nak membuang kenangan2 itu dijurang dalam, malah ditepiannya pun tidak.

Kemuncak itu saya memohon petunjuk dari Allah agar diberi jalan pada saya. Akhirnya saya mendapat gambaran yang sama ketika saya memohon untuk berpisah dahulu. Saya melihat gambaran suami yang semakin menghilang dari pandangan saya. Saya nekad memintanya menikahi wanita itu agar mereka dapat menebus apa yang telah mereka lakukan. Mohon ampun pada Allah bersama2.

Tetapi setelah tau kami tidak jadi berpisah, wanita itu minta masa pada suami untuk menerima saya dalam hidup mereka. Akhirnya pada penghujung april dia dapat menerima saya. Suami mempertemukan kami. Alhamdulillah saya melihat tiada cacat celanya dia dimata saya. Amat lemah lembut, bercakappun suara antara dengar dengan tidak. Patutlah suami terpaut hati, memang berbeza berbanding saya yang suara bagaikan halilintar membelah bumi.

Hasil dari pertemuan itu, kami bertiga berbincang hati kehati. Kami berpelukan erat dalam telekung disejadah selepas solat berimamkan suami saya & bakal suaminya. Macam2 kata & janji yang kami sepakatkan. Saya telah maklumkan & minta pada mereka berdua jangan kecewakan saya dalam apa keadaan pun. Saya telah cuba sadaya saya menyatukan kasih sayang & cinta mereka dengan cara yang diredhai. Jika sebelum ini saya kecewa hanya pada suami tetapi selepas ini jika saya rasa kecewa saya kecewa padanya juga kerana ketika itu telah ada rasa sayang saya pada wanita yang bakal berkongsi kasih dengan saya itu. Walaupun antara tempoh itu suami sentiasa berbelah bagi, main tarik tali antara mahu atau tidak tetapi sayalah yang banyak menyabarkannya. Saya minta dia pikir betul2.

Saya juga berjanji akan memberi ruang & peluang yang sepenuhnya pada mereka dalam membina bahagia mereka, ini masanya saya memikirkan diri saya yang telah lama saya abaikan. Saya minta selepas mereka sah bernikah saya dibenarkan menetap di rumah yang suami saya beli di SP. Izinkan saya merawat hati & membina bahagia saya dengan cara saya. Wanita itu juga melahirkan rasa hanya ingin menumpang sedikit sahaja kasih sayang antara kami. Sungguh indah saat itu, masing2 berjanji itu ini. Mengaku begitu begini. Kerana telah lahir sedikit rasa sayang saya & Kasihan padanya yang tidak mampu melahirkan anak saya juga melahirkan kesediaan untuk mengandung & melahirkan seorang anak untuk dijaganya sebagai anak sendiri.

Selepas dari itu saya selalu diminta suami menemaninya berdating dengan kekasih hati untuk melepas rindu. Saya bersedia menemaninya dengan niat ingin merapatkan juga hubungan saya dengan bakal madu. Tetapi rupanya semakin kerap kami bertemu bertiga rupanya ada rasa tidak senang dipihak wanita itu. Kata2 perlukah saya diajak bersama, perlukah saya hadir sama antara mereka kerap kedengaran & saya baca. Akhirnya perlukan lagi saya menjadi muka tembok. Impian untuk kehadiran saya & anak2 dihari bahagia mereka juga dipertikaikan. Permintaan suami meminta saya hadir dihari bahagia mereka juga sudah suami abaikan.

