21 November 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 7

Assalamualaikum...

Hari ni genap usia anakku Nurul Adilah Farihah yang ke 7.... Bertambah sayu meraikan harijadinya dikejauhan ni... Ingat lagi masa birthday Adnin september lepas kami raikan bertiga di KFC. Oder dinner plate kami makan bertiga. Bajet takada. Tapi sekarang Kakak jauh dari ku. Semoga dia bahagia & lebih gembira disana, Disamping Baba, Kakak2, Adik & ibu baru mereka.

Selamat Ulangtahun Kakak, semoga panjang umur, belajar pandai2 bila dah duduk dengan Baba... Maafkan Mama sebab tak jadi Mama yang baik, yang lebih sempurna buat Kakak. Maafkan Mama sebab tak pandai nak ajar Kakak dengan baik.


Mama sayang Kakak & Adik.... Rindu selalu

19 November 2010

Suka Duka Sebulan di Econsave BPJ.....

Assalamualaikum.....


16 November tempohari genap sebulan Mama Moden memulakan kerjaya sebagai chasier di econsave BPJ. Satu pengalaman baru yang amat mencabar juga pada peringkat awal. Memang tiada apapun yang istimewa kerja saya ini, sekadar satu kerjaya buat orang yang tiada pelajaran tinggi macam Mama Moden. (sebab itulah tiada satupun ucapan selamat dari insan2 terdekat dengan saya, seperti ucapan selamat yang diberikan pada orang lain yang hanya bertukar bidang kerja )... tak mengapalah, Mama Moden faham bidang tugas yang saya buat ini tidak harus ada apa2 yang boleh dibanggakan.


Apapun, Alhamdulillah sebulan 3 hari disini saya sudah mula serasi. Keadaan kerja, majikan, rakan2, customer sudah mula dekat dengan diri saya. Menghadapi jadual kerja pagi, petang & sepenuh hari dari pagi hingga malam memang amat memenatkan. Sementara bersendirian ini ( mungkin buat selamanya ) saya minta supervisor masukkan waktu kerja full setiap hari.


Bermula jam 8.45 pagi - 10.45 malam setiap jumaat hingga ahad & 9.45 pagi - 10.45 malam setiap isnin hingga khamis saya akan penuhkan masa senggang saya dengan bekerja & menyibukkan diri ditempat kerja. Jika balik kerumah hanya membuat airmata saya mengalir bagaikan hujan yang turun hampir setiap waktu di sini, fikiran saya akan tertumpu pada masalah2, dugaan2 yang datang, telinga saya asyik terngiang2 suara Kakak & Adnin lebih baiklah saya bekerja. Balik kerumah dalam keadaan yang amat letih, maka saya akan tidur lena hingga pagi.


Menghadapi kerenah, hilai tawa rakan2 sekerja dapat membuatkan saya turut sama menumpang kegembiraan mereka. Namun senyum tawa saya masih tidak dapat menutup kelukaan, kedukaan diwajah saya. Pasti akan ada yang bertanya... " Kak Jun, kenapa... senyumlah, rianglah semula macam masa Kak Jun baru2 masuk kerja dulu..."


" Kak Jun, kenapa.... muka nampak pucat, mata bengkak pagi ni.. kenapa?..."


Wahai teman2, andainya saya ada pilihan, memang tak mau berkeadaan begini. Sudah puas menutup segala rasa yang melanda, namun nampak juga dimata kalian..


Menghadapi kerenah customer juga satu macam. Geram, lucu, macam2 yang ada. Ada customer yang boleh buat mood kita baik, ada juga yang boleh buat mood kita sebaliknya. Tapi apapun etika kerja begini, customer adalah selalu betul.


Ada customer yang terlebih ramah, ada juga yang terlebih menyombong. Yang terlebih ramah sampai orang sebelah jelous pun ada. Ada yang bergaduh hanya kerana tak naikkan barang2 belian atas kaunter sama2 suami isteri. Ada yang bergaduh berebut atau mengelak siapa nak bayar barang2 belian. Ada yang letak barang bercampur aduk atas kaunter tetapi bila dimasukkan dalam plastik mahu diasing2kan barang2 makanan, sayuran, ikan, ayam.


Ada yang suka naikkan semua barang2 berat atas kaunter seperti beras, bawang guni, kentang guni, kentang kotak dalam kuantiti yg banyak. Sampai tak bergerak kaunter tempat letak barang tu. Dah diberitahu masih nak naikkan juga. Bayangkan kalau sehari ada 200 customer yang kekaunter kita, yang beli beras 10kg ada 100 customer... ermmm 100kg saya angkat turun naik beras tu. Lama2 kurus keringlah nanti. Hehehehe...