Akhirnya satu demi satu keluhan saya dengar. Kata2 ikhlas, izin & redha saya hanya dimulut saja selalu kedengaran. Kata2 saya mahu memisahkan mereka juga sering diucapkan. Saya yang sanggup menemani sauami berdating dengan kekasih hati, saban hari saban waktu saban detik melihat & mendengar suami berchating, bermesej & bercakap ditelefon dengan kekasih dikatakan mahu meisahkan mereka & bersikap tidak ikhlas sebenarnya. Ikhlas bagaimana lagikah yang mereka mahukan dari saya sedangkan saya yang saban hari meminta mereka cepat2 bernikah. Saya tidak heran dengan anggapan wanita itu, tetapi sikap suami yang menurut apa saja kemahuan wanita itu yang amat saya kesalkan. Bertitik tolak dari semua itu terjadi kemelut yang amat besar antara saya dengan wanita itu. Sememangnya dengan tindakan itu saya percaya susah kami nak berbaik semula seperti dulu.

Pada suami saya minta pertimbang semula niatnya untuk bernikah dengan wanita itu kerana hubungan kami yang tidak lagi baik. Tetapi suami nekad. Sepuluh hari sebelum tarikh keramat itu saya sujud, saya sembah, saya kucup kakinya agar memikirkan semula tetapi rayuan saya tidak diendahkan. Tangisan & rayuan terakhir saya pada pagi hari pernikahan mereka 26 jun 2010 juga tidak suami endahkan. Dia tega meninggalkan saya tanpa pujukan pada pagi itu. Sejak itu saya nekad andainya suatu hari dia merayu saya seperti itu rayuannya tidak akan saya hiraukan!!

Akhirnya pada tarikh 26 jun 2010... 22 hari selepas tarikh ulangtahun perkahwinan saya & suami sahlah saya ditakdirkan Allah berkongsi kasih dengan wanita lain. Walaupun ada kata2 sumbang yang saya dengar, bahawa andainya sebelum tarikh itu saya merayu wanita itu agar tidak bernikah dengan suami tentu pernikahan itu tidak terjadi. Tidakkah itu cuma kata2 hipokrit. Kenapa setelah hubungan tidak lagi baik barau nak berkata begitu. kenapa tidak berundur ketika kami baik dahulu, kenapa tidak berundur ketika saya mendakapnya dengan erat dalam kain telekung diatas sejadah!!!

Rentetan dari itu, berbagai2 yang telah saya alami semenjak suami berpoligami. Soal giliran yang sebelum ini kami mau fleksibelkan tidak menjadi kenyataan. Suami perlu berada bersama orang baru ketika orang baru bercuti atau kerja siang. Saya pernah diminta balik kampung lebih awal hanya kerana mereka mahu berbulan madu memadu kasih sedangkan sebelum ini cukup susah saya nak diberi keizinan balik kampung menziarahi mak abah walaupun mereka sakit. Anak demam pun tidak balik menjengok hanya kerana ketika itu janji giliran dirumah sana. Tiada lagi mesej & telepon bertanya khabar ketika berada dirumah sana berbanding ketika dirumah saya. Terjaga pukul 3,4 pagi pun telefon orang sana bertanya khabar. Tiada lagi telepon menggerakan saya solat subuh ketika disana seperti menggerakkan orang sana ketika berada dirumah saya. Bermacam2 lagi yang semakin hari saya merasakan saya semakin diketepikan & dipinggirkan, Semakin lama saya merasakan saya yang berkahwin dengan suami orang & menjadi orang no 2.

Tiada satupun janji2 mereka pada saya yang mereka tunaikan selepas mereka dapat apa yang mereka hajatkan. Termasuklah membenarkan saya menetap di SP. Sehingga sekarang keputusan saya menetap disini dipersoalkan & dipersalahkan. Salahkah saya menuntut janji. Kenapa baru sekarang mempersoal soal jauh. kenapa masa tu mudah berjanji hanya kerana belum dapat apa yg diidamkan??

Selepas mereka bernikah tidak sekali pun suami membawa isterinya berjumpa saya sebagai orang no 2. Yang datang kemudian. Sekali mengikut suami ke SP ini hanya kerana suaminya mengajak tetapi dalam hati masih menyimpan rasa syak wasangka saya akan berbuat apa2 padanya. Tiada satupun ucapan maaf atau terima kasih dari mulutnya selaku orang no 2!! Datang kerumah nak hantar anak keasrama pun saya turun jemput naik kerumah tak mau. Ucapan2 selamat dari saya atas pernikahan mereka tidak dilayan. Aidiladha yang baru lalu saya ajak raya bersama tetapi tidak diendahkan rupanya dia hanya mahu beraya bersama suami &a nak2 sahaja, tanpa kehadiran saya.