Setakat ni tiada short atau over yang banyak yang saya buat. Sekali saja dengan jumlah RM4 pada hari pertama saya diberi kaunter sendiri selepas 3 hari traning. Risau juga pada mulanya bila saya lihat ada 2,3 orang yang agak berpendidikan anak2 muda belia yang short RM100, RM300 pada hari pertama buka kaunter. Ada yang bayar jumlah tersebut kemudian terus berhenti. Sampai hari ini masih ada adik2 chasier yang short atau over dalam jumlah yang banyak, jenuhlah nak kena potong elaun chasier nanti. Harap2 nasib saya terus baik. Kalau berlaku juga anggaplah mungkin tiada rezeki.


Apapun kerenah, dugaan yang dihadapi saya akan cuba meneruskan kerjaya ini. Saya tidak akan berpaling kebelakang lagi. Walaupun jumlah yang saya dapat ini tidak sebanyak mana pada pandangan orang, namun saya akan hargai kerja hasil titik peluh saya ini sepertimana saya melakukan kerja2 sendiri selama ini. Bezanya selama ini saya bekerja sendiri, berniaga & mengasuh anak2 orang tetapi kali ini kerja saya bermajikan. Ada handpunch masuk, keluar, rehat & sebagainya.


Terima kasih pada rakan2 sekerja, supervisor2 econsave BPJ kerana memberi peluang saya menjadi salah seorang tenaga kerja disini...


Terima kasih juga pada pelanggan2 setia yang sanggup beratur dikaunter kita hanya kerana mahu kita juga yang melayan mereka walaupun ada kauter lain yang kosong. Walau siapapun kalian, saya akan selalu senyum pada kalian & ingat pelanggan selalunya betul....






15 November 2010

Akhirnya....

Assalamualaikum....

Tak tahu bagaimana nak memulakan tinta bicara pada blog Mama Moden ni. Semacam kehabisan, ketandusan untuk meluah rasa. Hati bagaikan telah mati, rasa bagaikan telah hilang. Hanya mengikut apa yang telah ditentu & digariskan.

Semangat yang menjadi tunggak kekuatanku selama ini telah dibawa pergi jauh dari pandangan mataku. Kami takkan dapat bersama lagi ketika menghadapi kilat & guruh. Tiada lagi yang dapat mendakapku dengan erat dengan tangan kecil mereka. Tiada lagi akan kedengaran kata2 pujukan " dahlah mama, jangan nangis, kakak ngan nin ada teman mama. Kakak janji akan jaga mama "...

Dengan alasan kerja & mereka kutinggalkan sewaktu berkerja, aku dikatakan tak mampu menjaga mereka berdua dengan baik seperti mereka akan menjaganya nanti. Bukankah mereka juga berkerja!!

2o tahun berstatus mama dengan 7 cahayamata yang kulahirkan dengan kudrat & nyawa belum cukup membuktikan kemampuanku menjaga dua sikecil buah hati pengarang jantungku itu hingga tergamak mereka dibawa pergi dari jagaanku.

Seumur hidup mereka belum pernah mereka berjauhan dariku. Ketika mereka berbahagia mengulit bahagia, mereka bersamaku dalam suka mahupun duka. Ketika mereka demam aku yang merawat. Aku yang bersama mereka ketika mereka meracau bertanya mana baba... yang ketika itu baba mereka bahagia membina cinta baru.Dan kini, mereka tiada lagi pada pandangan mataku...

Baru sebentar mereka pergi, hatiku sudah merindu. Airmata seakan tidak mahu kering. Hingga bila, sampai bila, hingga bagaimana baru mereka puas hati.....

Kakak, Adik... mama rindu kamu berdua!!!



28 Oktober 2010

Pengalaman Baru....Mencabar & Teruja


Assalamualaikum.....

Hari ini sudah 12 hari saya menempuhi suasana baru yang amat mencabar. Satu perkara yang tidak pernah saya terjangkau akan melakukannya sekarang. Apapun ianya pengalaman yang amat menyeronokkan.

Semakin hari saya semakin selesa dengan bidang tugas & rutin baru yang saya lalui ini. Alhamdulillah walaupun mungkin ada suara2 yang mempertikaikan kemampuan saya dalam melakukan kerja ini agaknya tapi saya akan cub untuk terus membuktikan saya mampu melakukannya.

Semoga suasana baru, rakan2 kerja baru yang pelbagai bangsa ini akan memberi semangat baru pada saya dalam meneruskan langkah kehidupan. Saya mahu kehidupan yang lebih baik buat diri saya & juga buat anak2. Walau tidak banyak yang dapat saya sumbangkan buat mereka sekurang2nya saya akan ada nanti bila mereka memerlukan.

Terasa sedih hati bila ketika mereka memerlukan saya tidak mampu membantu lantaran kekurangan yang ada. Selebihnya juga sedikit buat keperluan saya, melangsaikan apa yg tertangguh & tertunggak.