Bagaimanakah lagi saya mahu beralah. Hakikat saya wanita biasa yang serba kekurangan yang punya hati & perasaan macam wanita lain. Saya bukan wanita besi, SAYA HANYA WANITA BIASA YANG PUNYA HATI & PERASAAN!!!

Kemuncak mau lari dari semua kemelut yang meletih, memenat, menyesakkan ini akhirnya saya terdampar di bumi SP ini keseorangan. Saya memang tidak boleh kembali menetap dirumah penang tu. Pelawaan saya kerumah ditolak, tetapi datang kerumah tanpa kehadiran saya & menggunakan katil, bilik saya dengan cara kurang ajar tanpa sedikit pun rasa bersalah antara mereka memang tidak dapat saya terima. Tau tu isteri dia, hak dia.. tetapi tidak bolehkah menggunakan bilik & katil lain. Hanya itu satu2nya hak milik, maruah & harga diri saya yang tinggal. Tidak cukupkah saya memberi laluan mudah mereka bersatu. Tidak cukupkah lagi saya berkorban kasih demi cinta mereka. Mereka tidak kurang satu apapun. Mereka dapat apa yang mereka mahu & idamkan, tetapi sayang yang hilang banyak perkara. Luka hati saya yang lebih terasa. Tidak bolehkan mereka hargai saya walaupun sedikit. Mereka bukan saja tidak membantu saya merawat hati saya, malah mereka tikam lagi bertubi2.

Saya pernah katakan pada suami, selagi ada rasa kasih sayang, cinta saya padanya saya akan terus bertahan walau apapun dugaan yang mendatang antara kami. Tetapi seandainya satu hari saya tak boleh bertahan lagi, tak kuat menahan lagi maknanya semua rasa itu sudah tiada lagi padanya. Saya percaya inilah masanya. Saya minta maaf sebab tak dapat pertahankan cinta saya padanya. Tiada lagi rasa rindu, mengharap padanya walaupun sehingga 3 hari, 5 hari, seminggu, 10 hari malah pernah 15 hari dia tidak balik menjengok saya di SP. Tiada lagi pertanyaan padanya bila nak balik?... Tidak lagi bertanya kenapa tak balik jengok....

Tentang anak2 pula, mereka semakin membesar. Sudah bijak2, pandai2 belaka hasil didikan baba yang amat meraka sayang, sanjung walau apapun yang baba mereka buat berbanding saya. Mereka semua anak2 yang mendengar kata hasil tunjuk ajar & nasihat baba super hero mereka. Jika bersama saya pun tidak lagi bertegur sapa, tiada lagi huluran salam & peluk cium seperti kebiasaannya...Tiada lagi dakapan erat seperti selalu....apalah gunanya saya pertahankan rumahtangga yang memang sudah tidak dapat dipertahankan lagi ini hanya kerana anak2.

Semasa dua sikecil berada bersama saya, memang itulah satu2nya punca saya bertahan. tetapi selepas mereka dibawa pergi dari saya, saya yakin saya tak diperlukan lagi dalam hidup mereka. Mereka sudah ada pengganti ibu baru yang jauh lebih baik berbanding saya. Seorang ibu yang penyayang, yang lemah lembut, yang ada kesenangan & kekayaan yang boleh membantu mereka disaat mereka memerlukan.