Tanpa kelulusan tinggi & pengalaman kerja sebegini saya masih mampu menghadapi kerenah pelanggan yang membeli belah disini. Tiada lagi masalah kekurangan duit yang banyak sepanjang saya diberi kaunter. Bimbang juga semasa traning 3 hari bila melihat gadis2 muda lepasan sekolah menghadapi masalah ketika akuan ditutup. Ada yang kantoi beratus ringgit.

Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar. Mendapat tunjuk ajar yang baik, sokongan yang baik dari supervisor & chasier2 senior yang walaupun berbagai bangsa & agama tetapi mereka amat baik & bertimbang rasa. Mereka meluahkan kebimbangan memberi tunjuk ajar bimbang sayaberkecil hati kerana kata mereka, mereka tu sebaya anak2 saya... tapi saya katakan, ajarlah, suruhlah apapun saya akan ikut jika itu memberi kebaikan pada bidang tugas saya.

Semoga Allah terus sudi memberi kekuatan pada saya....







econsave bandar puteri jaya, tempat saya memulakan langkah memperbaiki taraf ekonomi diri


15 Oktober 2010

Merekalah Penawar Hati.....


Assalamualaikum....

Dalam menghadapi suka duka kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita, pasti akan ada sesuatu yang bisa menjadikan kita mempunyai semangat untuk terus melangkah.

Selain hanya padaNya kita memohon segala sesuatu, insan2 disekeliling kita sudah tentunya juga menjadi penyebab utama... Bagi saya selain suami tercinta, anak2lah yang menjadi sumber kekuatan. Walau apapun saya, siapapun saya dimata suami & anak2, namun jauh disudut hati saya merekalah yang menjadi penyebab untuk saya terus bersemangat.

Tanpa mereka sememangnya saya menjadi tidak tentu arah. Telah saya melalui detik itu lalu, walau mendapat sedikit ketenangan dari mengadap kerenah & mehnah, tapi hakikatnya saya amat merindukan anak2 saya. Saya rindukan suara mereka, gelak tawa mereka, gurau senda mereka, sakat mereka pada dua adik2 kecil mereka.

21 tahun melalui alam rumahtangga tanpa sedikit pun berenggang dengan mereka adalah satu tempoh yang amat panjang saya lalui. Mereka membesar dihadapan mata saya 24jam!!

Waktu ini sebenarnya saya amat rindukan anak2 saya.. Tata, Angah, Kak Uda, Kak Teh & Kak Cik. Masing2 punya tanggungjawab masing2 di U & Sekolah mereka. Walaupun Kakak & Adnin sentiasa ada bersama saya, kadang2 saya juga amat merindui mereka. Menatap wajah mereka, merenung mata mereka hati saya menjadi sebak kerana nasib mereka tidak seperti kakak2 & abang mereka dahulu. Namun ini sahaja cara yg saya ada untuk meneruskan kehidupan ini.

Tak sabar menunggu waktu cuti nanti untuk bersama2 mereka. Walau keadaan telah banyak berubah, tapi saya tak mau suasana bersama mereka juga turut berubah. Saya rindu nak masak makanan yang mereka nak makan. Setiap hari ada saja menu yang mereka mahukan. Saya amat berharap ada rezeki yang lebih ketika mereka berkumpul hujung tahun ni agar apa yg mereka nak, tak menghampakan untuk saya tunaikan, I'Allah...

Kaki saya terus berusaha melangkah hanya kerana mereka ini, selagi hayat saya masih ada......



empat anak dara pingitan saya, tanpa saya sedar masa pantas berlalu... sedar tak sedar mereka sudah menjadi anak2 saya yang meningkat remaja. Adakah saya berjaya menjadi mama yang boleh mereka banggakan??....

anak lelaki sulung saya yang sudah menjadi anak bujang teruna. Memang begitu cepat masa berlalu. Sesungguhnya Angah banyak membantu saya dalam menghadapi saat2 cemas perubahan yang telah saya hadapi, dia tak pernah jemu memujuk saya ketika berada disisi saya, sesungguhnya saya amat terasa berjauhan dengannya ketika & saat ini.....

dua sibuah hati pengarang jantung saya yang sentiasa bersama saya ketika ini. Walau hakikatnya mereka seperti tidak tau apa2, namun kadangkala mereka mendakap saya dengan erat ketika melihat saya sebak tiba2, mengalir airmata tiba2, mereka akan cepat2 datang pada saya & berebut2 untuk mendakap saya dengan erat. Kadangkala kata2 ucapan dari anak dara cilik saya ini tak terfikir dalam fikiran kita anak sekecil ini boleh memujuk dengan kata2 yang amat menyentuh perasaan...

Anak2ku... Mama Sayang Kalian, Mama Rindu Kalian....

14 Oktober 2010

Penuh Tandatanya....Ini Yang Sebenarnya!!


Assalamualaikum....