Mereka anak2 yang baik. Seharusnya mereka tidak lahir dari perut saya. Selayaknya mereka harus lahir dari perut seorang ibu yang baik. Yang menjaga mereka dengan baik. Yang mendidik mereka dengan sempurna. Yang penting yang melayan & menjaga baba super hero mereka dengan sempurna & terbaik... tidak seperti mama yang hanya mampu mengandung & melahirkan mereka sahaja. Jika diberi pilihan pada mereka ketika itupun mereka pasti takkan mahu lahir dari perut saya...

Saya isteri yang tidak pandai menjaga suami. Saya keras kepala, kurang ajar dengan suami, bercakap kasar dengan suami. Suami sebaik & sesempurna ini saya tidak layan dengan baik & sering saya abaikan. Makan minumnya, pakai tidonya saya layan dengan cara yang tidal wajar. Saya tidak menghargainya ketika dia masih menjadi miliknya. Makan dimata anak2, tiada apa yang perlu saya tangis & sesalkan lagi sekarang.

Saya mama yang amat tidak sempurna dimata anak2. Saya mama yang garang, pemarah, bengkeng, tak pandai melayan kemahuan anak2. Saya mama yang pentingkan diri sendiri.

Takdir Allah sekarang masanya mereka sekeluarga dikurniakan Allah seorang isteri & ibu yang amat sempurna. Jauh lebih baik berbanding saya. Mereka telah dikurniakan isteri & ibu idaman & impian selama ini yang langsung tiada sikit pun pada saya. Jauh panggang dari api dengan saya... saya tahu saya amat tidak sempurna dimata suami &a anak2... cukuplah. Saya tak berdaya menjadi lilin lagi.

Selayaknyalah mereka sekeluarga diberi peluang untuk bersama sebagai sebuah keluarga yang benar2 bahagia. Mereka akan benar2 bahagia hanya tanpa kehadiran saya. Kehadiran saya akan lebih membuat mereka serba salah & hidup dalam ketidakselesaan. Hidup mereka akan lebih berjaya & cemerlang dunia akhirat dengan restu baba terbaik mereka & restu ibu sebaik ibu mereka. Hingga saat itu terjadi mereka tak perlu lagi restu & doa saya.... Doa & restu saya tidak pernah mendatangkan kesan baik atau buruk pada mereka... selama ini!!!

Terima kasih atas nasihat saudara mara, rakan taulan baik dialam nyata atau alam maya. Saya amat hargainya. Kalian tidak berada ditempat saya, tidak berada ditempat suami, anak2... tidak berada ditempat kami. Seperti saya dahulu memang mudah menasihati orang tetapi bila terjadi pada diri sendiri....

Saya tahu redha Allah bergantung pada redha suami. Saya tahu itu. Sebab itulah saya mau ikatan antara kami dileraikan dengan baik. Agar kami masing2 tidak terus terikat dengan rasa berdosa antara satu sama lain. Tanpa ikatan antara kami tidak perlulah lagi saya bernaung pada redhanya. Daripada tergantung seperti ini... kami hanya masing2 labih mengundang dosa & lebih mengecilkan titian sirat...

Secara ikhlas saya nyatakan, tiada rasa benci dendam padanya. Tidak sama sekali. Saya sudah memaafkannya seperti dia sentiasa memaafkan saya walaupun saya tetap dihukum. Namun memaafkan & melupakan satu perkara yang berbeza. Sudah tiada keihlasan dihati saya padanya. Yang ada hanya rasa tanggungjawab & nafsu semata2. Semuanya hanya berlandaskan saya isterinya, dia masih suami saya.. itu saja. Rasa kasih, rasa sayang, rasa cinta itu sudah tiada. Rasa rindu saya juga sudah tiada. Berkali2 hati saya dilukai & disakiti sejak mereka bercinta. Berkali2.. luka dilukai, saya rawat hati saya sendiri. Bila semakin pulih ianya terluka lagi.. saya rawat sendiri tanpa bantuan sesiapa. Hanya Allah menjadi teman mengadu & memberi kekuatan. Hingga akhirnya hati itu sudah tiada lagi untuk merasa apapun!!!