Hari ini sudah 108 hari berlalu sejak tarikh itu. Pelbagai persoalan, ragam yang telah kulalui & tempuhi. Suka duka, airmata, tangis sudah banyak yang melimpah. Kucuba tawa ria & pamerkan senyuman namun semuanya seakan kaku. Tidak redhalah aku pada apa yang telah Allah tentukan??...

Jika tidak redha, tidak menerima semua ini mampukah aku bertahan selama itu. Dan yang pastinya aku akan terus bertahan selagi hayat dikandung badan, selagi masih ada cinta yang bersisa & berbaki dihati ku ... dihati kami... Juga selagi Allah mahukan apa yg Dia mahukan...

Sejak sebelum ikatan itu berlaku, ramai pihak yang menyangkakan potret ini segalanya... Senyuman manis insan yg kusayang & cintai ini bersama anak saudara yang melangsungkan perkahwinan disangka ramai pihak insan yg menjadi 'maduku'... insan yang ditakdirkan Allah berkongsi sesuatu yang amat berharga bersamaku...

potret yang menjadi tandatanya selama ini, suamiku bersama anak saudaranya september tahun lepas

Tetapi hakikatnya inilah yang sebenarnya... Dimanakah kekuatan yang kudapat dalam hati & diri untuk berkongsi ini di Blog Mama Moden ini??? YaAllah hanya padaMu ku mohon segalanya...





kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami telah banyak merubah apa yang telah menjadi rutin selama 21 tahun ini... walau tidak mudah, namun aku amat berharap segalanya akan dipermudahkan. Aku sentiasa percaya pada kata2, Allah menduga & memberi ujian hanya pada hambaNya yang dirasakan mampu & layak menerimanya... jika benar aku insan terpilih, aku pasrah.....

12 Oktober 2010

Sekelip Mata....Semuanya Bagaikan Mimpi...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tiba2 terasa rindu pada blog kesayangan saya Blog Mama Moden ni.. Terasa hidup ini bagaikan mimpi. Terasa apa yang berlaku sepanjang 2010 ini bagaikan satu mimpi tetapi dalam lena yang terlalu panjang...

Apapun yang berlaku, kuat atau tidak, mampu atau tidak menghadapinya namun kaki tetap melangkah selagi terdaya. Semakin hari nafasku seakan semakin menuju satu perhentian yang tiada penghujungnya...

Ramadhan & syawal yang baru berlalu adalah detik yang amat berbeza kulalui setelah 21 tahun bergelar isteri & 20 tahun bergelar mama. Suasana muram, sayu & pilu menyelubungi seluruh ramadhanku. Bersahur tanpa suami & anak2 seperti tahun2 yang telah sudah. Berterawih bersendirian hanya melakukankan dirumah, tidak dimasjid seperti tahun2 sebelum ini. Namun semuanya kulalui demi mencari sebuah kekuatan, ketabahan, ketenangan walaupun antara waktu itu maruah & harga diriku telah diinjak2 dengan penuh kurang ajar tanpa sedikitpun rasa belas kasihan.

Apapun Alhamdulillah, setelah 6 tahun berlalu aidilfitri tahun ini dapat juga kuraikan sekeluarga bersama keluargaku di Johor. Sudah terlalu lama kami sekeluarga tidak meraikan aidilfitri bersama kaum keluargaku di Johor. Kali terakhir beraya disana ketika semua anak2ku masih bergelar kanak2... Tetapi sekarang semuanya yang kanak2 dah bergelar anak2 dara. Tinggal dua sahaja yang masih boleh digelar kanak2...

Mereka sudah boleh bergelak ketawa, melawak & bergurau senda bersama mak2 saudara mereka. Mereka juga menjadi pengasuh, penjaga pada adik2 & sepupu2 mereka yang masih kecil. Boleh juga diharapkan untuk membantu2 didapor & mengemas2 rumah.

Masa yang padat, waktu yang suntuk ditambah dengan tragedi kenderaan kami yang rosak ketika konvoi beraya membantutkan banyak rancanganku untuk menziarahi saudara mara, guru2 & rakan taulan dikampung. Masa lebih banyak dihabiskan dirumah mak abah bersama suami & anak2ku sendiri lantaran terlalu rindu pada mereka setalah hampir sebulan tidak berjumpa.

Keputusan yang diambil untuk kembali ke utara demi suami & anak2 yang amat kusayangi & cintai adalah satu keputusan yang amat berat kuambil. Walaupun aku akur, namun aku tak mau lagi melalui suasana & keadaan seperti yg kulalui selama dua bulan itu. Aku tak mau lagi masuk dalam jurang yang sama.