Selama ini hidup mati saya hanya pada anak2. Seluruh hidup & masa saya untuk mereka. Merekalah dunia saya. Saya berada dipuncak yang amat tinggi selama 21 tahun ini. Tiba2 dugaan ini membuat saya jatuh tertiarap hingga tak mampu bangun lagi. Saya cuba bangun berkali2 dalam keadaan amat lemah dengan luka parah yang amat sangat, bersendirian... Bila saya baru nak mula bertongkat, saya dijatuhkan lagi.. badan & hati saya disakiti lagi... saya usaha lagi untuk bangun... juga sendirian. Tanpa suami yang dulunya berjanji akan lebih menghargai saya, menyanjung pengorbanan saya demi melihatnya bahagia juga tanpa wanita itu yang dahulunya berjanji akan menyayangi saya sepenuh hati, yang pernah berjanji mahu menjadi kakak adik dengan saya, yang berjanji akan menjaga saya seperti adiknya walau dari segi pangkat saya kakak tetapi saya lebih muda 10 tahun dari dia. Yang berjanji akan selalu menghabiskan masa bercuti bersama saya berdua... semuanya hanya janji. Rasanya dalam janji2 itu semua hanya saya yang menunaikan janji saya....saya berjanji memberi lebih masa mereka bersama, saya berjanji akan dok jauh dari mereka.... saya berjanji tidak mengganggu mereka....

Entah dari mana tiba2 kekuatan itu datang. Saya mampu bangun semula... dengan amat susah payah... Hingga saya berada ditahap ini. Setelah saya berusaha untu berada ditahap ini mahukah lagi saya kembali kejurang yang dalam itu!!! Mahukah lagi saya kembali kesituasi yang amat menyakitkan itu!!! Mereka sudah bahagia, sudah serasi bersama, wanita itu telah benar2 membantu suami dalam segalah hal... tanpa kehadiran saya mereka akan benar2 bahagia nanti..

Saya juga mahu bahagia... saya juga nak hidup tenang walau dengan cara saya... Ramai yang meminta saya bersabar, tabah selalu & memaafkan suami & kembali padanya seperti dahulu. Kenapa hanya permintaan ditujukan pada saya. Tidak dipihak suami. Tak cukukah lagi dengan apa yang saya korbankan sejak menerimanya sebagai suami hingga sekarang.. Sudah tiada apa lagi pada saya untuk dikorbankan yang ada hanya nyawa pinjaman Allah...

Saya tak gembira lagi, tidak bahagia lagi dengan keadaan ini, Saya sudah penat & letih. Ditambah lagi dengan hilangnya rasa sayang cinta saya padanya. Dia juga pernah kata pada saya ketika cintanya baru berputik. Katanya cinta datang & pergi tanpa kita minta. Ianya hak milik Allah...

Saya tak mau ulangi kesilapannya dahulu bertahan demi anak2. Akhirnya dia menderita hingga tiada bahagia. Akhirnya saya yang terhukum. Dia pernah minta pada saya & anak2, beri peluang padanya untuk hidup bahagia bersama wanita itu. Katanya bahagianya ada disana... Kenapa bila saya minta peluang itu, saya dipersoal & dipersalahkan... apakah saya ini terlalu hina dimata suami &a nak2 hingga perasaan saya tidak perlu diambil kira..

Ada yang kata saya akan menyesal dikemudian hari dengan tindakan nekad saya. Itulah risiko yang akan saya tanggung. Apa bezanya dengan keadaan sekarang. Saya berjaya lalui hidup ini sendirian berhari2 lamanya tanpa kunjungan suami &a anak2.. Tiada lagi rasa takut pada kegelapan & kesunyian. Saya sudah boleh mematikan lampu ketika tidur. Saya sudah boleh mengatasi kejang kaki saya diwaktu tengah malam sejuk tanpa kehadirannnya. Saya yang dulu sentiasa kejang kaki ditengah malam, sakit kepala siwaktu pagi, sakit perut bila silap makan kini mampu menghadapinya sendiri tanpa sentuhan tangan ajaib suami lagi.