Lantaran itulah akhirnya aku terdampar di TSI, Sungai Petani ini. Semoga langkah ku ini langkah yang terakhir, biarlah hidup matiku, masa tuaku dihabiskan disini bersama anak2 menantu2 & cucu2ku kelak walaupun tanpa yang kucintai sepenuh masa lagi. Biarpun banyak impian & cita2 kami menghadapi hari tua sudah musnah, namun aku tetap kan berdiri disini...demi sebuah kehidupan!!

P/S : Tiada gambar raya 2010 dalam simpananku untuk dikongsi, yang ada hanya gambar2 keluargaku di Johor yang diambil semasa kenduri sebelum Ramadhan...

bersama mak & abah

bersama adik, adik ipar, anak2 & anak2 saudara

kami 5 saudara perempuan mengelilingi adik lelaki kami


satu keluarga besar yang telah lama kulupa & abaikan lantaran tanggungjawab pada keluarga sendiri....

kami adik beradik bersama mak & abah

08 Oktober 2010

Tazkirah Hari Jumaat...Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Assalamualaikum....

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentangkelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

17 Ogos 2010

Menyepi Bukan Bererti Tiada....

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua rakan2 blogger. Sudah lama tidak bersua dialam blogger ni kan... Mama Moden ada menulis tapi sekadar draf ( nak buat novel atau cerpen nanti kononnya ) hehehe perasan je lebih...

Benarlah orang kata patah tumbuh hilang berganti. Bila dah ada gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. Sejak berfacebook disitulah Mama Moden menghabiskan masa bersama rakan2 baru. Meluah rasa & bersembang, namun blog Mama Moden ini tetap dalam ingatan sebenarnya.

Bermacam kisah suka duka pahit manis tawa tangis yang Mama Moden lalui sepanjang masa menyepi dari dunia blog ni. Banyak yang telah berubah dalam sekelip mata, cuma dalam kehidupan Mama Moden, cuma sekelip mata. Bagaikan melalui sebuah mimpi dalam lena yang panjang. Namun Mama Moden sedar apa yg berlaku bukan sekadar mimpi tapi sebuah hakikat & realiti.

Walaupun pada hakikatnya pada pandangan mata orang Mama Moden kelihatan kuat, tabah & sabar dalam melalui dugaan & ujian yang Allah berikan tapi hanya Allah yang mengetahui apa yg Mama Moden rasakan. Namun jika ini takdir yang Allah sudah tetapkan buat Mama Moden, akan lalui juga walau dengan cara yang tersendiri...

Menyintai tidak bermakna memiliki sekujur dirinya. Yang penting memiliki hati & perasaannya. Jika itu pun sudah tiada mungkin ada hikmah disebaliknya...

Semoga dengan ketenangan yang Mama Moden harapkan dengan penghidupan baru ini akan memberi hikmah dalam hidup Mama Moden.

Salam Ramadhan & kemaafan buat semua...



15 Jun 2010

Alfatihah....Hilangnya Sebutir Mutiara....

Assalamualaikum...


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Hassan Syukri yang telah kembali kerahmatullah...

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang semalam.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi semalam baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana.

Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar. Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.

Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.

“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini. “Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. “Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.

Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Alfatihah....


04 Jun 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke 21....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sudah jauh kaki melangkah.. sudah lama tangan berganding menghadapi suka duka, susah senang, menghadapi onak duri &segala ranjau untuk membina apa yang ada sekarang....

Rasanya bagaikan baru semalam saya & suami tercinta diarak penuh bermakna. Rasanya baru semalam suami menggenggam erat tangan tok kadi menerima akad. Rasanya baru semalam dahiku dikucup suami sebagai tanda kasih sayang cinta kami.....

Kebetulan ulangtahun kali ini kami terpisah oleh jarak yang jauh. Saya berada di kampung saya menziarahi mak abah. Berulang alik sekitar kampung mengembalikan nostalgia lama bersama suami. Banyak tempat2 kenangan yang saya lalui mengingatkan saya pada kenangan lama bersama suami.

Sekolah yang menemukan kami, rumah keluarga angkat suami yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama padanya, rumah sewa suami yang saya & beberapa rakan yang nakal selalu datang bertandang membuatkan suami berada dalam keadaan malu & serba salah melihat kenakalan kami datang ke rumah sewa bujangnya. Tapak rumah lama keluarga yang menyatukan hati kami. Stesen keretapi Segamat yang menjadi tempat kami keluar sekali sekali makan satay... ( abang... rindunya kat abang! )...

Dalam keadaan sekarang, semua kenangan ini menambahkan lagi kasih sayang & cinta saya padanya. Alangkah bagusnya kalau kami sama2 dapat menikmati kenangan indah ini bersama2. Namun apakan daya, suami ada komitmen lain di Pulau Mutiara....

Semoga dengan berjauhan bersempena hari bermakna buat kami ini, kami akan sama2 bermuhasabah diri sendiri. Semoga kami akan dapat menilai cinta luhur antara kami yang selama ini telah mampu menghadapi apa saja badai yang melanda. Selagi boleh akan kami pertahankan demi cinta, anak2 & rumahtangga yang kami bina dengan keringat & airmata ini.