Walaupun hingga sekarang, luahannya hanya saya yang dicintai, hanya saya yang dirindu... pada orang sana belum ada lagi rasa cinta. Yang ada hanya sayang & tanggungjawab. Baru sekarang sedar silap ambik keputusan bernikah lain, menangis meluah hanya saya yang terbaik, terhebat tetapi sayang, saya rasa semuanya dah terlambat. Semua kata2 itu tidak lagi mendatangkan kesayuan dihati saya...

Hati saya sduah mati padanya.. sedangkan hati wanita itu semakin berkembang & berbunga harapan agar dikasihi, disayangi, dicintai dengan ikhlas oleh suami. Bukankah wanita itu lebih layak diberi peluang berbanding saya...

Betul walaupun perceraian itu halal, tetapi Allah benci. Tetapi mesti ada sebab Allah menghalalkan perceraian itu. Jika tiada lagi rasa ikhlas dalam perhubungan yang akan lebih mendatangkan dosa antara satu sama lain lebih baik diputuskan ikatan itu. Bila kita sedap berkata pasti ada hikmah disebalik yang terjadi saya percaya pasti juga ada hikmah disebalik terputusnya ikatan antara kami.

Selama ini saya hanya seorang isteri yang banyak menyusahkan hidupnya. Saya hanya tahu menadah tangan seperti pengemis meminta kesenangan darinya tanpa pernah memberi apa2. Sekarang dia sudah memilih isteri yang mantap kedudukan kewangannya yang saya yakin & percaya mampu membantu dia dari segi itu..

Cukuplah meminta saya bersabar, bertahan, tabah selalu... hakikatnya saya memang tiada semua itu... saya wanita biasa....



04 Januari 2011

Mohd Adnin Firdaus....


Assalamualaikum....



Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis di Blog Mama Moden. Mungkin dengan apa yang berlaku dalam hidup saya yang sekelip mata bagaikan mimpi, blog ini sudah tiada pembacanya lagi yang sudi menjengah. Tidak mengapa saya menulis bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan jiwa, hati & perasaan saya.

Kali ini saya tergerak nak meluah rasa rindu saya yang amat sangat pada permata kecil saya Mohd Adnin Firdaus ( MAF ) Hari ini 3 januari 2011 dia memulakan alam prasekolahnya di SKTT. Hati saya??? Perasaan saya??? Naluri keibuan saya??? Tiada siapa yang dapat menafikan apa yang saya rasa. Satu2nya permata hati saya yang tidak saya hantar, yang tidak saya teman, yang tidak saya tunggu & lawat apabila mereka memulakan sessi awal persekolahan.

Hati saya sudah kering kah?? Hati saya sudah hilang sifat keibuankah??? Entahlah saya pun tak mampu memikirkannya walau hingga pecah otak saya. Kenapa hati saya sekeras hati. Ataupun mungkinkah hati itu sudah tiada lagi, sudah berkecai hancur lebur hingga tiada apa lagi untuk dirasa.

28 september 2006 saya lahirkan ( MAF ) di wad bersalin HPP setelah seminggu berada di wad 1 kerana lewat 10 hari dari jangkaan melahirkan. 9 bulan 10 hari sebelum itu, sebelum kelahirannya bermacam dugaan yang datang menimpa.

Saya tau ( MAF ) wujud dalam rahim saya, dalam denyutan jantung saya hanya setelah 5 bulan (MAF ) bernyawa bersama nafas & denyutan saya. Saya mengandaikan saya baru hamil sekitar 4 minggu lebih kurang. Saya nekad ketika itu tidak mahu kandungan saya lantaran sedang menghadapi ujian dari Allah seperti yang saya alami selama 6 bulan ini. Cuma ketika itu tidak sampai terjadi sebuah perkahwinan lain. Namun cinta tetap ada ketika itu. Permulaan yang sama, Cinta Internet.

Tetapi ketika ujian ultra sound dijalankan saya amat terkejut kerana saya melihat sesuatu yang cukup sifatnya sedang bergerak2 dalam monitor yang doktor tunjukkan. Serta merta airmata saya mengalir laju. YaAllah, saya pernah terniat mahu membuang kandungan saya lantaran dugaan & ujian yang sedang menimpa. Tegakah lagi saya menidakkan kehadirannya setelah melihat satu nyawa yang cukup sifat seperti itu!!

Dengan keputusan itu, akhirnya saya kandungkan ( MAF ) dengan sejuta badai, jutaan gelombang. Dari mula mengandung hinggalah melahirkan sehingga dalam pantang saya betul2 diuji. Saya menyangkakan kehadiran "dia' menemani saya sepanjang proses melahirkan akan mengukuhkan rasa simpati, kasihan, kasih sayang & cintanya tapi sayang.... semuanya menghampakan.

Saya tak tahu dari mana datangnya semangat & kekuatan. Banyak tangisan, airmata yang mengalir sepanjang mengandung & berpantangkan ( MAF )... kalau kebanyakan perempuan tentunya dah kena sakit angin meroyan tapi Alhamdulillah tidak terjadi pada saya. Malah saya masih mampu lagi menangani bebanan suami & 4 anak diserang denggi serentak. 12 hari dalam pantang saya dah memandu kereta apabila suami pula diserang denggi. Jika selama anak2 diserang denggi & ditahan diwad, suami yang kehulu kehilir melawat anak2, menjaga saya dalam pantang, ditambah lagi ketika itu bulan ramadhan. YaAllah besar sungguh dugaan ketika itu. Apabila suami pula sakit & dimasukkan kewad, saya pula kena bangkit dari rasa lemah. Saya pula yang kesana kemari memandu untuk menghantar anak kesekolah, kekedai & juga melawat suami di Hospital.

Semasa usia kandungan sekitar 8 bulan, saya teringin makan nasi beriayani gam Batu Pahat. Saya nekad ke rumah adik disana untuk menikmati nasi beriayani gam. Tapi dugaan datang menimpa, saya mengalami demam, batuk yang agak teruk. Kesan dari ubat batuk yang saya makan rupanya membuatkan ( MAF ) tidak bergerak selama 1 hari 1 malam. Semasa itu saya tak tau jantina kandungan saya. Adik membawa saya ke klinik untuk pemeriksaan. Menurut doktor kandungan saya memang tidak bergerak dan saya sedikit teruja apabila doktor memberitahu jantina kandungan saya, beliau meminta saya segera ke HBP. Saya memang mengharapkan kandungan saya kali ini lelaki setelah 4 anak saya selepas Angah adalah anak perempuan. Saya memang berharap ini kandungan terakhir saya, ini anak terakhir yang saya lahirkan untuk suami. Cukuplah, saya dah penat.

Di HBP, saya dimasukkan 2 biji ubat untuk proses melahirkan. Entah bagaimana rupa2nya tindakan itu tidak diketahui oleh doktor pakar. Mereka berusaha menyekat saya dari melahirkan ketika itu kerana jantung bayi & usia kandungan yang lemah masih tidak boleh melahirkan. Mujurlah semuanya berjalan lancar. Kerana nak dekat dengan suami, saya minta balik ke HPP. Kekallah ( MAF ) didalam kandungan saya hingga detik dia dilahirkan.

Keajaiban masih berlaku pada anakku yang seorang ini. Selama 10 hari lewat dari tarikh melahirkan, saya masih belum ada tanda2 sakit melahirkan. Bergegas jururawat klinik minta ke Hospital Bersalin. 5 hari saya berehat diwad tanpa sakit apa2 walaupun sudah 2 kali ubat dimasukkan.