Bukan mudah kami membina apa yang ada sekarang. Tapi saya yakin jika hendak meruntuhkannya memang mudah. Semoga dengan kasih sayang & cinta kami yang semakin utuh sekarang ini, kami masing2 akan dapat cahaya baru bagi membina & mempertahankan rumahtangga kami.

Walau saya bukan isteri pilihan yang diidamkan selama ini, namun saya yakin pada diri saya bahawa saya telah melakukan yang terbaik, semampu mungkin... saya menerimanya seadanya, namun jika saya masih belum sempurna, masih belum mampu membahagiakannya itulah bukanlah daya saya.. hanya padaNya saya serahkan...

Saya hanya mampu berdoa, apa yang kami bina ini akan berkekalan...


nostalgia ulangtahun ke 20

21 Mei 2010

Mulianya Hari Jumaat....

Assalamualaikum.....

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jalan yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


16 Mei 2010

Ucapan Terakhir Buat Guruku....

Assalamualaikum...


Setiap 16 mei semua guru2 di Malaysia diraikan & diberi penghargaan menyambut hari guru. Tugas murni yang tiada galang gantinya dengan apa saja pekerjaan di dunia ini...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa....Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta.....Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara.....Jika hari ini seorang ulama yang mulia.....Jika hari ini seorang peguam menang bicara.....Jika hari ini seorang penulis terkemuka.....Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa.....Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.....Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca......

Siapalah kita tanpa seorang guru, tanpa seorang cikgu yang mengajar mendidik kita dari tidak tahu apa2 hingga kita tahu semua perkara. Jika hebat berjaya kita pun hingga kehujung dunia, kadangkala cikgu yang menjadikan kita insan berjaya masih setia dengan tugasnya sebagai seorang cikgu...

Hidup saya selama 23 tahun ini dikelilingi ramai2 insan2 bergelar cikgu. Waima suami kesayangan saya adalah seorang cikgu sejak 23 tahun lalu. Sebelum menjadi suri hatinya saya sudah mengenalinya sebagai seorang cikgu selama 2 tahun. Hinggalah saya menjadi suri hatinya pada 4 jun 1989 hingga sekarang, saya isteri seorang cikgu. Saya amat bangga bersuamikan seorang cikgu...amat bangga hingga sukar saya luahkan dengan kata2. Tiada siapa yang dapat memahami rasa bangga saya, tiada siapa.

Dari seorang cikgu yang mengajar saya, hinggalah menjadi suami... saya banyak dididik, diasuh, diajar apa2 saja perkara oleh suami saya. Dari hal hukum hakam agama, rumahtangga, hal keluarga, anak2 & sebagainya. Dia bukan saja suami malah cikgu saya dalam kehidupan saya selama 21 tahun ini.

Setiap tahun sejak 23 tahun lalu, saya tidak pernah lupa mengucapkan selamat hari guru buat beliau. Walau tiada hadiah berharga yang mampu saya berikan, tetapi saya bangga setiap kali mengucapkan 'selamat hari guru bang'.. padanya. Saya suka mengucapkan kata2 keramat itu pada beliau..

Tetapi hari ini, 16 mei yang sama... sambutan yang sama... saya rasa amat sedih untuk sama2 meraikan bersama beliau. Saya sedih untuk mengucapkan kata2 itu padanya. Tak sanggup rasanya saya ucapkan buat kali terakhir.

Status cikgu yang dipegangnya selama 23 tahun ini akan berakhir menjelangnya bulan mei ini. Bertukar kerjaya sebagai pegawai di pejabat memang bukan impian saya sebagai seorang isteri. 21 tahun dahulu saya berkahwin dengan seorang cikgu, bukan pegawai. Impian saya hingga kesudah saya mahu bersuamikan seorang cikgu.

Namun apakan daya, itu impian & cita2nya. Peluangnya membina kerjaya dengan pangkat yang lebih baik. Tidak fahamkah saya dengan kehendaknya?? Tidak mahukah saya suami yang saya sayang menaik tarafkan kehidupannya?? Tidak bersyukurkah sayang dengan kejayaan seorang suami?? Apakah saya mahu menyekat kejayaan seorang suami??...

Tidak... saya tidak pernah menyekat atau menghalang setiap gerak langkah & atur kakinya menimba ilmu & kejayaan. Saya selalu menyokong setiap langkah yang diambil untuk meninggikan taraf hidupnya hingga jarak kejayaan, taraf kehidupan, tahap akedemik kami semakin jauh.

Sebaik kami ditunangkan selepas 5 mac 1989, suami dipanggil temuduga maktab. 3 bulan selepas perkahwinan kami, suami ditawarkan kemasukan ke maktab perguruan. Selama setahun saya ditinggalkan suami kerana melanjutkan pelajaran dimaktab. Dengan sarat mengandung anak sulung, saya hidup sendirian tanpanya. Sebaik anak sulung kami lahir baru suami berkesempatan membawa kami bersama, kami hidup dalam serba kekurangan & seadanya..

Lahirnya anak ke 4, suami melanjutkan pelajaran keperingkat diploma di Bangi selama setahun. Kami sekeluarga ikut menetap disana. Berbagai ujian & dugaan hebat berlaku disini hingga kami hampir kehilangan apa yg telah kami bina.

Setahun kemudian, selepas lahir anak ke 5 suami menyambung pelajaran keperingkat ijazah dengan membuat PJJ. Kami hidup dengan apa adanya, serba kekurangan namun agak senang berbanding sebelum ini.

Sepanjang suami melanjutkan pelajarannya, saya tidak pernah menghalang. Terus memberi sokongan jika diperlukan...

Tetapi mengapa yer, hingga peringkat ini saya seakan2 tidak menyokongnya. Orang yang baru mengenalinya setahun jagung pula beria2 menyokong & merestuinya. Khianatkah saya sebagai isteri??

Saya bukan tidak menyokongnya. Tetapi salahkan saya berasa sedih kerana akan kehilangan statusnya sebagai seorang cikgu. Kerjaya cikgunya telah berdarah daging dalam urat nadi, jiwa & perasaan saya. Saya hidup bersama seorang cikgu selama 21 tahun, mengenalinya sebagai seorang cikgu selama 2 tahun sebelum itu.

Suami menceritakan, ada seorang cikgu cina disekolah barunya ini melahirkan rasa sedih kerana akan kehilangannya disekolah ini. Suami saya digambarkan sebagai seorang yang baik sebagai seorang cikgu. Nah! cikgu cina ni baru mengenali suami saya selama 5 bulan sudah merasakan begitu. Apatah lagi saya yang sudah mengenalinya sebagai seorang cikgu selama 23 tahun.

Berbagai suka duka, susah senangnya sebagai seorang cikgu saya turut sama melaluinya. Apa saja hal2, kisah2 disekolah, ragam kerenah cikgu & murid saya seakan turut sama merasainya. Memanglah siapapun tidak akan faham perasaan saya....Dia bukan sahaja tidak mahu lagi menjadi seorang ustaz, malah jadi cikgu pun tak mahu lagi.

Apapun kepada suami nan tercinta, selamat hari guru bagi kali terakhir isterimu ini ucapkan. I'ALLAH selagi bernama isteri..sokongan, dokongan, semangat akan terus isterimu ini berikan, walaupun akan ada insan lain yang akan lebih menyokongmu selepas ini. Malah kerana sokongan baru itulah tindakan senekad ini dirimu lakukan....

Terima kasih buat semua ilmu yang telah kau berikan. Halalkan setiap satu darinya. Budi & jasamu sebagai guruku amat aku sanjung tinggi...

Semoga dirimu terus berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi....

Selamat Hari Guru, Cikguku Sayang...




15 Mei 2010

Selamat Hari Guru.....


Assalamualaikum.....


SEKAPUR SIREH BUATMU GURU

Guru,

Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,

Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,

Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,

Engkaulah insan istimewa.

Guru,

Engkau bak mentari menyinari siang,

Engkau bak bulan menerangi malam,

Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!

Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,

Engkau insan gemilang.

Guru,

Tanpamu tiadalah anak bangsa,

Yang bisa mencorakkan Negara,

Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,

Membentuk bangsa yang berwawasan,

Engkau insan cemerlang.

Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,

Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,

Membentuk sanubari yang suci murni,

Mendidik kami menjadi sejati,

Engkau insan terbilang.

Guru,

Sekuntum terima kasih kami berikan,

Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,

Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,

Menjadi insan bijak bestari,

Engkau pencetus evolusi kami,

Terima kasih guru!

13 Mei 2010

Umur Semakin Pendek... Amal Ibadat Masih Kurang....

Assalamualaikum.....

13 mei 1975 hingga 13 mei 2010.. usia bertambah lagi setahun. Bermakna juga umur semakin pendek.. rumah kata pergi, kubur sudah kata mari. Sudah banyak asam garam, pahit manis, suka duka kehidupan yang telah dilalui sepanjang 35 tahun umur yang Allah kurniakan sebagai pinjaman ni.

Kadang2 ketawa ria, kadang2 pula menangis duka. Berbagai duri ranjau, badai gelora yang telah dilalui dengan penuh cabaran, rintangan & dugaan. Kadang2 kaki ini melangkah deras menongkah arus menepis segala dugaan hidup yang mendatang, namun takdir Allah penentu segalanya... Kadang2 kedua tangan yang lemah tidak bermaya ini tidak mampu jua menepis segala dugaan. Kadang terjatuh juga rebah kebumi.