Akhirnya pada 28 september 2006, jam 9 pagi lebih kurang doktor pakar membuat keputusan kandungan saya akan dibedah kerana doktor menjangkakan berat bayi sekitar 3.8 dan juga sudah lewat 15 hari. Doktor membuat pemeriksaan pintu rahim & dengan muka panik doktor bertanya " Puan tak rasa sakit ke?".. Saya menjawab tidak langsung. Doktor cepat2 meminta jururawat menyiapkan saya untuk dibawa ke bilik bersalin katanya pintu rahim sudah terbuka 7cm. Saya pun memang terkejut sebab saya tidak merasa sakit langsung. Ini bukan anak pertama saya, bukan kandungan sulung saya yang saya tak tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Sungguh saya tak rasa sakit langsung walaupun pintu rahim dah terbuka 7cm.

Saya masih sempat meminta untuk mandi dahulu kerana ingat pesan Mak, bila saat nak melahirkan hampir tiba kita kena mandi, bersihkan badan terlebih dahulu. Mula2 jururawat tak bagi, dia minta saya cepat2 bawa apa yang perlu untuk ditolak ke bilik bersalin. Tapi saya curi2 juga mandi dahulu.

Setelah memaklumkan pada suami, saya segera dimasukkan ke wad bersalin. Hadiah yang amat bernilai, yang akan saya kenang sampai bila2 ketika menunggu saat melahirkan tanpa ada rasa sakit apa walaupun air ketuban sudah dipecahkan ialah apabila suami masuk menemani saya dengan pakaian putihnya. Sepanjang proses melahirkan suami setia menemani saya, menggenggam erat tangan saya. Berzikir, meminta saya istighfar & banyak2 mengucap.

Satu2nya diantara 7 anak2nya yang saya lahirkan, hanya kelahiran ( MAF ) yang suami dapat menemani saya. Sememangnya sepanjang melahirkan hanya 2 kali saya mengalami rasa sakit. Tidak seperti kelahiran2 sebelum ini. Sememangnya sepanjang hidup bersamanya apa saja kesakitan yang saya alami, bagaikan sentuhan ajaib dari tangannya.. apabila suami menyentuhnya semua kesakitan itu akan hilang sedikit demi sedikit. Kini semuanya tiada lagi. Saya alami sakit pening, lenguh sendi & urat bersendirian tanpa sentuhannya lagi seperti waktu2 dahulu.

28 september 2006 lahirlah permata lelaki saya dengan berat 4.1 kg. Antara yang paling besar ketika itu. Katil bayi tu penuh dengan badan dia. Satu keajaiban yang amat saya kesali ketika itu & hingga saat ini adalah ketika ( MAF ) tidak langsung mahu menyusu ketika saya suakan susu saya padanya. Sampai saya tension juga dengan jururawat yang sibuk nak mengajar saya bagaimana caranya menyusukan bayi, seolah2 saya ni baru melahirkan anak sulung.

Memang hakikatnya ( MAF ) tidak mahu menyusu dari air susu saya. Sedangkan bila jururawat berikan susu formula dia akan minum dengan rakusnya. Satu keinsafan pada saya ketika itu, Allah Maha Besar. Bukankah ( MAF ) sudah bernyawa dalam rahim saya ketika saya pernah terniat tidak mahukan dia. Akhirnya dia buktikan pada saya yang lahirnya dia kedunia tidak menyusahkan saya. Lahirnya tanpa sakit seperti melahirkan anak2 yang lain. Menjaganya juga mudah apatah lagi dia tidak menyusu dengan susu saya jadi sesiapa pun boleh membantu saya menjaganya. Kebesaran Ilahi buat insan kerdil seperti saya ini.

Dan hari ini... sesungguh hati saya amat merinduinya!!!


Mohd Adnin Firdaus ketika baru dilahirkan, 4.1kg

Bayi terbesar di wad 1 HBPP ketika itu

Masa ni usianya sekitar 5 bulan



Masa ni Angah bawa p tempat keje Angah Pizza Hut...