Dengan bantuan insan2 tersayang disekeliling, menggunakan tulang empat kerat bangun semula memulakan langkah. Begitulah mungkin seumur hidup ini, selagi Allah bagi kesempatan nyawa untuk hidup. Berpusing2 ibarat roda.

Kadang2 ada satu2 masa kita seolah2 tidak mampu lagi meneruskan perjalanan hidup yang semakin kuat dugaan & cabarannya. Semakin kita rasa kita bahagia, kita gembira semakin kuat ujian yg akan kita terima. Ujian yang datang pula bertimpa2, hadir bagai mengikut turutan. Kita bagai tidak dibenarkan walau sekejap cuma menikmati bahagia itu, itu yang kita rasa.. seperti tidak bersyukur kerana merasa begitu.

Yang pasti, apa yang telah Allah tetapkan untuk kita itulah yang terbaik. Allah tidak akan menguji kita jika Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya...

Hari ini, umur Mama Moden meningkat setahun lagi... dah tua rasanya. Anak2 pun dah semakin membesar, sudah mula membincangkan buah hati masing2. Sudah mula bersembang sesama mereka bila nak kenduri. Maknanya paling lewat 5 tahun lagi Mama Moden naik pangkat jadi nenek. Lagilah semakin tua.. tok mama...

Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta lagi disayangi seumur hidup ini kerana bermurah hati menghadiahkan Mama Moden sebuah laptop compaq presario CQ42 sempena ulangtahun Mama Moden pada tahun ini.

ermm lappy berwarna coklat keemasan bercorak ni menarik minat Mama pertama kali tengok dikedai. Balik rumah pun Nin dok puji tak habis2, laptop Mama lawa...

Dan juga rasa hiba & sayu diselangi gembira berbaur syahdu kerana membawa Mama Moden makan malam evergreen hotel bagi meraikan ulangtahun Mama Moden. Hakikatnya walaupun tanpa itu semua Mama Moden tetap menyayangi & menyintainya sepenuh hati. Tetapi dengan pemberian2 istimewa ini Mama Moden merasa amat dihargai... terima kasih, abang.

Terima kasih juga buat anak2 tersayang atas ucapan2 yang diberi. Terima kasih kerana menjadi anak2 mama yang baik.

Terima kasih juga buat adik beradik, sanak saudara, rakan taulan, sahabat handai yang mengucapkan selamat buat Mama Moden. Hanya Allah yang dapat membalasnya...


romantis tak kami berdua?... hehehe

walaupun semakin banyak dugaan, cabaran & godaan yang datang melanda, kami bersyukur... kami masih mampu mempertahankan cinta kami yang sudah hampir 21 tahun ini.

Terima kasih sayang, kerana sentiasa bersabar dengan kerenah ayang... semoga benar kata2 abang, semoga makbul doa kita, kehidupan baru yang bakal kita lalui ini akan memberi lebih kebahagian buat kita.. buat abang... ayang hanya mengharap abang akan terus bahagia dengan jalan yang dipilih, tidak kecewa...


Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih..Tetapkanlah hatiku dalam menerima takdir yang telah Kau tetapkan untukku. Jika ini yang Kau rasa terbaik buatku, tunjukkanlah jalan agar hatiku sentiasa tenang....



07 Mei 2010

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum.....

Buat semua wanita bergelar ibu diseluruh dunia amnya & Malaysia khasnya...


Selamat Hari Ibu

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

05 Mei 2010

Tetap Dikenang.....

Assalamualaikum.....
Sudah agak lama Mama Moden tidak menulis disini. Bukan lupa, bukan tak sudi tetapi sebenarnya banyak hal yang terjadi tetapi tidak dapat Mama Moden kongsikan segalanya bersama buat masa ini. Cukuplah sekadar tahu... dah sebolehnya tak perlulah tahu.
Dalam menghadapi pelbagai asam garam rencah hidup sebuah kehidupan, ingin Mama Moden kongsikan sedikit tips yang Mama lihat ketika melawati sebuah blog tadi. Boleh sama2 kita jadikan panduan, agar hati mendapat sedikit ketenangan....

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental, emosi , kesabaran kita.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan kita, cita-cita kita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Kita takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatiankita kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa kita pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan kita dari segi fizikal dan mental. Risau membuat kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana kita masih ada 5 deria yang lengkap, kita boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahupun sudah berada di ALAM KEDUA), kita ada kawan rapat yang memahami kita dan kita mempunya hanphone kesayangan kita. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri kita. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda kita. Ketahuilah, kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu, ataupun… kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat kita sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri kita.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan kita dan menjadikan kita girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar kita boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan kita boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
InsyaAllah... semoga kita semua mendapat kebaikan...

29 April 2010

Perdamaian Suami Isteri Selepas Bersengketa...

Assalamualaikum.....

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.

Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.